Wednesday, November 08, 2006
Kenangan Menulis Cerpen

Assalamualaikum.....

Hari ni tiber2 aku teringat sewaktu aku meminati penulisan cerpen. Iya, aku mempuanyai minat menulis cerpen ketika aku di tingkatan 5 di SMK Telok Datok. Seingat aku, aku ada menulis 3 buah cerpen. Cerpen pertama mengenai kisah seorang pelajar yg menghidap kanser otak. Cerpen kedua ialah mengenai kisah seorang anak yg menderita akibat tabiat ayahnya yg menghisap dadah manakala cerpen ketiga ialah mengenai kisah anak desa yg merantau ke kota semata2 menuntut ilmu. Tapi malangnya, masa aku kat MMU Melaka, hard disk aku yg menempatkan ketiga2 cerpen aku ni dah corrupted. Maka kesemua cerpen tersebut telah hilang dlm bentuk soft copy. Cumer nasib baik cerpen yg pertama aku tulis aku ada print dan tersimpan dalam almari aku. Bila aku teringat kenangan aku menulis cerpen, aku amat rindu pada kenangan singkat tersebut. Aku pernah bercita2 utk serius dlm penulisan sastera termasuk membuat skrip drama tetapi cita2 hanya menjadi jenin setelah aku masuk MMU. Huhu. InsyaAllah, sekiranya ada rezeki, aku ingin bergelumang kembali dlm arena sastera ini terutamanya penulisan cerpen. Sekadar berkongsi dgn pembaca blog ni, aku titipkan salinan asal cerpen yg pertama aku tulis masa awal tahun 2002.


PERPISAHAN TERASING
Oleh Mohamad Faiz Bin Nordin

       Kokokan ayam memecahkan hening pagi. Azri terjaga dari lamunan mimpi yang indah. Seperti biasa, Azri mengemas katil bujangnya sebelum bersiap ke sekolah. Selepas menikmati lempeng pisang dan air teh, Azri mengucup tangan ibu dan bapanya. Perkara itulah yang sering dilakukan oleh Azri sebelum ke sekolah bagi mendapatkan restu. Bapanya, Pak Mat dan ibunya, Mak Leha merupakan pesara guru yang senantiasa berdoa dan berharap agar anak bongsunya itu mengikuti jejak langkah anak-anaknya yang lain yang berjaya mendapat segulung ijazah.

       Azri merupakan pelajar yang agak cemerlang dalam pelajaran. Pada peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini, Azri mendapat keputusan 6A dan kesemua matapelajaran yang diambil mendapat kredit kecuali matapelajaran Sains yang hanya mendapat gred 7. Baginya Sains merupakan pelajaran yang paling dibenci. Entah mengapa, dia sendiri tidak tahu. Sejak beberapa hari, Azri kelihatan suram. Perasaan risau semakin mencengkam dirinya. Mungkin akibat tekanan psikologi yang dihadapi oleh Azri kerana peperiksaan yang akan mencorakkan dirinya bakal menjelang hamper seminggu lagi.

       Keadaan Azri disedari oleh rakan baiknya, Zulkifli. Zulkifli yang mengambil berat tentang Azri ingin mengetahui masalah yang dihadapi oleh Azri.
       "Azri, kenapa kau muram sahaja?" Tanya Zulkifli ketika pulang dari sekolah.
       "Tak ada apa-apalah, Zul. Aku macam biasa sahaja," balas Azri yang tidak mahu masalah yang dihadapinya diketahui oleh Zulkifli.
       "Kau jangan tipu, Azri. Kita sudah lama berkawan. Mana yang boleh aku tolong, aku tolong," pintas Zulkifli.
       "Betul. Ada-ada saja kau ni Zul. Aku sihat la. Kalau aku ada masalah mesti aku tak lupa nak cerita pada kau," nafi Azri.

       Mereka berdua tiba di rumah Zulkifli. Zulkifli melambai-lambai ke arah Azri yang keseorangan pulang ke rumahnya yang hanya terletak 500 meter dari rumah Zulkifli. Apabila tiba di rumah, Azri menjamah hidangan tengah hari yang disediakan ibunya. Gulai nenas ikan masin dan ayam masak merah menjadi santapan Azri tengah hari itu. Entah mengapa Azri cukup berselera menimati makanan kesukaannya itu. Kehidupan Azri diteruskan dengan mengulangkaji matapelajaran Matematik Tambahan yang merupakan matapelajaran yang amat diminatinya.

       Menjelang tiga hari sebelum peperiksaan SPM, Azri seperti biasa pergi ke sekolah pada awal pagi bersama Zulkifli. Tiba-tiba di pertengahan jalan, Azri rebah lalu sujud ke bumi. Zulkifli yang tercengan bingkas menahan sebuah kereta dan menghantar Azri ke hospital. Sejurus tiba di hospital, Doktor Marina sedaya upaya merawat Azri. Alhamdullilah Azri telah sedarkan diri. Walaubagaimanapun, Zulkfli telah dipanggil oleh Doktor Marina.
       "Awak ni kawan azri kah?" Tanya Doktor Marina.
       "Betul puan doktor, saya kawan baiknya," jawab Zulkifli

       "Beginilah, perkara yang saya ingin beritahu kepada awak telah diketahui oleh Azri. Alhamdulillah, Azri dapat menerimanya. Sebagai seorang doktor yang bertanggungjawab, saya ingin memberitahu awak tentang perkara ini tapi awak terpaksa berjanji dengan saya dan Azri yang awak tidak akan memberitahu kepada sesiapa termasuklah keluarga awak dan keluarga Azri. Sebenarnya di dalam otak Azri, ada ketumbuhan yang amat besar. Ia tidak dapat diselamatkan lagi. Nyawa Azri sudah berada di hujung tanduk. Dia akan bergelumang dengan maut pada bila-bila masa," jelas Doktor Marina yang membuatkan Zulkifli tersentak.
       "Apa doktor? Apa yang doktor cakapkan ni? Saya tak percaya perkara ni berlaku kepada Azri. Saya tak percaya!!!" bentak Zulkifli.
       "Betul Zulkifli. Awak terpaksa menerima hakikat ini. Kalau awak sayangkan Azri dunia dan akhirat, tolong gembirakan dia sebelum ajal menjemputnya," pinta Doktor Marina.
       "Berapa lama jangka hayat Azri, doktor?" Tanya Zulkifli.
       "Bila-bila masa sahaja, Zulkifli," jelas Doktor Marina.

       Selepas bertemu Doktor Marina, Zulkifli membawa Azri pulang ke rumah. Semasa di dalam perjalanan, Azri meminta sesuatu daripada Zulkifli.
       "Zul, tolong janji dengan aku jangan beritahu mengenai apa yang aku alami kepada sesiapa pun termasuklah keluarga aku dan lia. Tolong aku, Zul. Kalau kau sayangkan aku, turutilah permintaan terakhir aku ini. Sekali sahaja, Zul," rayu Azri.

       Setibanya di rumah, Azri terus masuk ke biliknya dan menangis teresak-esak. Bagi dirinya, dunia sudah gelap dan percaya ajal akan menemuinya pada bila-bila masa sahaja. Ibu dan bapanya tidak menyedari keadaan anaknya itu. Pada malamnya, Azri bercadang untuk menelefon Lia, teman wanitanya. Lia ialah seorang pelajar tingkatan empat di salah sebuah seolah berdekatan sekolah Azri. Mereka telah menjalinkan hubungan sejak setahun lepas. Selama ini, Lia lah yang menjadi pendorong dan pemberi semangat kepada Azri untuk cemerlang di dalam pelajaran.
       "Lia, abang hendak tanya sesuatu tapi jawablah dengan jujur,"
       "Baiklah bang," jawab Lia sopan.
       "Kalau abang tiada dalam dunia ni lagi, Lia ingat tak segala kenangan kita selama hayat Lia?" Tanya Azri tenang.
       "Kenapa abang tanya macam tu? Percayalah bang, walaupun jodoh Lia dengan orang lain, Lia pasti akan kenang abang sehingga akhir hayat Lia. Abang lah yang membahagiakan Lia sebelum ni. Mana mungkin Lia boleh lupakan abang," janji Lia.
       "Tak ada apa-apalah. Sajer abang tanya. Abang nak mintak maaf sekiranya sebelum ni abang ada buat salah dengan Lia atau abang tak membuatkan Lia gembira selama kita couple. Maafkan abang yer," kata Azri sebak.
       "Bagi Lia, abang seorang yang  perfect man. Kalau abang ada buat silap pun, Lia tetap maafkan abang," jawab Lia sedih sambil menitiskan air mata.
       "Percayalah, Lia lah kekasih awal dan akhir abang. Abang sayangkan Lia,"
       "Lia pun sayangkan abang,"

       Perbualan mereka berakhir dengan air mata. Bagi Azri, inilah perbualan yang terakhirnya dengan 'kekasih awal dan akhirnya' tetapi bagi Lia, ia mungkin suatu perkara yang tertanya-tanya kenapa Azri bersikap sedemikian.

       Tanggal 8 November 2002, tarikh yang ditungu-tunggu oleh kesemua calon SPM termasuklah Azri. Hari ini peperiksaan SPM bermula. Kertas yang pertama yang bakal didudukinya ialah Matematik Tambahan Kertas 1. Sebelum ke sekolah, Azri bersalaman dan berpelukan dengan ayah dan ibunya. Azri sempat meminta ampun dan maaf dari kedua-dua orang tuanya. Entah mengapa, air mata Azri mengalir dengan deras umpama air di kaki bukit. Azri pergi ke pusat peperiksaan bersama Zulkifli tetapi dengan hati yang serba salah meninggalkan ibu dan bapanya.

       Ketika calon-calon lain sedang menjawab soalan peperiksaan, tiba-tiba Azri terjatuh dari kerusinya lalu terbaring di atas lantai. Ketika itulah, Zulkifli terus menerkam Azri yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pemergian Azri telah meninggalkan seribu kesedihan kepada Mak Leha. Lantaran itu, Mak Leha juga telah pergi menghadap Illahi setelah berita kematian Azri. Sesungguhnya Mak Leha meninggalkan dunia ini tatkala impiannya hampir tercapai sedangkan Azri pulang ke sisi Tuhan ketika perjuangannya baru bermula.


Posted at 09:22 pm by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Thursday, November 02, 2006
Satu Hari Di Hari Raya & Annivessary Blog Ketiga

MENJELANG HARI RAYA


Antara gerai yg menjual barang persiapan hari raya di Jalan TAR


Fiza boring jer dgn kerenah aku yg cerewet masa shopping. Haha


MALAM RAYA


Bermain bunga api bersama anak abg aku Farhan & Adini


PAGI HARI RAYA


Bergambar with my parents and my sis family



Mohamed & Muju with one of my nephew, Afiq

First of all, aku taknak citer sgt apa yg berlaku utk raya tahun ni. Sekadar aku upload beberapa gambar utk dikongsi bersama. Kalau bender yg sama berlaku setiap raya, maka akan rasa lg boring la berhari raya utk diri aku. Raya utk kita meraikan kemenangan dan bukannya nak cari permusuhan atau pun nak menyakitkan lagi hati kita. Mlm raya dan 2 hari terawal hari raya sahaja yg aku rasa aman bahagia di hari raya terutamanya bermain bunga api bersama anak sedara dan bertakbir dari rumah ke rumah di malam raya serta menerima tetamu yg dtg ke rumah aku di pagi raya. Lebih menggembirakan aku, malam raya dan pagi raya aku menyambutnya bersama 2 rakan MMU aku yg berasal dr Maldives iaitu Mohamed dan muju. Aku memberi mereka peluang utk merasai suasana hari raya di Malaysia. Tu citer mlm raya ngan 2 hari terawal aidilfitri yg cukup menggembirakan tapi bila masuk jer hari raya ketiga, dah jd citer lain. Cerita percutian di hari raya atau lebih senang dinamakan pergaduhan di hari raya. Huhu. ~End of story about hari raya~

Hari ni juga adalah hari ulangtahun blog aku yg ketiga. Sebelum ni aku langsung tak amik pusing pun psl annivessary blog tetapi 2 bulan lepas aku terpk bilakah kali pertama aku menulis blog. Tulisan aku yg pertama ialah 2 November 2003. Klik sini utk baca.Tulisan mengenai kepayahan aku belajar di peringkat foundation di MMU. Bila baca balik, mmg ntah paper yg aku ngarutkan dlm entry tu. Dah la ciput jer entry tu. Mmg cam bodoh menulis jer. Hahaha. Berbalik kepada penubuhan asal blog ini, blog ini ditubuhkan secara tidak sengaja. Aku inginkan website dan bukannya blog. Tetapi waktu tu aku terlalu bodoh dgn mengatakan yg blog tu sama seperti website. Pada mulanya, aku tak tau langsung psl html coding. Nasib baik ada insan yg menolong aku. Beliau adalah zety, Junior aku di SMK Telok Datok. Apabila dah ok template dan design blog ni, barulah aku start tulis entry pertama tersebut.

Banyak suker duker yg berlaku sepanjang 3 tahun aku menulis blog. Pernah disokong dan tak kurang juga pernah dikritik. Tapi yg penting itu semua adalah pengalaman berharga buat aku. Dikesempatan ini juga aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog pakcik MMA @ faiz nordin atas sokongan anda selama ini. Thanks juga diucapkan kepada zety yg membantu aku di awal penubuhan blog ini dan beberapa blogger lain terutamanya maliqueSultan Muzaffar yg juga banyak membantu aku. Teringin nak mengetahui siapakah biskut merry dan juga Ghost Of 70 yg banyak memberi komen dlm blog ni.

Bercakap mengenai gelaran pakcik MMA dlm blog ni mungkin ramai yg terkeliru dan ada yg beranggapan aku sengaja menumpang populariti arwah pakcik MMA yg sebenar. Sama sekali tidak. Kalau di MMU, aku mmg dipanggil pakcik. Nama faiz agak kurang familiar utk aku. Rata2 kawan aku memanggil aku pakcik kerana personaliti saya yg agak ketuaan (kerja si elya la ni). MMA pula direka setelah aku memikirkan konsep dan hala tuju penulisan aku. Aku membuat keputusan tentang konsep blog aku pada tahun kedua aku menulis blog iaitu permulaan aku selalu mengupdate blog. Dan, konsep yg aku pilih ialah sejajar dgn pengertian weblog pada diri aku sendiri iaitu menulis everything apa di fikiran. Aku memilih konsep "macam2 ada" kerana aku nak pembaca tau yg aku akan tulis segala aspek kehidupan tak kirer hiburan, politik, ekonomi mahupun isu semasa. Apabila aku cantumkan gelaran pakcik yg rakan2 aku gelarkan dan konsep blog aku, maka timbullah nama pakcik MMA.

Heppy annivessary once again. Thanks sbb menjadi antara yg membaca kandungan blog ini. Tak terbalas jasa anda yg telah memberi sokongan kepada blog ini. Hanya doa yg mampu aku berikan.

Wassalam


Posted at 12:15 am by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Wednesday, November 01, 2006
Bahana Lagi Utk Mawi

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Syarikat Mawi World Sdn Bhd yang memasarkan minuman air mineral berbotol menggunakan gambar penyanyi popular Mawi disaman RM1 juta kerana melanggar hak harta intelek menggunakan maklumat milik sebuah syarikat pengeluar air minuman pada botol air minuman mereka.

Yassa Sdn Bhd melalui peguam mereka Tetuan Abdul Aziz & Associates memfailkan saman itu terhadap Mawi World di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Bahagian Dagang, Jalan Raja di sini Selasa.

Writ saman itu belum lagi diserahkan kepada defendan.

Mengikut pernyataan tuntutan, Yassa mendakwa Mawi World telah menggunakan kandungan maklumat milik syarikat itu seperti lesen pengeluaran minuman air mineral dan alamat kilang minuman dibotolkan pada botol minuman itu tanpa memperolehi kebenaran syarikat itu.

Yassa mendakwa salah seorang pengarah syarikatnya mendapati ada air mineral jenama Mawi World dijual dengan menggunakan kandungan maklumat yang sama seperti yang digunakan oleh Yassa ketika beliau membeli-belah di sebuah pasar raya di Subang Jaya.

Yassa mendakwa pihaknya telah membuat satu laporan polis pada 2 Okt lepas di Balai Polis Seremban kerana syarikat Mawi World, yang juga juara Akademi Fantasia 3, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani merupakan salah seorang pengarah syarikat itu, telah menggunakan maklumat atau harta intelek milik Yassa tanpa kebenarannya.

Syarikat itu mendakwa pada tarikh yang sama, berita mengenai majlis pelancaran minuman tersebut telah disiarkan di beberapa akhbar tempatan yang menunjukkan Mawi World membuat promosi besar-besaran bagi penjualan minuman tersebut.

Yassa mendakwa defendan gagal, enggan atau tidak mengambil berat permintaan syarikat itu untuk menghentikan serta-merta penggunaan hak harta intelektual milik syarikat itu.

Yassa mendakwa melalui satu mesyuarat antaranya dan Mawi World, defendan telah mengaku tidak memperolehi sebarang kebenaran daripada Yassa sebaliknya mendakwa mendapat minuman itu daripada sebuah syarikat lain.

Syarikat itu mendakwa pihaknya melalui peguam caranya telah mengeluarkan satu notis menuntut ganti rugi RM1 juta daripada Mawi World serta menghentikan menggunakan harta intelek syarikat itu.

Yassa mendakwa kedua-dua pihak (Yassa dan Mawi World) telah membincangkan mengenai bayaran ganti rugi dalam satu lagi perundingan yang telah diadakan pada 15 Okt lepas, dan mendakwa walaupun Mawi World bersetuju untuk memberi pampasan kepadanya tetapi jumlah ganti rugi yang hendak diberikan oleh defendan itu tidak dipersetujuinya.

Akibat tindakan defendan, Yassa berkata ia mengalami kerugian hasil pendapatan.

Yassa juga mendakwa tindakan defendan menggunakan harta intelek syarikatnya itu akan menyebabkan lesen perniagaannya terjejas sekiranya pengguna mengalami keracunan atau kerugian daripada minuman itu.

Yassa menuntut ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan, faedah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

-- BERNAMA


Satu demi satu bahana yg muncul di benak pikiran Mawi. Bermula dgn kisah cinta beliau yg dah mcm kisah cinta seorang playboy (ye lah kene gosip ngan Ikin & sorang student Uitm) dan kisah ahli kampung di Felda Taib Andak yg mendakwa tidak dilayan oleh keluarga Mawi semasa berhari raya tempoh hari (Seperti disiarkan di Harian Metro 30 November 2006) tetapi kali ini kisah yg amat berat iaitu mawi telah disaman RM 1 juta. Kalau nak ikutkan laporan akhbar, mmg sah2 Mawi World Sdn Bhd bersalah. Harta intelek beb. Kan bender2 camni terkandung dlm Company Law. So, sepatutnya, semua ahli lembaga pengarah yg mana Mawi merupakan salah seorang drpdnya mesti tahu segala selok belok mengenai company law sebelum membuat projek sesuatu. Mungkin RM 1 juta sikit buat Mawi. Maklumlah org dpt banyak show tiap2 hari sampai mengadu kat wartawan penat. Tapi perlu diingat, nama baik dan maruah mawi mungkin terjejas.

Mmg tak boleh nak salahkan mawi 100 peratus tetapi kesan drpd isu ni boleh menjejaskan karrier Mawi sendiri. Jenguk jugak sekejap kat Channel 15. Ada jugak peminat fanatik Mawi yg salahkan company yg saman Mawi ni. Kata melayu dengki la etc. Tapi kalau tgk dr laporan media, aduan polis telah dilakukan pada 2 Oktober 2006. Ada masa hampir sebulan utk mengatasi dan berbincang. Disebabkan tiada kata putus dr perbincangan tersebut, maka company Yassa Sdn Bhd terpaksa menyaman Mawi World dan selepas ni, Yassa Sdn Bhd mesti bersedia dgn sms kutukan dan tohmahan dr peminat fanatik mawi. Raja SMS lah katakan. So sebarang tohmahan dan kutukan pun akan terbang melalui sms. Bak tulisan dlm blog SM yg membayangkan mungkin ada peminat fanatik mawi yg akan memberi derma membantu mawi melangsaikan saman.

Apa lagi la nasib mawi selepas ni? Di harap mawi rileks and cool dgn segala ujian Allah. Anggaplah ini satu pembalasan dgn apa yg telah dilakukan sebelum ni. Diharap juga agar Mawi dpt learn something dgn apa yg berlaku supaya mengelak dr kesilapan kali kedua. InsyaAllah.

 


Posted at 02:11 am by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  


Sunday, October 22, 2006
Tun M masih belum gembira?

Assalamualaikum........

Dalam kesibukan kita membuat persiapan menyambut hari raya, ada satu perkara yg digelar "Meeting Of The Year" antara Pak Lah dan juga Tun M. Kita semua mengetahui hubungan mereka sedikit terjejas sejak Tun M mengkritik cara Pak Lah yg membatalkan hampir semua projek mega beliau termasuklah jambatan bengkok di Tambak Johor.

Sejak aku mengetahui yg mereka bakal dipertemukan yg mana telah diuruskan oleh Persatuan Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), hati aku berdetik gembira. Ye lah, kedua2 pemimpin ini bg aku ialah aset negara. Kita tak boleh lupakan jasa Tun M dan pada waktu yg sama kita tidak boleh melawan perdana menteri kita demi masa depan Malaysia. Itu yg membuatkan ada di kalangan rakyat yg rasa serba salah. Jadi, harapan utk mereka dipertemukan menjadi kenyataan. Apakah yg berlaku setelah mereka dipertemukan?

Jawapannya masih samar2. Nak kata mereka dah ok nampak mcm tak ok dan kalau tgk mereka ok nampak cam tak ok laks. Walaupun Tun M berasa puas hati kerana apa yg terbuku di hati beliau telah dicurahkan ptg tadi namun beliau mengatakan yg beliau tidak bergembira. Mengapa? Masih menjadi rahsia. Bukan itu sahaja, timbul pula khabar 'ugut mengugut' antara mereka berdua. Pak lah mengatakan yg Tun M telah kurang populariti setelah apa yg dikomen oleh Tun M sendiri manakala Tun M membalas dgn mengatakan yg Pak Lah yg kurang populariti setelah isu2 yg dibangkitkan Tun M telah dipandang serius oleh rakyat. Tetapi respons yg paling penting dr Tun M ialah Tun M akan terus mengkritik kerajaan walaupun setelah pertemuan ini.

Persoalannya, inikah keadaan yg kita sebagai rakyat Malaysia ingin tahu setelah mereka dipertemukan? Aku sebagai seorang rakyat Malaysia yg cintakan negara masih belum berpuas hati. Mengapa? Aku inginkan idea Tun M dan idea Pak Lah
digembleng secara bersatu demi kemakmuran dan kemajuan Malaysia. Satu lagi yg diharapkan drpd pertemuan ini ialah kedua2 pemimpin tersohor negara ini berpuas hati dan gembira. Bukannya ada rasa kurang gembira di hati Tun M dan situasi diam diri Pak Lah ketika ini yg masih belum diketahui perasaanya sama ada gembira atau mengalami perasaan yg sama dgn Tun M.

Entahlah, politik terlalu kotor. Lebih kotor dari longgokan sampah. Walaupun, jawapan dari pertemuan itu masih samar, tetapi ada sesuatu yg berlaku drpd pertemuan itu yg kita belum mengetahuinya. Jawapan yg pasti dari pertemuan itu hanya diketahui antara mereka berdua dgn tuhan kerana khabarnya tiada saksi yg melihat pertemuan itu yg diadakan secara tertutup di Seri Perdana. Apa yg kita boleh lakukan ialah berdoa agar mereka berdua kembali mengembleng idea dan idea2 yg dr dtg dari dua pemimpin ini hendaklah disatukan demi negara Malaysia tercinta. ~Amin~

Wassalam


Posted at 11:30 pm by Faiz Nordin
Ada (2) komen, komen anda?  


Thursday, October 19, 2006
Salam Aidilfitri 1427 Hijrah

Assalamualaikum........

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut 1 Syawal 1427 Hijrah. Sudah tiba masanya kita bermaafan antara satu sama lain. Bukanlah dikatakan hanya masa beraya sahaja kita perlu memohon kemaafan tetapi itulah lumrah budaya kita yg menjadikan hari raya sebagai waktu terbaik utk kita bermaafan.

Di kesempatan ini, saya Mohamad Faiz Bin Nordin selaku penulis blog ini memohon sejuta kemaafan jika ada antara tulisan saya yg menyinggung hati pembaca blog ini. Bedasarkan maklum balas pembaca yg lain, saya sedar ada di antara topik yg saya bincangkan terlalu lantang dan mungkin ada topik yg ada hubungkait dgn diri anda. Saya memohon kemaafan sekali lagi. Tidak berniat langsung utk menyakiti hati sesiapa. Anggaplah ia satu pendapat peribadi dari insan lemah seperti saya. Begitu juga, jika saya ada melepaskan ketidakpuasan hati saya terhadap someone di dalam blog ini, saya juga memohon ampun dan maaf walaupun saya sesekali tidak menyebut nama sesiapa pun. Bukanlah berniat utk mengenekan sesiapa tetapi anggaplah ia seperti luahan yg terpendam di hati.

Kepada yg pulang ke kampung, selamat pulang dan berhati2 di jalan raya. Jangan pula di kala kita semua bergembira ada insan lain yg meratapi pemergian anda. Kepada yg sudah lama tidak pulang ke kampung, pulanglah. Berapa lagi saat kita utk bertemu ayah dan ibu kita. Waktu sebeginilah masa yg sesuai utk kita mendekati ibu bapa kita. Kepada yg sudah kehilangan ibu dan ayah, sedekahkanlah al-Fatihah dan lawatilah pusara mereka. Doakan kesejahteraan mereka di alam barzah. Selamat hari raya sekali lagi dan diharap hari raya tahun ini memberi sirna kehidupan yg baru utk anda dan semoga hari raya ini memberi satu kegembiraan kepada kita semua. InsyaAllah.

Walaupun musim perayaan tetapi blog ini tetap akan diupdate seperti biasa. Saya mungkin akan mengulas isu pertemuan 4 mata antara Tun M & Pak Lah yg mungkin akan diadakan isnin ini. Satu detik yg melegakan dari insan bawahan seperti saya yg mahukan kolobrasi antara kepimpinan Tun M & Pak Lah bersatu utk kesejahteraan rakyat Malaysia. InsyaAllah

Wassalam


Posted at 11:15 pm by Faiz Nordin
Ada (5) komen, komen anda?  


Wednesday, October 18, 2006
To All Muslimah

Assalamualaikum........

First sekali, aku langsung takder niat nak burukkan sesapa dlm entry ni. Aku takkan mentionkan nama pihak terbabit dlm aku membicarakan entry ni. Tujuan aku hanya satu, menyampaikan pengajaran dan pengalaman yg aku alami dlm seminggu ni. Mungkin ada yg bertanya apa yg ingin aku bincangkan. Menerusi entry ni, aku nak mengaitkan kisah cinta sesama manusia dgn cinta kita sebagai seorang muslim terhadap Islam.

Apa yg anda mungkin akan lakukan jika ada rakan anda yg menyatakan hasrat utk menukar agama Islam kepada agama lain semata2 kasih beliau terhadap seorang lelaki. Kalau lelaki Islam, mungkin tidak timbul isu ini tetapi isu ni timbul kerana beliau bercinta dgn seorang lelaki bukan Islam. Ini adalah kes pertama masalah sebegini berlaku di depan mata aku. Selama ini, kes2 yg berlaku sebelum ni tidak melibatkan kawan mahupun keluarga aku. Aku amat sensitif dgn bender2 camni. Aku pernah membuat kertas kerja mengenai isu murtad di Malaysia masa aku amik Islamic Studies di samping aku pernah mengulas kes Lina Joy. Aku amat teruja bila ada rakan aku sendiri yg sanggup mengeluarkan hasrat menukar agama semata2 cinta beliau kepada seorang lelaki.

Aku perlu menolong beliau utk menyelamatkan beliau dan mengembalikan iman beliau. Dlm seminggu ni, aku bersama seorang lagi rakan aku berusaha utk menyelesaikan masalah ini tanpa memperbesarkan kes ini di mahkamah syariah. Alhamdullilah, baru sebentar tadi usaha kami menemui kejayaan. Syukur Alhamdullilah kerana semuanya selesai dan tiada lagi beban tanggungjawab kami sebagai seorang muslim utk menyelamatkan saudara seislam kami dari meninggalkan agama islam. Kami berharap dan sentiasa berdoa agar beliau dan diri kami juga agar iman kami tetap hanya kepada Allah. Sekadar memetik dari kata2 seorang ustaz yg menolong kami tadi, "Cinta sesama manusia tidak berkekalan, cinta kepada agama & Allah kekal abadi".

Oleh itu, aku mengharapkan agar kita semua terutamanya muslimah agar mengambil iktibar dgn apa berlaku kepada aku seminggu ni. Tak salah utk kita berkawan dgn org agama lain. Sebagai seorang muslim, kita juga perlu bertoleransi dgn penganut agama2 lain. Cumer, jika kita rasa kita mudah terpengaruh dgn ajaran agama lain, lebih eloh kita mengelak dr mempunyai perasaan cinta dgn lelaki yg bukan islam. Perlu diingat, maksud aku adalah perasaan bercinta dan tidak melibatkan hubungan persahabatan. Mungkin ada yg kata kenapa aku tujukan entry ni kepada muslimah tetapi bukan kepada muslim juga. Perlu diingat, terlalu banyak kes murtad yg terjadi kepada wanita berlaku hanya disebabkan kerana ingin berkahwin dgn lelaki bukan islam. Renungilah kes Aishah Bohari mahupun kes Lina Joy. Kedua2 kes berlaku hanya sbb cinta seorang wanita kepada lelaki bukan islam.

Ingatlah, cinta dua insan berlainan agama tidak mungkin menyebabkan kita menggadai agama. Jgn hanya cintakan seorang manusia, kita sanggup berkorban utk meninggalkan Islam. Dunia ini sementara, kasih sayang dgn manusia hanyalah di dunia. Apabila kita terputus dgn kehidupan dunia, maka akan hilanglah cinta kita kepada manusia. Yang tinggal waktu itu adalah kasih sayang kita dgn Allah dan Islam. Bagaimana jika waktu itu, kita tiada kasih sayang tersebut? Sudah tentu waktu itu kita akan dahagakan kasih sayang dan pada waktu itu, penyesalan pun tiada gunanya lagi. Semoga dgn kes yg berlaku kepada aku seminggu ini dan juga kes2 murtad yg kita ketahui sebelum ni, kita  termasuk diri aku sendiri perlu mengambil pengajaran utk kita menetapkan hati dan iman kita hanya kepada Allah yg satu. InsyaAllah.

Wallahuaklam


Posted at 11:56 pm by Faiz Nordin
Ada (7) komen, komen anda?  


Sunday, October 15, 2006
Satu rumah ramai2 pun kene cekup?

METRO AHAD 15 OKTOBER 2006

MELAKA: Niat baik, tetapi cara tidak betul. Itulah ungkapan paling sesuai untuk seorang gadis berusia 19 tahun yang dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kerana tinggal sebumbung dengan keluarga yang bukan muhrimnya.
 
Gadis itu berkata, dia di rumah teman lelakinya kerana menolong menjaga ibu lelaki itu yang lumpuh. Dia ditahan di rumah keluarga teman lelakinya berusia 24 tahun di Kampung Kuala Sungga, Tebong, Alor Gajah, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Gadis itu dikatakan menjaga ibu teman lelakinya yang berusia 64 tahun sejak lapan bulan lalu dengan kerelaannya selepas dia mendapat tahu wanita berkenaan lumpuh akibat diserang angin ahmar.

Difahamkan, gadis berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu beberapa kali dihalang keluarganya untuk menjaga wanita terbabit.

Bagaimanapun, dia berdegil dan sanggup melarikan diri dari rumah keluarganya untuk menjaga wanita itu. Malah, dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk mejaga ibu teman lelakinya.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata berdasarkan aduan awam, tiga pegawai penguat kuasa Jaim ke rumah keluarga teman lelaki gadis berkenaan pagi semalam.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan di rumah itu, Jaim mendapati rumah berkenaan dihuni abang teman lelaki wanita itu serta isterinya serta seorang gadis yang juga saudara mereka.

"Gadis dan teman lelakinya juga ada ketika pemeriksaan dilakukan dan pemeriksaan ke atas ibu lelaki itu mendapati dia memang lumpuh.

"Selepas mendapati gadis berkenaan gagal membuktikan dia mempunyai hubungan mahram dengan keluarga terbabit, Jaim terus menahannya," katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan terhadap gadis yang juga anak kedua daripada empat adik beradik itu mendapati dia mendakwa mengenali lelaki terbabit setahun lalu.

Katanya, dia mendakwa selepas mendapat tahu tiada ahli keluarga teman lelakinya sanggup menjaga ibunya, dia mengambil inisiatif untuk menjaganya.

"Malah, dia mendakwa keluarganya turut mengenali keluarga teman lelakinya. Namun Jaim menahan gadis itu bagi mengelakkan berlaku perlakuan sumbang kerana dia bukan muhrim dengan keluarga itu.

"Gadis itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

ULASAN

Sebelum tu, tak tau lah masuk entry ni dah 3 entry aku ulas dr petikan akhbar. Aku faham isu ini sgt2 sensitif tetapi aku hanya memberikan pandangan aku sahaja. Persoalan pertama, kenapa gadis ini ditangkap juga sedangkan dlm rumah tu terdiri dari ahli keluarga teman lelaki beliau sendiri. Keduanya, gadis ini tidak ditangkap di dalam bilik dan berdua2an dgn teman lelakinya dan ahli keluarga teman lelaki beliau tahu yg beliau ada di rumah. Ketiganya, walaupun pengorbanan gadis ini terhadap teman lelaki beliau agak over tetapi itu adalah masalah mereka dan adakah sbb ingin menolong ibu teman lelaki beliau yg sudah lumpuh, beliau ditahan? Keempat, di mana letaknya budi bicara jabatan agama terutamanya melihat gadis itu menolong ibu teman lelaki beliau yg lumpuh setelah ahli keluarga wanita lumpuh tersebut tidak mahu menolongnya? Kelima dan terpenting, apakah maksud khalwat yg sebenarnya seperti yg termaktub dlm undang2?

Kelima2 persoalan ini, aku mahukan jawapan. Bila fikir balik, struktur jabatan2 agama di Malaysia tidak seragam. Ada jabatan agama yg terlalu ketat sehinggakan satu bilik ngan parents pun kene ketuk pintu bilik hotel. Ada jabatan agama yg lain pulak terlalu longgar sehinggakan takut utk menyerbu pesta seks terutamanya jika ia melibatkan golongan elit. So, struktur undang2 syariah masih tidak seragam dan ini akan menimbulkan kekeliruan terhadap umat islam sendiri. Maka, jadilah isu seperti isu di atas.

Ada juga beberapa jabatan agama yg hanya tertumpu pada kes khalwat sedangkan ada kes yg lebih besar yg perlu mereka ambik tindakan juga seperti org melayu bersembahyang di gereja (ada kes ok), org melayu beli nombor ekor di kedai2 no ekor mahupun kes org melayu membeli minuman keras. Jarang rasanya kes2 ini disiarkan di akhbar. Yg sering terpampang di akhbar ialah kes khalwat dan kes khalwat seperti di atas pun mendapat liputan meluas.

Kalau nak dibandingkan dgn kes di atas, maka akan ramailah juga yg perlu ditangkap. Mana taknya, kadang2 kita pergi ke sesuatu tempat dan kalau tiada tempat penginapan atau pun ingin jimatkan kos, maka menumpang di rumah keluarga rakan menjadi penyelesaian. Yg penting ada family rakan kita dan mereka tahu mengenai kehadiran kita yg menumpang tidur di rumah mereka. Kalau berdasarkan kes di atas juga, maka akan ramai jugakla yg kene tangkap masa musim raya kali ni. Ye lah, kadang2 rumah sedara kita jauh sehinggakan ada keadaan memaksa kita utk bermalam di rumah saudara kita dan perlu diingat hubungan sepupu satu rumah juga sama seperti di atas kerana sepupu juga dikira bukan muhrim.

Aku berharap agar undang2 syariah diselaraskan dan bukan mengikut telunjuk jabatan agama negeri sahaja. Lebih elok jika ada kementerian khas utk org islam ataupun sekurang2nya JAKIM yg bertindak utk menyeleraskan undang2 syariah di seluruh Malaysia agar umat islam tidak terkeliru.

Wassalam


Posted at 11:19 pm by Faiz Nordin
Ada (13) komen, komen anda?  


Wednesday, October 11, 2006
Pakcik MMA yg sebenarnya meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon iklan Astro yang terkenal dengan ungkapan ‘macam-macam ada’, Abbas Puteh, meninggal dunia di sini, semalam selepas enam hari dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat batuk berdarah.
 
Abbas, 75, atau lebih dikenali sebagai Pak Abbas dimasukkan ke HKL kerana cedera terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke Chow Kit dari rumahnya di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, di sini.

Allahyarham yang kematian isterinya Julai tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.30 pagi, di sisi anak kelimanya Faridah Abbas, 32. Pak Abbas meninggalkan empat anak lelaki dan tiga anak perempuan serta 20 cucu.

Faridah berkata, arwah bapanya tidak menunjukkan sebarang tanda selain batuk berpanjangan malah Pak Abbas kelihatan ceria sepanjang berada di hospital.

“Sebelum ini arwah tidak pernah mengadu sakit, dia juga tidak menghidap sebarang penyakit serius. Tapi, sepanjang berada di hospital dia nampak ceria malah jururawat yang menjaganya pun berkata demikian.

“Arwah dimasukkan ke hospital akibat patah kaki selepas terjatuh basikal ketika dalam perjalanan ke Chow Kit. Selepas itu dia sering batuk-batuk hingga pagi tadi keluar darah dan terus menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Jenazah Pak Abbas dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang selepas Zuhur. Sebelum itu jenazah dibawa ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk disembahyangkan.

Pak Abbas, anak jati Kampung Baru membintangi iklan Astro sejak 2004. Bakatnya dikesan apabila pihak Astro mencari calon yang sesuai untuk memperkenalkan saluran Astro.

Ketua Segmen Melayu Unit Pemasaran Astro, Molina Musa yang ditemui berkata, sebagai menghormati pemergian Pak Abbas, Astro akan menghentikan serta-merta siaran iklan yang membabitkannya.
 
*Takziah diucapkan kepada keluarga pakcik Abas atau lebih dikenali dgn nama pakcik MMA. Ini lah pakcik MMA yg sebenarnya. Bukan niat nak menumpang nama beliau tetapi secara kebetulan nama pakcik MMA tu juga ada signifikasinya terhadap diri & kehidupan aku. Sekali lagi takziah diucapkan dan semoga arwah ditempatkan di tempat2 org yg saleh. Terbayang dan rindu dgn gelagat pakcik MMA sewaktu menjadi 'juri' kat AF2 dulu yg pastinya mencuit hati kita.* 

Posted at 05:21 pm by Faiz Nordin
Ada (1) komen, komen anda?  


Saturday, October 07, 2006
Mawi buat hal lagi............

ARTIKEL 1 (Harian Metro 6/10/2006)

SUDAH acap kali SS menulis pepatah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Namun kata-kata hikmat itu bagaikan tidak bererti langsung kepada seorang artis muda ini.

Baru saja menikmati kemewahan dan kemasyhuran, sudah mulai buat perangai. Tidak lagi sudi memandang hijau rumput di bumi. Barangkali juga dengan sedikit dugaan kesenangan yang Tuhan berikan, dia juga terlupa kepada satu lagi ungkapan lama, hidup ini umpama roda, tidak selamanya kita akan dijulang tinggi.

SS rasa tak payahlah SS berselindung lagi siapa empunya diri. Artis yang SS maksudkan tak lain tak bukan adalah Asmawi Ani atau Mawi. Lagipun, perkara itu terjadi depan mata SS sendiri, seorang lagi rakan SS dan beberapa orang lain. Jadi tidak perlulah SS rahsiakan namanya.

Peristiwa itu berlaku malam kelmarin ketika Mawi menjayakan program Seroja-A Ramadan Special di Hotel Palace of the Golden Horses. Program itu turut dijayakan Ramli Sarip, Salima AF4, Ikhwal, Alwi Al Haddad dan Salleh Brothers.

Antara lain program itu untuk mengisi minda dan rohani pengunjung berbuka di situ. Sambil menjamu selera, mereka disajikan dengan persembahan bersifat kerohanian iaitu lagu-lagu memuji keesaan Allah SWT dan kemanusiaan.

Namun kesyahduan yang baru dirasai itu tidak kekal lama apabila tiba masa SS dan rakan mahu merakamkan gambar Mawi dan Salima, dengan nada yang kurang enak PR artis itu beritahu yang dia tak mahu bergambar dengan artis wanita.

Mengejutkan apabila sebelum ini Mawi tiada masalah bergambar dengan artis wanita tetapi hari itu pendiriannya berubah. SS hormati pendiriannya jika benar enggan bergambar dengan artis wanita tetapi kenapa Mawi tidak mahu menjelaskannya sendiri.

Maka dalam keadaan yang serba tak selesa, hanya gambar Salima dapat dirakamkan. Tiba giliran SS dan rakan ingin menemubual Mawi tetapi entah mengapa dia tidak mengendahkan apabila dipanggil.

Teman wartawan yang bosan dengan perlakuannya itu akhirnya angkat kaki dan tidak kuasa untuk melayan kerenahnya yang tiba-tiba memualkan pihak media.

Menyedari keadaan sedang tegang salah seorang PR Maestro cuba menyelamatkan keadaan dengan memberi alasan Mawi bersikap begitu kerana penat, selepas itu dia perlu bergegas ke studio untuk rakamkan lagu baru.

Bagi SS, ia bukan alasan sebab ia adalah sebahagian daripada tugasnya. Kalau dikira penat SS pun keletihan dari pagi hingga malam bertugas. Tetapi SS tak pernah merungut kerana SS seronok dengan tugasan diberi.

Daripada perlakuannya itu, SS dapat rasakan yang mesej kerohanian tidak meresap ke jiwa Mawi sendiri, kerana dia berdiri di pentas itu semata-mata kerana wang.

SS dan teman ingatkan Mawi dah berubah tetapi rupanya dia kembali ke sikap asalnya. Apa pun pendiriannya dan masalahnya, kenapa Mawi tidak berusaha menjelaskannya sendiri. Kiranya, teguran dibuat terhadapnya selama ini tidak menyusup langsung ke hatinya.

Sepatutnya selepas setahun bergelar artis, Mawi semakin matang, belajar daripada kesilapan lalu dan menjadi insan yang lebih baik.

Mawi mungkin bernasib baik kerana peminat masih menyanjunginya kerana mereka tidak kenal siapa itu Mawi. Tetapi bagi kami yang biasa bertemu dan mewawancaranya, amat mengenali sikap sebenar penyanyi itu. Duhai Mawi, langit itu tidak selalunya cerah. Sebelum mendung tiba, beringat-ingatlah!


ARTIKEL 2 (Berita Harian 7/10/2006)

JENTIK salah tak jentik pun salah, berbelah bahagi betul hati kita. Tapi kalau kita tak jentik, nanti sikap artis yang seorang ni tak akan berubah. Kalau jentik pun kita rasa dia ni bukanlah kisah sangat.
 
Tapi kita rasa peminat di luar sana perlu tahu. Kita dan rakan-rakan wartawan lain sebenarnya dah tak tahan lagi dengan perangai seorang artis lelaki popular ni. Siapa lagi kalau bukan Mawi, juara Akademi Fantasia 3 dan juga Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005.

Kita bukan anti-Mawi. Kita tahu bila kita tulis macam ni orang terus buat andaian yang kita ni kononnya anti gila dengan penyanyi yang lebih selesa berkepala botak tu. Tak, kita bukan tak suka. Iyalah kita ni wartawan tak eloklah memilih kasih atau berat sebelah. Tapi, sikap Mawi betul-betul mencabar kewanitaan kita....

Sampaikan salah seorang rakan media ni tak boleh tidur malam gara-gara sikap kurang sopan penyanyi ini. Kalau sebelum ni, Jentik Sikit tak pernah mendedahkan nama artis tapi kali ini memang kita tak boleh sabar lagi.

Kisahnya awal minggu lalu, kita dan beberapa rakan media diundang ke sebuah majlis yang membabitkan jejaka idaman Malaya ni. Hajat kita lepas habis persembahan, kita nak gandingkan penyanyi popular itu dengan seorang pelajar AF4 iaitu Salima.

Kita tak tahu pula yang dia ni alih-alih tak suka bergambar dengan artis wanita sedangkan sebelum ini macam tak kisah saja. Kita boleh faham kalau dia cakap dengan kita tapi masa kita minta kerjasamanya, Mawi hanya diam seribu bahasa sambil membelek telefon bimbit mahalnya sambil menonton kembali persembahannya tadi.

Yang sibuk-sibuk kata tak boleh hanyalah PRnya. Kita biarkan dulu dia menonton kembali persembahannya sementara kita pula ambil kesempatan menemuramah Salima dengan seorang lagi wartawan lain. Kiranya lepas habis 'interview' Salima, kita nak ler 'interview' si Mawi ni.

Selesai saja dengan Salima, kawan kita terus panggil Mawi. Lebih kurang tiga kali jugalah kawan kita panggil Mawi, tapi langsung tak diendahkannya. Ke mana hilangnya nilai budaya tinggi yang kononnya dimiliki penyanyi yang dikatakan sempurna dalam segala segi ni?

Kalau tak nak, berterus terang sajalah. Bukan kita tidak boleh hormati pendirian dia tu, tapi dia hanya diam macam tunggul saja. Sakit hati dengan perangai buruk dia tu, kita dengan rakan kita terus tinggalkan dia dengan telefon mahalnya begitu saja.

Dia ingat kami ni 'hadap' sangat dengan dia. Tolonglah, hormati sikit insan lain. Alasan yang diberikan pihak pengurusannya dia mungkin penat kerana terlalu banyak kerja sepanjang bulan Ramadan ini. Pada kita kalau itu yang menyebabkan Mawi hilang mood, tak payahlah jadi artis. Ini jalan yang dia dah pilih, suka atau tidak dia kena terima juga.

Kalau Mawi penat, kita pun penat juga. Mungkin sudah tiba masanya syarikat pengurusan Mawi menimbang balik jadual penyanyi kesayangan mereka tu. Takut nanti esok-esok bertambah teruk pula perangai dia. Siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka. serima@bharian.com.my
 

ARTIKEL 3 (Harian Metro 7/10/2006)
 
MARAH betul Rosyam Nor dengan kenyataan Mawi yang meletakkan syarat tidak akan bersentuhan dengan wanita untuk berlakon. Seperti menghina pelakon lelaki sepertinya yang sudah 21 tahun di dalam industri ini.
 
Rosyam bukan menidakkan hukum Allah tetapi meminta Mawi berhati-hati memberi kenyataan kepada media. Syarat juara Akademi Fantasia 3 itu semacam memandang rendah pekerjaan yang menjadi sumber rezeki pelakon lelaki.

"Apa Mawi ingat kami bersentuhan, berpegangan tangan dalam filem atau drama, sebab nak seronok-seronok? Naik syahwat?

"Kalau aku berlakon dengan Fauziah Nawi sebagai ibu dan dalam babak itu dia kemalangan, takkan aku nak tengok saja dan hanya bertanya dia OK atau tak sebab tak boleh nak angkat nanti tersentuh?" katanya ketika saya terserempak di Angkasapuri, RTM kelmarin.

Bersentuhan lelaki dan wanita bukan muhrim memang hukumnya haram. Itu sudah termaktub tetapi Rosyam kata, kalau Mawi boleh bersalaman dengan peminat atau orang media (wanita), kenapa di dalam filem tidak boleh?

Saya faham perasaan pengacara Fenomena Seni ini. Namun ia cukup sensitif untuk diperkatakan di sini, bimbang mengundang tafsiran yang lebih panjang. Kadang-kadang apa yang kita maksudkan, lain pula yang orang fikirkan.

Apapun saya setuju, apa saja yang kita lakukan mestilah dengan nawaitu. Inilah yang dipegang Rosyam untuk berjaya sebagai anak seni. Dia ada anak bini yang harus dijaga maruahnya, yang harus disuap dengan rezeki yang dicarinya.

Sebenarnya, Mawi tidak perlu membuat kenyataan begitu. Kalau mahu jadi pelakon, jadilah dan letakkan syarat itu kepada penulis skrip atau pengarahnya saja. Jangan kecoh-kecoh pada media kerana tafsiran orang pelbagai.

Saya menghubungi bekas bilal dan pelakon yang saya hormati, M Rajoli untuk bertanyakan hal ini. Panjang ceritanya! Dia tidak terkejut kerana dia sendiri dilabelkan sebagai menjual maruah semata-mata untuk mencari duit.

Wataknya sebagai ayah yang merogol anak tiri di dalam Cinta Fotokopi dicemuh, kerana bukan setakat bersentuhan tangan tetapi berpelukan demi menghidupkan karakter.

"Hukum berdosa atau tidak bersentuhan ini sudah ditentukan Allah. Tetapi ini kerja saya, kalau saya tidak memberi nafkah kepada anak bini, tentu lebih berdosa. Entah-entah anak boleh jadi perompak untuk hidup.

"Allah memberikan kita peluang lima kali sehari untuk mencuci dosa. Malah Dia beri peluang untuk kita bangun di waktu malam untuk sembahyang tahajud.

"Jadi tidak payahlah jaga dosa orang lain kerana setiap kita sudah diberi penjaga oleh Allah untuk mengira amalan kita. Biarlah malaikat Raqib dan Atib jalankan tugasnya," katanya yang kini sedang menjalani penggambaran drama di Melaka.

Perumpamaan yang diberikan pelakon asal Kelantan ini mungkin kotor tetapi cukup bermakna. Dia mengambil contoh kita membuang air besar, kalau tidak dicuci, ia akan bertambah busuk. Tetapi kalau dicuci selepas setiap kali membuang, ia akan sentiasa bersih.

Saya terus mendengar kata-katanya. Apabila terbabit di dalam lakonan atau nyanyian, bersentuhan pasti berlaku. Ia boleh dielak, tetapi ada caranya. Senang cerita, jangan masuk gelanggang kalau gerak silat belum khatam sepenuhnya.

"Lebih baik jual kopiah, jual kain kerana industri hiburan lain macam sikit," katanya.

Bagaimanapun saya tahu, catatan saya hari ini mungkin mengundang kurang senang pihak tertentu. Seperti yang saya katakan tadi, kita masing-masing mempunyai pandangan. Jadi pandanglah dengan mata dan kepala sendiri!
 
 
KOMEN AKU
 
Hebat isu mawi ni. Cumer satu elemen yg aku nak komen psl situasi yg berlaku kat mawi ni. Elemen atau konsepnya cukup mudah iaitu Hipokrit Tiada Dalam Diari Seorang Manusia. Kalau rasa diri terlalu perfect sampai nak ckp psl dosa org lain tapi perangai masih tak menghormati org lain, tak gunalah berqasidah, marhaban dan berzanji kerana mungkin itu semua hanya hipokrit belaka. Aku lebih menghormati cara Ustaz Asri Rabbani. Bg aku, Ustaz Asri ni mempunyai tahap keagamaan yg tinggi tetapi takderlah sampai nak kecoh nak tunjuk baik kat media. Kita juga mengetahui Ustaz Asri mmg terkenal dgn keramahan beliau dan keramahan beliau mmg mengundang hormat org lain kepada beliau. Jadi, mesej beliau dalam lagu2 beliau bersama Rabbani telah menyerap dlm sanubari beliau.
 
Mungkin seperti kata SS dlm Harian Metro, mesej kerohanian yg mawi selalu sampaikan dlm lagu beliau tidak meresap dlm jiwa beliau. Tu yg sebabnya berlakunya sikap hipokrit dan lupa diri. Ni baru jd artis, kalau jd CEO yg mampu beli Mercedes S Class, tak tau la apa jd. Nikmat yg Allah beri kepada kita bukanlah bersikap tetap tetapi bersifat sementara bergantung sejauh mana nilai kesyukuran kita.
 
Aku sebenarnya agak teruja membaca artikel2 ni especially artikel SS (Harian Metro) & Serima (Berita Harian) kerana jarang sekali wartawan akan memberitahu identiti seseorang artis bila ada seseorang artsi buat hal tetapi agaknya kedua2 wartawan ni mungkin dah over bengang dan muak dgn sikap mawi yg dikatakan berubah sejak tahun lepas lagi. Mmg banyak cerita yg kurang enak yg kita dgr psl mawi sehingga ada kalanya aku rasa tak logik yg Mawi yg dikenali dgn didikan agama yg kuat akan melakukan perkara sebegitu. Tak tau lah kenyataan tu betul ker tak tapi situasi terbaru ni menguatkan kenyataan yg kononnya mawi dah lupa diri.
 
Apa yg diharapkan, agar Mawi mengambil segala teguran dari media dan pihak2 lain sebagai sesuatu yg positif utk beliau. Bukan mudah utk mengecapi kekayaan di dunia ni kerana satu persatu cabaran bakal menanti kita. Jadi apa lagi asset yg fanatik Mawi boleh banggakan kalau dah terkeluar cerita2 sebegini? Takkanlah nak ckp org lain dengki dgn pencapaian Mawi? Dua artikel ni kisah benar yg berlaku dan bukannya fitnah yg disebarkan. Fikirkanlah! Tak semua org perfect. Sedangkan buah durian yg elok pun boleh busuk, apatah lagi manusia!

Posted at 02:19 am by Faiz Nordin
Ada (9) komen, komen anda?  


Saturday, September 30, 2006
Quick Update

Just a quick apdet!

Hepi besday Norman Noor a.k.a Azman Bin Mohd Noor. Besday yg ke 21 tahun. Semoga cita2 beliau utk bergelar artis, akan kesampaian. Rakan2 anda akan sentiasa menyokong anda. Barulah namanya bakal artis kalau ada artis yg buat suprise utk Norman Noor. Thanks jugak kepada mereka2 yg hadir tadi. Elya, Tnie & sopan, Q dan Faidah, Nana, Fiza, Asri, Bob (Bobby Chua), Perancang event a.k.a Aizat dan Bob AF & PA nyer. Kepada norman noor, jgn lupa dgn show2 yg berderet2 sem depan nanti k. Hehehe.

Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan advance besday kepada kakak aku, Elya Roza a.k.a Joyah yg akan sambut besday yg ke 22 pada isnin ni. Sorry kene wish awal sbb isnin ada paper. Semoga elya terus sukses dlm bidang diceburi dan diharap akan menjadi kakak yg baik bukan sahaja kepada riki tetapi kepada aku gak. Kurang2 kan blurr ekk cik elya. Hahaha. :P

Last but not least, diucapkan selamat menempuhi final exam kepada semua student MMU yg membaca blog ni. Semoga kita semua akan tenang menjawab soalan exam nanti. Di harap, sempena bulan Ramadhan ini akan memberi kita rahmat utk menghadapi peperiksaan akhir ini. Blog ini mungkin akan tidak diupdate utk 2 minggu sehinggalah peperiksaan berakhir. Tapi jgn risau, aku masih sempat utk mengucapkan ucapan raya nanti k.

Wassalam

Msg utk Norman Noor dr Adam Melaka :
aDam: bgtau norman aku kem salam..ckp kat dia nanti bila2 kami jemput nyanyi kt melaka ni..hehe
Credit to fiza
for the info.


 

KEMASKINI PUKUL 9.45 MALAM UTK UPDATE GAMBAR2 SUPRISE PARTY NORMAN NOOR


Norman Noor disuprise oleh Bob AF2


Norman Noor terkedu dgn ini semua


Norman Noor dikerumuni 'wartawan'


Norman Noor, Bob & aku setelah selesai segala2nya


Antara yg menjayakan suprise party Norman Noor


Posted at 01:07 am by Faiz Nordin
Ada (12) komen, komen anda?  




Next Page
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< November 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics