![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sunday, May 20, 2007
Rumusan Akhir AF5 Assalamualaikum... Selesai sudah musim 5 Akademi Fantasia dgn kemenangan Mila pada konsert sebentar tadi di kala saya pun sedang berjuang dgn final exam yg masih berlangsung. Ni pun mencurik beberapa detik utk menulis entry ni sebagai penutup tentang cerita Akademi Fantasia di blog ini. Ini adalah terakhir kali saya menulis tentang AF since tahun depan Aznil tidak lagi menjadi peneraju utama AF. Honestly, motif utama saya menonton AF sejak musim pertama lagi adalah kerana Aznil. Tahniah Mila kerana menjadi juara baru Akademi Fantasia selepas Vince, Zahid, Mawi dan Faizal seterusnya memecahkan tradisi juara AF yg sebelum ni digondol lelaki. To me, saya rasa saya tidak perlu utk saya menilai satu persatu persembahan utk konsert final kerana kalau kita tak suker pun dgn sesuatu persembahan, ia tidak berguna lagi since AF sudah melabuhkan tirainya. Saya rasa lebih baik kita 'merestui' sahaja pelepasan mereka yg kini bergelar bintang. Kita sekadar merisik khabar dari jauh tentang perkembangan mereka. Kalau mereka berjaya di luar, kita sokong dan kalau mereka semakin malap di luar, kita beri semangat. Tu sahaja saya rasa kita mampu lakukan. Kontroversi Saya rasa sepanjang 5 tahun saya menjadi peminat setia AF, saya rasa tahun ni adalah tahun paling kontroversi. AF tahun ni mencatat 2 report polis sepanjang 10 minggu ia berlangsung. Isu Zana adalah isu yg saya rasa cukup sensasi. Saya masih tidak mempercayai AF tahun ni dimulakan dengan isu gambar bogel. Huhu. Isu otai2 bloggers diugut juga membawa kepada perkhabaran pihak Polis. Alhamdullilah, ia telah selesai sebelum konsert akhir merentak gelanggang dan rasanya isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi. Masih terngiang2 di telinga anda mengenai minus one yg lebih teruk dari nada dering polyphonic? Pada awalnya ia sesuatu yg mengecewakan tetapi biler pk balik ia sesuatu yg kelakar rupanya. Sebuah rancangan realiti no satu di Malaysia tetapi minus onenya lebih teruk dari minus one pada majlis penyampaian hadiah sekolah rendah. Huhu. Kontroversi di AF5 diakhiri dengan kontroversi isu debat minggu terakhir. Ramai yg setuju dengan komentar 2 wartawan hiburan tersebut dan ramai juga yg menyanggahnya. Apapun, debat AF minggu terakhir telah membuktikan debat AF tersebut mencapai objektifnya utk menggalakkan setiap pandangan terbuka dilontarkan. Hospital AF Nampaknya AF tahun ni juga mencatatkan sejarah. Sejarah yg paling banyak kes peserta sakit. Kita dapat saksikan penyakit2 pun menumpang glemer AF utk tahun ni. Antara penyakit2 yg mengambil tempat adalah seperti sakit kulit, demam campak, kejang otot dan juga sakit tekak. Ia sedikit sebanyak menganggu perjalanan konsert AF. Bermula pada minggu pertama yg mana Aswad tidak melakukan persembahan manakala Fatin hanya menyanyi separuh lagu sahaja. Konsert ke 9 juga terkena implikasinyer juga apabila Candy tidak dpt menyanyikan lagu Cahaya Cinta dgn baik akibat sakit tekak manakala Aswad menjadi 'suprvisor' dalam persembahan lagu bonus utk konsert tersebut akibat tidak dapat melakukan tarian dan pergerakan akibat dari kejang otot. Bagi saya, kemuncak isu hospital AF ni ialah apabila Candy telah menyanyikan lagu Demam. Hahaha. Sekadar cadangan, kalau AF6 diadakan tahun depan, mungkin seorang doktor peribadi utk AF perlu dilantik bagi mengatasi penyakit2 ini dari masuk ke akademi. AF5 dan Isu Nasional Saya nampak Astro cuber menjadikan AF tahun ni sebagai isu nasional. Buat pertama kali dalam sejarah AF dan juga rancangan realiti yg berkonsepkan hiburan, ada menteri masuk ke dalam akademi dan berjumpa dengan peserta dengan lebih dekat. Dato' Azalina Othman Said telah masuk ke akademi dan memberi perangsang kepada pelajar2 AF tahun ni. Motif bawak menteri? Tidak cukup dengan menteri, isteri Timbalan Persana Menteri Malaysia juga terlibat secara langsung dalam AF tahun ni. Datin Seri Rosmah Mansor telah memberikan kata2 aluan utk konsert keenam kalau tak silap. Motifnyer masih saya gali. Huhu. Tidak cukup dengan itu, AF membawa masuk Dato' Sharifah Mazlina yg terbabit dengan penerjunan di Kutub Utara utk memberi lebih semangat kepada para pelajar AF5. AF5 tahun ni juga amat sensitif dengan isu semasa di sekeliling kita. Umpamanya, berita adik Yin yg telah dijumpai yg telah disampaikan ketika konsert sedang berlangsung. Apapun, AF5 bolehlah dikatakan telah menjadi separuh isu nasional utk tahun ni. Format baru, wajah baru Honestly, format baru utk AF tahun ni juga menampakkan kesegaran pada AF. Umpamanya 3 org pengkritik tetap, konsep pergi tak kembali dan juga reka bentuk pentas yg lebih menyegarkan. Walaupun pada mulernyer, gimik dan kejutan utk AF5 kali ni tidak beberapa menjadi tetapi bermula dengan Konsert 6 yg mengenengahkan konsep anugerah tu, bagi saya gimik Astro muler menjadi. Tahniah utk produksi Astro yg telah membuka semangat utk penonton utk menonton AF berbanding dgn AF4 yg for me sgt lesu. Waktu Rancangan Yg Tidak Kene Saya amat tertarik dgn isu ini. Astro nampak gayanya mengassumekan semua yg minat bola tak tgk AF dan juga mengandaikan yg tak tengok AF takkan tgk bola. Yg jadi mangsa? Sudah pasti kedai2 makan terutamanya kedai2 mamak yg berbelah bagi nak bukak channel mana. Dari konsert pertama sehingga konsert 8, waktu konsert mingguan AF clash dengan siaran langsung EPL dan lebih mengharukan keadaan, konsert final AF clash dengan final FA Cup. ~Chelsea gol td pun masa break terakhir before result AF announce. Dah la game yg patut tamat kol 12 berlanjutan sehingga extra time. Cam ada janji jer dua2 final ni.~ Hanya konsert 9 sahaja yg tak clash dengan apa2. Konsert minggu ketujuh juga clash dgn AIM. Sepatutnya Astro lebih bersikap tolak ansur. Takkan nak suruh pihak EPL utk tukar hari @ waktu perlawanan semata2 sbb konsert AF di Malaysia. Di harap, Astro lebih bersikap terbuka tentang hal ni. Selamat Tinggal Aznil Secara rasmi, tiada suara Aznil dalam AF musim2 akan datang. Majlis perpisahan yg singkat td betul2 bermakna kepada saya yg selama ni mengikuti perkembangan AF dari AF1 lg. Terasa sebak di kala hampir semua bintang AF dari musim pertama lagi mendendangkan lagu Kenangan Terindah sebagai satu ucapan selamat tinggal kepada Aznil. Sebelum AF, nama Aznil tidaklah sepopular sekarang. Tapi ntah mcm mana, AF betul2 telah melonjakkan nama Aznil selaku pengacara No 1 Malaysia. Dari segi populariti mahupun dari segi terbaik, Aznil adalah orgnyer. Saya takleh bayang AF tanpa Aznil. Buat masa ni, saya masih mengaitkan Aznil & AF umpama irama & lagu. Semoga Aznil terus sukses di luar. Perjanjian Aznil dgn Astro pun tamat September ini. Mungkin rezeki Aznil akan berpanjangan di stesen2 Tv lain jika perjanjian tersebut tidak diperbaharui. Good luck Aznil. I adore u!!!! Top 3 Persembahan Utk AF5 Aizat - Perpisahan The Best Tagline I have to be fair sbb bagi saya ada 2 taglines yg bg saya cukup best. "Kasi Gegar" dan "Baikkkk Punyerrr" dari Dafi merupakan taglines yg sememangnya original dan best. Tak semua boleh beri tagline "Kasi Gegar" seperti Aizat dan tak semua org boleh beri tagline "Baiikkk Punyerrr" style Dafi yg kesengauan dan dibayangi wajah dier yg cute. Ekekeke. Kesimpulan Wow, nampaknyer entry kali ni antara entry terpanjang saya. Entry ni juga mengajar saya kata ganti nama diri "aku" yg sering saya gunakan nampak kurang ajar. Tahniah kepada pihak produksi AF tahun ni yg berjaya menyuntik kemeriahan AF daripada kelesuan tahun lepas walaupun tidak sehavoc AF2 ataupun AF3. Tahniah sekali lagi kepada Mila yg telah menjadi juara AF5. Ulasan lain: Download mp3 konsert AF *Tak sabar nak download lagu Persis Mutiara tu. Sedap giler seyh*
Friday, May 18, 2007
Terowong SMART.... Berkesan atau tidak? Assalamualaikum....... Lama gak tak apdet blog ni. Minggu ni agak bz dgn exam. Next week ada 2 lg paper yg perlu diselesaikan sebelum aku bertukar ke satu alam baru iaitu aku akan pi practical selama 6 bulan di salah sebuah audit firm di USJ. Kali ni nak ubah hangin sikit. Asyik ckp psl Akademi Fantasia jer, kali ni nak cerita psl Terowong SMART yg telah dibuka pada umum pada 14 Mei yg lepas. Terowong ni adalah satu kesinambungan antara terowong air dan laluan jalan raya. Ia mempunyai 2 tingkat laluan jalan raya dan satu tingkat laluan air. Sebenarnya, tujuan utama Terowong SMART ni dibina utk mengatasi masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dengan mengalih air berlebihan ketika banjir kilat dari Sungai Klang dan Sungai Ampang untuk mengelakkannya memasuki pusat bandar raya. Tujuan utk melancarkan trafik di Kuala Lumpur adalah tujuan sampingan pembinaan terowong yg jaraknya sepanjang 9.3 KM. Lebih kurang sambil menyelam minum air la. Terowong ini bermula di lebuhraya KL - Seremban berhadapan dgn TUDM Sg Besi dan mengunjur sehingga ke pusat bandar. Ada 2 susur keluar di pusat bandar iaitu di Jalan Davis yg mana akan menghubungkan anda ke Bukit Bintang dan juga di susur keluar di Jalan Tun Razak berhadapan dgn Wisma Time.
Persoalannya, adakah Terowong SMART ini akan menyelesaikan masalah trafik di Kuala Lumpur yg berlaku sejak sekian lama? Dalam laporan di Utusan Malaysia, pihak Polis mengatakan yg masih terlalu awal utk menilai keberkesanan atau sebaliknya melalui pembukaan terowong ini. Menurut Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Hamza Taib mengatakan yg pihak polis memerlukan masa utk mengkaji kesan pembukaan terowong yg merupakan usahasama antara Gamuda Berhad dan juga Jabatan Pengairan & Saliran. Aku tertarik utk membuat ulasan mengenai kesan terowong ini as my personal opinion. As we know, keadaan trafik di Kuala Lumpur ini meliputi banyak kawasan. Kita mungkin berasa pelik kerana kesesakan trafik di Kuala Lumpur ini tidak mempunyai starting point. Kalau anda masuk ke Kuala Lumpur dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi dan juga 4.30 ptg hingga 7.30 mlm setiap hari bekerja, anda akan mendapati hampir kesemua jalan di Kuala Lumpur lumpuh dlm lemas kesesakan. Nak patah balik tak boleh, nak kedepan pun tak boleh. Maka, ramai beranggapan dgn pembukaan terowong SMART ini, maka kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat dikurangkan especially antara Sg Besi ke Jln Tun Razak. Ya, mmg betul kesesakan jalan raya antara Sg Besi ke Jln Tun Razak dpt dikurangkan tetapi apa yg berlaku selepas keluar dari terowong? Dua susur keluar iaitu di Bukit Bintang dan juga Jln Tun Razak berhadapan Wisma Time adalah merupakan spot yg sering menghadapi masalah keseakan jalan raya. Kesesakan di Jalan Tun Razak mengunjur sehingga ke Lebuhraya Mahameru dan terus berpanjangan ke Lebuhraya Persekutuan dan kesesakan di Jalan Bukit Bintang berpanjangan ke Jalan Sultan Ismail dan terus merebak sehingga ke Jalan Kuching. Mungkin sekarang keadaan masih terkawal tetapi apa yg berlaku dlm 5 tahun akan datang yg mana bilangan kenderaan waktu itu pastinya makin bertambah? Sudah pasti kesesakan di dua susur keluar ini akan merebak ke dalam terowong itu juga especially bila pertembungan antara kenderaan yg akan keluar melalui jalan biasa dan juga dari terowong SMART ini. Satu pelan jangka panjang perlu dilakukan lagi utk benar2 mengatasi masalah kesesakan di Kuala Lumpur. Walaupun tidak seteruk kesesakan lalu lintas di Bangkok (1 km mengambil masa 1 jam pada waktu puncak) tetapi Kuala Lumpur juga merupakan antara bandaraya yg menghadapi masalah kesesakan lalu lintas yg teruk di dunia. Kita tak boleh mengandaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat dikurangkan melalui pembukaan Terowong SMART ini. Tetapi aku bersetuju yg pembukaan Terowong SMART ini dapat memudahkan pengguna jalan raya utk memasuki pusat bandaraya tetapi ia bukan menjamin masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandaraya dapat dikurangkan. Mana tau ia mungkin membawa kesan yg lebih buruk pada masa akan datang. Walauapapun, tahniah kepada pihak Gamuda Berhad dan juga Jabatan Pengairan & Saliran yg telah dpt menyiapkan terowong SMART yg boleh dikatakan antara salah satu kebanggaan Malaysia. Terowong yg seumpamanya di dunia. Terowong yg mendapat liputan di Discovery Channel. Kepada anda yg ingin mencuba laluan di terowong SMART ini, kerajaan memberi tempoh sebulan percuma kepada pengguna jalan raya dan selepas 15 Jun 2007, satu kadar tol akan ditetapkan. Di harap, kadar tol utk terowong ini berpatutan. Ini kerana kerajaan perlu memikirkan tanggungan rakyat dan juga fungsi utama terowong ini dibina yg merupakan sebagai pelan utk mengatasi masalah banjir. Wassalam
Sunday, May 13, 2007
Konsert 9 AF5 Minggu ni banyak lagu2 best yg dipilih oleh akademi. Kebanyakannya adalah lagu2 hits masa kini. Hanya lagu Copacabana sahaja yg merupakan lagu lama. Konsert ini adalah konsert terakhir di Dewan Sivik sebelum konsert final yg akan mengegarkan Stadium Putra Bukit Jalil. Berikut ulasan ringkas utk konsert kali ni: Shawal & Candy - Menari Denganku Aswad - Langit Biru Heliza - Ya Atau Tidak Ebi - Bukan Diriku Mila - Pudar Shawal - Copacabana Candy - Cahaya Cinta Aswad & Heliza - Jogt Cinta Sakti Ebi & Mila - My Heart Overall, aku terhibur dgn konsert malam ni. Cumer tak puas hati apabila butang lampu biru tu mcm dipermain2kan pulak. Lampu biru itu hanya perlu ditekan jika betul2 layak sahaja. Bukan sebab bulan Mei la, nak amik hati la etc. Lawak Mawi dan Yus Raja Lawak pun menjadi. Really like lawak mereka. Mengenai paparan undian terkini masa tgh konsert, bender ni Astro perlu lakukan since konsert 3. Ini sudah pasti menaikkan jumlah undian dan seterusnya menaikkan keuntungan Astro. Ye lah, penonton rasa excited utk mengundi pelajar yg dibawah. Kepada Shawal, good luck in future. Sekadar memetik kata2 sorang chatters kat @15, "esok hari raya since bulan shawal dah kuar". Hehehe. Pentas akhir nanti akan menemukan Sabah Vs Penang. 3 peserta dari Sabah iaitu Candy, Ebi dan Heliza (dier lahir je kat Terengganu tapi parents dier now dok Sabah) akan berentap dgn 2 peserta dari Penang. Agak terkejut dgn kehebatan vokal org2 Penang termasuk Dekna. Hopefully kesihatan utk semua finalis ok especially Candy ngan Aswad. Taknak pula, AF5 catat sejarah juga apabila ada finalis perform kat ospital gara2 ada finalis yg sakit. Huhu. Siapa juara? Aku mengharapkan perempuan pula jd juara and I think Mila can go for it. InsyaAllah. Ulasan lain: Download mp3 konsert AF Utk peminat aizat, ini peluang utk anda:
As for ur info, dunia blog dah ok dgn Aizat. So, kepada anda yg meminati dan merindui vokal Aizat, datang beramai2 ke Saloma Bistro tgh hari ni.
Saturday, May 12, 2007
Semester berjaya buat Norman Noor Norman Noor akhiri semester ini dgn jayanya. Pelbagai show telah diterima dan beliau telah memegang amanah tersebut dgn baik sekali. Tahniah Norman Noor dan semoga sukses utk semester2 akan datang.
Bagi sesapa yg belum mendengar suara Norman Noor, anda boleh hayati melalui klip video persembahan beliau di MMU Awards 2007 yg telah berlangsung di MMU Grand Hall. Lagu yg beliau nyanyikan ialah My Heart Will Go On.
* Good luck utk student MMU yg menghadapi final exam bermula 14 Mei hingga 25 Mei 2007. Semoga kita semua beroleh kejayaan pada exam kali ni. InsyaAllah * Tuesday, May 08, 2007
Kelapa Bakar Selepas aku memperkenalkan Nasi Ambang (Nasi Ambeng kalau org Jawa panggil) dan aku menghidangkannya kepada rakan2 aku semasa hari raya yg lepas, kali ni aku tergerak hati utk memperkenalkan sejenis minuman yg penuh khasiat iaitu KELAPA BAKAR. Hahaha. Simple jer nama tapi kat Malaysia ni tak ramai tahu psl kelapa bakar tapi kalau kita masuk ke Thailand, Kelapa Bakar (dorang guna kelapa pandan) sgt popular dan lebih popular dr kelapa biasa. Tujuan buah kelapa dibakar adalah utk memanaskan suhu air kelapa. As we know, air kelapa ni mempunyai suhu yg sejuk. Tu sbb org2 melayu percaya yg air kelapa muda dpt menyembuhkan demam campak mahupun demam caca (chicken pox). Kelapa yg dah dibakar juga banyak khasiat. Ia dpt membantu perjalanan darah dan juga dan membersihkan perut kita. Berlaku sedikit konflik pada cara penghidangan kelapa bakar. Di Thailand, kelapa yg sudah siap dibakar akan dimasukkan ke dalam peti ais utk disejukkan tetapi di Malaysia, kita minum panas2! Di Thailand, mereka tak letak apa2 sebagai perisa tetapi di Malaysia, kita letak pelbagai bender lain seperti madu dan limau purut utk menambahkan rasa kelapa bakar tersebut. Isi kelapa yg sudah dibakar tu pun akan jd lembut. Guna jari pun boleh. Hehehe. Kadang2 kalau kita makan kelapa muda biasa, sudu yg kita gunakan utk mencungkil isi kelapa tersebut boleh bengkok kalau tak kene pada gaya. Kalau kelapa bakar, kita pasti takkan menghadapi masalah since isinya lembut. Mungkin dekat Malaysia, kelapa bakar kurang popular. Apa yg popular di sini ialah kelapa jelly. Apa kata lepas ni kalau anda semua buat barbeque udang ker sotong ker ayam ker, cuber juga utk barbeque kelapa utk jd kelapa bakar dan rasalah air kelapa yg sudah dibakar. Tapi aku sarankan agar anda letak ais ataupun masukkan ke peti ais buat seketika. Selamat mencuba!
Sunday, May 06, 2007
Konsert 8 AF5 Assalamualaikum Lama rasanya tak ulas mengenai konsert AF. 2 minggu aku tak tgk live Konsert AF sbb berada di luar. So, utk konsert minggu ni, aku akan ulas persembahan2 pelajar AF5. Ulasan sekadar memberikan pandangan peribadi aku sendiri. Rata2 persembahan utk konsert kali ni berjaya kecuali persembahan Shawal. Dah 2 lagu kegemaran aku, Shawal telah rosakannya. Btw, ni ulasan serba sedikit utk konsert kali ni: Dafi - It's Gonna Be Me Mila - Aku Takkan Bersuara Ebi - Kau Dan Aku Candy - Perhaps Shawal - Kaulah Segalanya Heliza - Kesal Aswad - Korban Cinta Aznil juga membuat kejutan dgn mengatakan yg AF5 merupakan AF terakhir buat beliau. Mungkin tindakan Aznil adalah tindakan yg bijak. Mungkin juga Aznil mengambil contoh Tun Mahathir sebagai perbandingan. Yg penting, Aznil masih lagi pengacara hebat yg tiada tolok bandingnya. Penyingkiran Dafi juga telah menamatkan episod anak datuk di AF dan juga menamatkan kritikan2 terhadap beliau di forum Cari dan juga di @15. Yg pasti Dato Seri Adnan Yaakob (Menteri Besar Pahang) menjadi lebih kecewa apabila 2 peserta yg beliau sokong tersingkir pada 2 minggu berturut. Good luck Dafi in future! Ulasan lain: MP3 AF:
Wednesday, May 02, 2007
Perlu ke AFMASUK? Assalamualaikum Lama rasanya tak berbicara psl AF. Agak bz pada 2 minggu punyer konsert. Tgk konsert AF pun melalui Jiwang Torrent. Apapun, dgr pula ura2 yg Astro akan membuat AFMASUK setelah didesak oleh pelbagai pihak terutamanya pihak pengkritik. Nak jilat ludah balik ker? Dari awal, Astro memupuk pengundi agar tidak berharap dgn AFMASUK. Tapi skang, sudah ura2 Astro nak buat AFMASUK setelah aizat tersingkir. Kenapa? Adakah Astro terdesak dgn jumlah AFUNDI yg berkurangan tahun ni? Atau adakah Astro rasa penyingkiran Aizat adalah satu kesalahan oleh pengAFUNDI yg mana tidak menilai bakat yg dimiliki Aizat? Sumer mengakui kehebatan vokal Aizat dan bender tu tidak boleh disangkal lagi tetapi utk nak AFUNDI atau tidak, itu hak penonton. Perlu diingat, pengkritik menilai dari persembahan pentas sahaja tetapi pennonton menilai dari semua aspek termasuklah tingkahlaku etc. Jgn pertikaikan hak penonton utk mengundi. Comparekan jualan album Reshmonu yg diiktiraf sebagai vokal lelaki terbaik di AIM14 dgn Mawi yg tidak diiktiraf di AIM tetapi memenangi anugerah yg bersandarkan populariti seperti Anugerah ERA dan juga ABP. Yg mana lebih tinggi dr segi penjualan album? Yg banyak beli album adalah penonton bukannya pengkritik. So, itu hak penonton utk AFUNDI atau tidak. Mungkin dr segi menilai bakat, penonton nampak seperti buta seni tetapi penonton menilai aspek2 lain yg sama penting seperti interaksi dgn peminat dan juga tingkah laku. So, scope penilaian penonton luas berbanding dgn pengkritik mahupun pemuzik profesional. Apapun, tunggu sahaja apa yg berlaku kat Debat AF esok pukul 10 malam. Khabarnya golongan profesional seperti DR & IR akan berdebat dgn org2 yg terlibat dlm muzik termasuk pengkritik. Kalau AFMASUK dilaksanakan juga,aku nak tanya di mana letaknya kata2 Aznil masa konsert 1 yg mengatakan takder AFMASUK, pelajar yg disingkir takkan kembali ke dewan atau pergi tak kembali? Mana letaknya kredibiliti Astro dlm hal ni? Dan di mana rasa hormat Astro terhadap hak penonton yg menAFUNDI? Mengenai konsert minggu ni, thanks sgt2 pd Astro kerana memilih lagu Kaulah Segalanya dari Hazrul Nizam. I like this song so much. Lagu ni sebahagian dari kisah hidup aku. Huhu. Harap Shawal bawak lagu ni dgn baik. Jgn rosakkan cam lagu Kaer ari tu sudeyy. Secara akhirnya, NO AFMASUK! Tak kisahla utk aizat atau pelajar lain tetapi AFMASUK dah basi utk menjadi gimik pada AF tahun ni. Wassalam Monday, April 30, 2007
Sun & Surf Cafe Kali ni aku nak citer mengenai Sun & Surf Cafe. Cafe ni terletak di Sunway Lagoon Resort & Spa. Mungkin ada yg tertanya2 apakah kelebihan Sun & Surf cafe ni sehingga aku sanggup meluangkan masa utk menceritakan mengenai cafe tersebut. Bagi anda yg meminati seafood yg dimakan mentah2, inilah tempat utk anda. Lebih2 lagi kepada yg menggemari oyster yg dimakan dgn air limau. Aku merupakan org yg menggemari oyster dan juga ikan salmon yg dimakan mentah2 dan disebabkan alasan itulah aku berpuas hati dgn makanan di Sun & Surf Cafe. Menu makanan di sini hampir sama kecuali jika ada promosi dan juga ketika bulan Ramadhan. Selain dr seafood yg dimakan mentah2 tersebut, ada juga makanan lain yg pastinya 'menggiurkan' air liur anda. Makanan lain termasukla lamb chop, beef steak, shawarma, duck chop dan juga beberapa makanan melayu lain termasuklah kari. Yeah, I like lamb chop. ~matilah aku org kata aku tak jaga kesihatan. huhu~ Sebagai pencuci mulut, Sun & Surf Cafe menyediakan pencuci mulut yg hebat. Aku tak pasti samada menu pencuci mulut ditukar setiap hari atau tidak. Pada malam yg aku makan, aku disajikan pencuci mulut seperti strawberri coklat, Choco Top, Aising coklat, kek2 yg mempersona, buah2an yg seperti mata kucing, duku langsat dan rambutan juga disediakan. Tidak lupa juga kuih2 tradisional melayu juga disediakan. Honestly, aku berpuas hati menikmati makan malam di Sun & Surf cafe ini. Aku merupakan food lover dan aku mmg amat berpuas hati dgn makanan di Sun & Surf Cafe. Kalau nak comparekan Courassel Cafe di Palace of Golden Horses, aku lebih prefer Sun & Surf Cafe. Selamat mencuba!
Monday, April 23, 2007
Org muda melayu tak daftar undi Petikan dari Utusan Malaysia 21 April 2007: 80% Melayu tak daftar -- Malas dan terlalu sibuk antara alasan mereka - SPR Sebenarnya bender ni aku pernah tulis dlm entry yg bertajuk "Sikap Tak Amik Tahu". Ketika itu takder statistik yg membuktikan apa yg aku tulis tetapi daripda kenyataan dari pihak SPR yg mengatakan 80% daripada jumlah yg belum mendaftar menjadi pengundi adalah org melayu. Nah, satu tamparan buat kita. Adakah sbb hiburan kita alpa utk mendaftar sebagai pengundi yg mana merupakan sebuah nadi dlm mencorakkan kemajuan negara? Tak salah utk berhibur tetapi dlm masa yg sama, kita perlu mengambil tahu hal2 lain terutamanya bab politik dan isu semasa. Kalau tak, relevanlah perumpamaan yg mengatakan kalau Malaysia kene bom pun tak tahu. Alasan yg mengatakan tidak berminat utk masuk dan politik adalah alasan yg crap semata2. Come on la, takkan nak corakkan masa depan negara pun tak berminat. Mengundi bukannya elemen dalam politik tetapi lebih kepada Nasionalisme dan patriotisme sebagai anak Malaysia. Politik berlaku jika kita masuk dan join parti2 yg bertanding dlm pilihanraya. SPR tak kata suruh masuk UMNO atau PAS tetapi suruh mendaftar sebagai pengundi sahaja. Mengundi adalah hak kita sebagai anak Malaysia. Kita yg berhak memilih pemimpin utk terus memajukan negara. Kita jugalah yg patut bangga jika pemimpin yg kita pilih berjaya menjalankan tugasnya dgn baik dan kita juga perlu bertanggungjawab sekiranya pemimpin yg kita pilih hanya sekadar memegang jawatan dan nama sahaja. Secara akhirnya, kepada yg berumur 21 tahun ke atas dan belum mendaftar sebagai pengundi berdaftar, sila berbuat demikian. Banyak cara boleh dilakukan tetapi yg paling mudah ialah di pejabat pos. Berdaftarlah dgn kadar segera kerana piliahnraya umum yg akan datang akan muncul bila2 masa sahaja. Jgn take for granted isu ini. Kalau kita leh concern psl bender lain, apa salahnya kita concern kepada bender yg melibatkan maruah kita. Jalankan tanggungjawab anda! Wassalam Sunday, April 22, 2007
No ulasan utk Konsert 6 Tiada ulasan utk konsert keenam AF5. Aku berada di JB mlm td dan masalah biasa yg berlaku kalau nak tgk AF biler di luar kawasan ialah hotel tak subscribe Astro Ria. Aku just tgk 2 persembahan awal dari Rizal dan Shawal jer. Lepas tu dah kene balik sbb kedai makan yg aku tumpang tgk dah nak tutup. Huhu. Apapun, aku suker intro yg menggunakan budak2 yg pernah terlibat dlm segmen "Anak-anak ku" di Macam2 Aznil. Comey giler budak2 tu especially Haziiiiiq. Teringat dier selamba badak kiss ngan peluk Aznil masa Macam2 Aznil. Hehee. Penggunaan butang biru pun bagi aku sgt bagus utk menjadi indicator pd pengundi utk AFUNDI. Mudah2an lepas ni pengundi AFUNDI ikut bakat dan attitude. Psl gimik anugerah tu, I have to salute kat Astro coz sampai ke Singapore mereka carik artis semata2 nak serikan konsert. Btw, ni pun aku baru sampai umah and baru nak download konsert mlm td. Bagus gak aku tgk guna download. Boleh forward jika perlu. Minggu depan juga aku tak dpt tgk AF secara langsung sbb aku akan berada di Terengganu selama 3 hari bermula Jumaat. Masalah yg sama iaitu hotel takkan subscribe Astro Ria. So, terpaksalah tgk AIM next week. Dah takder choice nak wat cam mana. Huhu. Utk ulasan2 yg padat dan lengkap, sila layari: Jgn lupa AFUNDI MILA!!!
|
PROFILE ![]() Campaign Creator FAIZ @ FRIENDSTER YM ID : pakcik9803 EMAIL : faiznordin85@yahoo.com MY FOTOPAGES MY FAVOURITE TV STATION: ![]() ![]() ![]() MY FAVOURITE RADIO: ![]() ![]() TAG BOARD CALENDAR
LINKS ~[[My Self Story]]~ [[Kursus Induksi TM]] [[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]] [[My Graduation Day]] [[Sampah Blog]] [[090608 - Tarikh yg Diingati]] [[Thanks MH & Associates]] [[Aku Bukan Serangga]] [[2 Jam Di Ambang Maut]] [[Khas utk Nurhafizah Hamzah]] [[Ucapan terima kasih]] [[Selamat Tinggal Mc Egg]] [[Menulis Bukan Kerna Nama]] [[Demi Masa]] [[Semangat Akhir Beraya]] [[Kenangan Menulis Cerpen]] [[Annivessary Blog Ketiga]] [[Kenangan di Bulan Ramadhan]] [[Jodoh Ketentuan Tuhan]] [[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]] [[Happy Birthday My Baby]] [[Sambutan Tahun Baru 2006]] [[Makna Sebuah Persahabatan]] [[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]] [[Bertekak Ngan Lawyer]] [[Sangap AF Kat Kuantan]] ~[[Hiburan]]~ [[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]] [[Bob AF2 - Cinta Terhalang]] [[Nubhan - Aku Ada Untukmu]] [[10 Tanda Angau]] [[Ulasan Filem Congkak]] [[Akhil Hayy]] [[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]] [[Separuh Akhir AJL 2007]] [[Aizat AF5 - Sahabat]] [[Semangat Lagu Raya]] [[Isu Lagu Indonesia Lagi]] [[Sajak Sakaratul Maut]] [[Anuar Zain - Lelaki Ini]] [[Tahniah juara IKON Asean]] [[Adakah Strategi Era Berkesan?]] [[Fabulous Catz - Rimas]] [[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]] [[Konsert AF5 yg busok]] [[Kan dah jd sensasi]] [[Kaer - Izinkan Ku Pergi]] [[Bahana Lagi Utk Mawi]] [[Debaran Akhir OIAM]] [[Filem My Heart]] [[Siti Nurhaliza & Dato' K]] [[Velvet - Kini Detiknya]] [[Muzik Malaysia Vs Indonesia]] [[Mawi Putus Tunang]] [[Siti Nurhaliza - Transkripsi]] [[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]] [[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]] [[Album BOB -Hantaran Hati]] [[Hot Fm VS Era Fm]] [[Perpecahan Mawi FC]] [[Rancangan Realiti Tv]] [[Antara AF & UMNO]] [[Antara Digi & Maxis]] [[AF Or MI???]] [[Konsert AF Tour 2005]] ~[[Isu Semasa]]~ [[Anwar, plzz stop the drama!]] [[Muzakarah UMNO - PAS]] [[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]] [[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]] [[Konspirasi @ Realiti]] [[Politik Malaysia yg Bergelora]] [[Desakan Agar Paklah Berundur]] [[Minyak Naik Lagi]] [[Tun Mahathir keluar UMNO]] [[Siaran Langsung Sidang Parlimen]] [[Isu Babi di Kuala Langat]] [[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]] [[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]] [[Kabinet Baru Separa Reformasi]] [[Adakah BN masih relevan?]] [[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]] [[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]] [[Perkembangan Terkini Jai Network]] [[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]] [[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]] [[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]] [[Alfatihah Utk Adik Nurin]] [[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]] [[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]] [[Telenovela Altantuya]] [[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]] [[Keputusan Kes Lina Joy]] [[Bukan Senang Nak Jd Senang]] [[Terowong Smart, Berkesan?]] [[Tak daftar undi]] [[Fitnah Terhadap Dr Asri]] [[Merakam Tangkapan Khalwat]] [[Harapkan Pagar tak boleh harap]] [[Sperma Lelaki Merosot?]] [[Kemalangan Masih Tnggi]] [[Hukuman bunuh Saddam Hussien]] [[Apabila Dr Asri bersuara]] [[Isu Kenaikan Tol]] [[Serbu Utk Aibkan Org Lain]] [[Perhimpunan Agong UMNO 2006]] [[Pertemuan Tun M & Pak Lah]] [[Murtad Sbb Cinta?]] [[Pelarasan Undang2 Khalwat]] [[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]] [[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]] [[Kes Lina Joy & Kesannya]] [[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]] [[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]] [[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]] [[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]] [[Perang Malaysia Bermula]] [[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]] [[Dr M Vs Pak Lah]] [[Sikap Tak Amik Tahu]] [[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]] [[Perniagaan MLM]] [[Valentines Day]] [[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]] [[Memperingati Mangsa Tsunami]] [[Cinta Beralih Arah]] [[Konflik Lagu Negaraku]] [[Budget 2006]] [[Pelaburan Internet]] [[Pemikiran Jumut Org Melayu]] ~[[Travel]]~ [[Buffet Ramadhan 2008]] [[Restoran Sari Ratu]] [[Port View Kota Kinabalu]] [[Restoran Orkid Thai]] [[Buffet Ramadhan 2007]] [[South Seafood]] [[Awana Kijal]] [[Kelapa Bakar]] [[Sun & Surf Cafe]] [[Pulau Tioman]] [[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]] [[Vacation to Kota Kinabalu]] [[Eyes On Malaysia]] [[Perangkap Had Laju]] [[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]] [[Nasi Ambang]] [[Laksa Shack]] [[Aquaria KLCC]] [[Rahsia Bistro]] [[Kuching]] [[Buffet Ramadhan 1426 H]] [[Damai Laut]] [[Toilet Paling Mahal]] [[Trip To Kelantan]] [[London]] [[Jalan2 Carik Makan (II)]] [[Jalan2 Carik Makan (I)]] [[Kek Batik Sarawak]] [[Langkawi]] ~[[Ekslusif]]~ [[Norman Noor @ Lime]] [[Video Klip Norman Noor]] [[Perkembangan Norman Noor]] [[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]] [[Malam Norman Noor & Bob AF]] [[Norman Noor Bitrhday]] [[Norman Noor di UITM & Tritun]] [[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]] [[Norman Noor @ FCM Nite]] [[Norman Noor @ UNITE]] [[Diinterview Bersama SM]] [[Interview Bob AF2]] [[Memperkenalkan Norman Noor]] ~[[Rakan Blog]]~ [[Sultan Muzaffar]] [[Fiebie]] [[Kak Waiem]] [[Sensasi Selebriti]] [[Ajami]] [[Kak Toby]] [[Maman]] [[Judd Lair]] [[ajeem]] [[Athul]] [[Abg Bad]] [[Zimie]] [[Kak Aidid]] [[Yasmin Ahmad]] [[Afdlin Shauki]] [[Elna]] [[Shaynina]] [[Zamil MI]] [[Raja Pelaut]] [[Leo Sabri]] [[Arezeo]] [[Wenkt]] [[Resipi Kahwin]] [[Kelantan Travel]] [[Jubiez]] [[Yonna]] [[Ajeep]] [[Fiza @ My Baby]] [[Juandanza]] [[Klubbkidd]] [[Budiey] [[Azuna]] [[Djemy Jenab]] [[Kak Munirah]] [[Saff One]] [[Matjan]] [[Dato' Kay]] [[Ben]] [[Alpha]] [[Mr Manager]] [[Fysal]] [[Kadir Jasin]] [[Leo Fantasia]] [[Faidhi]] [[Dr Mahathir]] [[Dr Khir Toyo]] [[Akma Nurain]] [[Aznil Nawawi]] [[Wanny]] [[Azra]] [[Najib Zuhdi]] [[Sizuka]] [[Dayat]] ~[[Fotopages]]~ [[My Fotopages]] [[Fiza @ My Baby]] [[Qayyum]] [[Kak Waiem]] [[Aizat]] ~[[My Download]]~ [[Muat Turun - Kerepek]] [[Jiwang]] [[Jiwang Torrent]] ~[[My Favourite Links]]~ [[Friendster]] [[My Space]] [[Hi 5]] [[MMU]] [[Malaysia TV]] [[Virtualfriends]] ~[[My Favourite Newspaper]]~ [[Berita Harian]] [[The Star]] [[Utusan]] [[Harian Metro]] [[Malaysiakini]] [[Mstar]] ~[[My Online Banking]]~ ![]() ![]() ![]() ![]() Jenguk blog ni Anda Penjenguk Yang Ke: (Sejak 25 Januari 2006)
CONTACT CREDITS |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||