Monday, November 27, 2006
Norman Noor & Bob AF

Jumaat lepas, sekali lagi Norman Noor telah membuktikan yg vokal beliau boleh diterima masyarakat. So, takderla org kata telinga aku jer pekak dgr suara Norman Noor. Jumaat lepas menceritakan segala2 mengenai vokal yg sungguh unik yg dimiliki insan bertuah, Norman Noor. Yg agak mengejutkan ada beberapa org yg berada  di Dewan Orang Ramai Tman Sri Putra hanya membuat acuh tak acuh sahaja apabila Norman Noor tiba. Tetapi apabila Norman Noor hanya membuat sound check, barulah mereka terpaku dan termangu dgn aura lagu "My Way" sehingga kedengaran kata2 seperti "Dasyat sungguh vokal budak ni". Then, barulah mereka  ringan nak lemparkan senyuman kepada Norman Noor.


Norman Noor bersama PA, Aizat

Tu baru sound check, then pada malam tersebut, Norman Noor telah membuat persembahan 4 lagu yg sering beliau persembahkan ketika show iaitu lagu "Kaulah segalanya", "My Way", "Angin Malam", dan "Wajah Kesayangan Hamba". Ternyata, niat tetamu kehormat pada malam tersebut iaitu Dato Seri Dr Shafie Bin Salleh yg keihatan ingin pulang sehinggakan aku terpaksa mengambil hadiah utk beliau di belakang pentas berubah dan beliau kembali ke kerusi vvip beliau dan menghayati bait2 nyanyian Norman Noor. Bukan itu sahaja, aku telah dipanggil oleh Dato Seri dan beliau menanyakan mengenai Norman Noor. Itulah aura Norman Noor. Vokal yg membuat pendengar terpaku dan termangu apabila beliau 'menarik' key vokal beliau. Syabas Norman Noor!


Feel lagu My Way

Dari kisah show Norman Noor, aku ingin ceritakan mengenai kejayaan Bob AF yg telah layak ke peringkat akhir Juara Lagu. Ironiknya, kejayaan Bob AF sama waktu dan masa dgn kehebatan show Norman Noor iatu kedua2nya berlaku pada mlm 24 November. Aku hanya dpt menonton persembahan Bob pun pada hari Ahad. Itupun melalui muaturun dari Jiwang Torrent. Kitaorg diberitahu oleh melalui sms lebey kurang pukul 11 mlm mengenai kejayaan bob yg berjaya mengalahkan nama2 terkenal seperti Noraniza Idris dan Misha Omar. Sememangnya lagu Hantaran Hati mempunyai lenggok irama melayu yg tulen dan menepati kriteria utk kategori tersebut itu sendiri. Tahniah juga buat Bob AF. Semoga pada peringkat akhir nanti, Bob sekurang2nya merangkul Vokal Terbaik ataupun merangkul juara bg kategori irama malaysia dan etnik kreatif.


Artis2 yg layak ke peringkat akhir

Wassalam

Posted at 11:50 pm by Faiz Nordin
Ada (2) komen, komen anda?  


Friday, November 24, 2006
Semangat Akhir Raya

Assalamualaikum....

Agak lama gak tak apdet blog ni. Terlalu banyak bender yg berlaku dan terlalu banyak tugasan yg perlu dilakukan. Apapun, kali ni aku nak citer sikit mengenai semangat raya aku yg tetiber membuak2 pada akhir2 syawal menjelma. Aku mengadakan makan2 (bukan open house) pada jumaat lepas. Just jemput mana yg sempat dijemput. Sorry if ada member2 MMU aku yg tak terjemput. Sorry sgt2 coz makan2 ni just makan2 biasa jer. Apapun, tq kepada yg sudi hadir. Paddy & geng, Norman Noor & PA (Aizat), Ben & Asri, Elya & geng, Tnie dan sopan, Qayyum & adik, Faidah, An, Nana, Ain & Hafiz, Faizal & Roomate, Amin dan terutama sekali, fiza. Hehehe. Sorry if ada kekurangan eekk. Takut gak if sesapa yg tak boleh makan nasik ambang ngan ais krim tapai.


Sbb ada permintaan terutama dr Faizal, maka aku hidangkan nasik ambang.


Ntah apa yg Norman Noor guraukan sehingga aku dok gelak.


Thanks pada yg sudi datang

Keesokan harinya, aku dan beberapa rakan lain pergi makan2 kat rumah PA Norman Noor di Raub, Pahang. Ni first time pi umah Aizat di Raub. Kitaorg pi secara konvoi dgn 2 keter. Mula2 pk yg Raub ni jauh. Rupa2nya lebih dekat dr KL pi melaka.  Mlm tu bergegas ke pelabuhan klang ad hari ahad tu ada beberapa open house yg perlu dilangsaikan. Mana tak aku kata akhir2 syawal ni, aku makin poyo beraya. Hehehe. Apapun, ni ada beberapa keping gambar yg sempat disnap masa pi umah aizat di raub. Yg penting dah takder tershacking lagi. Tongue


Sempat photo shoot kat Genting Sempah


Menggiler di halaman rumah


Bergambar ala skema

Oklah, agak penat and mengantuk sbb baru balik show Norman Noor. Tahniah Norman Noor for the great show tonite and tak lupa tahniah pd Bob AF coz telah layak ke pusingan akhir Juara Lagu dgn lagu Hantaran Hati. Nak update mlm ni psl show Norman Noor dan kejayaan Bob dlm separuh akhir juara lagu tapi tangan dan mata dah tak terlarat nak tulis coz esok lepas subuh, aku akan ke segamat laks. Apapun, aku akan update details ahad ni.

Wassalam

Posted at 11:35 pm by Faiz Nordin
Ada (4) komen, komen anda?  


Friday, November 17, 2006
Hukuman Sebatan

Just to share with u all, sebatan yg dilakukan ke atas seorang pesalah. Tujuan aku hanya satu iaitu hanya utk menyedarkan kita semua betapa beratnya hukuman yg menanti kita jika kita melakukan jenaya. Semoga video ini dpt menginsafkan kita agar menjadi yg insan yg lebih berguna kepada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah

 

Posted at 10:38 am by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Wednesday, November 15, 2006
Perhimpunan Agong UMNO 2006

Assalamualaikum.....

Minggu ni, negara akan sibuk memperkatakan mengenai perhimpunan agong UMNO  yg berlangsung bermula dr 13 Nov hingga 17 Nov. Aku ingin menarik perhatian anda mengenai perhimpunan pemuda yg berlaku semalam. Aku sempat menonton siaran ulangan hampir kesemua pembahas yg membentangkan usul pada perhimpunan pemuda kali ini. Apa yg menarik perhatian aku ialah pendirian pemuda UMNO yg seolah2 risau dgn pergolakan politik yg berlaku sekarang. Sekadar memetik kata2 seorang perwakilan dari Selangor yg meluahkan rasa fobia beliau dgn angka '8'. Beliau menceritakan kembali bagaimana tahun 1988 yg mana UMNO pada waktu itu telah diharamkan ekoran pertelingkahan 2 pemimpin. Kesan drpd itu, timbullah Parti Semangat 46 dan pada pilihanraya 1989, Kelantan tergadai kepada pembangkang. Begitu juga pada tahun 1998 yga mana juga disebabkan pertelingkahan 2 pemimpin, UMNO menjadi kacau bilau sehinggakan pada pilihanraya tahun 1999, Terengganu pula menjadi milik pembangkang dan majoriti calon UMNO merosot terus dan lantaran itu tertimbul pula Parti Keadilan.

Persoalan yg perwakilan dr Selangor itu timbulkan ialah adakah UMNO mahu perkara yg sama berlaku pada tahun 2008 dan menyebabkan undian majoriti utk Barisan Nasional merosot pada pilihanraya yg seterusnya ataupun ada negeri yg jatuh ke tangan pembangkan? Persoalan yg seolah2 kene pada masa setelah apa yg berlaku dlm politik org atasan UMNO sekarang yg mungkin akan menyebabkan 2 peristiwa dlm dua dekad berbeza berulang. Walaubagaimanapun, pemuda UMNO tidak menerima pemimpin seperti Anwar Ibrahim yg diibaratkan seperti 'Ayam sabung patah taji' oleh seorang perwakilan dari Terengganu. Begitu juga dgn ucapan dasar oleh Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien yg mengatakan tidak lagi menerima pemimpin seperti Dato Seri Anwar Ibrahim yg dikatakan telah membakar bendera UMNO dan juga membakar bendera Malaysia seperti yg terkandung di dalam ucapan bahas oleh perwakilan Terengganu tersebut. Bak kata Dato' Seri Hishamuddin, langkah mayat beliau dahulu jika ingin menarik balik Anwar Ibrahim ke pangkuan UMNO.

Apa yg aku boleh gulungkan (berangan sat nak berbahas di perhimpunan agong UMNO Tongue), barisan Pemuda UMNO amat risau dgn keadaan skang yg boleh menimbulkan perpecahan di kalangan parti UMNO dan seterusnya menyebabkan prestasi Barisan Nasional utk pilihanraya akan dtg menjadi merosot. Cumer, apa yg membimbangkan rata2 ahli akar umbi UMNO ialah sikap beberapa pemimpin UMNO mengeluarkan kata2 yg kurang manis dilemparkan kepada Tun M. Begitu juga beberapa pemimpin UMNO yg dahulunya ada yg sampai menangis apabila Tun M mengeluarkan hasrat utk meletak jawatan tetapi hari ini mengeluarkan kata2 "Forget him". Kenapa begitu mudah melupakan jasa Tun M sedangkan beliau antara kroni Tun M suatu ketika dahulu? Tuh la, nama pun politik. Politik kan terlalu kotor.........

Anda semua boleh mengikuti siaran secara langsung dan siaran ulangan di saluran 94 di Astro. Satu saluran khas yg disediakan Astro utk perhimpunan agong UMNO kali ini. Di harap, usul2 yg dibahaskan tidak melupakan nasib rakyat akar umbi yg memberikan kepercayaan penuh dgn mengundi Barisan Nasional. InsyaAllah

Wassalam

Posted at 04:19 pm by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Saturday, November 11, 2006
Hadiah Yg Tidak Ternilai

Assalamualaikum.....

Sekadar mencurik beberapa detik daripada masa tidur aku. Fyi, baru balik dari Ipoh dan amat letih right now. Cumer, disebabkan bender yg aku nak tulis ni sesuatu bender yg membuatkan aku tersenyum, aku gagahkan tangan aku utk menaip jugak. Hehehe.

Walaupun bg sesetengah org, ia hanya satu bender kecil tetapi aku amat menghargainya. Thanks to budiey atau lebih senang aku panggil Malique kerana sudi menemubual blogger kerdil seperti aku. Aku amat2 menghargai interview tersebut dan mungkin merupakan kenangan terindah di ulangtahun blog aku yg ketiga. Terima kasih kepada anda semua yg terus menyokong blog ini.Anda boleh mengakses ke interview aku melalui blog budiey. Klik sini utk melihat utk melihat full interview tersebut. First time aku diinterview secara bertulis sebegini. Hehehe.

Sebelum aku menutup entry ringkas ini, aku nak ambik sesuatu dr kes pembunuhan model Mongolia, Altuntiya. Kalau Abd Razak Baginda iaitu penganalisis politik yg dikaitkan dgn pembunuhan tersebut didapati bersalah, maka akan timbul teori baru dlm kehidupan manusia. Seorang manusia yg mendapat pelajaran tinggi iaitu PHD dr Oxford University sekalipun, boleh melakukan sesuatu yg melampaui sifat seorang manusia.

Oklah, i have to sleep. Penat memandu dlm keadaan hujan yg diiringi hujan lebat seterusnya mengakibatkan banjir di beberapa tempat. Esok, ada open house menunggu dan beberapa tugasan yg perlu dilakukan.

Thanks once again.

Wassalam

Posted at 11:12 pm by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Wednesday, November 08, 2006
Kenangan Menulis Cerpen

Assalamualaikum.....

Hari ni tiber2 aku teringat sewaktu aku meminati penulisan cerpen. Iya, aku mempuanyai minat menulis cerpen ketika aku di tingkatan 5 di SMK Telok Datok. Seingat aku, aku ada menulis 3 buah cerpen. Cerpen pertama mengenai kisah seorang pelajar yg menghidap kanser otak. Cerpen kedua ialah mengenai kisah seorang anak yg menderita akibat tabiat ayahnya yg menghisap dadah manakala cerpen ketiga ialah mengenai kisah anak desa yg merantau ke kota semata2 menuntut ilmu. Tapi malangnya, masa aku kat MMU Melaka, hard disk aku yg menempatkan ketiga2 cerpen aku ni dah corrupted. Maka kesemua cerpen tersebut telah hilang dlm bentuk soft copy. Cumer nasib baik cerpen yg pertama aku tulis aku ada print dan tersimpan dalam almari aku. Bila aku teringat kenangan aku menulis cerpen, aku amat rindu pada kenangan singkat tersebut. Aku pernah bercita2 utk serius dlm penulisan sastera termasuk membuat skrip drama tetapi cita2 hanya menjadi jenin setelah aku masuk MMU. Huhu. InsyaAllah, sekiranya ada rezeki, aku ingin bergelumang kembali dlm arena sastera ini terutamanya penulisan cerpen. Sekadar berkongsi dgn pembaca blog ni, aku titipkan salinan asal cerpen yg pertama aku tulis masa awal tahun 2002.


PERPISAHAN TERASING
Oleh Mohamad Faiz Bin Nordin

       Kokokan ayam memecahkan hening pagi. Azri terjaga dari lamunan mimpi yang indah. Seperti biasa, Azri mengemas katil bujangnya sebelum bersiap ke sekolah. Selepas menikmati lempeng pisang dan air teh, Azri mengucup tangan ibu dan bapanya. Perkara itulah yang sering dilakukan oleh Azri sebelum ke sekolah bagi mendapatkan restu. Bapanya, Pak Mat dan ibunya, Mak Leha merupakan pesara guru yang senantiasa berdoa dan berharap agar anak bongsunya itu mengikuti jejak langkah anak-anaknya yang lain yang berjaya mendapat segulung ijazah.

       Azri merupakan pelajar yang agak cemerlang dalam pelajaran. Pada peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini, Azri mendapat keputusan 6A dan kesemua matapelajaran yang diambil mendapat kredit kecuali matapelajaran Sains yang hanya mendapat gred 7. Baginya Sains merupakan pelajaran yang paling dibenci. Entah mengapa, dia sendiri tidak tahu. Sejak beberapa hari, Azri kelihatan suram. Perasaan risau semakin mencengkam dirinya. Mungkin akibat tekanan psikologi yang dihadapi oleh Azri kerana peperiksaan yang akan mencorakkan dirinya bakal menjelang hamper seminggu lagi.

       Keadaan Azri disedari oleh rakan baiknya, Zulkifli. Zulkifli yang mengambil berat tentang Azri ingin mengetahui masalah yang dihadapi oleh Azri.
       "Azri, kenapa kau muram sahaja?" Tanya Zulkifli ketika pulang dari sekolah.
       "Tak ada apa-apalah, Zul. Aku macam biasa sahaja," balas Azri yang tidak mahu masalah yang dihadapinya diketahui oleh Zulkifli.
       "Kau jangan tipu, Azri. Kita sudah lama berkawan. Mana yang boleh aku tolong, aku tolong," pintas Zulkifli.
       "Betul. Ada-ada saja kau ni Zul. Aku sihat la. Kalau aku ada masalah mesti aku tak lupa nak cerita pada kau," nafi Azri.

       Mereka berdua tiba di rumah Zulkifli. Zulkifli melambai-lambai ke arah Azri yang keseorangan pulang ke rumahnya yang hanya terletak 500 meter dari rumah Zulkifli. Apabila tiba di rumah, Azri menjamah hidangan tengah hari yang disediakan ibunya. Gulai nenas ikan masin dan ayam masak merah menjadi santapan Azri tengah hari itu. Entah mengapa Azri cukup berselera menimati makanan kesukaannya itu. Kehidupan Azri diteruskan dengan mengulangkaji matapelajaran Matematik Tambahan yang merupakan matapelajaran yang amat diminatinya.

       Menjelang tiga hari sebelum peperiksaan SPM, Azri seperti biasa pergi ke sekolah pada awal pagi bersama Zulkifli. Tiba-tiba di pertengahan jalan, Azri rebah lalu sujud ke bumi. Zulkifli yang tercengan bingkas menahan sebuah kereta dan menghantar Azri ke hospital. Sejurus tiba di hospital, Doktor Marina sedaya upaya merawat Azri. Alhamdullilah Azri telah sedarkan diri. Walaubagaimanapun, Zulkfli telah dipanggil oleh Doktor Marina.
       "Awak ni kawan azri kah?" Tanya Doktor Marina.
       "Betul puan doktor, saya kawan baiknya," jawab Zulkifli

       "Beginilah, perkara yang saya ingin beritahu kepada awak telah diketahui oleh Azri. Alhamdulillah, Azri dapat menerimanya. Sebagai seorang doktor yang bertanggungjawab, saya ingin memberitahu awak tentang perkara ini tapi awak terpaksa berjanji dengan saya dan Azri yang awak tidak akan memberitahu kepada sesiapa termasuklah keluarga awak dan keluarga Azri. Sebenarnya di dalam otak Azri, ada ketumbuhan yang amat besar. Ia tidak dapat diselamatkan lagi. Nyawa Azri sudah berada di hujung tanduk. Dia akan bergelumang dengan maut pada bila-bila masa," jelas Doktor Marina yang membuatkan Zulkifli tersentak.
       "Apa doktor? Apa yang doktor cakapkan ni? Saya tak percaya perkara ni berlaku kepada Azri. Saya tak percaya!!!" bentak Zulkifli.
       "Betul Zulkifli. Awak terpaksa menerima hakikat ini. Kalau awak sayangkan Azri dunia dan akhirat, tolong gembirakan dia sebelum ajal menjemputnya," pinta Doktor Marina.
       "Berapa lama jangka hayat Azri, doktor?" Tanya Zulkifli.
       "Bila-bila masa sahaja, Zulkifli," jelas Doktor Marina.

       Selepas bertemu Doktor Marina, Zulkifli membawa Azri pulang ke rumah. Semasa di dalam perjalanan, Azri meminta sesuatu daripada Zulkifli.
       "Zul, tolong janji dengan aku jangan beritahu mengenai apa yang aku alami kepada sesiapa pun termasuklah keluarga aku dan lia. Tolong aku, Zul. Kalau kau sayangkan aku, turutilah permintaan terakhir aku ini. Sekali sahaja, Zul," rayu Azri.

       Setibanya di rumah, Azri terus masuk ke biliknya dan menangis teresak-esak. Bagi dirinya, dunia sudah gelap dan percaya ajal akan menemuinya pada bila-bila masa sahaja. Ibu dan bapanya tidak menyedari keadaan anaknya itu. Pada malamnya, Azri bercadang untuk menelefon Lia, teman wanitanya. Lia ialah seorang pelajar tingkatan empat di salah sebuah seolah berdekatan sekolah Azri. Mereka telah menjalinkan hubungan sejak setahun lepas. Selama ini, Lia lah yang menjadi pendorong dan pemberi semangat kepada Azri untuk cemerlang di dalam pelajaran.
       "Lia, abang hendak tanya sesuatu tapi jawablah dengan jujur,"
       "Baiklah bang," jawab Lia sopan.
       "Kalau abang tiada dalam dunia ni lagi, Lia ingat tak segala kenangan kita selama hayat Lia?" Tanya Azri tenang.
       "Kenapa abang tanya macam tu? Percayalah bang, walaupun jodoh Lia dengan orang lain, Lia pasti akan kenang abang sehingga akhir hayat Lia. Abang lah yang membahagiakan Lia sebelum ni. Mana mungkin Lia boleh lupakan abang," janji Lia.
       "Tak ada apa-apalah. Sajer abang tanya. Abang nak mintak maaf sekiranya sebelum ni abang ada buat salah dengan Lia atau abang tak membuatkan Lia gembira selama kita couple. Maafkan abang yer," kata Azri sebak.
       "Bagi Lia, abang seorang yang  perfect man. Kalau abang ada buat silap pun, Lia tetap maafkan abang," jawab Lia sedih sambil menitiskan air mata.
       "Percayalah, Lia lah kekasih awal dan akhir abang. Abang sayangkan Lia,"
       "Lia pun sayangkan abang,"

       Perbualan mereka berakhir dengan air mata. Bagi Azri, inilah perbualan yang terakhirnya dengan 'kekasih awal dan akhirnya' tetapi bagi Lia, ia mungkin suatu perkara yang tertanya-tanya kenapa Azri bersikap sedemikian.

       Tanggal 8 November 2002, tarikh yang ditungu-tunggu oleh kesemua calon SPM termasuklah Azri. Hari ini peperiksaan SPM bermula. Kertas yang pertama yang bakal didudukinya ialah Matematik Tambahan Kertas 1. Sebelum ke sekolah, Azri bersalaman dan berpelukan dengan ayah dan ibunya. Azri sempat meminta ampun dan maaf dari kedua-dua orang tuanya. Entah mengapa, air mata Azri mengalir dengan deras umpama air di kaki bukit. Azri pergi ke pusat peperiksaan bersama Zulkifli tetapi dengan hati yang serba salah meninggalkan ibu dan bapanya.

       Ketika calon-calon lain sedang menjawab soalan peperiksaan, tiba-tiba Azri terjatuh dari kerusinya lalu terbaring di atas lantai. Ketika itulah, Zulkifli terus menerkam Azri yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pemergian Azri telah meninggalkan seribu kesedihan kepada Mak Leha. Lantaran itu, Mak Leha juga telah pergi menghadap Illahi setelah berita kematian Azri. Sesungguhnya Mak Leha meninggalkan dunia ini tatkala impiannya hampir tercapai sedangkan Azri pulang ke sisi Tuhan ketika perjuangannya baru bermula.

Posted at 09:22 pm by Faiz Nordin
Ada (7) komen, komen anda?  


Thursday, November 02, 2006
Satu Hari Di Hari Raya & Annivessary Blog Ketiga

MENJELANG HARI RAYA


Antara gerai yg menjual barang persiapan hari raya di Jalan TAR


Fiza boring jer dgn kerenah aku yg cerewet masa shopping. Haha


MALAM RAYA


Bermain bunga api bersama anak abg aku Farhan & Adini


PAGI HARI RAYA


Bergambar with my parents and my sis family



Mohamed & Muju with one of my nephew, Afiq

First of all, aku taknak citer sgt apa yg berlaku utk raya tahun ni. Sekadar aku upload beberapa gambar utk dikongsi bersama. Kalau bender yg sama berlaku setiap raya, maka akan rasa lg boring la berhari raya utk diri aku. Raya utk kita meraikan kemenangan dan bukannya nak cari permusuhan atau pun nak menyakitkan lagi hati kita. Mlm raya dan 2 hari terawal hari raya sahaja yg aku rasa aman bahagia di hari raya terutamanya bermain bunga api bersama anak sedara dan bertakbir dari rumah ke rumah di malam raya serta menerima tetamu yg dtg ke rumah aku di pagi raya. Lebih menggembirakan aku, malam raya dan pagi raya aku menyambutnya bersama 2 rakan MMU aku yg berasal dr Maldives iaitu Mohamed dan muju. Aku memberi mereka peluang utk merasai suasana hari raya di Malaysia. Tu citer mlm raya ngan 2 hari terawal aidilfitri yg cukup menggembirakan tapi bila masuk jer hari raya ketiga, dah jd citer lain. Cerita percutian di hari raya atau lebih senang dinamakan pergaduhan di hari raya. Huhu. ~End of story about hari raya~

Hari ni juga adalah hari ulangtahun blog aku yg ketiga. Sebelum ni aku langsung tak amik pusing pun psl annivessary blog tetapi 2 bulan lepas aku terpk bilakah kali pertama aku menulis blog. Tulisan aku yg pertama ialah 2 November 2003. Klik sini utk baca.Tulisan mengenai kepayahan aku belajar di peringkat foundation di MMU. Bila baca balik, mmg ntah paper yg aku ngarutkan dlm entry tu. Dah la ciput jer entry tu. Mmg cam bodoh menulis jer. Hahaha. Berbalik kepada penubuhan asal blog ini, blog ini ditubuhkan secara tidak sengaja. Aku inginkan website dan bukannya blog. Tetapi waktu tu aku terlalu bodoh dgn mengatakan yg blog tu sama seperti website. Pada mulanya, aku tak tau langsung psl html coding. Nasib baik ada insan yg menolong aku. Beliau adalah zety, Junior aku di SMK Telok Datok. Apabila dah ok template dan design blog ni, barulah aku start tulis entry pertama tersebut.

Banyak suker duker yg berlaku sepanjang 3 tahun aku menulis blog. Pernah disokong dan tak kurang juga pernah dikritik. Tapi yg penting itu semua adalah pengalaman berharga buat aku. Dikesempatan ini juga aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog pakcik MMA @ faiz nordin atas sokongan anda selama ini. Thanks juga diucapkan kepada zety yg membantu aku di awal penubuhan blog ini dan beberapa blogger lain terutamanya maliqueSultan Muzaffar yg juga banyak membantu aku. Teringin nak mengetahui siapakah biskut merry dan juga Ghost Of 70 yg banyak memberi komen dlm blog ni.

Bercakap mengenai gelaran pakcik MMA dlm blog ni mungkin ramai yg terkeliru dan ada yg beranggapan aku sengaja menumpang populariti arwah pakcik MMA yg sebenar. Sama sekali tidak. Kalau di MMU, aku mmg dipanggil pakcik. Nama faiz agak kurang familiar utk aku. Rata2 kawan aku memanggil aku pakcik kerana personaliti saya yg agak ketuaan (kerja si elya la ni). MMA pula direka setelah aku memikirkan konsep dan hala tuju penulisan aku. Aku membuat keputusan tentang konsep blog aku pada tahun kedua aku menulis blog iaitu permulaan aku selalu mengupdate blog. Dan, konsep yg aku pilih ialah sejajar dgn pengertian weblog pada diri aku sendiri iaitu menulis everything apa di fikiran. Aku memilih konsep "macam2 ada" kerana aku nak pembaca tau yg aku akan tulis segala aspek kehidupan tak kirer hiburan, politik, ekonomi mahupun isu semasa. Apabila aku cantumkan gelaran pakcik yg rakan2 aku gelarkan dan konsep blog aku, maka timbullah nama pakcik MMA.

Heppy annivessary once again. Thanks sbb menjadi antara yg membaca kandungan blog ini. Tak terbalas jasa anda yg telah memberi sokongan kepada blog ini. Hanya doa yg mampu aku berikan.

Wassalam

Posted at 12:15 am by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Wednesday, November 01, 2006
Bahana Lagi Utk Mawi

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Syarikat Mawi World Sdn Bhd yang memasarkan minuman air mineral berbotol menggunakan gambar penyanyi popular Mawi disaman RM1 juta kerana melanggar hak harta intelek menggunakan maklumat milik sebuah syarikat pengeluar air minuman pada botol air minuman mereka.

Yassa Sdn Bhd melalui peguam mereka Tetuan Abdul Aziz & Associates memfailkan saman itu terhadap Mawi World di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Bahagian Dagang, Jalan Raja di sini Selasa.

Writ saman itu belum lagi diserahkan kepada defendan.

Mengikut pernyataan tuntutan, Yassa mendakwa Mawi World telah menggunakan kandungan maklumat milik syarikat itu seperti lesen pengeluaran minuman air mineral dan alamat kilang minuman dibotolkan pada botol minuman itu tanpa memperolehi kebenaran syarikat itu.

Yassa mendakwa salah seorang pengarah syarikatnya mendapati ada air mineral jenama Mawi World dijual dengan menggunakan kandungan maklumat yang sama seperti yang digunakan oleh Yassa ketika beliau membeli-belah di sebuah pasar raya di Subang Jaya.

Yassa mendakwa pihaknya telah membuat satu laporan polis pada 2 Okt lepas di Balai Polis Seremban kerana syarikat Mawi World, yang juga juara Akademi Fantasia 3, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani merupakan salah seorang pengarah syarikat itu, telah menggunakan maklumat atau harta intelek milik Yassa tanpa kebenarannya.

Syarikat itu mendakwa pada tarikh yang sama, berita mengenai majlis pelancaran minuman tersebut telah disiarkan di beberapa akhbar tempatan yang menunjukkan Mawi World membuat promosi besar-besaran bagi penjualan minuman tersebut.

Yassa mendakwa defendan gagal, enggan atau tidak mengambil berat permintaan syarikat itu untuk menghentikan serta-merta penggunaan hak harta intelektual milik syarikat itu.

Yassa mendakwa melalui satu mesyuarat antaranya dan Mawi World, defendan telah mengaku tidak memperolehi sebarang kebenaran daripada Yassa sebaliknya mendakwa mendapat minuman itu daripada sebuah syarikat lain.

Syarikat itu mendakwa pihaknya melalui peguam caranya telah mengeluarkan satu notis menuntut ganti rugi RM1 juta daripada Mawi World serta menghentikan menggunakan harta intelek syarikat itu.

Yassa mendakwa kedua-dua pihak (Yassa dan Mawi World) telah membincangkan mengenai bayaran ganti rugi dalam satu lagi perundingan yang telah diadakan pada 15 Okt lepas, dan mendakwa walaupun Mawi World bersetuju untuk memberi pampasan kepadanya tetapi jumlah ganti rugi yang hendak diberikan oleh defendan itu tidak dipersetujuinya.

Akibat tindakan defendan, Yassa berkata ia mengalami kerugian hasil pendapatan.

Yassa juga mendakwa tindakan defendan menggunakan harta intelek syarikatnya itu akan menyebabkan lesen perniagaannya terjejas sekiranya pengguna mengalami keracunan atau kerugian daripada minuman itu.

Yassa menuntut ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan, faedah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

-- BERNAMA


Satu demi satu bahana yg muncul di benak pikiran Mawi. Bermula dgn kisah cinta beliau yg dah mcm kisah cinta seorang playboy (ye lah kene gosip ngan Ikin & sorang student Uitm) dan kisah ahli kampung di Felda Taib Andak yg mendakwa tidak dilayan oleh keluarga Mawi semasa berhari raya tempoh hari (Seperti disiarkan di Harian Metro 30 November 2006) tetapi kali ini kisah yg amat berat iaitu mawi telah disaman RM 1 juta. Kalau nak ikutkan laporan akhbar, mmg sah2 Mawi World Sdn Bhd bersalah. Harta intelek beb. Kan bender2 camni terkandung dlm Company Law. So, sepatutnya, semua ahli lembaga pengarah yg mana Mawi merupakan salah seorang drpdnya mesti tahu segala selok belok mengenai company law sebelum membuat projek sesuatu. Mungkin RM 1 juta sikit buat Mawi. Maklumlah org dpt banyak show tiap2 hari sampai mengadu kat wartawan penat. Tapi perlu diingat, nama baik dan maruah mawi mungkin terjejas.

Mmg tak boleh nak salahkan mawi 100 peratus tetapi kesan drpd isu ni boleh menjejaskan karrier Mawi sendiri. Jenguk jugak sekejap kat Channel 15. Ada jugak peminat fanatik Mawi yg salahkan company yg saman Mawi ni. Kata melayu dengki la etc. Tapi kalau tgk dr laporan media, aduan polis telah dilakukan pada 2 Oktober 2006. Ada masa hampir sebulan utk mengatasi dan berbincang. Disebabkan tiada kata putus dr perbincangan tersebut, maka company Yassa Sdn Bhd terpaksa menyaman Mawi World dan selepas ni, Yassa Sdn Bhd mesti bersedia dgn sms kutukan dan tohmahan dr peminat fanatik mawi. Raja SMS lah katakan. So sebarang tohmahan dan kutukan pun akan terbang melalui sms. Bak tulisan dlm blog SM yg membayangkan mungkin ada peminat fanatik mawi yg akan memberi derma membantu mawi melangsaikan saman.

Apa lagi la nasib mawi selepas ni? Di harap mawi rileks and cool dgn segala ujian Allah. Anggaplah ini satu pembalasan dgn apa yg telah dilakukan sebelum ni. Diharap juga agar Mawi dpt learn something dgn apa yg berlaku supaya mengelak dr kesilapan kali kedua. InsyaAllah.

 

Posted at 02:11 am by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  


Sunday, October 22, 2006
Tun M masih belum gembira?

Assalamualaikum........

Dalam kesibukan kita membuat persiapan menyambut hari raya, ada satu perkara yg digelar "Meeting Of The Year" antara Pak Lah dan juga Tun M. Kita semua mengetahui hubungan mereka sedikit terjejas sejak Tun M mengkritik cara Pak Lah yg membatalkan hampir semua projek mega beliau termasuklah jambatan bengkok di Tambak Johor.

Sejak aku mengetahui yg mereka bakal dipertemukan yg mana telah diuruskan oleh Persatuan Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), hati aku berdetik gembira. Ye lah, kedua2 pemimpin ini bg aku ialah aset negara. Kita tak boleh lupakan jasa Tun M dan pada waktu yg sama kita tidak boleh melawan perdana menteri kita demi masa depan Malaysia. Itu yg membuatkan ada di kalangan rakyat yg rasa serba salah. Jadi, harapan utk mereka dipertemukan menjadi kenyataan. Apakah yg berlaku setelah mereka dipertemukan?

Jawapannya masih samar2. Nak kata mereka dah ok nampak mcm tak ok dan kalau tgk mereka ok nampak cam tak ok laks. Walaupun Tun M berasa puas hati kerana apa yg terbuku di hati beliau telah dicurahkan ptg tadi namun beliau mengatakan yg beliau tidak bergembira. Mengapa? Masih menjadi rahsia. Bukan itu sahaja, timbul pula khabar 'ugut mengugut' antara mereka berdua. Pak lah mengatakan yg Tun M telah kurang populariti setelah apa yg dikomen oleh Tun M sendiri manakala Tun M membalas dgn mengatakan yg Pak Lah yg kurang populariti setelah isu2 yg dibangkitkan Tun M telah dipandang serius oleh rakyat. Tetapi respons yg paling penting dr Tun M ialah Tun M akan terus mengkritik kerajaan walaupun setelah pertemuan ini.

Persoalannya, inikah keadaan yg kita sebagai rakyat Malaysia ingin tahu setelah mereka dipertemukan? Aku sebagai seorang rakyat Malaysia yg cintakan negara masih belum berpuas hati. Mengapa? Aku inginkan idea Tun M dan idea Pak Lah
digembleng secara bersatu demi kemakmuran dan kemajuan Malaysia. Satu lagi yg diharapkan drpd pertemuan ini ialah kedua2 pemimpin tersohor negara ini berpuas hati dan gembira. Bukannya ada rasa kurang gembira di hati Tun M dan situasi diam diri Pak Lah ketika ini yg masih belum diketahui perasaanya sama ada gembira atau mengalami perasaan yg sama dgn Tun M.

Entahlah, politik terlalu kotor. Lebih kotor dari longgokan sampah. Walaupun, jawapan dari pertemuan itu masih samar, tetapi ada sesuatu yg berlaku drpd pertemuan itu yg kita belum mengetahuinya. Jawapan yg pasti dari pertemuan itu hanya diketahui antara mereka berdua dgn tuhan kerana khabarnya tiada saksi yg melihat pertemuan itu yg diadakan secara tertutup di Seri Perdana. Apa yg kita boleh lakukan ialah berdoa agar mereka berdua kembali mengembleng idea dan idea2 yg dr dtg dari dua pemimpin ini hendaklah disatukan demi negara Malaysia tercinta. ~Amin~

Wassalam

Posted at 11:30 pm by Faiz Nordin
Ada (2) komen, komen anda?  


Thursday, October 19, 2006
Salam Aidilfitri 1427 Hijrah

Assalamualaikum........

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut 1 Syawal 1427 Hijrah. Sudah tiba masanya kita bermaafan antara satu sama lain. Bukanlah dikatakan hanya masa beraya sahaja kita perlu memohon kemaafan tetapi itulah lumrah budaya kita yg menjadikan hari raya sebagai waktu terbaik utk kita bermaafan.

Di kesempatan ini, saya Mohamad Faiz Bin Nordin selaku penulis blog ini memohon sejuta kemaafan jika ada antara tulisan saya yg menyinggung hati pembaca blog ini. Bedasarkan maklum balas pembaca yg lain, saya sedar ada di antara topik yg saya bincangkan terlalu lantang dan mungkin ada topik yg ada hubungkait dgn diri anda. Saya memohon kemaafan sekali lagi. Tidak berniat langsung utk menyakiti hati sesiapa. Anggaplah ia satu pendapat peribadi dari insan lemah seperti saya. Begitu juga, jika saya ada melepaskan ketidakpuasan hati saya terhadap someone di dalam blog ini, saya juga memohon ampun dan maaf walaupun saya sesekali tidak menyebut nama sesiapa pun. Bukanlah berniat utk mengenekan sesiapa tetapi anggaplah ia seperti luahan yg terpendam di hati.

Kepada yg pulang ke kampung, selamat pulang dan berhati2 di jalan raya. Jangan pula di kala kita semua bergembira ada insan lain yg meratapi pemergian anda. Kepada yg sudah lama tidak pulang ke kampung, pulanglah. Berapa lagi saat kita utk bertemu ayah dan ibu kita. Waktu sebeginilah masa yg sesuai utk kita mendekati ibu bapa kita. Kepada yg sudah kehilangan ibu dan ayah, sedekahkanlah al-Fatihah dan lawatilah pusara mereka. Doakan kesejahteraan mereka di alam barzah. Selamat hari raya sekali lagi dan diharap hari raya tahun ini memberi sirna kehidupan yg baru utk anda dan semoga hari raya ini memberi satu kegembiraan kepada kita semua. InsyaAllah.

Walaupun musim perayaan tetapi blog ini tetap akan diupdate seperti biasa. Saya mungkin akan mengulas isu pertemuan 4 mata antara Tun M & Pak Lah yg mungkin akan diadakan isnin ini. Satu detik yg melegakan dari insan bawahan seperti saya yg mahukan kolobrasi antara kepimpinan Tun M & Pak Lah bersatu utk kesejahteraan rakyat Malaysia. InsyaAllah

Wassalam

Posted at 11:15 pm by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  




Next Page
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< November 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics