Wednesday, April 18, 2007
Fitnah terhadap Dr Asri

 

 

Sejak kebelakangan ni, Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin boleh dikatakan mufti paling mendapat perhatian di Malaysia dgn kenyataan demi kenyataan di media massa. Kenyataan2 beliau lebih menjurus kepada kenyataan yg boleh membawa perubahan kepada umat Islam yg selama ini mementingkan adat resam dan cara hidup sebagai seorang muslim. Satu kenyataan beliau yg aku masih ingat ialah "Islam ini mudah. Yg Haramnyer sedikit tetapi banyak lagi bender yg halal di muka bumi ini". Ramai yg menyutujui kenyataan2 beliau dan tak kurang juga ramai yg membangkang kenyataan2 beliau. Utk itu ramai pihak yg kurang senang dgn kenyataan beliau sehinggakan melabel Dr Asri sebagai pro Sisters In Islam, penyokong Islam Hadhari, mufti rock dan beberapa gelaran lain yg boleh menjatuhkan martabat Dr Asri sebagai seorang mufti. Sebelum kita memberi pandangan terutamanya jika ia melibatkan mufti, kita perlulah berhati2. Kita perlu sedar kita ckp mengenai apa. Mufti adalah antara golongan yg tinggi darjatnyer dlm masyarakat Islam. Jadi, kita perlu berhati2 dgn kenyataan kita mengenai seseorang mufti kerana ia boleh mencemarkan nama baik Islam itu sendiri dan membuatkan org bukan Islam hilang hormatnyer kepada umat Islam.

Kalau sesiapa yg melabel dgn gelaran mcm2 mengenai Dr Asri, aku nasihatkan dapatkan ceramah agama yg disampaikan Dr Asri sendiri. Aku sendiri ada mendengar beberapa koleksi ceramah beliau. Anda juga boleh memuat turun koleksi ceramah beliau dgn klik DISINI. Beliau tidak pernah menyokong perjuangan Sisters In Islam malahan beliau sendiri memberi kenyataan yg mengatakan perjuangan Sisters In Islam tidak sama dan jauh dari perjuangan beliau. Beliau juga ada bercakap mengenai remaja melayu yg terlibat dgn gejala sosial seperti meminum arak di tempat2 hiburan. Dlm ceramah beliau, beliau menyatakan kita sepatutnya fikir kesannya kepada masyarakat Islam di negara ini sebelum membina pusat2 hiburan. Mengenai dakwaan yg mengatakan Dr Asri seorang yg membawa fahaman wahabi, apa yg boleh aku katakan, banyak statement Dr Asri yg relate dgn isu2 bidaah sama dgn kandungan ceramah agama oleh seorang tuan guru berbangsa Melayu di Masjidil Haram (tidak pasti masih ada lagi atau tidak. kali terakhir mendengar ceramah beliau 5 tahun lepas).

Walaupun kadang kala statement Dr Maza sedikit bercanggah dengan pandangan alim ulamak dan mufti yg lain, kita perlu mengakui yg perbezaan pendapat antara ulamak merupakan satu hikmah. Selama ni kita sebagai umat Islam tidak pernah mempersoalkan perbezaan 4 mazhab antara Hambali, Maliki, Hanafi dan Syafie sedangkan kadang kala ada perbezaan yg ketara antara mereka. Jadi, tohmahan dan cacian yg dibuat oleh sesetengah pihak terhadap Dr Maza adalah sesuatu yg amat memalukan utk umat Islam since beliau adalah seorang mufti. Jadi, aku berharap, tiada lagi pihak yg menuduh beliau dgn memacam gelaran. Kalau ada sebarang keraguan dan komen terhadap beliau, ada cara yg baik seperti dibawa berbincang dan bukannya melemparkan tuduhan2 tanpa usul periksa terutamanya melalui laman2 web dan blog. Beliau seorang mufti dan bukannya seorang artis yg mana kita boleh komen sesuka hati kita. Kalau kita tak hormatkan mufti kita, siapa yg akan hormat agama kita? Fikir2kan. InsyaAllah.

Wallahuaklam.

*Anda boleh memuat turun ceramah Dr Asri, klik SINI*
*Anda boleh membaca tulisan Dr Asri, di blog beliau. Klik
SINI utk ke blog beliau*

Posted at 01:34 am by Faiz Nordin
Ada (11) komen, komen anda?  


Sunday, April 15, 2007
Fenomena minggu ganjil

Minggu ni adalah minggu kelima utk Konsert AF5. Seperti pola persembahan Konsert AF5, minggu2 ganjil setakat ini iaitu minggu pertama, ketiga dan kelima menunjukkan satu persembahan yg mengecewakan. Tetapi berlainan pula dgn minggu2 genap seperti minggu kedua dan minggu keempat yg mana mereka menunjukkan persembahan yg setaraf dgn kedudukan AF sebagai program realiti No 1 di Malaysia. Apa kene mengene no ganjil dgn mutu persembahan mereka? Suatu persoalan yg menjadi misteri umpama misteri pasangan Myanmar yg tetiber leh hantar adik Yin hanya selepas 15 hari.


Hattan nampak moody tgk persembahan mlm td

Basically, hampir kesemua pelajar membuat persembahan yg agak mengecewakan. Tiada satu pun persembahan yg boleh aku tabik. Tak seperti minggu lepas yg mana aku ada senaraikan 5 persembahan yg boleh dibanggakan. Kalau minggu pertama, ramai beranggapan mereka kali pertama membuat persembahan dan juga music arrangement juga telah 'membantu' mereka utk memberikan persembahan mengecewakan. Minggu ketiga pula, ramai beranggapan mereka membuat persembahan yg mengecewakan disebabkan mereka membawakan lagu2 yg bersifat ketuhanan yg mana memerlukan penggalian yg menyeluruh. Tapi, minggu kelima apa alasan yg bakal diberikan especially dari Roslan Aziz? Nak kata salah music arrangment, aku rasa bender tu dah ok. Nak kata salah lagu, lagu yg mereka dpt kesemuanya popular. Jadi, bagi aku mungkin alasan lain tidak boleh diterima especially memandangkan ni dah minggu kelima. Hanya tinggal 5 minggu lagi utk ke final tapi kalau persembahan masih seperti minggu2 ganjil ni, nampak gayanya AF mungkin sesuai utk tahun terakhir.


Satu2nya persembahan memuaskan mlm td

Ditambah pula dgn gimik2 bodoh dari pihak produksi. I have to be honest dlm bender ni. Bg aku, gimik yg paling nonsense ialah adegan Erra Fazira dgn motor Shawal. Motif utk beri semangat, tapi adakah ia memberi semangat kepada Shawal utk memberikan yg terbaik? Persembahan2 utk kesemua pelajar bg aku sgt mengecewakan kecuali Mila yg aku sebuah persembahan yg memuaskan. Beliau berjaya membawakan lagu Puncak Kasih dgn baik tetapi masalah beliau adalah low notes sahaja. Dekna juga amat sayang kerana lagu Unfaithful ni sgt sesuai dgn tone hasky beliau. Adakah kisah benar beliau yg sama maksud dgn lirik lagu Unfaithful ni melemahkan persembahan beliau. Sepatutnya ini peluang Dekna utk melontarkan rasa kekesalan tersebut. Huhu.



Aksi pentomen sebegini patut dikurangkan

Ada beberapa Persembahan yg nampak gayanya tidak memberi perhatian kepada vokal tetapi lebih tertumpu kepada bender2 lain like step tarian, movement dan aksi pentomen di atas pentas seperti persembahan Dafi, Shawal dan Heliza. Apa kata minggu depan, mereka2 yg tak tertumpu pada vokal ni, kita buat persembahan miming sahaja. Utk itu, at least penonton tidak sakit telinga utk mendengar di samping dpt melihat aksi dan gaya yg menarik di atas pentas. Bagi mereka yg faham yg kata2 aku di atas adalah perli, terima kasih diucapkan. Persembahan Ebi juga mengecewakan. Tak tau apa silap persembahan Ebi tetapi rasanya lagu ni mungkin tak sesuai dgn beliau. Aswad? Nothing to comment. Susah utk komen persembahan beliau yg mana aku just dgr dier nyanyi "Im watching, Im watching". Satu hapa words lain, aku tak paham.


The worst performance

Akhirnya Dekna tersingkir utk konsert ini. Pola penyingkiran lebih memihak kepada perempuan. Pelajar lelaki selalunya terselamat pada peringkat awal dan pertengahan. Kalau ramai pelajar lelaki kuar pun, minggu2 terakhir sebelum konsert final. As we know, yg rajin antar AFUNDI ni kan makcik2 ngan anak2 gadis. Takkan lah dorang nak AFUNDI pelajar perempuan. Abiskan boreh dorang jer. Huhu. Penyingkiran Dekna menjadikan pelajar perempuan hanya tinggal 3 org sahaja sedangkan pelajar lelaki seramai 6 org. Sungguh tak balance. Ada juga hikmah Dekna tersingkir especially biler baca dlm Harian Metro yg khabarnya Dekna sudah bertunag dan juga kontroversi beliau dgn Rizal. Good luck Dekna in the future!


Good luck in future!

Apapun, aku jangka persembahan minggu depan kembali bertenaga berdasarkan pola nombor genap. Kalau mengecewakan juga, nampak gayanya mmg betul apa yg diperkatakan oleh Syafinaz mlm td yg mengatakan ada kawan2 dier nasihat utk berhati2 bg komen since peserta AF5 tidak begitu bagus. Tak pernah dlm sejarah AF mutu konsert silih berganti antara bagus dan mengecewakan. Langsung tak konsisten. Btw, tunggu je la 2 minggu lagi samada persembahan mereka mengikut pola silih berganti ataupun sudah konsisten.

Wassalam

CORETAN LAIN:
Budiey
Sultan Muzaffar
Klubbkidd
Mr Manager
Ajami
Noumad
Download MP3 Konsert 5

Foto kredit : Astro

Posted at 10:46 am by Faiz Nordin
Ada (18) komen, komen anda?  


Wednesday, April 11, 2007
Destinasi Pilihan: Pulau Tioman

 


Selamat Datang ke Pulau Tioman

Pulau Tioman merupakan pulau yg terbesar di pantai timur Malaysia. Pulau Tioman terletak 32 KM dari arah Mersing dan 80 KM dari arah Rompin. Nyaman, tenang, menghirup udara segar, sunyi dari hiruk pikuk manusia, pulau yg indah dan hidupan2 laut yg masih terpelihara merupakan kata2 yg menggambarkan keistimewaan Pulau Tioman yg mana Pulau Tioman merupakan 10 pulau tercantik di dunia.


Pantai yg sgt jernih kebiruan

Ada masa2 tertentu utk pergi ke pulau yg mempunyai keluasan 133.6 KM persegi ini. Bulan Oktober hingga bulan Februari adalah tempoh masa yg kurang sesuai utk ke Pulau Tioman. Waktu tu adalah musim tengkujuh yg mana ombak di sekitar Pulau Tioman amat berbahaya. Satu pengalaman berharga yg aku alami di mana aku pulang pada hari pertama musim Tengkujuh. Maka terasalah, ombak yg amat kuat walaupun ferry yg membawa aku tu besar. Jadi, waktu yg sesuai utk anda menikmati keindahan Pulau Tioman adalah dari Mac hingga September.


Jernih sehinggakan menampakkan dasar laut

Satu lagi istimewanya Pulau Tioman ialah anda bukan sahaja dpt menikmati keindahan Laut China Selatan tetapi anda dpt merasai nyamannya air terjun yg mana airterjun merupakan sumber air utama di Pulau Tioman. Selepas anda mandi laut, apa kata bilas air laut dgn air terjun dan kemudian berehat lah di bawah pokok kelapa sambil ditemani kedinginan angin laut. Wow, pastinya ia boleh menjadi satu aromateraphy yg baik utk menghilangkan segala masalah yg berkecamuk dlm pikiran anda. Hehehe. Kali terakhir aku menjejakan kaki ke Pulau Tioman adalah 3 tahun yg lepas. Lama rasanya tidak berkunjung ke Pulau Tioman ni. Percayalah, anda pasti tidak dapat melupakan keindahan Pulau Tioman setelah pulang ke rumah.


Sunset @ Pulau Tioman


Tempat Penginapan yg disyorkan:

Salang Beach Resort                  07-7992337 (Mersing Office)
Japamala Resort                         09-4197777
Berjaya Tioman                           09-4191000 
Paya Beach Resort                     09-4197073  


Berjaya Tioman Beach Resort


Cara Kesana:

Anda boleh ke Pulau Tioman melaui Jeti Mersing atau Jeti Tg Gemuk, Rompin. Utk ke Mersing, anda boleh keluar di susur keluar Air Hitam di Lebuhraya PLUS dan akan melalui pekan Kluang. Ia mengambil masa 90 minit dari susur Air Hitam ke Mersing. 
Utk ke Jeti Tg Gemuk pula, anda boleh keluar ke susur keluar Tangkak dan terus ke Segamat. Dari Segamat, anda akan melalui Lebuhraya Muadzam Shah utk ke Pekan Muadzam Shah. Dari Muadzam Shah, sila ikut papan tanda ke Rompin dan seterusnya akan tiba di Jeti Tg Gemuk.


Ferry ke Pulau Tioman

 

Jadual Ferry:

Ex Mersing :         7.30 am         Ex Tioman :   9.30 am
                          10.30 am                               1.30 pm
                            1.30 pm                               3.00 pm
                            3.30 pm
Duration: 1 jam setengah
Harga: RM 45
Type: Speed boat

Ex Tg Gemuk :     9.00 am         Ex Tioman :   10.00 am
                          12.00 pm                               12.00 pm
                            4.00 pm                                 4.00 pm
Duration: 2 jam
Harga: RM 30
Type: Normal ferry

Anda juga boleh menaiki perkhidmatan udara yg berlepas setiap hari dari Lapangan Terbang Subang ke Pulau Tioman. Sila hubungi Berjaya Air di talian 03-78468228.

Selamat mencuba dan selamat melancong.

Posted at 05:07 pm by Faiz Nordin
Ada (14) komen, komen anda?  


Sunday, April 08, 2007
Konsert Minggu 4 AF 5

Assalamualaikum.

Minggu ni aku classify 3 bentuk persembahan utk konsert kali ni. Apapun, konsert kali ni jauh lebih baik dr minggu lepas dan diharap ia konsisten atau lebih baik lagi utk konsert2 mingu akan datang. Yg paling best ialah lagu Menuju Puncak dah kembali kepada normal. Hehehe.

PERSEMBAHAN TERBAIK

Aizat - La Camisa Negra
I like his performance. For me, Aizat's performance merupakan performance terbaik utk konsert ini. Walaupun agak mengah di akhir persembahan tetapi ia boleh dimaafkan seperti apa yg Fauziah Latif katakan. Aizat memerlukan stamina kerana ini lah kelemahan org2 yg berbadan besar. Wat can i say is, aizat sgt berani buat show. Melihat dr mimik muka beliau ketika persembahan, langsung tidak menampakkan yg beliau nervous. Well done, Aizat!

Ebi - Kasihnya Laila
Ebi merupakan pelajar yg paling diberi perhatian minggu lepas ekoran pendedahan gambar2 semasa beliau menjadi model melalui email dan blog sehinggakan berita ini mendapat liputan di Harian Metro. Pendedahan yg positif apa salahnya kan? Persembahan beliau juga menarik perhatian aku. Walaupun bab turun pentas mirip persembahan Faizal masa nyanyi lagu Nirvana tetapi persembahan beliau boleh dibanggakan. Ternyata Ebi versatile kerana setiap minggu beliau membawakan lagu dr genre yg berlainan.

Mila - Benci Tapi Rindu
Mila merupakan pelajar feveret utk kuar tetapi utk minggu ni Mila telah menarik aku utk menghayati vokal beliau. I have to admit vokal beliau sebenarnya sgt sedap tetapi ada beberapa kelemahan yg sebenarnya boleh diperbaiki. Vokal beliau improved dr minggu ke minggu dan ternyata lagu Benci Tapi Rindu ini adalah starting point utk aku utk meminati vokal Mila. Tapi, persembahan beliau kene konsisten la. Kalau makin teruk, tak dapek la den nak tolong. Hehehe.

Dekna - Salam Utk Kekasih
Aku anggap Dekna adalah bayangan Mas ketika di AF2. Kedua2nya mempunyai vokal hasky tetapi suara2 begini hanya sesuai utk beberapa genre dan suara2 begini senang sumbang. Ternyata lagu Salam Utk Kekasih telah juga menarik perhatian aku. Dekna dah lakukan yg terbaik. Well done!

Candy - Setia Ku Korbankan
Persembahan beliau konsiten walaupun minggu ni ada persembahan yg lebih baik dr beliau. Note vokal beliau lebih tinggi dr Fauziah Latif. Cumer, masalah Candy ialah lambat nak menguasai sesebuah lagu. Dah sampai corus, baru Candy nampak all out. Btw, tahniah juga buat Candy.


PERSEMBAHAN MEMUASKAN

Noni - Pastikan
Lagu ini sgt susah. Kebanyakkan lagu dr Album Transkripsi adalah lagu2 yg sgt susah utk dibawa. Apapun, cabaran ini telah dipikul oleh Noni. Walaupun ia sekadar memuaskan tapi ia sudah cukup menunjukkan yg ada kesungguhan utk Noni bawakan lagu ini. Cumer masalah sama beliau ialah sikap beliau yg kebudak2an sikit. Takperlah, nak wat cam mana. Itu mungkin sikap beliau yg susah berubah.

Aswad - Hakikat Cinta
Kenapa masih pilih lagu yg genre yg sama? Aku ternanti2 Aswad menyanyikan lagu2 slow ataupun lagu2 yg banyak pergerakan. Aswad tidak boleh hanya play safe dgn tertumpu pada lagu2 rock kapak sahaja. Beliau perlu utk take risk perform lagu2 genre lain. Utk lagu ni, persembahan yg memuaskan especially part vokal dan harap minggu depan Aswad try nyanyi lagu2 genre lain.

Fatin - Joget Gila Bayang
Juga merupakan persembahan takat 'ok' sahaja. Walaupun lagu ni agak memboringkan tetapi kalau kita amati persembahan Anita Sarawak, beliau hidupkan lagu ni dgn tarian yg menarik. Vokal dah ada cumer persembahan beliau yg statik yg menjadikan persembahan beliau hanya memuaskan.

Heliza - Torn
2 minggu persembahan Heliza tidak seperti yg diharapkan. Lagu ni mmg agak susah dan apa yg perlu kita respect ialah kesungguhan heliza menyahut cabaran utk pilih lagu ni. Lagu ni juga memerlukan Heliza beraksi 'over' especially masa part hujung dgn guitarist tu tapi mungkin Heliza rasa yg beliau kurang sesuai utk beraksi sedemikian ekoran beliau bertudung. Aku faham keadaan beliau and we all should understand her pendirian.


PERSEMBAHAN TERUK

Farha - As Long As U Love Me
Masalah Farha utk lagu ni ialah tidak keluar mulut dengan sepenuhnya. Hasilnya, suara backup singer lagi tinggi dr vokal beliau.

Rizal - Di Ambang Sore
Lagu ni amat susah utk dibawa. Maklumlah lagu irama asli. Tapi gaya Rizal yg menahan vokal beliau membuatkan persembahan beliau tidak seperti apa yg diharapkan. Apapun, kita patut menghargai kesungguhan Rizal menyanyikan lagu ini yg memerlukan latihan yg cukup.

Dafi - Zikir Kasih
Lagu yg juga menguji kemampuan vokal Dafi dan ternyata Dafi kurang sesuai membawakan lagu seperti ini. Walaupun asset beliau ialah wajah beliau yg cute tapi kita perlu ingat yg ini rancangan mencari bakat baru dlm nyanyian dan bukan mencarik model. Plzz change our mind set. Dont judge pada muker sahaja but kene nilai his vocal and talent too. Thinking before send AFUNDI.

Shawal - Izinkan Ku Pergi
To be honest, Shawal rosakkan lagu Kaer. For me, lagu ni hanya Kaer sahaja yg sesuai utk nyanyikannya. Lagu ni milik jiwa Kaer. Btw, Shawal banyak tersumbang masa nyanyi lagu ni dan feel pun kurang compare to Fatin yg ada juga membantu Shawal dlm lagu ni.


3 DISINGKIR SEKALIGUS

Ini adalah sejarah AF yg telah menyingkirkan 3 pelajar sekaligus. Ada relevannya Astro melakukan sedemikian since tahun ni mempunyai bilangan peserta yg ramai dan ekoran tiada penyingkiran minggu lepas. Aku puas apabila Noni dan Fatin disingkiran tetapi penyingkiran Farha mengejutkan aku. For me, lebih baik disingkirkan Rizal dari Farha since persembahan Farha lebih konsisten compare to Rizal. Apapun, siapa aku utk berkata sedemikian since ada ramai lagi voters di luar yg telah memilih 3 org pelajar ini utk disingkiran.

Diharap graph utk persembahan semakin baik utk konsert yg minggu depan. Diharap juga tidak berlaku keadaan yg sama pada konsert ketiga yg sgt teruk selepas mereka memberikan persembahan yg baik seminggu sebelum itu. Wait and see for the next concert.

Wassalam

CORETAN LAIN:
Budiey
Sultan Muzaffar
Klubbkidd
Mr Manager
Ajami
Noumad
Download MP3 Konsert 4

Posted at 01:20 am by Faiz Nordin
Ada (15) komen, komen anda?  


Wednesday, April 04, 2007
Khas utk Nurhafizah Hamzah

Hening 27 Mac 2005,
Dibasahi embun pagi,
Diselangi dgn kicauan burung,
Satu hubungan terbina erat,
Hubungan sesama manusia yg dahagakan kasih sayang,
Hubungan yg terjalin dari kisah silam,
Hubungan yg terjalin dari kegagalan yg lepas.

Sejauh manakah perjalanan hubungan ini?
Adakah ia sepanjang sungai nil?
Adakah ia sehebat cinta Shah Jahan dan Mumtaz Mahal?
Adakah ia seerat irama dan lagu?

Mungkin harapan ini terlalu jauh,
Harapan yg diharap pasti berlaku jua satu hari nanti,
Harapan yg menjadikan Faiz Fiza seutuh Tembok Besar Cina.
Cumer, persoalannya biler?
Biler faiz fiza akan bersatu di pentas perkahwinan?
Persoalan yg masih jauh
dan penuh halangan untuk menggapai jawapannya.

2 tahun dlm ingatan,
Dipenuhi dgn pelbagai perasaan dan cerita,
Ada gembira, ada sedih, ada yg menyukakan hati
dan tak lupa juga ada yg menyakitkan hati,
Tapi kita redah kenangan2 ini dengan jayanya,
Redah dlm bahtera yg kadang2 amat menyempitkan kita.
Ada kala kita bergembira tanpa memikirkan keadaan sekeliling.
Bergembira sehingga ada yg dengki dgn keakraban kita.
Ya, kita tak hipokrit.
Kita tunjuk segala kelebihan dan kelemahan kita.
Kita tak berselindung pada segala segi.
Itulah semangat Faiz Fiza.

Semoga masa mendatang terus menjadi milik kita,
Semoga kita terus utuh melayar bahtera kasih sayang,
Kasih sayang yang tidak pernah padam antara kita,
SALAM ULANGTAHUN KEDUA FAIZ FIZA

Ur truly,
Faiz
27 Mac 2005

Ditulis pada 25 Mac 2007

Posted at 09:46 pm by Faiz Nordin
Ada (17) komen, komen anda?  


Tuesday, April 03, 2007
Lama tak citer Norman Noor

Wow! Rasanya lama tak apdet citer psl Norman Noor. Bukan takder perkembangan psl Norman Noor tetapi ada beberapa faktor lain yg menyebabkan tulisan mengenainya tertangguh. Salah satunya sbb aku kekurangan masa dan terlampau banyak topik yg beratur utk aku ulas. Keduanya, show Norman Noor semakin hari semakin bertambah sehingga terpaksa menolak beberapa undangan. Jadi, utk memudahkan cerita, aku compilekan sekali beberapa acara yg aku pergi ataupun ada sumber yg boleh membantu aku utk update psl Norman Noor.


Pose terbaru Norman Noor

Dalam entry psl ucapan thanks ari tu, aku ada ckp Norman Noor akan ke pasaran antarabangsa. Yes, dier mengikuti show yg mana hanya beliau rakyat tempatan yg menghadiri majlis tersebut. Majlis yg dinamakan Iranian Night adalah majlis yg kesemua tetamu adalah rakyat Iran dan salah seorang performer pd mlm tersebut diterbangkan khas dr Iran. Tetapi Norman Noor berjaya menembusi Iranian Night dgn menyampaikan lagu Moon Dance. Ternyata kepercayaan pelajar2 Iran terhadap Norman Noor amat mengejutkan aku. Ye lah, dier sorang jer rakyat Malaysia yg pi majlis tu and then diberikan peluang utk menghiburkan mereka. Satu penghormatan bukan?


Bersama rakyat Iran yg tinggal di Malaysia

Show kedua ialah show di Malam Gala Dinner MMU sempena 10th Year Annivessary MMU yg ke 10. Pada show ni, Norman Noor telah membawakan lagu Bonda, lagu asal M Nasir. Lagu tersebut telah dibawa dgn baik oleh Norman Noor dan mendapat pujian dr VIP yg hadir walaupun terdapat satu part kat chorus yg terkucil sikit. Btw, Norman Noor dpt cover up balik masa hujung persembahan. Cumer, part showmanship masih perlu dibaiki lagi.


Bersama performers lain di MMU Gala Dinner. Kepada budak acc, kenal tak sapa yg pakai baju oren tu? hehee

Third show ialah Talent Time Competition. Ini bukan show tetapi merupakan suatu pertandingan nyanyian. Norman Noor telah membawakan lagu My Way dan dpt merangkul tempat kedua. Tempat kedia dimenangi pasangan duet Ekey ngan Awin dan Norman Noor menduduki tempat kedua. Walaupun tempat kedua, ia memadai kerana Norman Noor tidak melakukan apa2 latihan disebabkan sibuk dgn exam dan juga show2 lain. Congrates Norman Noor and congrates gak to ekey ngan Awin. Hehehe.


Norman Noor @ talent time

Ada beberapa show lain yg aku tak mendapat gambar termasuklah MMU Open Day. Apapun, bulan 4 juga adalah bulan yg sibuk buat Norman Noor. List yg konfem ialah GEMA, ISS Nite, Mumbo Jumbo Nite and E Week Nite. Good luck utk Norman Noor and semoga dpt catch up antara study dan show2 ni. InsyaAllah. Yg penting banyak lagi yg perlu Norman Noor pelajari. Mungkin vokal tidak ada masalah cumer dr segi persembahan dan tarikan kepada penonton yg perlu Norman Noor baiki. Selamat maju jaya kepada Norman Noor.

Wassalam

Posted at 02:46 am by Faiz Nordin
Ada (2) komen, komen anda?  


Sunday, April 01, 2007
AF Kembali Busok

This week, AF kembali ke minggu pertama. Walaupun tak sebusok minggu pertama tetapi disebabkan minggu ni sudah masuk minggu ketiga, maka bolehlah diibaratkan sebagai lebih busok dr konsert minggu pertama.


Ogy yg terlalu assume too much

Nampak gaya ada masalah antara pelajar ngan Ogy Ahmad Daud. Tak tau la yg mana yg lebih bermasalah. Ogy terlalu assume too much terhadap pelajar2 AF sedangkan pelajar2 AF terlalu kesuntukan masa utk menghayati sesebuah lagu especially jika lagu tu memerlukan pemahaman yg tinggi. Takkan hanya sbb penulis lirik lagu Jawaher (kembara di Tanah Gersang) yg dinyanyikan oleh Dekna merupakan seorang yg mempelajari tasawwuf, Dekna perlu mempelajari Tasawuf. It's impossible utk Dekna nak mempelajari Tasawwuf dlm masa seminggu semata2 utk memberi pemahaman terhadap lirik lagu tersebut. Nak gali pun biarlah kene pada tempat. Takkan kita leh gali sedalam2nya dlm masa yg singkat. Kak Mah Gali pun gali isu2 hangat di AF beberapa bulan sebelum Fail Sulit AF disiarkan. Psl isu lagu Al Jannah pun sama. Takkan kene mendalami lirik lagu tersebut sehingga berjumpa alim ulamak? Perlu diingat. Ini ialah rancangan Akademi Fantasia dan bukannya Akademi alQuran. So, menggunakan alim ulamak hanya semata2 utk mendalami lirik lagu Al Jannah secara detail adalah kritikan yg kurang logik. Im sorry but I also have to be honest. Huhu.


Sempat ker Ebi nak carik alim ulamak semata2 hayati lagu ni? Huhu

Secondly, aku kaitkan mengenai student kali ni. To be honest aku sukerkan cara Aswad nyanyi lagu Sweet September minggu lepas tapi for this week, aku leh kata yg Aswad terlalu take for granted. The worst performance utk minggu ni ialah Aswad. Aswad mcm takder hala tuju and just nyanyi without consider yg dier nyanyi utk konsert AF. Frankly speaking, nyanyian Aswad mcm org nak taknak jer nyanyi atau lebih kasar lagi, beliau nyanyi seolah2 beliau nyanyi bersama rakan2 di Red Box. Terlalu memain and terlalu take for granted. Ini ker pelajar AF yg dikatakan terbaik oleh Roslan Aziz? Ini ker mutu pelajar AF yg disensasikan oleh Astro yg mengatakan AF kali ni mencabar?


Persembahan Aswad yg take for granted

Persembahan yg bg aku improve ialah Fatin, Aizat, Ebi, Farha dan Candy. Pada pendengaran halwa telinga aku, Fatin tidak mengikut style Dayang tetapi Ogy telah mengatakan yg Fatin terikut2 dgn style Dayang. Bukan pelajar sahaja yg ada konflik dgn Ogy tetapi aku pun ada konflik pandangan dgn Ogy. Dari td bangkang jer apa yg dier kritik. Hahaha. Fatin telah mempersembahkan persembahan yg cukup baik. To be honest, aku lebih suker cara Fatin menyanyi lagu ni compare to Dayang. Mungkin lagu ni lebih sesuai utk Fatin. Aizat juga memberikan persembahan yg baik cumer di akhir persembahan beliau, beliau dah pancit. Antara kurang stamina or merokok jer kalau pancit2 ni. Huhu. Tahniah juga kepada Farha, Ebi ngan Candy yg telah memberikan persembahan terbaik utk konsert minggu ni especially utk Farha yg menyanyikan lagu Insan iaitu antara lagu yg selalu aku nyanyi kat karaoke dgn baik. Utk minggu ni, aku leh clarify yg the best performance is Candy. Suara dier mmg 100% all out utk lagu Adibah Noor. Mungkin lagu ni adalah lagu yg mempunyai range yg besar and Candy mempunyai kelebihan utk lagu2 yg mempunyai range yg besar. Tak sia2 dier rebut lagu kerana dier tau keupayaannya. Tahniah sekali lagi.


The best performance; Candy - Terlalu Istimewa

Bercakap psl Dafi. Wow, Dafi merupakan pelajar yg paling teruk kene hentam ngan ketiga2 pengkritik. Merah muker dier kene kritik kaw2 especially biler Ogy kritik. Aku tertarik dgn kata2 Hattan yg mengatakan kalau beliau jd Dafi, beliau akan malu kalau Dafi menjadi juara AF5. I have to admit yg aku setuju dgn kata2 tersebut. Ini ker persembahan dr pelajar yg dikatakan bakal menjadi juara AF5? Ini ker persembahan pelajar yg mana cerita beliau terpampang di muker depan akhbar Kosmo hari ni? Adakah beliau yakin wajah hensem beliau akan menjamin beliau bakal menjadi juara AF tahun ni? Kalau beliau mempersembahkan persembahan seperti minggu ni utk konsert2 yg akan datang and undian beliau masih tinggi, mind set rakyat Malaysia masih belum berubah yg mengatakan wajah hensem adalah lebih penting dr bakat. Wait and see je la utk konsert minggu depan. Huhu.


Ini ker persembahan dr pelajar yg mendapat liputan di muker depan akhbar?

Minggu ni tiada penyingkiran. Apakah strategy Astro pun aku tak tau. Apapun, kita tunggu apa yg berlaku minggu depan. Adakah persembahan pelajar kembali ok atau masih di takuk yg sama? Pesanan aku utk tenaga pengajar especially Roslan Aziz; "U better do something about it!" ~Tiru ayat Ogy la pulak. Hahaha~


A Samad Said juga hadir

Komen2 lain dr other blogger (kene tunggu if dorang tak apdet lagi):
Budiey
Joe Klubbkidd
Sultan Muzaffar
Penglipur Lara AF5

Wassalam

*Tahniah juga kepada Norman Noor kerana telah menduduki tempat kedua utk pertandingan Talent Time. I will update about it mb esok kalau sempat. Dah banyak citer Norman Noor tertangguh. Huhu*

Posted at 06:30 pm by Faiz Nordin
Ada (12) komen, komen anda?  


Wednesday, March 28, 2007
Merakam Tangkapan Khalwat. Patut ker?

Assalamualaikum....

Ahad lepas, aku dikejutkan apabila membaca akhbar Metro Ahad mengenai tersebarnya video seorang wanita yg ditangkap khalwat oleh Jbatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Ini bedasarkan pada vas yg tertulis JAIPP yg aku terlihat di dalam video tersebut. Ingatkan apabila Pak Lah menasihatkan agar membuat tangkapan khalwat dengan teliti, maka kes khalwat yg kontroversi ni tak timbul lagi. Rupanya, timbul pula kes video yg to be honest, ia seakan menggadai maruah Islam sendiri. Mungkin ramai yg tertanya2, kenapa aku kata rakaman video ni boleh memalukan agama kita sendiri. First, aku pernah ulas yg aku bukannya tak sokong tentang penangkapan kes khalwat tetapi ia perlulah menjurus ke arah amar makruf nahi mungkar seperti kenyataan mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin. Tapi kalau kita amati video tu, wanita tersebut dilarang memakai baju hanya sekadar nak amik video utk dijadikan bahan bukti. Mana letaknya amar makruf nahi mungkar tersebut? Mungkin video itu dirakam utk dijadikan bahan bukti tapi ia juga boleh dijadikan wayang free since video tersebut memaparkan gadis tersebut berbogel dan hanya diselimuti dgn selimut.

Keduanya, di mana letaknya sikap menutup aib org di kalangan pegawai JAIPP? Walaupun wanita tersebut ditangkap khalwat, tetapi adakah wajar mengaibkan kesalahan wanita tersebut dengan rakaman video? Kalau aku jd wanita tersebut, aku akan saman malu balik kat JAIPP. Agak kasar bunyinya tetapi video tersebut seolah2 menampakkan yg jabatan agama juga mengalakkan wayang free utk melihat wanita berbogel. Banyak lagi kaedah utk mendapatkan bukti. Rakaman video tersebut seolah2 mengundang risiko terutamanya apabila ianya disebarkan melalui internet.

Mungkin ini kes ini kali pertama aku dgr since Jabatan Agama lain tidak pernah melakukan rakaman video ketika operasi khalwat. Bak kata mufti Perlis, nak tangkap khalwat kene ada caranya. Takkan biler kita tau ada pasangan yg nak berkhalwat, kita just biarkan mereka berkhalwat dan tangkap. Sepatutnya biler dah tau mereka nak berkhalwat, nasihatkan mereka dan cegah mereka sebelum mereka berkhalwat. Barulah amar makruf nahi mungkar. Wallahuaklam.

Wassalam

Posted at 10:47 pm by Faiz Nordin
Ada (8) komen, komen anda?  


Sunday, March 25, 2007
AF5 kembali ke trek

Yes. Akhirnya AF5 kembali ke standard yg betul dan bukannya sperti minggu lepas yg seakan konsert sempena perpisahan guru besar sekolah rendah. Muzik arrangement pun kembali kepada asal (walaupun tak sehebat Sham). Peljar2 AF5 pun dah menunjukkan vokal mereka yg sebenar. Mungkin mereka lebih semangat menyanyi dgn arrangement muzik yg best compare dgn yg minggu lepas yg sgt teruk.


Selamat tinggal Afiq.

To be honest, aku hanya dpt menonton konsert 2 pada siaran ulangan dan juga file yg aku download dari torrent sahaja sbb aku mengikut Norman Noor wat show kat Gala Dinner MMU. So, kalau tgk rancangan ulangan ni, mood nak tulis pun agak terbantut since feel masa tgk jd lain. So, kepada yg ingin membaca ulasan yg jelas dan tepat, sila klik pada blog di bawah:
Budiey - Komen yg terperinci, jelas dan tepat
Wenkt - Komen yg bias terhadap Dafi. Hahaha

Utk mendownload file MP3 Konsert 2, sila ke blog muat turun.


Harap muker yg hensem jer. Vokal setakat ni, BIASA

Apapun, just want to give kredit to Aizat sbb in my opinion, Aizat's performance adalah yg terbaik malam td. Nyanyi sambil lompat tu. Giler seyh. Aizat adalah ikon budak gemuk Malaysia seperti aku :P. Dafi??? Hahaha. Just boleh carik makan dgn muker yg hensem je tapi vokal biasa je la. Tak sabar nak dgr Dafi nyanyi lagu yg betul2 menguji vokal dier. hehe.


U rock Aizat. Cayalah! AFUNDI AIZAT. :p

*Tak kan say good bye pada AF5 unless kalau wat hal lagi cam minggu lepas. :p*

Posted at 11:18 pm by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Saturday, March 24, 2007
Ucapan Terima Kasih

Assalamualaikum

Utk paparan kali ini, aku hanya ingin ucapkan terima kasih sebagai penghargaan dari diri aku. Mungkin minggu ini adalah minggu yg memberi aku banyak kenangan manis kepada aku.  Firstly, aku nak ucap terima kasih kepada Kerepek, iaitu pengendali blog Muat Turun yg sudi memilih komen aku psl kebusokan konsert pertama AF5 sebagai link tambahan dlm entry file MP3 Konsert 1 AF5. Blog Muat Turun sememangnya adalah blog yg mempunyai paling banyak hits di Malaysia sehingga menjangkau beribu2 hits. Thanks kepada kerepek yg memberi aku peluang utk merasai jumlah hits yg banyak utk minggu ni. Hehehe.


Print Screen dr blog Muat Turun

Keduanya, aku nak ucap terima kasih kepada mereka yg memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran aku yg dah masuk umur 22 tahun. Tak kisahla melalui SMS, YM, Friendster ataupun secara live di depan mata. Sejuta penghargaan kepada yg plan ataupun join suprise party yg dianjurkan oleh Aizat dan Fiza. Mereka ialah Elya (kakak poyo aku), Faidah, Qayyum, Dianah, Nana, Faizal (Raja Lawak MMU) dan tak lupa Norman Noor (penyanyi yg dah masuk pasaran antarabangsa khabarnya). Aku tak mengharap apa2 pun utk suprise party tahun ni tapi aku menghargai sgt2 apa yg korang wat kat aku. Sgt terkejut biler disergah dgn kek di parking HB4.


Tiber2 kene sergah masa dlm keter. Konon2 tunggu Fiza pi potostat. Huhu. Btw, thanks. Hehee

Bagi mereka yg membuat ucapan melalui SMS, YM dan Friendster, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih juga. Mereka ialah Wan Melaka (dpt SMS ngan testi), Ti Seng, Ben, Ekey (yg juga sambut besday sama hari ngan aku), Budiey (blogger yg selalu support aku), Ain Said, Kak Rezeki, Dina, Syana, Kay, Paddy, Erviena, Kak Fasya, Nick, Anuar Shahrin, Ajeep, Tnie, Thye, Asri, Adik Farah, Izzati Akma, Lomak, Yasmin (akan sambut besday masa annivessary kiterang), Sheila, Farah Monyok, Erin, Sharifah Syahira, Melissa, Kak Mimi (org pertama wish).


Bersambung makan2 di Mc D

Tak luper juga aku nak ucapkan jutaan terima kash kepada Fiza kerana buat party besday aku utk kali kedua keesokannya tapi dlm version yg lain. Hehe. Thanks sbb belanja makan Kenny Rogers and thanks for the orange gift (Matilah Kay jeles sbb aku dpt warna kesukaan dier.) :P.


Tgh tunggu makanan kat Kenny Rogers

To the names I mention td, sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menceriakan minggu lepas dlm hidup aku. Minggu yg membuatkan aku sentiasa tersenyum. Hehehe.

*Oh ya, tadi aku ada ckp psl Norman Noor ke pasaran Antarabangsa? Aku akan update later selepas show beliau di Malam Gala Dinner MMU malam ni. Mmg lama tak apdet psl dier. Bukan tak update sbb takder show tapi dah tak larat nak tulis show2 dier yg melambak2. Apapun, nantikan ya*

Wassalam

Posted at 01:52 pm by Faiz Nordin
Ada (8) komen, komen anda?  




Previous Page Next Page
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< May 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics