Thursday, June 05, 2008
Pak Lah Tipu Lagi.............

Mulai sekarang, saya rasa kerajaan pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi TIDAK layak dipanggil kerajaan BN. Lebih baik dipanggil kerajaan peribadi milik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sebab apa? Belum ada dlm sejarah pemimpin BN melakukan pembohongan besar tanpa henti dan tidak serik dgn mala petaka pada pilihanraya umum yg lepas. Syabas diucapkan kepada Pak Lah di bawah kerajaan peribadi beliau yg mencetuskan penipuan besar serta sekali lagi menyakiti hati kami bukan sahaja sebagai ahli UMNO tetapi sebagai rakyat jelata.



Saya rasa tindakan Pak Lah yg menaikkan minyak sebanyak 40 peratus serta kenaikan serentak tarif elektrik sgt tidak waras. Kenaikan 78 sen seliter bagi petrol dan RM 1 bagi diesel adalah lebih 2 kali ganda dari kenaikan 30 sen yg telah mencetus salah satu faktor kepada tsunami politik pada pilihanraya yg lepas. Saya percaya tsunami politik kedua yg lebih teruk akan muncul pada pilihanraya akan datang jika tindakan seperti org yg gagal matapelajaran Ekonomi ini terus berlarutan. Ditambah pula dengan tindakan pembohongan besar oleh beliau dan kabinet kerajaan peribadi beliau yg terang2 menipu rakyat. Kata nak umum hari ni tapi laksana bulan Ogos tapi ari ni bukan jer umum tapi terus laksana. Penipuan yg tak terkira. Penipuan terakhir beliau ialah ketika beliau membubarkan parlimen.



Pemberian rebet RM 625 setahun bagi pemilik kenderaan bawah 2000cc adalah tidak mencukupi utk menampung kenaikan minyak sebanyak 78 sen ini. Mengikut perkiraan, pemilik kenderaan yg sebelum ini membelanjakan hanya RM 150 sebulan utk petrol yg akan mencapai break even dgn pemberian rebet ini. Saya yakin ramai pemilik kenderaan yg membelanjakan petrol melebihi RM 300 sebulan especially jika tempat kerja jauh dari rumah.

Secara keseluruhan kerajaan boleh menaikkan petrol tetapi bukan sebanyak 78 sen. 78 sen terlalu banyak bagi negara yg menjadi pengeluar minyak seperti kita. Saya rasa kenaikan 20 sen sudah memadai dan Petronas masih mampu utk menampung subsidi kerajaan. Saya juga yakin selepas ini ramai yg akan pikir dua kali utk beli kereta melebihi 2000cc kerana kenderaan melebihi 2000cc bukan sahaja menggunakan minyak yg lebih banyak tetapi tidak mendapat pemberian rebet oleh kerajaan peribadi Dato Seri Abdullah.

Akhirnya, terima kasih kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi serta kabinet di bawah kerajaan peribadi milik beliau atas penipuan yg sungguh menyayat hati serta memberikan rebet RM 625 seperti menganggap kami sebagai rakyat yg bodoh ekonomi.

Wassalam

*Saya tidak melayan komen yg akan menghentam kerajaan BN dan seterusnya menghentam UMNO. Kami sebagai ahli UMNO yg sentiasa sygkan UMNO pun tidak mengiktiraf pemimpin seperti beliau. Tu sebab saya lebih suker menggelarkan kerajaan pimpinan beliau sebagai kerajaan peribadi milik beliau*

Kredit gambar:
Malaysiakini

Posted at 12:16 am by Faiz Nordin
Ada (21) komen, komen anda?  


Sunday, June 01, 2008
Ulasan Mufti Perlis mengenai kenyataan Kerajaan Negeri Selangor

Saya sekadar utk pastekan ulasan Mufti Perlis melalui blog beliau, Dr Asri mengenai kenyataan EXCO Negeri Selangor, Dato' Hassan Ali. Dato Hassan Ali menyatakan yg kerajaan negeri mengharamkan Islam Hadhari disamping tidak pernah berjanji bahawa PAS tidak mengharamkan arak & judi.

1. Berhubung Dengan Pengharaman segala aktiviti Islam Hadhari di Selangor:
Dr. Mohd Asri menyebut: “Istilah Islam Hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, perlaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diwar-warkan. Saya mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam Hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu. Buang namanya, makan isinya seperti kueh tahi itik di Kelantan. Tak perlu panggil tahi itek, cuma makan sudahlah”.

2. PAS tidak akan mengharamkan arak dan judi di Selangor, tidak pernah berjanji pun untuk berbuat demikian. Bahkan beliau mencabar sesiapa yang dapat buktikan yang PAS pernah berjanji seperti itu.
Dr. Mohd Asri mengulas: “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un. Saya seakan bermimpi. Suara siapakah yang saya dengar sejak dahulu yang begitu garang menghentam dan mengkritik kewujudan arak dan judi dalam negara ini. Bahkan ada yang sampai menghukum akidah pemerintah kerana perkara yang seperti ini. Aduhai politik dan kerusi terlalu cepat mengubah manusia. Tidak hairan jika ada tokoh yang menyebut: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik”. Alangkah baik jika disebut; “kita sedang berusaha, atau masih dalam proses, atau mengambil pendekatan yang tersusun, atau sedang meneliti” atau seumpamanya. Bayangkan jika perkara seperti ini disebut oleh orang lain dari parti berkenaan, “apakah agaknya hukuman yang akan mereka jatuhkan?”

Renungkan apa yg dikatakan oleh Mufti Perlis. Saya harap jgn ada sesapa terutamanya ahli PAS yg menghentam Dr Asri balik kerana kenyataan seorang mufti perlu kita hormati. Saya akan update mengenai lemahnya budaya politik di Malaysia sebagai kesinambungan kenyataan Dato Seri Dr Khir mengenai Melayu di Persimpangan yg beliau tulis melalui blog beliau.

Posted at 10:23 am by Faiz Nordin
Ada (8) komen, komen anda?  


Tuesday, May 27, 2008
Perihal Seorang Nubhan

Lama rasanya saya tak update psl hiburan sejak election lepas. Sesekali kita perlu gak berckp psl hiburan coz hiburan antara yg paling dekat dgn kita sebagai remaja. Btw, saya nk citer psl Ahmad Nubhan atau Nubhan iaitu pemenang tempat ketiga AF6. Dari konsert pertama lagi, saya mendengar suara Nubhan sgt unik. Ketika itu beliau menyanyikan lagu Ruang Rindu. Suara beliau tiada dlm pasaran, sungguh gemersik dan sgt mendayu. Cumer bakat beliau perlu diasah lagi kerana beliau sudah ada bakat yg sungguh istimewa tetapi dari segi teknik beliau perlu lebih belajar lagi.

Antara persembahan terbaik beliau adalah Tak Bisa Memilihmu, Itu Bukan Aku dan juga 2 lagu yg didengkan ketika konsert akhir iaitu Bukan Di Sini dan lagu baru Aku Ada Untukmu. Honestly, bukan sahaja pengkritik terpukau dgn persembahan lagu baru beliau tetapi saya yg waktu tu hanya mengikuti secara langsung konsert akhir AF6 melalui radio juga terpukau dan sgt merasai betapa dlmnya pengertian cinta. Saya rasa Nubhan boleh pergi jauh jika kene pada org yg akan membimbing beliau selepas ini. Sayang jika bakat yg ada pada beliau hilang begitu sahaja. Kita sgt kekurangan penyanyi lelaki yg bersuara gemersik dan sungguh komersial seperti Nubhan.

Selamat maju jaya kepada Nubhan dan saya mengharapkan sinar Nubhan terus enyinar di persada seni Malaysia. Berikut adalah lirik lagu baru yg Nubhan sampaikan pada konsert akhir:

AKU ADA UNTUKMU

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Lagu : Zeti Akmar
Lirik : Abie Abdullah
Penyanyi Asal: Nubhan

Posted at 09:50 pm by Faiz Nordin
Ada (10) komen, komen anda?  


Tuesday, May 20, 2008
UMNO Makin Parah...........

Sungguh memeranjatkan tindakan Tun Mahathir yg telah keluar dari UMNO secara tiba2. Saya sendiri tidak menyangka betapa geramnya Tun sehingga bertindak keluar parti. UMNO semakin parah. Kalau Tun Mahathir pernah menulis The Malay Dilemma, kali ni saya berminat utk menulis The UMNO Dilemma. Bagi saya, ada pro and kontra Tun Mahathir bertindak seagresif ini. Pro nya ialah mungkin ini sahaja cara Tun Mahathir boleh lakukan utk merombak UMNO terutama sekali utk menyuruh Pak Lah letak jawatan. Saya akui ramai yg mendesak Pak Lah letak jawatan ekoran kekalahan teruk BN pada PRU 12 tapi ramai yg mungkin berfikiran keluar dari UMNO bukan satu penyelesaian yg tepat. Kontranya ialah menyebabkan ramai ahli UMNO termasuk MP UMNO sendiri yg mungkin akan mengikuti jejak langkah Tun Mahathir dan seterusnya akan mengeruhkan keadaan. Yg menang siapa? Tentunya Dato Seri Anwar Ibrahim yg ketika ini sudah sebelah kaki dan tidak sabar2 mahu ke Putrajaya.

Dlm keadaan sedemikian, ahli UMNO sepatutnya tunggu dan lihat. Kepada Pak Lah, inilah masa utk anda letak jawatan. Saya sering memberi komen yg negatif atas segala tindakan Pak Lah sejak 3 tahun lepas. Ternyata bukan saya seorang yg memberikan pandangan yg sama. Berjuta2 rakyat telah berpaling tadah dgn tidak memangkah calon BN di peti2 undi pada PRU 12. Apa yg perlu Pak Lah tunggu lagi?

Keadaan politik negara kita makin tidak stabil. Saya suker merenung kembali nasib negara Iraq. Sebuah negara yg maju suatu ketika dahulu tetapi kini hancur dek kerana kestabilan politik yg lemah. Siapa yg berjaya dlm kelemahan politik di Iraq? Sudah tentu Amerika dan sekutu2nya. Kita mahu Malaysia menjadi Iraq?

Kepada pemimpin2 atasan UMNO, sila lakukan sesuatu. Temukan Pak Lah & Tun Mahathir dan bermusyawarahlah. Biarkan Pak Lah & Tun M meluahkan isi hati mereka masing2 dgn puas agar satu penyelesaian yg tepat dpt dibuat demi kestabilan politik dan keharmonian rakyat negara ini. Kalau pemimpin atasan UMNO masih tidak open dan hanya menjadi "Yes Man", pelbagai perkara yg tidak dijangka akan berlaku. Suatu ketika dulu puji melambung kepada Tun M sampai sanggup sujud kaki tapi skarang bedak Tun Mahathir pun disangka busuk. Perlu ker bersikap sedemikian berterusan?

Kepada Dato Seri Rafidah Aziz, hanya beliau sahaja pemimpin atasan UMNO yg ketika ini mempunyai peluang melakukan sesuatu ekoran penyingkiran beliau dlm barisan kabinet Pak Lah. Wanita UMNO merupakan sayap paling besar dlm UMNO dan jika Wanita UMNO dpt melakukan sesuatu yg cukup menarik, ia akan mendorong utk memulihkan kembali UMNO.

Kepada ahli UMNO yg lain, teruskan sikap tunggu & lihat. Pemimpin di atas bergaduh tetapi pemimpin akar umbi hanya diam sehingga mesyuarat agong UMNO yg akan menjelang. Luahkan apa yg patut dlm mesyuarat agong tersebut dan biarkan luahan anda pedas tapi ikhlas.

Kepada rakyat Malaysia, jgn sesekali lupa jasa Tun Mahathir dlm pembangunan negara. Jgn diungkit lagi kisah Tun Mahathir mengkiritik Tunku Abd Rahman pada tahun 1969 sehingga dipecat dari UMNO. Kalau Tun Mahathir dipersalahkan atas kritikan itu, mengapa Tun Razak menggunakan idea beliau dlm Buku The Malay Dilemma terutama sekali dlm penubuhan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kita tak boleh sesekali nafikan perjuangan Tun Mahathir dlm pembangunan negara.

Akhirnya, saya sekali lagi terkejut di samping hanya melihat senario politik Malaysia dlm perasaan yg membimbangkan. Sama2 lah kita berdoa dan terus berdoa utk kesejahteraan Malaysia di samping mengeratkan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia di peringkat akar umbi.

Wassalam

Posted at 12:13 am by Faiz Nordin
Ada (20) komen, komen anda?  


Monday, May 19, 2008
Keputusan Kes Video Correct....Correct....Correct

Assalamualaikum......

Kali ni saya nk bg respons saya mengenai keputusan kes video VK Lingam atau saya gelar video Correct....Correct....Correct. Keputusan ini dtgnya dari siasatan oleh satu suruhanjaya diraja itu yg dipengerusikan oleh Tan Sri Haidar Mohamed Noor. Laporan tersebut mendedahkan 6 org yg dipercayai terlibat dlm skandal kehakiman negara. Mereka adalah:
    a) Tun Dr Mahathir Mohamad (Bekas PM)
    b) Tun Eusoff Chin (Bekas Ketua Hakim Negara)
    c) Tun Ahmad Fairuz (Bekas Ketua Hakim Negara)
    d) Dato Seri Tengku Adnan (Bekas Menteri Di JPM)
    e) Tan Sri Vincent Tan (CEO Berjaya Group)
    f) Dato VK Lingam (Peguam)

Saya amat tertarik dgn nama Tun Mahathir yg juga telah disenaraikan. Beginilah, sebenarnya keputusan ini memalukan Malaysia. Malaysia sebelum ini dikenali sebagai sebuah negara yg cukup membangun. Bayangkan situasi Malaysia di era 80 an dgn era 90 an. Cukup berbeza bukan? Jadi skang apabila keputusan ini telah didedahkan, ia seolah2 membuka pekung di dada sendiri yg mana dada tu org lihat sebelum ini cukup cantik. Walaupun dada itu ada cacatnya, tapi kita berjaya menjadikan ia cantik dan dikagumi oleh Dunia. Saya bersetuju dgn cadangan YAB Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng yg juga merupakan Setiausaha Agong DAP yg menyarankan agar kedua2 bekas ketua hakim negara iaitu Tun Eusoff Chin & Tun Ahmad Fairuz sahaja yg didakwa dan bukannya yg lain termasuklah Tun Dr Mahathir.

Beginilah, kalau betul Tun Dr Mahathir salah sekalipun, marilah kita sama maafkan. Sepanjang beliau berkhidmat sebagai PM, ekonomi Malaysia berada dlm keadaan yg terbaik walaupun ada 2 kegawatan ekonomi yg melanda dlm pemerintahan beliau. Melalui beliaulah, Malaysia memacu era kegemilangan yg cukup ketara. Anggaplah Tun Dr Mahathir sebagai ayah kita sendiri yg kita perlu hormati dan jgnlah kita menjadi anak yg derhaka. Kalau org luar boleh hormati beliau, kenapa tidak kita sebagai rakyat Malaysia? Lagipun, beliau sudah rela hati berpencen dan meninggalkan kita dgn satu pencapaian yg membanggakan walaupun pemimpin sekarang nampak gayanya 'berusaha' utk menghancurkan pencapaian tersebut.

Kalau selepas ini, keenam2 org yg terlibat termasuk Tun diheret juga ke mahkamah, saya harap satu penyelesaian yg tepat dpt dilakukan demi menjaga kedaulatan negara kita. Ingat, kita tak boleh leka. Sekali kita leka, negara kita akan hancur dan diheret ke kancah penjajahan baru masa kini iaitu penjajahan US. Adakah kita mahu? Tepuk dada, tanya minda.

Wassalam

Posted at 12:25 am by Faiz Nordin
Ada (5) komen, komen anda?  


Tuesday, May 13, 2008
Senario Politik Malaysia Belum Berakhir

Saya menjadi musykil dgn seorang rakan saya yg memberi satu mass message menerusi Yahoo Messenger. Msg pertama dari beliau adalah seperti berikut:

"Berita gempar: Rabu ini iaitu 14 Mei 2008, seramai 17 orang MP BN akan menyertai Pakatan Rakyat. Rata2nya dari Sabah termasuk presiden utk salah sebuah parti komponen di Sabah".

Honestly saya mempercayai message tersebut yg telah diforward kepada saya. Utk makluman, rakan saya ini adalah org kuat PKR. Saya mulai gerun kerana peralihan kuasa dari satu parti kepada satu parti yg lain boleh menghu-harakan negara jika tidak kene pada cara. Lebih2 lagi tarikh 13 Mei menjelang tiba. Tarikh 13 Mei 1969 akan dikenang oleh rakyat Malaysia ekoran rusuhan antara kaum.

Selepas 24 jam rakan saya ini memberi mass message tersebut, saya menerima sekali lagi mass message dari rakan saya tersebut. Kali ini ia lebih membingungkan saya. Msg tersebut adalah seperti berikut:

"Teori hantu: Heboh ketika ini seramai 17 orang MP BN akan menyertai Pakatan Rakyat Rabu ini. Jelas ini hanyalah helah dan strategi BN utk menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap dakwaan Dato Seri Anwar"

Aik, dari message gempar ke teori hantu. Kalau dua2 msg dtg dari org dan parti berbeza, saya tiada masalah. Tapi, ia dtg dari org yg sama dan kepercayaan kepada parti yg sama. Sejak dakwaan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yg mengatakan beliau yakin dpt membentuk kerajaan pusat dgn adanya MP BN yang akan menyertai PR, saya bagaikan merasai senario politik Malaysia belum berakhir walaupun pilihanraya telah selesai lebih 2 bulan lalu. Isu utama yg menghantui rakyat Malaysia ialah permainan teka teki oleh DSAI. Adakah benar atau tidak? Soalan yg tidak dpt dijawab. Cumer dakwaan ini bukanlah mustahil hendak berlaku. Jika DSAI mendakwa tarikh akhir PR akan mengambil alih kerajaan pusat adalah 16 September 2008, maka rakyat akan terus berteka teki sehinggalah tarikh tersebut.

Walaupun Pak Lah juga bermain teka teki ngan kita mengenai peralihan kuasa sebagai Presiden UMNO, tapi permainan teka teki DSAI amat mendebarkan. Permainan teka teki DSAI akan membawa implikasi perubahan yg lebih nyata berbanding permainan teka teki Pak Lah.

Apapun yg berlaku, saya hanya mengharapkan satu sahaja, jgn sesekali kita membalas dendam kepada perjuangan Tun Mahathir tak kisahla dari pihak DSAI ataupun Pak Lah. Ini kerana sejak kebelakangan ini, saya nampak ada usaha utk memburukkan Tun Mahathir. Seburuk2 Tun Mahathir pun, kita patut kenang jasa beliau dalam membangunkan negara. Jgn sesekali kita luper jasa Tun dan jgn sesekali kita berdendam kepada Tun. Tun amat sayangkan negara Malaysia. Separuh hayat beliau adalah utk negara. Itu saja yg saya harapkan dari seorang rakyat Malaysia.

Kepada semua rakyat Malaysia, teruskan teka teki anda. Bak kata Nabil Raja Lawak, "Lu Pk La Sendiri"

Wassalam

Posted at 01:50 am by Faiz Nordin
Ada (4) komen, komen anda?  


Sunday, May 11, 2008
Selamat Hari Ibu

Mlm td tgk drama sempena Hari Ibu iaitu "Demi Masa" lakonan Shiela Rusly ternyata membuatkan saya menitiskan air mata. Ditambah pula dgn lagu tema dari Ahmed Bukhatir yg sememangnya menambahkan perasaan saya menonton drama tersebut. Sempena hari Ibu ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya, Pn Hjh Jamaiah Bt Abd Majid atas dokongan serta sokongan kepada saya selama ini. Yang penting, doa beliau yg tak pernah putus kepada saya utk melihat saya menghasilkan sesuatu dari kehidupan dunia ini. Kalau ada yg tau mengenai penyakit saya sewaktu kecil, hanya doa ibu saya serta keizinan dari Allah yg membuatkan saya masih hidup lagi sehingga sekarang. Kita perlu ingat, restu dan doa dari ibulah antara salah satu elemen penting dalam kehidupan kita. Tanpa restu dan doa dari ibu kita, kita mungkin berasa gelisah dan sukar utk menjalani kehidupan di dunia ini.


Antara kenangan bersama ibu saya. Tq for everything

Kepada anda yg masih ada ibu, hubungilah ibu anda sempena hari ibu hari ini manakala kepada mereka yg ibunya telah kembali ke rahmatullah, lawatilah pusara ibu anda dan sedekahkanlah alFatihah & doa anda utk mereka. Ingat, doa anak yg soleh tidak pernah terputus walaupun ibu anda sudah meninggal dunia.
Terima kasih to my mum again and happy mothers day to all mum seluruh dunia.

Posted at 10:31 am by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Sunday, May 04, 2008
Siaran Langsung Sidang Parlimen perlu diteruskan

Assalamualaikum.....

Harap maaf kerana tidak mengupdate blog ini sejak seminggu yg lepas. Banyak urusan lain yg perlu saya dahulukan. Saya tertarik utk mengulas isu siaran langsung sidang parlimen di dewan rakyat. Apabila RTM melalui Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek membuka ruang siaran langsung sidah parlimen di dewan rakyat selama satu jam, ramai yg menyokong langkah tersebut. Personally, saya juga menyokong langkah tersebut bukan semata2 saya meminati arena perdebatan tetapi waktu inilah pengundi dapat mengukur adakah berbaloi melantik seseorang ahli parlimen. Kenapa kerajaan BN takut utk meneruskan siaran langsung ini kerana BN juga akan mendapat manfaatnya sekiranya rakyat muak dgn ahli2 pembangkang jika ahli parlimen Pakatan Rakyat berdebat tanpa hala tuju dan masa inilah utk menarik pengundi utk mengundi BN kembali sekiranya setiap isu dapat dihuraikan dgn jelas dan ditonton oleh rakyat sendiri.

Saya mengesyorkan agar Astro mengambil alih fungsi ini. Jika Astro boleh membuat satu saluran khas semasa persidangan agong UMNO tahun 2005 yg telah menjadi salah satu faktor pengundi bukan melayu tidak menyokong BN, mengapa Astro tidak boleh menyediakan satu saluran khas utk sidang parlimen. Tiada tapisan, tiada sekatan, tiada celahan dan beri pengundi peluang utk mengukur kemampuan MP mereka. BN tak perlu takut dan PR tak perlu yakin sgt jika keadaan ini berlaku. Yg berhak menentukan sama ada mereka MP mereka berkaliber atau tidak adalah rakyat yg akan mengundi mereka.

To Datuk Shabery Cheek & Astro, deal or no deal?

Posted at 02:01 pm by Faiz Nordin
Ada (4) komen, komen anda?  


Wednesday, April 23, 2008
10 Tanda-tanda Angau

Hari ni saya membelek majalah Remaja edisi 15 April. Mungkin ramai yg pelek org seperti saya membelek majalah2 seperti Majalah Remaja. Sesekali nk feel jd remaja apa salahnya kan? Selama ni ramai dok ckp aku ni tua sebelum waktunya la etc. So, aku rasa membaca majalah Remaja adalah salah satu cara nk freshkan personaliti aku utk kembali sesuai dgn umur aku. Sambil belek-membelek majalah Remaja edisi terkini itu, saya terbaca satu artikel 20 tanda-tanda angau pada page 54. Angau yg dimaksudkan adalah utk golongan lelaki yg angau terhadap pasangan wanitanya. Saya taip balik 10 tanda-tanda angau yg paling menarik daripada 20 tanda yg disenaraikan:

1) Sukar Melelapkan Mata
Biasanya kamu jarang mengalami masalah tidur. Namun sejak bertemu dan         berkenalan dgn si dia, ingatan kamu kepada si dia kian menebal hingga menganggu tidurmu. Bak kata pepatah cinta, makan tak kenyang, tidur tak lena and mandi tak basah. Ha.... ini yg kamu alami.

2) Berdebar
Perasaan kamu sentiasa berdebar-debar setiap kali bertembung dgn si dia. Lidah jadi kelu tidak berkata. Tidak semena-mena, kamu jadi kelam kabut dan menggelabah apabila si dia menghampirimu.

3) Ambil Berat
Kamu semakin berminat utk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Kamu tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4) Gelisah
Sehari tidak bertemu hati mula gelisah dan menganggu konsentrasimu. Kamu sentiasa tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5) Termenung
Biler tidak melakukan sesuatu, kamu lebih suker menghabiskan masa dgn termenung. Di mata kamu hanya terbayang-bayang wajah si dia dan sentiasa membayangkan kamu berada di sampingnya.

6) Cemburu
Kamu mula cemburu apabila si dia melayang orang lain termasuk kawan2 si dia. Jika diikutkan hatimu, biarlah si dia melayan kamu seorang sahaja. Sikapmu ini begitu ketara sehingga disedari kawanmu sendiri.

7) Rindu
Kamu tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat kamu pasti terdengar sayup2 suara si dia di telinga. Yang dipandang pula terbayang wajah si dia. Lebih teruk lagi apabila kamu tersenyum seorang diri apabila mengingatkan kamu tentang si dia.

8) Defensif
Kamu melakukan pembelaan mengenai si dia. Pantang orang lain salah cakap or sekadar mengusik, kamu dengan seriusnya akan mempertahankan si dia. Kamu bersikap defensif kerana hatimu tertutup melihat kelemahan si dia.

9) Mudah Salah Sangka
Kamu mudah berasa hampa dan kecewa jika permintaan kamu tidak dipenuhi si dia. Kamu anggap si dia tidak memberi perhatian kepada kamu sedangkan ada agenda lain yg si dia perlu penuhi.

10) Sanggup Berkorban
Kamu sanggup bersusah payah melakukan semuanya utk si dia. Misalnya tanpa diminta, kamu bersedia menjadi pemandu peribadinya mahupun orang suruhannya.


Gambar Hiasan

Utk selebihnya, anda boleh dapatkan Majalah Remaja edisi 15 April 2008. Jika anda (bg lelaki) yg ada tanda2 sperti di atas, anda boleh dikategorikan sebagai angau. Ubat utk mengubati angau ini ialah luahkan kepada si dia tentang perasaan hati anda. Jgn takut jika si dia menolak cinta anda kerana jika si dia menolak cinta anda sekalipun, si dia tidak akan marah mahupun bermusuh dgn anda. Tapi dgn syarat anda bukanlah seorang yg kaki perempuan dan anda mmg betul2 ikhlas meminati si dia. Perlu diingat juga, luahan hati dan perasaan kepada si dia hendaklah direncanakan dgn seeloknya. Eloklah kenal hati dan budi si dia sebelum meluahkan perasaan. Jgn baru kenal satu or dua minggu, terus luahkan perasaan kerana ditakuti perasaan yg ada dlm hati anda utk si dia bukanlah perasaan yg kekal.

Wah, giler. Saya tetiber jd mcm Dr Love. Tapi serius, apabila umur menjangkau lebih 20 tahun, kita sudah berani bercakap tentang cinta. Masa sekolah dulu2 kita gerun dan rasa menyampah dgn perkataan cinta tetapi apabila umur menjangkau 20 tahun, kita rasa cinta itu indah dan masing2 memerlukannya. So, kepada lelaki2 yg sedang angau, tanyalah pada diri anda. Jgn takut utk mencuba jika anda ikhlas pada si dia. Trust me, angau anda akan hilang selepas si dia tau perasaan anda.

*Tak boleh blah tetiber personaliti saya berubah seketika*

Posted at 09:14 pm by Faiz Nordin
Ada (13) komen, komen anda?  


Sunday, April 20, 2008
Ulasan Filem Congkak




Saya teruja untuk menonton filem ini memandangkan publisiti yg meluas dan komen2 yg meberangsangkan utk filem ini. Disamping itu, kehebatan filem Jgn Pandang Belakang (JPB) menjadi taruhan utk menarik kembali penonton utk menonton filem ini kerana kedua2 filem ini menampilkan tenaga prosduksi yg hampir sama. Saya banyak mendengar komen2 dari org2 yg pernah menonton filem ini sewaktu di preview or tayangan perdana yg mengatakan filem ini lebih hebat dari filem JPB. Ini yg membuatkan saya teruja dan tidak sabar utk menontonnya.

Saya rasa filem congkak antara filem yg saya tonton awal. Baru masuk 3 hari tayangan, saya sudah menontonnya. Tempahan tanpa bayaran tidak diterima utk menempah tiket wayang utk filem ini ekoran sambutan hangat yg diberikan oleh penonton yg tak sabar2 menanti filem arahan Ahmad Idham ini. Sudah tentu penonton2 akan membandingkan filem JPB dgn Congkak dan itu memberikan satu kekurangan dalam memberikan review filem ini. Honestly, saya menyukai filem JPB lebih dari filem Congkak. Ini kerana filem JPB lebih neutral dan lebih dekat dengan penonton ekoran kebanyakkan penonton pernah merasai beberapa adegan dlm filem JPB berbanding cerita Congkak yg ada beberapa adegan dalam filem ini sedikit merapu. Beberapa adegan filem Congkak juga ada meniru beberapa adegan dalam filem Exorcist seperti adegan Nanu terapung. Adegan Pak Man lakonan M Rajoli yg cuba mengambil kembali Lisa dari gengaman penunggu lakonan Ruminah Sidek juga saya persoalkan. Kenapa perlu ada adegan seperti tanah bergerak or kesan visual yg keterlaluan yg saya lihat ini ada unsur merapu yg kurang sesuai utk cerita seram sebegini. Unsur visual tersebut lebih sesuai utk filem2 fiksyen.

Walaubagaimanapun, saya memuji jalan cerita filem Congkak yg menarik. Cumer adegan2 suprise dan menakutkan tidak sebanyak dalam filem JPB. Ini lah masalah penonton seperti saya yg terlalu membayangi kehebatan JPB sehingga terbawa2 dlm menonton filem Congkak. Apapun, saya masih bangga dengan filem Congkak ini yg mampu menaikkan martabat filem Malaysia kerana pelbagai kaum menonton filem ini. Ternyata filem ini bukanlah milik org Melayu tetapi sesuai ditonton oleh bangsa2 lain. Rasa bangga apabila ada penonton berbangsa Cina yg berjalan seiringan dengan saya menonton filem ini. Syabas kepada Ahmad Idham selaku pengarah dan seluruh warga MIG. Di harap, usaha ini dapat memartabatkan industri perfileman negara kita.

Wassalam

Posted at 05:29 pm by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  




Next Page
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics