Saturday, May 12, 2007
Semester berjaya buat Norman Noor

Norman Noor akhiri semester ini dgn jayanya. Pelbagai show telah diterima dan beliau telah memegang amanah tersebut dgn baik sekali. Tahniah Norman Noor dan semoga sukses utk semester2 akan datang.


ISS Nite

 


Bersama DJ Phabes dari Fly Fm di Jumbo Mambo Nite

 


Bersama Adibah Noor di UPG Nite @ Menara KL

 


MMU Awards 2007

Bagi sesapa yg belum mendengar suara Norman Noor, anda boleh hayati melalui klip video persembahan beliau di MMU Awards 2007 yg telah berlangsung di MMU Grand Hall. Lagu yg beliau nyanyikan ialah My Heart Will Go On.

* Good luck utk student MMU yg menghadapi final exam bermula 14 Mei hingga 25 Mei 2007. Semoga kita semua beroleh kejayaan pada exam kali ni. InsyaAllah *


Posted at 12:59 am by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Tuesday, May 08, 2007
Kelapa Bakar

Selepas aku memperkenalkan Nasi Ambang (Nasi Ambeng kalau org Jawa panggil) dan aku menghidangkannya kepada rakan2 aku semasa hari raya yg lepas, kali ni aku tergerak hati utk memperkenalkan sejenis minuman yg penuh khasiat iaitu KELAPA BAKAR. Hahaha. Simple jer nama tapi kat Malaysia ni tak ramai tahu psl kelapa bakar tapi kalau kita masuk ke Thailand, Kelapa Bakar (dorang guna kelapa pandan) sgt popular dan lebih popular dr kelapa biasa. Tujuan buah kelapa dibakar adalah utk memanaskan suhu air kelapa. As we know, air kelapa ni mempunyai suhu yg sejuk. Tu sbb org2 melayu percaya yg air kelapa muda dpt menyembuhkan demam campak mahupun demam caca (chicken pox). Kelapa yg dah dibakar juga banyak khasiat. Ia dpt membantu perjalanan darah dan juga dan membersihkan perut kita.

Berlaku sedikit konflik pada cara penghidangan kelapa bakar. Di Thailand, kelapa yg sudah siap dibakar akan dimasukkan ke dalam peti ais utk disejukkan tetapi di Malaysia, kita minum panas2! Di Thailand, mereka tak letak apa2 sebagai perisa tetapi di Malaysia, kita letak pelbagai bender lain seperti madu dan limau purut utk menambahkan rasa kelapa bakar tersebut. Isi kelapa yg sudah dibakar tu pun akan jd lembut. Guna jari pun boleh. Hehehe. Kadang2 kalau kita makan kelapa muda biasa, sudu yg kita gunakan utk mencungkil isi kelapa tersebut boleh bengkok kalau tak kene pada gaya. Kalau kelapa bakar, kita pasti takkan menghadapi masalah since isinya lembut.

Mungkin dekat Malaysia, kelapa bakar kurang popular. Apa yg popular di sini ialah kelapa jelly. Apa kata lepas ni kalau anda semua buat barbeque udang ker sotong ker ayam ker, cuber juga utk barbeque kelapa utk jd kelapa bakar dan rasalah air kelapa yg sudah dibakar. Tapi aku sarankan agar anda letak ais ataupun masukkan ke peti ais buat seketika. Selamat mencuba!


Beginilah cara kelapa dibakar


Posted at 07:58 pm by Faiz Nordin
Ada (5) komen, komen anda?  


Sunday, May 06, 2007
Konsert 8 AF5

Assalamualaikum

Lama rasanya tak ulas mengenai konsert AF. 2 minggu aku tak tgk live Konsert AF sbb berada di luar. So, utk konsert minggu ni, aku akan ulas persembahan2 pelajar AF5. Ulasan sekadar memberikan pandangan peribadi aku sendiri. Rata2 persembahan utk konsert kali ni berjaya kecuali persembahan Shawal. Dah 2 lagu kegemaran aku, Shawal telah rosakannya. Btw, ni ulasan serba sedikit utk konsert kali ni:

Dafi - It's Gonna Be Me
Actually, lagu2 cenggini adalah soul Dafi. Vokal, wajah, personaliti dan gerak tari Dafi adalah pakej lengkap utk menubuhkan sebuah kumpulan boy band. Ini terbukti dgn lagu Uptown Girl, Pecinta Wanita dan juga lagu Nsync ni. Persembahan Dafi utk lagu ni memuaskan. Kalau Dafi buat boy band dgn Adam, sure boy band tu malatop!

Mila - Aku Takkan Bersuara
Aku agak terkejut apabila semua pengkritik memberikan lampu biru kepada Mila termasuk Hattan. Ini kerana first round of the song, suara mila pecah. Aku meminati Mila sejak beliau membawakan lagu Benci Tapi Rindu tetapi persembahan beliau utk lagu Nikki Ardila ni biasa sahaja kerana dibayangi dgn vokal pecah beliau masa sebelum verse. Walaubagaimanapun, masa second round lagu tu, Mila memberikan vokal yg mantap dan suara serak beliau menjadi. Overall, memuaskan.

Ebi - Kau Dan Aku
Rupanya baru aku tau lagu Khafi tu adalah lagu kumpulan Alleycats. Persembahan Ebi memuaskan even lebih baik dari 2 minggu lepas. Lately, dah takder yg istimewa pun mengenai Ebi ni and I dont know y dier still dpt undian terttinggi. Persembahan biasa dari Ebi.

Candy - Perhaps
Lagu ni sungguh menggoda. Alangkah baiknya Heliza tak dpt lagu ni. Kalau tak, apa pulak gelaran yg Heliza akan dpt. Takkan Muslimah Seksi kot. Huhu. Vokal Candy tidak perlu dipertikaikan dan sgt konsisten. Cumer, gaya beliau di pentas sahaja yg kadang2 ok and kadang2 ko. For me, persembahan memuaskan sahaja.

Shawal - Kaulah Segalanya
Lagu ni adalah antara lagu yg aku sgt2 minati tetapi apabila Shawal menyanyikan lagu ni, aku tetiber rasa sgt bosan. Bukan jemu dgr lagu ni tetapi persembahan dan voal beliau tak menarik aku utk mendengar lagu ni version Shawal. Walaupun persembahan beliau tidak seteruk ketika menyanyikan lagu Kaer, tetapi aku masih kategorikan persembahan beliau teruk. Suara beliau agak keras dgn melodi lagu ni dan gaya beliau di pentas agak kaku.

Heliza - Kesal
Kalau aku jadi Heliza, aku akan jd serba salah. Kalau tak all out, nanti org ckp tak feella, tak gali la, tak dptkan air lagu la etc tapi kalau all out ni lah jadinya. Pengkritik pun gelar beliau macam2. Muslimah rock la, menyucikan rockla, rocker pergi masjid la etc. No komen pasal tu but persembahan beliau amat bertenaga. Sebelum ni aku agak anti pada Heliza sbb terlalu kontrol cun tetapi malam ni, aku boleh kata Heliza dah tak kontrol cun dan memberikan persembahan ikhlas. Tapi, adakah anda semua dpt menerima persembahan rockers bertudung?

Aswad - Korban Cinta
Tabik spring pada Aswad. Perlu diingat, jika undian Aswad banyak, ia bukan sekadar undian simpati sbb Aswad anak yatim piatu. Aswad membuktikan vokal beliau sgt2 sedap and apa yg Hattan katakan telah dibuktikan oleh Aswad. Vokal beliau sebenarnya bukanlah vokal yg versatile. Aswad sebenarnya sesuai dgn lagu2 rock kapak dan ini telah dibuktikan oleh Aswad sendiri. Cumer satu genre Aswad tak try lagi iaitu ballads. Teringin nak dgr Aswad nyanyi lagu ballads.

Aznil juga membuat kejutan dgn mengatakan yg AF5 merupakan AF terakhir buat beliau. Mungkin tindakan Aznil adalah tindakan yg bijak. Mungkin juga Aznil mengambil contoh Tun Mahathir sebagai perbandingan. Yg penting, Aznil masih lagi pengacara hebat yg tiada tolok bandingnya. Penyingkiran Dafi juga telah menamatkan episod anak datuk di AF dan juga menamatkan kritikan2 terhadap beliau di forum Cari dan juga di @15. Yg pasti Dato Seri Adnan Yaakob (Menteri Besar Pahang) menjadi lebih kecewa apabila 2 peserta yg beliau sokong tersingkir pada 2 minggu berturut. Good luck Dafi in future!

Ulasan lain:
Budiey
Sultan Muzaffar
Klubbkidd
Mr Manager
Ajami
Noumad

MP3 AF:
Muat Turun

 


Posted at 12:48 am by Faiz Nordin
Ada (9) komen, komen anda?  


Wednesday, May 02, 2007
Perlu ke AFMASUK?

Assalamualaikum

Lama rasanya tak berbicara psl AF. Agak bz pada 2 minggu punyer konsert. Tgk konsert AF pun melalui Jiwang Torrent. Apapun, dgr pula ura2 yg Astro akan membuat AFMASUK setelah didesak oleh pelbagai pihak terutamanya pihak pengkritik. Nak jilat ludah balik ker? Dari awal, Astro memupuk pengundi agar tidak berharap dgn AFMASUK. Tapi skang, sudah ura2 Astro nak buat AFMASUK setelah aizat tersingkir. Kenapa? Adakah Astro terdesak dgn jumlah AFUNDI yg berkurangan tahun ni? Atau adakah Astro rasa penyingkiran Aizat adalah satu kesalahan oleh pengAFUNDI yg mana tidak menilai bakat yg dimiliki Aizat? Sumer mengakui kehebatan vokal Aizat dan bender tu tidak boleh disangkal lagi tetapi utk nak AFUNDI atau tidak, itu hak penonton. Perlu diingat, pengkritik menilai dari persembahan pentas sahaja tetapi pennonton menilai dari semua aspek termasuklah tingkahlaku etc.

Jgn pertikaikan hak penonton utk mengundi. Comparekan jualan album Reshmonu yg diiktiraf sebagai vokal lelaki terbaik di AIM14 dgn Mawi yg tidak diiktiraf di AIM tetapi memenangi anugerah yg bersandarkan populariti seperti Anugerah ERA dan juga ABP. Yg mana lebih tinggi dr segi penjualan album? Yg banyak beli album adalah penonton bukannya pengkritik. So, itu hak penonton utk AFUNDI atau tidak. Mungkin dr segi menilai bakat, penonton nampak seperti buta seni tetapi penonton menilai aspek2 lain yg sama penting seperti interaksi dgn peminat dan juga tingkah laku. So, scope penilaian penonton luas berbanding dgn pengkritik mahupun pemuzik profesional.

Apapun, tunggu sahaja apa yg berlaku kat Debat AF esok pukul 10 malam. Khabarnya golongan profesional seperti DR & IR akan berdebat dgn org2 yg terlibat dlm muzik termasuk pengkritik. Kalau AFMASUK dilaksanakan juga,aku nak tanya di mana letaknya kata2 Aznil masa konsert 1 yg mengatakan takder AFMASUK, pelajar yg disingkir takkan kembali ke dewan atau pergi tak kembali? Mana letaknya kredibiliti Astro dlm hal ni? Dan di mana rasa hormat Astro terhadap hak penonton yg menAFUNDI?

Mengenai konsert minggu ni, thanks sgt2 pd Astro kerana memilih lagu Kaulah Segalanya dari Hazrul Nizam. I like this song so much. Lagu ni sebahagian dari kisah hidup aku. Huhu. Harap Shawal bawak lagu ni dgn baik. Jgn rosakkan cam lagu Kaer ari tu sudeyy. Secara akhirnya, NO AFMASUK! Tak kisahla utk aizat atau pelajar lain tetapi AFMASUK dah basi utk menjadi gimik pada AF tahun ni.

Wassalam


Posted at 09:45 pm by Faiz Nordin
Ada (2) komen, komen anda?  


Monday, April 30, 2007
Sun & Surf Cafe

Kali ni aku nak citer mengenai Sun & Surf Cafe. Cafe ni terletak di Sunway Lagoon Resort & Spa. Mungkin ada yg tertanya2 apakah kelebihan Sun & Surf cafe ni sehingga aku sanggup meluangkan masa utk menceritakan mengenai cafe tersebut. Bagi anda yg meminati seafood yg dimakan mentah2, inilah tempat utk anda. Lebih2 lagi kepada yg menggemari oyster yg dimakan dgn air limau. Aku merupakan org yg menggemari oyster dan juga ikan salmon yg dimakan mentah2 dan disebabkan alasan itulah aku berpuas hati dgn makanan di Sun & Surf Cafe. Menu makanan di sini hampir sama kecuali jika ada promosi dan juga ketika bulan Ramadhan. Selain dr seafood yg dimakan mentah2 tersebut, ada juga makanan lain yg pastinya 'menggiurkan' air liur anda. Makanan lain termasukla lamb chop, beef steak, shawarma, duck chop dan juga beberapa makanan melayu lain termasuklah kari. Yeah, I like lamb chop. ~matilah aku org kata aku tak jaga kesihatan. huhu~

Sebagai pencuci mulut, Sun & Surf Cafe menyediakan pencuci mulut yg hebat. Aku tak pasti samada menu pencuci mulut ditukar setiap hari atau tidak. Pada malam yg aku makan, aku disajikan pencuci mulut seperti strawberri coklat, Choco Top, Aising coklat, kek2 yg mempersona, buah2an yg seperti mata kucing, duku langsat dan rambutan juga disediakan. Tidak lupa juga kuih2 tradisional melayu juga disediakan. Honestly, aku berpuas hati menikmati makan malam di Sun & Surf cafe ini. Aku merupakan food lover dan aku mmg amat berpuas hati dgn makanan di Sun & Surf Cafe. Kalau nak comparekan Courassel Cafe di Palace of Golden Horses, aku lebih prefer Sun & Surf Cafe.

Selamat mencuba!


Seafood yg dimakan mentah. I like!!!



Lamb chop. I like!!!


Strawberri coklat

 


Salah sejenis pencuci mulut


Choco Top


Aising coklat


Terbongkang kekenyangan. huhu


Teruja???
Hubungi Sunway Lagoon Resort & Spa di talian 0374928000


Posted at 12:04 pm by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Monday, April 23, 2007
Org muda melayu tak daftar undi

Petikan dari Utusan Malaysia 21 April 2007:

80% Melayu tak daftar -- Malas dan terlalu sibuk antara alasan mereka - SPR

Oleh: ZULKIFLI JALIL dan SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 21 April - Sebanyak 80 peratus daripada 4.9 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi adalah orang Melayu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, berbanding orang Melayu, kaum lain mempunyai kesedaran yang cukup tinggi untuk menjadi pengundi sebaik sahaja mencapai usia 21 tahun.
Menurutnya, antara alasan mereka enggan berbuat demikian kerana tidak berminat dengan urusan politik negara, malas, terlalu sibuk dan tidak tahu di mana tempat pendaftaran boleh dibuat.
"Kita perlu mengambil bahagian dalam urusan politik negara, tidak semestinya menjadi ahli parti.
"Daftarlah sebagai pengundi kerana undi itulah yang akan menentukan golongan mana yang mentadbir negara dan kalau tersalah pilih, kita yang akan merana," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Sebelum ini, beliau mendedahkan seramai 4.9 juta rakyat Malaysia akan menghadapi risiko tidak boleh mengundi pada pilihan raya umum ke-12 akan datang jika mereka tidak mendaftar selewat-lewatnya Ogos ini.
Ab. Rashid berkata, pelbagai cara dan promosi telah diusahakan oleh SPR.
"Yang peliknya mereka tidak tahu di mana hendak mendaftar tetapi tahu pula lokasi persembahan artis-artis, malah ada yang sanggup tunggu berjam-jam," katanya.
Beliau bagaimanapun memuji tanggungjawab serta komitmen golongan muda kaum Cina yang akan mendaftar sebagai pemilih selepas mencapai umur yang dibenarkan.
Ab. Rashid mengakui kesedaran tentang hak mengundi di negara ini masih rendah berbanding masyarakat Barat.
"Jika kita membaca akhbar setiap hari, laporan muka depan itu biasanya adalah urusan politik.
"Mustahil mereka ini tidak membaca akhbar langsung sebab bila kita baca akhbar, tentulah kita akan berasa terpanggil untuk memberi buah fikiran," katanya.
Beliau menggelarkan mereka yang masih berdegil ini sebagai golongan tidak kisah dan hanya tahu duduk dalam 'kepompongnya' sendiri.

Sebenarnya bender ni aku pernah tulis dlm entry yg bertajuk "Sikap Tak Amik Tahu". Ketika itu takder statistik yg membuktikan apa yg aku tulis tetapi daripda kenyataan dari pihak SPR yg mengatakan 80% daripada jumlah yg belum mendaftar menjadi pengundi adalah org melayu. Nah, satu tamparan buat kita. Adakah sbb hiburan kita alpa utk mendaftar sebagai pengundi yg mana merupakan sebuah nadi dlm mencorakkan kemajuan negara? Tak salah utk berhibur tetapi dlm masa yg sama, kita perlu mengambil tahu hal2 lain terutamanya bab politik dan isu semasa. Kalau tak, relevanlah perumpamaan yg mengatakan kalau Malaysia kene bom pun tak tahu.

Alasan yg mengatakan tidak berminat utk masuk dan politik adalah alasan yg crap semata2. Come on la, takkan nak corakkan masa depan negara pun tak berminat. Mengundi bukannya elemen dalam politik tetapi lebih kepada Nasionalisme dan patriotisme sebagai anak Malaysia. Politik berlaku jika kita masuk dan join parti2 yg bertanding dlm pilihanraya. SPR tak kata suruh masuk UMNO atau PAS tetapi suruh mendaftar sebagai pengundi sahaja. Mengundi adalah hak kita sebagai anak Malaysia. Kita yg berhak memilih pemimpin utk terus memajukan negara. Kita jugalah yg patut bangga jika pemimpin yg kita pilih berjaya menjalankan tugasnya dgn baik dan kita juga perlu bertanggungjawab sekiranya pemimpin yg kita pilih hanya sekadar memegang jawatan dan nama sahaja.

Secara akhirnya, kepada yg berumur 21 tahun ke atas dan belum mendaftar sebagai pengundi berdaftar, sila berbuat demikian. Banyak cara boleh dilakukan tetapi yg paling mudah ialah di pejabat pos. Berdaftarlah dgn kadar segera kerana piliahnraya umum yg akan datang akan muncul bila2 masa sahaja. Jgn take for granted isu ini. Kalau kita leh concern psl bender lain, apa salahnya kita concern kepada bender yg melibatkan maruah kita. Jalankan tanggungjawab anda!

Wassalam


Posted at 11:09 pm by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Sunday, April 22, 2007
No ulasan utk Konsert 6

Tiada ulasan utk konsert keenam AF5. Aku berada di JB mlm td dan masalah biasa yg berlaku kalau nak tgk AF biler di luar kawasan ialah hotel tak subscribe Astro Ria. Aku just tgk 2 persembahan awal dari Rizal dan Shawal jer. Lepas tu dah kene balik sbb kedai makan yg aku tumpang tgk dah nak tutup. Huhu. Apapun, aku suker intro yg menggunakan budak2 yg pernah terlibat dlm segmen "Anak-anak ku" di Macam2 Aznil. Comey giler budak2 tu especially Haziiiiiq. Teringat dier selamba badak kiss ngan peluk Aznil masa Macam2 Aznil. Hehee. Penggunaan butang biru pun bagi aku sgt bagus utk menjadi indicator pd pengundi utk AFUNDI. Mudah2an lepas ni pengundi AFUNDI ikut bakat dan attitude. Psl gimik anugerah tu, I have to salute kat Astro coz sampai ke Singapore mereka carik artis semata2 nak serikan konsert. Btw, ni pun aku baru sampai umah and baru nak download konsert mlm td. Bagus gak aku tgk guna download. Boleh forward jika perlu. Minggu depan juga aku tak dpt tgk AF secara langsung sbb aku akan berada di Terengganu selama 3 hari bermula Jumaat. Masalah yg sama iaitu hotel takkan subscribe Astro Ria. So, terpaksalah tgk AIM next week. Dah takder choice nak wat cam mana. Huhu. Utk ulasan2 yg padat dan lengkap, sila layari:
Budiey
Sultan Muzaffar
Klubbkidd
Mr Manager
Ajami
Noumad

Jgn lupa AFUNDI MILA!!!


Posted at 06:19 pm by Faiz Nordin
Ada (5) komen, komen anda?  


Wednesday, April 18, 2007
Fitnah terhadap Dr Asri

 

 

Sejak kebelakangan ni, Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin boleh dikatakan mufti paling mendapat perhatian di Malaysia dgn kenyataan demi kenyataan di media massa. Kenyataan2 beliau lebih menjurus kepada kenyataan yg boleh membawa perubahan kepada umat Islam yg selama ini mementingkan adat resam dan cara hidup sebagai seorang muslim. Satu kenyataan beliau yg aku masih ingat ialah "Islam ini mudah. Yg Haramnyer sedikit tetapi banyak lagi bender yg halal di muka bumi ini". Ramai yg menyutujui kenyataan2 beliau dan tak kurang juga ramai yg membangkang kenyataan2 beliau. Utk itu ramai pihak yg kurang senang dgn kenyataan beliau sehinggakan melabel Dr Asri sebagai pro Sisters In Islam, penyokong Islam Hadhari, mufti rock dan beberapa gelaran lain yg boleh menjatuhkan martabat Dr Asri sebagai seorang mufti. Sebelum kita memberi pandangan terutamanya jika ia melibatkan mufti, kita perlulah berhati2. Kita perlu sedar kita ckp mengenai apa. Mufti adalah antara golongan yg tinggi darjatnyer dlm masyarakat Islam. Jadi, kita perlu berhati2 dgn kenyataan kita mengenai seseorang mufti kerana ia boleh mencemarkan nama baik Islam itu sendiri dan membuatkan org bukan Islam hilang hormatnyer kepada umat Islam.

Kalau sesiapa yg melabel dgn gelaran mcm2 mengenai Dr Asri, aku nasihatkan dapatkan ceramah agama yg disampaikan Dr Asri sendiri. Aku sendiri ada mendengar beberapa koleksi ceramah beliau. Anda juga boleh memuat turun koleksi ceramah beliau dgn klik DISINI. Beliau tidak pernah menyokong perjuangan Sisters In Islam malahan beliau sendiri memberi kenyataan yg mengatakan perjuangan Sisters In Islam tidak sama dan jauh dari perjuangan beliau. Beliau juga ada bercakap mengenai remaja melayu yg terlibat dgn gejala sosial seperti meminum arak di tempat2 hiburan. Dlm ceramah beliau, beliau menyatakan kita sepatutnya fikir kesannya kepada masyarakat Islam di negara ini sebelum membina pusat2 hiburan. Mengenai dakwaan yg mengatakan Dr Asri seorang yg membawa fahaman wahabi, apa yg boleh aku katakan, banyak statement Dr Asri yg relate dgn isu2 bidaah sama dgn kandungan ceramah agama oleh seorang tuan guru berbangsa Melayu di Masjidil Haram (tidak pasti masih ada lagi atau tidak. kali terakhir mendengar ceramah beliau 5 tahun lepas).

Walaupun kadang kala statement Dr Maza sedikit bercanggah dengan pandangan alim ulamak dan mufti yg lain, kita perlu mengakui yg perbezaan pendapat antara ulamak merupakan satu hikmah. Selama ni kita sebagai umat Islam tidak pernah mempersoalkan perbezaan 4 mazhab antara Hambali, Maliki, Hanafi dan Syafie sedangkan kadang kala ada perbezaan yg ketara antara mereka. Jadi, tohmahan dan cacian yg dibuat oleh sesetengah pihak terhadap Dr Maza adalah sesuatu yg amat memalukan utk umat Islam since beliau adalah seorang mufti. Jadi, aku berharap, tiada lagi pihak yg menuduh beliau dgn memacam gelaran. Kalau ada sebarang keraguan dan komen terhadap beliau, ada cara yg baik seperti dibawa berbincang dan bukannya melemparkan tuduhan2 tanpa usul periksa terutamanya melalui laman2 web dan blog. Beliau seorang mufti dan bukannya seorang artis yg mana kita boleh komen sesuka hati kita. Kalau kita tak hormatkan mufti kita, siapa yg akan hormat agama kita? Fikir2kan. InsyaAllah.

Wallahuaklam.

*Anda boleh memuat turun ceramah Dr Asri, klik SINI*
*Anda boleh membaca tulisan Dr Asri, di blog beliau. Klik
SINI utk ke blog beliau*


Posted at 01:34 am by Faiz Nordin
Ada (10) komen, komen anda?  


Sunday, April 15, 2007
Fenomena minggu ganjil

Minggu ni adalah minggu kelima utk Konsert AF5. Seperti pola persembahan Konsert AF5, minggu2 ganjil setakat ini iaitu minggu pertama, ketiga dan kelima menunjukkan satu persembahan yg mengecewakan. Tetapi berlainan pula dgn minggu2 genap seperti minggu kedua dan minggu keempat yg mana mereka menunjukkan persembahan yg setaraf dgn kedudukan AF sebagai program realiti No 1 di Malaysia. Apa kene mengene no ganjil dgn mutu persembahan mereka? Suatu persoalan yg menjadi misteri umpama misteri pasangan Myanmar yg tetiber leh hantar adik Yin hanya selepas 15 hari.


Hattan nampak moody tgk persembahan mlm td

Basically, hampir kesemua pelajar membuat persembahan yg agak mengecewakan. Tiada satu pun persembahan yg boleh aku tabik. Tak seperti minggu lepas yg mana aku ada senaraikan 5 persembahan yg boleh dibanggakan. Kalau minggu pertama, ramai beranggapan mereka kali pertama membuat persembahan dan juga music arrangement juga telah 'membantu' mereka utk memberikan persembahan mengecewakan. Minggu ketiga pula, ramai beranggapan mereka membuat persembahan yg mengecewakan disebabkan mereka membawakan lagu2 yg bersifat ketuhanan yg mana memerlukan penggalian yg menyeluruh. Tapi, minggu kelima apa alasan yg bakal diberikan especially dari Roslan Aziz? Nak kata salah music arrangment, aku rasa bender tu dah ok. Nak kata salah lagu, lagu yg mereka dpt kesemuanya popular. Jadi, bagi aku mungkin alasan lain tidak boleh diterima especially memandangkan ni dah minggu kelima. Hanya tinggal 5 minggu lagi utk ke final tapi kalau persembahan masih seperti minggu2 ganjil ni, nampak gayanya AF mungkin sesuai utk tahun terakhir.


Satu2nya persembahan memuaskan mlm td

Ditambah pula dgn gimik2 bodoh dari pihak produksi. I have to be honest dlm bender ni. Bg aku, gimik yg paling nonsense ialah adegan Erra Fazira dgn motor Shawal. Motif utk beri semangat, tapi adakah ia memberi semangat kepada Shawal utk memberikan yg terbaik? Persembahan2 utk kesemua pelajar bg aku sgt mengecewakan kecuali Mila yg aku sebuah persembahan yg memuaskan. Beliau berjaya membawakan lagu Puncak Kasih dgn baik tetapi masalah beliau adalah low notes sahaja. Dekna juga amat sayang kerana lagu Unfaithful ni sgt sesuai dgn tone hasky beliau. Adakah kisah benar beliau yg sama maksud dgn lirik lagu Unfaithful ni melemahkan persembahan beliau. Sepatutnya ini peluang Dekna utk melontarkan rasa kekesalan tersebut. Huhu.



Aksi pentomen sebegini patut dikurangkan

Ada beberapa Persembahan yg nampak gayanya tidak memberi perhatian kepada vokal tetapi lebih tertumpu kepada bender2 lain like step tarian, movement dan aksi pentomen di atas pentas seperti persembahan Dafi, Shawal dan Heliza. Apa kata minggu depan, mereka2 yg tak tertumpu pada vokal ni, kita buat persembahan miming sahaja. Utk itu, at least penonton tidak sakit telinga utk mendengar di samping dpt melihat aksi dan gaya yg menarik di atas pentas. Bagi mereka yg faham yg kata2 aku di atas adalah perli, terima kasih diucapkan. Persembahan Ebi juga mengecewakan. Tak tau apa silap persembahan Ebi tetapi rasanya lagu ni mungkin tak sesuai dgn beliau. Aswad? Nothing to comment. Susah utk komen persembahan beliau yg mana aku just dgr dier nyanyi "Im watching, Im watching". Satu hapa words lain, aku tak paham.


The worst performance

Akhirnya Dekna tersingkir utk konsert ini. Pola penyingkiran lebih memihak kepada perempuan. Pelajar lelaki selalunya terselamat pada peringkat awal dan pertengahan. Kalau ramai pelajar lelaki kuar pun, minggu2 terakhir sebelum konsert final. As we know, yg rajin antar AFUNDI ni kan makcik2 ngan anak2 gadis. Takkan lah dorang nak AFUNDI pelajar perempuan. Abiskan boreh dorang jer. Huhu. Penyingkiran Dekna menjadikan pelajar perempuan hanya tinggal 3 org sahaja sedangkan pelajar lelaki seramai 6 org. Sungguh tak balance. Ada juga hikmah Dekna tersingkir especially biler baca dlm Harian Metro yg khabarnya Dekna sudah bertunag dan juga kontroversi beliau dgn Rizal. Good luck Dekna in the future!


Good luck in future!

Apapun, aku jangka persembahan minggu depan kembali bertenaga berdasarkan pola nombor genap. Kalau mengecewakan juga, nampak gayanya mmg betul apa yg diperkatakan oleh Syafinaz mlm td yg mengatakan ada kawan2 dier nasihat utk berhati2 bg komen since peserta AF5 tidak begitu bagus. Tak pernah dlm sejarah AF mutu konsert silih berganti antara bagus dan mengecewakan. Langsung tak konsisten. Btw, tunggu je la 2 minggu lagi samada persembahan mereka mengikut pola silih berganti ataupun sudah konsisten.

Wassalam

CORETAN LAIN:
Budiey
Sultan Muzaffar
Klubbkidd
Mr Manager
Ajami
Noumad
Download MP3 Konsert 5

Foto kredit : Astro


Posted at 10:46 am by Faiz Nordin
Ada (15) komen, komen anda?  


Wednesday, April 11, 2007
Destinasi Pilihan: Pulau Tioman

 


Selamat Datang ke Pulau Tioman

Pulau Tioman merupakan pulau yg terbesar di pantai timur Malaysia. Pulau Tioman terletak 32 KM dari arah Mersing dan 80 KM dari arah Rompin. Nyaman, tenang, menghirup udara segar, sunyi dari hiruk pikuk manusia, pulau yg indah dan hidupan2 laut yg masih terpelihara merupakan kata2 yg menggambarkan keistimewaan Pulau Tioman yg mana Pulau Tioman merupakan 10 pulau tercantik di dunia.


Pantai yg sgt jernih kebiruan

Ada masa2 tertentu utk pergi ke pulau yg mempunyai keluasan 133.6 KM persegi ini. Bulan Oktober hingga bulan Februari adalah tempoh masa yg kurang sesuai utk ke Pulau Tioman. Waktu tu adalah musim tengkujuh yg mana ombak di sekitar Pulau Tioman amat berbahaya. Satu pengalaman berharga yg aku alami di mana aku pulang pada hari pertama musim Tengkujuh. Maka terasalah, ombak yg amat kuat walaupun ferry yg membawa aku tu besar. Jadi, waktu yg sesuai utk anda menikmati keindahan Pulau Tioman adalah dari Mac hingga September.


Jernih sehinggakan menampakkan dasar laut

Satu lagi istimewanya Pulau Tioman ialah anda bukan sahaja dpt menikmati keindahan Laut China Selatan tetapi anda dpt merasai nyamannya air terjun yg mana airterjun merupakan sumber air utama di Pulau Tioman. Selepas anda mandi laut, apa kata bilas air laut dgn air terjun dan kemudian berehat lah di bawah pokok kelapa sambil ditemani kedinginan angin laut. Wow, pastinya ia boleh menjadi satu aromateraphy yg baik utk menghilangkan segala masalah yg berkecamuk dlm pikiran anda. Hehehe. Kali terakhir aku menjejakan kaki ke Pulau Tioman adalah 3 tahun yg lepas. Lama rasanya tidak berkunjung ke Pulau Tioman ni. Percayalah, anda pasti tidak dapat melupakan keindahan Pulau Tioman setelah pulang ke rumah.


Sunset @ Pulau Tioman


Tempat Penginapan yg disyorkan:

Salang Beach Resort                  07-7992337 (Mersing Office)
Japamala Resort                         09-4197777
Berjaya Tioman                           09-4191000 
Paya Beach Resort                     09-4197073  


Berjaya Tioman Beach Resort


Cara Kesana:

Anda boleh ke Pulau Tioman melaui Jeti Mersing atau Jeti Tg Gemuk, Rompin. Utk ke Mersing, anda boleh keluar di susur keluar Air Hitam di Lebuhraya PLUS dan akan melalui pekan Kluang. Ia mengambil masa 90 minit dari susur Air Hitam ke Mersing. 
Utk ke Jeti Tg Gemuk pula, anda boleh keluar ke susur keluar Tangkak dan terus ke Segamat. Dari Segamat, anda akan melalui Lebuhraya Muadzam Shah utk ke Pekan Muadzam Shah. Dari Muadzam Shah, sila ikut papan tanda ke Rompin dan seterusnya akan tiba di Jeti Tg Gemuk.


Ferry ke Pulau Tioman

 

Jadual Ferry:

Ex Mersing :         7.30 am         Ex Tioman :   9.30 am
                          10.30 am                               1.30 pm
                            1.30 pm                               3.00 pm
                            3.30 pm
Duration: 1 jam setengah
Harga: RM 45
Type: Speed boat

Ex Tg Gemuk :     9.00 am         Ex Tioman :   10.00 am
                          12.00 pm                               12.00 pm
                            4.00 pm                                 4.00 pm
Duration: 2 jam
Harga: RM 30
Type: Normal ferry

Anda juga boleh menaiki perkhidmatan udara yg berlepas setiap hari dari Lapangan Terbang Subang ke Pulau Tioman. Sila hubungi Berjaya Air di talian 03-78468228.

Selamat mencuba dan selamat melancong.


Posted at 05:07 pm by Faiz Nordin
Ada (15) komen, komen anda?  




Next Page
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< May 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics