Sunday, January 04, 2009
Singapore Trip

Assalamaualaikum....

Last week, saya bersama 2 rakan saya yg lain mengisi masa lapang utk bercuti di Singapore. Org kata lampu2 di Orchard Road meriah semasa perayaan Krismas. So, kami mahu sendiri merasainya. Kami bertolak 27 December lepas dengan sepatutnya menaiki bas Transnasional terus ke Singapore. Tapi apabila turun sahaja ke platform Puduraya, bas tersebut telah bergerak. Saya cuber mengejarnya (lari kengkang utk attract driver) tapi tidak berjaya. Waktu di jam saya ketika itu ialah 8.43 sedangkan bas bergerak 8.45pg. So, bas tersebut telah bergerak awal dari jadual.


Bas buruk yg kami naik dari KL to JB. Siap sidai baju lg

Selepas itu, kami terpaksa mencari alternatif lain dan nasib kami baik, ada satu bas ke Johor Bahru. Walaupun keadaan bas itu buruk, tapi kami tiada cara lain utk ke Singapura. Jadi kami telah menaiki bas itu pada jam 9.30 pagi utk ke Johor Bahru. Sampai di JB dlm around 1.30 ptg, kami terus menaiki shuttle SBS Transit utk ke Singapore.


Me @ Kranji MRT

Kami menaiki bas SBS Transit utk ke MRT Kranji. Dari MRT Kranji, kami terus ke MRT Kallang dan check in di Fragrance Emerald Hotel di salah sebuah lorong di kawasan Red Light District iaitu di Geylang. Sila check sendiri apa yg saya maksudkan dgn Red Light District tersebut. Agak 18SX jika diceritakan di blog ini.
 


Play safe

Selepas mandi, kami terus bergerak ke Orchard Road dengan menaiki bas. Dan setibanya di Orchard Road, kami terus mencari makanan dan selepas itu barulah kami menikmati sendiri kemeriahan Krismas di Orchard Road. Sempat gak la round2 pakai double decker bus utk tgk2 lampu2 dan decoration sempena Krismas.


Christmas light @ Orchard Road

Hari kedua, kami pergi ke Arab Street, Bugis Street & terus ke Sentosa. Honestly, Sentosa is nothing. Not really worth it with our money. Total cost for Sentosa is SGD52.90 but we not enjoy it. Better pi Genting and for next time if ada chance utk ke Singapore, i will not go to Sentosa unless ada new attractions there. Mlm tu pas balik dr Sentosa, we all lepak kat Clarke Quay & Boat Quay.


Masjid Sultan @ Arab Street
 
 

One of Sentosa Attraction
 

Clarke Quay

Hari ketiga, kami singgah lagi ke Bugis Street. Beli sedikit souvenir and lunch kat sana sebelum ke naik MRT ke Kranji to get bus to JB. From JB, we all naik train utk ke Kuala Lumpur. It was fun trip except for Sentosa. Next time, i will pusing2 kat Marina Bay and tak puas jalan2 area Bugis Street & Orchard Road.
 

Bugis Street


Dlm keretapi yg tak tahu nak wat apa selain TIDO

Posted at 09:25 pm by Faiz Nordin
Ada (1) komen, komen anda?  


Friday, January 02, 2009
Blog Ini Menang Blog Contest

Assalamualaikum......

Hari ini saya telah mendapat email daripada pihak Awana Resort yg mana mereka memilih blog saya sebagai pemenang minggu pertama utk "Rediscover Freedom With Blogs". Dgn itu, saya telah memenangi holiday card bernilai RM 50 dan berpeluang utk memenangi hadiah utama iaitu bilik percuma di Awana Resort! Saya telah menulis entry tersebut hampir 2 tahun yg lepas sewaktu first time saya menginap di Awana Kijal dan waktu tersebut saya merasakan saya wajib menulis tentang Awana Kijal since resort ini lain daripada resort yg lain yg pernah saya jejaki.

Thanks to pihak  pengurusan Awana Resort sebab memilih entry di blog saya sebagai pemenang mingguan "Rediscover Freedom With Blog". I hope i can win the grand prize utk bercuti again di Awana Kijal. Rindu woo nak bercuti di Awana Kijal. Walaupun just RM 50, but saya sgt happy kerana ada yg sudi menilai tulisan dari bloggers picisan seperti saya.

Utk membaca entry saya tersebut, klik link ini: http://faiznordin.blogdrive.com/archive/254.html

Wassalam

Posted at 11:38 pm by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  


Thursday, January 01, 2009
Happy New Year 2009

Assalamualaikum

Tahun 2008 telah meninggalkan kita 10 jam yg lepas. My first activity in 2009 is tido. Haha. Alhamdullilah, tahun 2008 merupakan salah satu tahun yg bermakna buat saya. 2 perkara penting dalam hidup saya yg telah berlaku pada tahun 2008 iaitu saya telah berjaya mendapatkan segulung ijazah dan telah menjadi mendapat pekerjaan sepenuh masa. Thanks Allah for everything.

Saya telah membuat perancangan secara umum apa yg saya mahukan dalam tahun 2009. Saya ingin mempertingkatkan my career quality to improve my career development. Saya juga akan banyak menghabiskan duit tahun ini dengan travel! Haha. So far, 2 plan tgh on iaitu utk bulan jun & hujung tahun nanti. Hopefully plan tu kan menjadi.

For kahwin, ia masih menjadi plan yg carry forward & brough forward year by year. So far, kahwin bukanlah plan terdekat saya. Ia bakal menjengah seawal2 nyer pun hujung tahun 2010 atau pun 2011.

Salam tahun baru utk anda. Saya mengharapkan segala perancangan anda sepanjang tahun 2008 telah membuahkan hasil. Teruskan perancangan kita utk menempuhi tahun 2009 yg pastinya penuh dengan cabaran yg menanti.

Wassalam

Posted at 09:18 am by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  


Sunday, December 21, 2008
Filem Histeria Tidak Memenuhi Pengertian Sebenar



Assalamualaikum............

Semalam, saya sempat ke GSC One Utama utk menonton filem Histeria. Saya ternanti2 filem ini sbb tgk trailer dier mcm best dan ternyata selepas menonton filem ini, saya teringin untuk memberikan ulasan.

Jalan cerita dier tampak ok, adegannya juga bg saya boleh membuatkan bulu roma meremang tetapi saya tertanya2, kenapa filem ini bertajuk Histeria. Ini adalah masalah besar citer ini. James Lee selaku pengarah filem ini tidak mengetahui apakah maksud histeria. Saya mempertikaikan kenapa Murni dikatakan histeria sedangkan hantu raya tersebut masuk ke dalam badan Murni dan membunuh rakan2 beliau yang lain. Murni sebenarnya membela hantu raya tersebut yg mana beliau adalah tuan kepada hantu raya tersebut manakala rakan2 beliau yg lain telah dirasuk sehingga mati oleh hantu raya yg dibela oleh Murni tersebut. Jadi, tiada sesiapa yg mengalami histeria. Saya tertanya2 kenapa Murni perlu menjerit ala2 org kene histeria sedangkan beliau adalah tuan kepada hantu raya tersebut dan hantu raya tersebut tidak akan membunuh tuannya sendiri.

Keseluruhannya, saya mentakrifkan cerita ini sebagai 4 bintang out of 5 bintang jikalau faktor tajuk dijadikan kayu pengukur. Saya hanya mempertikaikan maksud histeria pada pemahaman pengarah James Lee berdasarkan pemahaman saya menerusi rujukan saya pada maksud histeria dalam wikipedia dan artikel yg menulis mengenai temubual bersama Datuk Dr Amran Kasimin, bekas pensyarah UKM yg mengkaji kebudayaan Islam & Ketua Jabatan Perubatan Psikologi PPUM, Prof Mohamad Hussain Habil. Saya juga membaca maksud histeria dlm Wikipedia dan bertanya seorang org tua mengenai maksud histeria dan ternyata histeria tidak ada kene mengene ngan filem ini. Org tua tersebut mencadangkan rasuk sesuai utk tajuk filem ini.


Maksud Histeria melalui Wikipedia:

Histeria merupakan suatu keadaan minda seperti ketakutan atau emosi yang tidak terkawal. Ketakutan tersebut selalunya disebabkan oleh beberapa kejadian yang dilalui oleh seseorang yang melibatkan konflik yang teruk. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan akibat ketakutan yang teramat sangat.

Pakar Psikiatri dan pakar perubatan lain mempunyai beberapa teori lain bagi menggantikan histeria dengan istilah yang lebih eufimistic yang bersamaan. Ini termasuk "psikosomatik", "fungsian", "nonorganik", "psikogenic", dan sebagainya.

SUMBER: http://ms.wikipedia.org/wiki/Histeria

Temubual Harian Metro bersama Datuk Dr Amran Kasimin & Prof Mohamad Hussain Habil:

Tidak kurang lima kes histeria membabitkan ratusan pelajar yang dilaporkan berlaku hampir serentak di beberapa sekolah berasrama di Pahang, Selangor, Perak dan Sarawak sepanjang bulan lalu hingga kelmarin mencetuskan persoalan di kalangan masyarakat apa sebenarnya berlaku?

Sekolah Menengah Sains Selangor adalah salah sebuah sekolah tersebut dan cerita tentangnya boleh dibaca di pengalaman semasa SMSS diganggu.

Dua pakar dalam dua bidang berlainan yang ditemui Metro Ahad memberi jawapan berbeza terhadap persoalan itu berdasarkan kepakaran masing-masing.

"Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini," kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Mohamad Hussain Habil, pula berkata masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang terhadap perkara mistik dan karut marut, namun ia sebenarnya disebabkan masalah psikologi serta tekanan perasaan.

"Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi, sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja," katanya.

Ikuti ulasan lanjut mereka berhubung fenomena ini yang kini mencemaskan masyarakat, terutama ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa, kerana proses pembelajaran anak mereka terjejas berikutan sekolah terbabit terpaksa ditutup sementara waktu untuk menenangkan keadaan.

DATUK DR AMRAN KASIMIN

Soalan (S): Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?

Jawapan (J): Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.

Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.

S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?

J: Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas 'kediamannya' dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.

Selain itu, mungkin ada pelajar 'mengganggu' tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.

Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan 'kenakalan' pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu 'menyerang' (berlakunya histeria).

Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.

S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?

J: Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.

Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.

Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.

Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.

S: Mengikut fahaman Datuk, bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?

J: Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi.

Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.

S: Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?

J: Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.

S: Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?

J: Ya... kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.

Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat.

Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin 'dirosakkan' makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.

S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?

J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.

Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.

S: Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?

J: Ya... tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.

S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?

J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.

S: Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?

J: Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.

Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh."

S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?

J: Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada 'tawar-menawar', tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.

Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.

S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?

J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.

S: Ada pihak 'memagar' tempat tertentu seperti sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus, apa pandangan Datuk?

J: Pada saya tidak salah, namun wujud kebimbangan. Malah ada yang memagar dengan bantuan jin juga dan ini bahaya, tidak mustahil jin ini boleh mengganggu tempat itu. Sebaik-baiknya kembali kepada ajaran Islam, gunakan ayat al-Quran.

S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?

J: Apabila seseorang itu diserang histeria, 'laluannya' sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.

S: Apakah jenis-jenis jin?

J: Seperti manusia, jin ada pelbagai jenis dan taraf. Ada jantan dan betina; Islam atau kafir. Makanannya nasi, darah, malah ada yang tidak makan. Ada juga terbang di udara dan melata di bumi. Tempat kotor seperti kawasan penyembelihan paling disukai. Makhluk ini tidak mati sehingga hari kiamat dan mereka sudah berjanji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.

PROFESOR DR MOHAMAD HUSSAIN HABIL

Histeria adalah masalah biasa dalam proses pembangunan sesebuah negara, terutama apabila berlaku perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar besar.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, berkata perkara ini berlaku di semua negara di seluruh dunia, termasuk di Barat.

Menurutnya, masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang individu terhadap perkara mistik dan karut marut. Walaupun faktor kejutan budaya turut memainkan peranan, kebanyakan kes histeria disebabkan masalah psikologi dan tekanan perasaan.

"Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja.

"Dulu saya selalu menerima pesakit histeria dari kalangan pekerja kilang dalam kuantiti ramai, terutama ketika Lembah Klang baru mula membangun. Kini kes histeria boleh dikatakan hilang sama sekali sehinggalah kes yang berlaku baru-baru ini membabitkan pelajar sekolah.

"Masalahnya ialah masih ramai percaya histeria disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau penunggu sehingga pesakit lambat dibawa mendapatkan rawatan.

"Jika dibiarkan, lebih ramai akan mengalami gangguan ini kerana jeritan atau gejala histeria boleh mempengaruhi orang lain terutama bagi yang lemah semangat," katanya.

Dr Hussain berkata, gejala histeria di kalangan pelajar sekolah berlaku kerana wujudnya unsur perpindahan dari kampung ke bandar dan setiap orang pasti ada kepercayaan terhadap perkara mistik tersendiri, walaupun punca sebenarnya mungkin disebabkan tekanan perasaan akibat masalah keluarga, teman lelaki atau terlalu bimbang untuk menghadapi peperiksaan.

"Usah bawa pelajar yang terkena histeria berjumpa bomoh kerana ia gangguan psikologi. Lebih cepat pelajar diberi rawatan, lebih mudah masalah histeria dikawal dan ia dapat mengelaknya mempengaruhi pelajar lain," katanya.

Cara rawatan histeria juga mudah. Langkah pertama ialah mengasingkan individu yang mula-mula mengalami histeria dan pengasingan ini boleh dilakukan dengan memberi cuti atau dibawa segera ke hospital untuk diberi rawatan di klinik psikiatri. Biasanya pelopor kes histeria berkenaan dimasukkan ke wad dan dirawat hingga pulih.

Dr Hussain berkata, cara lain yang boleh dilakukan ialah berpindah sekolah atau menghantar pelajar berkenaan balik ke sekolah di kampungnya di mana dia berasa lebih selesa, tenteram dan selamat.

Jika histeria berlaku di kalangan guru, langkah penting yang perlu diambil selain memberi rawatan ialah memindahkannya ke sekolah lain.

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN dari Harian Metro.

SUMBER: http://bambang.smsselangor.com/2008/08/histeria-gangguan-jin-atau-masalah.html

Wallahuaklam. Yang benar datangnya dari Allah, yg buruk datang dari diri saya sendiri.

Wassalam

Posted at 08:28 pm by Faiz Nordin
Ada (2) komen, komen anda?  


Monday, December 08, 2008
Silap Kerajaan Jugak!

Assalamualaikum...........

Minggu ni rakyat Malaysia tersentak dengan tragedi tanah runtuh yg meranapkan 14 unit banglo di Bukit Antarabangsa. Walaupun tidak seteruk tragedi Highland Towers tetapi tragedi ini menampakkan kita langsung tidak mengambil iktibar dari kejadian Highland Towers yg meragut 48 nyawa. Kita terus membenarkan pemaju2 membina kawasan perumahan seolah2 tiada lagi tanah pamah yg boleh dimajukan. Setelah tragedi Highland Towers, kita makin rancak membina kawasan perumahan di kawasan2 tersebut yg mana umum mengetahui kawasan tersebut adalah berisiko tinggi.

Honestly, ini adalah kesilapan kerajaan Negeri Selangor yg terdahulu. Pemaju hanya mahu mengaut keuntungan manakala pembeli mungkin beranggapan kawasan itu selamat setelah projek itu diluluskan. Kerajaan Negeri Selangor perlu membuat kajian yg mendalam sebelum meluluskan pembangunan di kawasan berisiko tinggi kerana ini melibatkan keselamatan rakyat. Saya ada membaca kenyataan akhbar dari pakar geologi UKM yg mengatakan laporan2 kajian mengenai struktur tanah di kawsan Bukit Antarabangsa telah diserahkan tetapi pembangunan tetap dieruskan di kawasan tersebut. Jadi, anda boleh membuat andaian siapa yg tidak buat kerja dlm isu ini.

Walaubagaimanapun, kerajaan Perseketuan melalui kenyataan Timbalan Perdana Menteri yg mengarahkan kerajaan negeri utk tidak meluluskan projek di kawasan berisiko tinggi di masa2 akan datang. Saya juga gembira dengan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri Selangor yg mencapai persetujuan bersama walaupun berlainan fahaman politik. Sungguhpun begitu, saya harap ini bukanlah kenyataan semata2 tetapi perlu datang dengan perlaksaan & penguatkuasaan.

Akhrnya, salam takziah dari saya kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Sememangnya berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya. Penderitaan mereka belum berakhir lagi memandangkan mereka diarahkan berpindah ekoran keadaan yg tidak selamat. Hanya doa yg boleh dilakukan agar perkara sebegini tidak berulang lagi kerana kesilapan (pembangunan di kawasan tersebut) ini sudah berlalu dan marilah kita belajar dari kesilapan ini.

Wassalam

Posted at 05:51 pm by Faiz Nordin
Ada (5) komen, komen anda?  


Friday, November 28, 2008
Thailand Bergolak Lagi

Assalamualaikum........

Thailand menyaksikan ketegangan politik sekali lagi yg saya lihat masih samar titik noktahnya. Saya tidak faham pemimpin bagaimana yg ingin rakyat Thailand mahukan. Saya faham ramai menolak Thaksin tetapi setelah presiden Samak Sundaravej dipilih oleh majoriti rakyat Thailand setelah rampasan kuasa oleh tentera terhadap Thaksin, ada yg mahu memprotes sehingga Samak terpaksa meletakkan jawatan. Mengapa rakyat Thailand tidak menghormati proses demokrasi sehingga sanggup mencetuskan krisis politik.

Setelah Samak meletakkan jawatan, Somchai Wangsawat yg juga dari parti PPP mengambilalih jawatan perdana menteri Thailand. Tetapi isu baru ialah Somchai merupakan abg ipar kepada Thaksin. Saya faham kenapa rakyat Thailand cukup sensitif dengan apa2 yg ada kaitan dgn Thaksin tetapi Somchai telah menafikan yg beliau ada kaitan dengan Thaksin sambil mengatakan beliau bukanlah dari Parti Thaksin iaitu TRT.

Saya tidak nampak sampai biler ketegangan politik di Thailand akan berakhir. Saya lebih merasakan election lebih memburukkan keadaan politik di Thailand. Saya merasakan rakyat Thailand selesa di bawah kuasa tentera. Ini dibuktikan apabila Surayod Churanont merampas kuasa dari Thaksin dan dapat memerintah Thailand dengan aman selama setahun setengah.

Saya menjangkakan rampasan kuasa akan berlaku lagi dan tentera sekali lagi akan memainkan peranan dlm politik Thailand. Saya agak risau dengan ketegangan politik di Thailand memandangkan Thailand merupakan negara bersebelahan Malaysia. Saya mengharapkan agar politik Thailand kembali stabil setelah rampasan kuasa yg akan dibuat oleh tentera.

Wassalam


Posted at 09:36 am by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  


Wednesday, November 19, 2008
Rafidah Ada Muslihat

Assalamualaikum.......

Pergolakan kepemimpinan Wanita UMNO semakin meruncing apabila Shahrizat terus berdiam diri manakala Kamilia & Rafidah terus kekal dengan pendirian masing2 utk bertanding jawatan Ketua & Naib Ketua Wanita Umno. Firstly, saya dah jadi tak faham dengan pemimpin2 UMNO secara keseluruhan yg seakan2 tidak sedar tentang kemerosotan pada election yg lepas. Merka langsung tidak amik iktibar dan berlagak seolah2 tiada apa2 'tsunami' yg berlaku dan terus berebut2 dlm pemilihan yg akan datang. Sepatutnya, mereka sudah merangka strategi utk mengambil hati pengundi2 utk election akan datang lebih2 lagi kemungkinan 2 juta pengundi baru yg akan mengundi pada election akan datang. Secondly, keputusan Tan Sri Rafidah Aziz utk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dan memegang jawatan tersebut selama 3 bulan sebelum menyerahkannya kepada Dato Seri Shahrizat amat tidak masuk akal. Apa yg Rafidah boleh buat dlm masa 3 bulan? Siapa yg akan memangku jawatan Naib Ketua? Adakah itu strategi yg berkesan utk memantapkan Wanita UMNO especially utk menghadapi next election? Saya optimistik Rafidah ada sesuatu perancangan peribadi yg kita tidak tahu kerana beliau beria2 utk bertanding sedangkan beliau sudah announce yg beliau akan menyerahkan jawatan itu selepas 3 bulan. 3 bulan tidak bermakna buat Pergerakan Wanita tetapi 3 bulan boleh mengubah pendirian Rafidah dalam isu peralihan kuasa ini.

Apapun yg berlaku, saya merasakan UMNO masih di takuk lama. UMNO adalah sebuah parti yg banyak berjasa tetapi UMNO nampaknya sudah leka hingga merasakan UMNOlah parti yg akan menang dlm setiap dalam pilihanraya. Inilah pemikiran pemimpin2 UMNO yg patut ditukar tidak kira dlm peringkat cawangan, bahagian mahupun top level. UMNO perlu diubah dari segi mekanisme & pemikiran tetapi perjuangan UMNO masih diperlukan especially dlm kemunduran org Melayu berbanding kaum2 lain.

Wassalam


Posted at 02:00 pm by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  


Wednesday, November 05, 2008
Quick Update

Just a quick update............

Minggu ni bermula lah kerjaya sebenar di TM selepas 2 bulan training. Alhamdullilah saya dipostingkan di Tingkat 5, Menara TM dlm unit Business Strategy. Saya sudah membaca key accountabilities position saya & ternyata sgt mencabar. Baru hari ketiga saya di sana, sudah kene pulang lewat menyiapkan tugasan yg diberi. Huhu. Tapi saya cuber utk mengatasi segala cabaran memandangkan banyak jasa TM kepada saya.

Hari Ahad lepas saya ada mengunjungi pasar malam Taman Sri Putra iaitu tempat saya mengutip cukai pasar malam selama 7 tahun. Ternyata janggal apabila ke pasar malam tersebut tanpa mengutip wang cukai dari peniaga di sana. Saya juga ada berjumpa dengan peniaga2 di sana dan mereka juga ada bertanyakan kenapa saya tidak kutip cukai pasar malam lagi. Honestly, masih terpahat lagi sentimental mengutip cukai pasar malam tersebut kerana itulah punca wang saya yg pertama. Tapi apakan daya, saya terpaksa serahkan tugas ini kepada orang baru dari Pakatan Rakyat setelah mereka menakluk Selangor secara keseluruhan.

Tak luper juga saya gembira apabila Barack Obama menang pilihanraya Presiden US. Saya yakin dunia Islam akan sedikit aman berbanding Bush yg sering menindas negara2 Islam. Ternyata, bukan penduduk kulit hitam di US sahaja yg bergembira dengan kemenangan Obama tetapi hampir 75% penduduk US meraikan kemenangan Obama.

Posted at 09:18 pm by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  


Friday, October 31, 2008
Razak Baginda Dilepaskan, Siapa Yg Suruh Bunuh Altantuya?

Assalamualaikum.....

Hari ini penganalisis politik, Abd Razak Baginda telah terlepas dari tuduhan membunuh Altantuya tetapi dua tertuduh yg lain iaitu Chief Inspector Azilah Hadri & Koperal Sirul Azhar diarahkan membela diri. Satu soalan bermain di fikiran saya, siapa yg menjadi dalang sebenar pembunuhan Altantuya? Saya realistik bahawa kedua2 tertuduh ini disuruh oleh seseorang untuk membunuh Altantuya memandangkan cara Altantuya dibunuh sungguh kejam dan saya tidak nampak kedua2 tertuduh ini ada kaitan dengan Altantuya sebelum beliau dibunuh. Keduanya, Azilah Hadri merupakan anggota polis berpangkat Chief Inspector dan saya merasakan org yg menyuruh tertuduh membunuh Altantuya adalah dari kalangan VIP yg sgt berpengaruh.

Saya mengharapkan agar kedua2 tertuduh ini dapat memberitahu kisah sebenar mengenai siapa dalang dlm pembunuhan ini ketika membela diri 10 November ini. Lagipun pembelaan diri nanti adalah keterangan bersumpah dan kedua2 tertuduh tidak boleh melepaskan org yg sepatutnya diheret ke muka pengadilan dari tuduhan ini sedangkan mereka berdua terpaksa menanggung kesalahan ini seorang diri.

Wassalam

Posted at 10:55 pm by Faiz Nordin
Ada (1) komen, komen anda?  


Tuesday, October 28, 2008
Beraya Sehingga Ke Alor Star

Assalamualaikum...

Semalam dan kelmarin, saya bersama rakan2 berkesempatan utk beraya di rumah Norman Noor di Alor Star. Sudah lama saya kepingin mahu ke rumah beliau dan akhirnya hujung minggu yg lalu saya telah dapat juga bertandang ke rumah beliau. Tujuan ke Alor Star adalah hanya utk beraya tetapi keadaan tersebut telah bertukar menjadi aktiviti melancong ke Alor Star & Pulau Pinang. Dengan kesuntukan masa yg sgt terhad, kami dapat menjamu selera di Nasi Kandar Line Clear, photo shoot di Batu Ferringhi, Masjid Zahir, Menara Alor Star, beraya di rumah Norman Noor dan juga sempat berkunjung ke Uptown Alor Star & Pekan Rabu. Semua ini dilakukan hanya dalam masa 24 jam!

Just to share with u all, I put some best pictures for these short trip:


Berhadapan Nasi Kandar Line Clear


Photo Shoot @ Batu Ferringhi


Photo Shoot @ Masjid Zahir Alor Star


Beraya @ umah Norman Noor


Tq Norman Noor for great layanan to us!

Posted at 10:14 pm by Faiz Nordin
Ada (1) komen, komen anda?  




Previous Page Next Page
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< October 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics