![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Saturday, April 22, 2006
2 manusia yg mempunyai aura!!!!!!!! well, ari ni again akan bercerita mengenai Norman Noor. Kalau sesapa yg dah bosan nak baca psl si Norman Noor ni, mintak maaf la eek.Bukan sengaja aku memberikan publisisti murahan kepada beliau tetapi sebenarnya hanya org yg pernah dgr kelantangan vokal beliau sahaja yg tidak jemu utk mengikuti perkembangan Norman Noor. Lagipun, aku just citer psl Norman Noor sekiranya beliau ada show sahaja. Kalau takder citer menarik @ aktiviti menarik psl Norman Noor, takkan aku mengada2 nak citer. Hehe. Btw, ari ni aku memilih tajuk 2 manusia yg mempunyai aura ialah kerana aku nak citer mengenai persembahan Norman Noor di FCM Nite @ Annual Creative Academic Awards yg berlangsung di Hilton Kuala Lumpur pada 19 hb yg lepas & juga dlm masa yg sama aku nak review album Mawi yg terbaru. Selepas memberikan persembahan yg impress di UNITE 2006 sehingga ada yg menggelarkan beliau Michael Buble MMU, Norman Noor terus mendapat kepercayaan utk menjayakan persembahan di FCM Nite. Persembahan Norman Noor di FCM Nite sedikit berbeza apabila beliau berduet bersama seorang pelajar FCM yg dikenali sebagai Nanie dlm lagu I Want To Spend My Lifetime Loving U yg dipopularkan oleh Marc Anthony & Tina Arena. Walaupun mereka kurang latihan utk lagu tersebut tetapi mereka memberikan suatu persembahan yg menarik. Tahniah juga diucapkan kepada Norman Noor kerana tidak menghampakan kepercayaan kepada beliau utk memberikan persembahan dlm majlis yg diadakan setahun sekali. Nampak gayanya, rezeki Norman Noor semakin baik dan aku berharap agar rezeki Norman Noor cerah di masa akan dtg. InsyaAllah. Aku percaya yg semakin ramai yg mengagumi bakat beliau terutamanya kepada mereka yg pernah mendengar kelunakan suara beliau. Tak hairanlah, kadang2 masa jalan dgn beliau, ada sahaja mata yg memerhatikan beliau dan membrikan senyuman kepada beliau. Bukanlah ingin mencarik publisiti tetapi sekadar yakin dan percaya kebolehan vokal Norman Noor. Kalau la MMU Awards minggu depan ada anugerah kategori Artis Harapan Pilihan MMU, sudah pasti Norman Noor menjadi salah seorang calonnya. Hahaha. Saja jer gurau2. :D Aku letakla 2 keping gambar Norman Noor. Kredit diberikan kepada http://www.amal.com.my atas gambar tersebut. Nak tunggu aizat transfer gambar yg dier amik tp si aizat balik umah la puleekk. Huhu.
Daripada bercerita mengenai Norman Noor yg mempunyai aura di MMU, kita bercerita pula mengenai artis yg mempunyai aura pada masyarakat kita iaitu Mawi. Aku just nak review album baru beliau yg memuatkan berzanji, marhaban & alunan irama nasyid. Drpd 5 bintang, aku berikan 4 bintang. Tahniah! Album berkonsepkan sebegini jarang berada di pasaran muzik malaysia. Pemilihan mawi sebagai pengantara adalah bersesuaian sekali utk menarik golongan remaja agar mengetahui budaya marhaban dan berzanji dlm kehidupan kita sebagai umat Islam. Di dalam album ini, ada 10 track yg mana 3 track drpdnya merupakan koleksi doa2 harian, 2 track utk berzanji, 1 track utk marhaban bersama raihan dan ustaz amal dan 4 lagu nasyid. Mmg benarlah vokal mawi sesuai dgn irama2 sebegini. Harap2 selepas ini, pihak Maestro mengeluarkan CD @ kaset yg merakamkan Mawi membaca alQuran secara taranum (tilawah). Terngin nak dgr Mawi bertilawah. Apapun, usaha murni ini dpt diteruskan di masa akan dtg. Melalui entry ini juga, aku ada uploadkan kat korang track2 dlm album mawi yg terbaru ini. Perlu diingat bukanlah tujuan aku utk menyemarakkan aktiviti memuat turun melalui internet tetapi jika anda betul2 menyokong mawi, anda pasi akan membeli album yg original. U can download just for ur collection dlm ur pc. That's all. Kalau nak dgr kat tempat lain, beli album la yach! Klik link di bawah utk memuat turun: Album Mawi - Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu *Seriusly hiba, tersentuh dan sayu apabila mendengar album mawi ini.* Tuesday, April 18, 2006
Norman Noor @ UNITE 2006 Aku tanak citer apa yg berlaku pada UNITE 2006. Berjaya atau tidak aku tanak masuk campur. Cumer aku hanya nak komen pasal Norman Noor. Sekalung tahniah kepada Norman Noor yg telah membawakan lagu Moondance dgn begitu cemerlang sehinggakan ada yg bagi gelaran "Our Michael Bubble". Ha kau. Siap samakan Norman Noor dgn Michael Bubble lagi. Yg paling tak tahan, Norman Noor yg sebelum ni terkenal dgn sikap pemalu tetapi mlm itu beliau menunjukkan yg Norman Noor telah berada di kelas tersendiri apabila mengajak audience menari dgn beliau. Cayalah Norman Noor. Setelah setahun lebih mengimpikan situasi begini, akhirnya menjadi realiti yg Norman Noor telah menjadi satu ikon baru di MMU. Aku sentiasa akan menyokong Norman Noor dan InsyaAllah akan mengotakan janji aku utk membawa Norman Noor merakamkan album rakaman. Ataupun paling koman, mencarik single utk beliau. Mungkin masa sekarang kurang sesuai memandangkan Norman Noor masih belajar tetapi segala perancangan tersebut akan berlaku setelah Norman Noor abis belajar. InsyaAllah. Walauapapun, tahniah sekali lagi kepada Norman Noor kerana berjaya 'menghidupkan' UNITE 2006. Berikut ada 3 gambar yg ingin aku selitkan. Sorry tak dpt amik gambar Norman Noor masa nyanyi sbb waktu tu kelam kabut. Sapa yg pi UNITE tau la apa yg aku maksudkan mengenai kelamkabut tu. Kredit diberi kepada Aizat selaku teman Norman Noor pd malam tersebut. Hehehe.
Sunday, April 16, 2006
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia Pernahkah kau bermimpi seketika Klik Untuk Memuat Turun Lagu Ini : Siti Nurhaliza - Biarkah Rahsia Ni adalah lirik utk lagu terbaru siti nurhaliza. Seriusly aku dah jatuh cinta pada lagu ni. Jarang utk jatuh cinta pada sesebuah lagu. Lagu ni sebuah lagu yg disampaikan dgn ikhlas. Mungkin lirik lagu ni yg seolah2 luahan hati Siti kepada masyarakat yg dok sibuk ckp psl cinta beliau. Tu lah kunci kenapa lagu ni tampak ikhlas dinyanyikan dan begitu feel sekali. Biler aku dgr lagu ni, meremang bulu roma aku. Suara siti betul2 masuk dgn irama lagu yg dicipta oleh Melly Goeslow ini. For me irama lagu ni terlalu simple tapi boleh menjerat anak telinga kita utk mendengar. Apa pun, lagu ni bakal dimuatkan dlm album terbaru Siti yg akan dipasarkan Jun ni. InsyaAllah. Kepada mereka yg dok sibuk ckp pasal cinta siti, dgrkanlah lagu ni. Siapa lelaki sejati or prince charming beliau, beliaulah yg tentukan. Even if one day nanti, siti tetap pilih Dato' K, terimalah Dato' K dan jgn sesekali kita memarahi siti sampai berkata mcm2 terhadap Siti akibat pemilihan Dato' K oleh beliau sebagai bakal suami. Go Siti!!! (tetiber fanatik Siti apahal). Hahaha. Siti tetap gah di bibir rakyat Malaysia tak kira bangsa seperti melekatnya nama P Ramlee, Sudirman & M Nasir. Wednesday, April 12, 2006
Tetiber jadi malas Tetiber skang aku jadi malas nak update blog. Don't know why. Kadang2 if aku ada masa free, aku suker tido. Hahaha. Bak kata aizat, "Boleh camtu?". Skang ni aku banyak menghabiskan masa di kampus. Tak banyak spend masa kat rumah. Kat rumah ni cumer balik tido jer. Jumaat ni ayah aku wat operation lagi utk mata yg sebelah lagi. So, khamis ni dier kene admit ward. Masalahnya, tiada sapa boleh hanta dier. Kadang2 kesian gak. Khamis ni aku ada 3 appointment, kakak aku laks ada meeting ngan Pengarah Kementerian Kesihatan and abg aku laks ada banyak appointment gak kat office. So, takder sapa yg boleh hantar ayah aku. Tp aku cuber try adjust masa aku khamis ni. Aku harap aku berjaya. Serik aku nak mintak tolong kat org. Ingat nak mintak tolong kat org, lega sikit kerja aku tapi hampeh. Makin berkecamuk dibuatnya. K lah. Nothing to say. Wait and see for other entry & topics. Maybe aku nak berehat sat kot dr apdet blog. Tunggu biler dah ada mood baru ingat nak update. Sorry sgt2. Kepada member2 aku yg belajar kat IPTA tu, selamat exam. Kepada Norman Noor, good luck for ur performance jumat ni sempena UNITE 2006 and harap audience UNITE tahun ni enjoy dgr suprise performance dr norman noor. Huhu. Semoga kita berjumpa lagi utk topik yg lebih segar. Wassalam. Saturday, April 01, 2006
Rahsia Bistro Kuala Lumpur Ari ni aku nak share kat u all pasal Rahsia Bistro Kuala Lumpur. Rahsia Bistro ni merupakan tempat aku ngan fiza sambut annivessary minggu lepas. Mmg restaurant ni boleh membuatkan kita feel romantic. Dgn keadaan dekorasi restaurant yg sungguh mempersonakan dan sangat privasi membuatkan mood romantic itu dtg dengan sendirinya. Rahsia Bistro ni juga merupakan tempat lepak2 artis popular yg inginkan privasi & utk mengelak media membuat gossip kepada mereka. Rahsia Bistro ni hanya boleh dimuatkan oleh 100 org sahaja dlm satu2 waktu. So, bayangkan betapa privasinya restaurant ni. Mempunyai beberapa tempat utk makan seperti garden, dining hall (ruang makan beraircond), private room (utk group dining) juga patio (ruangan yg sgt2 privasi, & 6 org sahaja makan kat situ). Masa annivessary ari tu, kami memilih patio. Kebetulan laks, waktu tu tiada siapa di Patio tersebut. So, kami makan dgn sgt2 privasi. Ruangan patio ni tidak beraircond tetapi anda dikelilingi garden serta kilauan lampu2 yg menyinari bunga di sekitar patio tersebut. Tiada lampu terang di ruangan makan (hanya di ruangan bunga sahaja) tetapi anda bakal diterangi dgn lilin yg menyemarakkan makan malam anda. Ecece. Ayat power tu. Haha. Kene bayar Rahsia Bistro kat aku ni. Promosi kaw2. haha.
Mengenai food kat sana juga tak mengecewakan.Yg paling special ialah Ikan Salmon yag diimport dr Norway dan dilimpahi dgn sos air limau serta disertakan dgn mash potato dan salad. Juga yg special di sini ialah Balinesee Set yg mana set ini merangkumi Ayam Bali, Daging Stew (Sedap giler daging ni), kerepek malinjo dan Nasi Rahsia. Tak ketinggalan ada resipi Ning Baizaura iaitu N.I.N.G set iaitu merangkumi mee yg ning baizura punyer resipi. Semua makanan adalah halal kecuali dinyatakan. Dont worry yg tak halal tu bukan disebabkan daging babi atau binatang yg tak disembelih tetapi ada makanan yg diletakkan wain seperti Tiramisu. Ingat nak makan Tiramisu (teringat Befawan jual Tiramisu kat MMU Melaka) tetapi waiter tu kata tak halal sebab ada wain.
Mengenai lokasi Rahsia Bitsro ni mmg sgt private. Terletak di Jalan Damai. Betul di belakang Hotel Crown Princess dan Emipre Tower. If nak masuk Jalan Damai ni kene masuk dr Jalan Tun Razak. Seriusly nak ckp, ari tu aku pi sana naik kancil, aku malu giler coz kereta2 yg ada kat sana semua kereta import. Huhu. Tapi takper, demi nak naikkan mood romantic setelah penat handle CCIP, kami berdua tutup muka gak la. Haha. Ala beb, if ada org nak bising pun buat apa. Bukan dorang yg bayar utk kitaorg pun. Huhu. Berikut ialah lokasi Rahsia Bistro dan juga contact no utk dihubungi. Selamat Mencuba!
Friday, March 31, 2006
Berkurun tak apdet blog Assalamualaikum.... Sorry sesangat sbb dah lama giler tak apdet blog. Mmg satu minggu ni agak horror. Dgn examnya, dgn eventnya, dgn assignmentnya. Purata tido aku sehari utk minggu ni ialah 5 jam. U all leh imagine betapa bz aku minggu ni. Yg aku sempat psl apdet blog ni cumer nak tgk bapa org visitors masuk blog aku. Utk blog kali ni, aku just nak wat sedikit ucapan kepada beberapa pihak: 23 Mac 2006
25 Mac 2006 26 & 27 Mac 2006
27 Mac 2006
Demikianlah td ucapan dr pakcik MMA. Hahaha. Dah mcm apa jer entry kali ni. Mcm konon2 aku dpt anugerah la tu. (terperasan popular laks). By the way, nak bitau kat u all. Penyanyi kegemaran aku, Norman Noor akan mengadakan persembahan di Malam UNITE di Pusat Konvesyen Putrajaya. Beliau akan membuat persembahan bersama Vince, Siarra (Blast Off) & Nabil Mentor. So Norman Noor ni nak dikategori kana apa eekk? Hahaha. Dasyat sungguh prestasi Norman Noor. Tahniah! Sunday, March 19, 2006
Perniagaan MLM??? Assalamualaikum... Hari ni, aku nak membincangkan mengenai perniagaan Multi Level Marketing (MLM). MLM ni popular di kalangan pelajar2 universiti. Ramai yg menganggap perniagaan MLM memberi mereka kesenangan setelah mendengar testimoni atau ceramah drpd mereka yg mendapat ganjaran yg lumayan dr industri MLM ni. Pandangan aku cukup mudah, rezeki tak dtg bergolek jika kita tak usaha. Kalau sekadar nak memikirkan ganjaran atau keuntungan yg bakal dapat tanpa usaha yg jitu, maka khayalan tersebut boleh diiibaratkan seperi mat jenin. Sebelum aku komen lebey2 psl MLM ni, aku nak listkan beberapa MLM yg popular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya student:
Kadang2, aku rasa jeles gak sbb ada member2 aku yg dpt komisen beribu2 ringgit sebulan tetapi ntahla aku ni liat sikit nak masuk MLM. Aku pun tak tau napa aku tak boleh menerima perniagaan MLM ni. Aku hampir nak masuk ELKEN (Cumer tak sign form jer), tp still tak masuk2 sampai skang. Bg aku, aku suker nak percaya pd MLM. Kalau ada rakan2 aku yg ckp kat aku, "huk elle pakcik. Abis, susu IG-G plus tu bukan MLM ker?", aku akan jawab yg aku bukannya jual susu tu utk aku tetapi nak tolong kakak aku yg join susu IG-G plus tu. Bukan tanak percaya pd MLM ni tetapi aku jenis org yg tak suker amik risiko. Ada gak member2 aku yg tak dpt apa2 dr MLM. Lg ramai yg tak berjaya dr berjaya. Huhu. Kadang2 aku sifatkan sistem downline @ piramid pd company MLM ni sebagai satu skim cepat kaya yg mana nasib menjadi penentu kepada kejayaan mereka. Apa pandangan korang mengenai MLM ni??? Kepada mereka yg pernah atau sedang jd member kepada perniagaan MLM ni, diharap sudi dropkan komen anda kepada aku. Tak kisahlah nasihat ker ataupun idea2 bernas mengenai perniagaan MLM ni. Sekali lagi ingin aku nyatakan, sehingga sekarang aku masih belum mempercayai perniagaan MLM ni walaupun pd hakikatnya kadang2 aku rasa jeles ada org boleh kaya sbb MLM. ~IKLAN TIME~ Monday, March 13, 2006
Alhamdullilah semua selamat Assalamualaikum........ Lama gak tak apdet blog ni. Sorry sgt2. Kesihatan aku dan my family menyebabkan aku tidak berpeluang utk apdet blog. Jumaat lepas, aku wat scope operation di Hospital Putrajaya utk memastikan usus aku tidak ada pollid (ketumbuhan). Doktor menyuruh aku membuat scope adalah kerana najis aku bercampur darah. Huhu. Alhamdullilah, tidak ada pollid pada usus aku tetapi aku mendapat buasir pd peringkat awal. So, pasni aku kene jaga makan and jaga makan selalu dan selalu mengambil ubat. Skang ni aku ada 3 penyakit yg melibatkan aku terpaksa memantang makan iaitu buasir, gaut dan high kolestrol (sehingga takleh baca kolestrol aku). Walaupun aku tak suker dikongkong dlm bab makan ni tapi aku redha dgn apa yg berlaku dan aku cuber utk mengawal nafsu makan aku. Aku sedar nafsu makan aku mengerikan. Mana taknya, aku gemar memakan buffet kerana kat buffet aku boleh melantak giler babi. No hartz after this. Hari jumaat lepas pun, ayah aku wat operation mata utk membuang katarak (selaput) di mata beliau di Hospital Mata Tun Hussien Onn. U all bayangkan la, 2 org dlm family aku wat operation dalam hari yg sama. Nak tanak, family aku terpaksa divide 2 utk menjaga aku dan ayah aku. Alhamdullilah, operation ayah aku juga selamat. Pada hari khamis selepas kelas Audit, aku terus menghantar ayah aku ke hospital utk admit ward. Dlm lebey kurang pukul 4 ptg, aku ngan mak aku pulang ke Banting utk mak aku memasukkan ubat ke dalam lubang dubur aku utk mencuci salur usus aku. Ini dilakukan utk memastikan kamera dpt melihat salur usus aku dan scope berjalan dgn lancar keesokkan harinya.Mlm jumaat tu, aku berpuasa dr jam 10 mlm sehingga pagi esok tanpa minum air sekalipun. Keesokkan paginya, 2 kereta bergerak. Satu kereta membawa kakak dan mak aku ke hospital mata utk menguruskan ayah aku dan satu kereta lagi membawa abg ipar aku dan aku sendiri ke Hospital Putrajaya utk menguruskan aku. Aku sampai di Hospital Putrajaya pd pukul 8 pagi dan terus ke Wad Harian. Aku lihat ada 6 org yg akan wat scope operation gak. 4 drpd mereka membuat scope melalui mulut dan selebihnya termasuk aku melalui lubang dubur, Semasa scope tu, hanya tuhan jer yg tau. Bayangkan, ada bender yg mcm batang paip masuk dlm dubur korang sehingga usus korang. Apa yg korang rasa? Biler pk balik bender tu, perut aku menggeletar. Dah la aku menolak tawaran doktor utk menyuntik ubat penenang kepada aku kerana memeikirkan ayah aku dan ingin pualng awal dr Hospital Putrajaya. Aku tak tau dr mana dtgnya keberanian aku tu sedangkan seoarng lg yg wat scope melalui dubur diberi ubat penenang. Scope ni hanya mengambil masa selama 5 minit tetapi 5 minit bg aku bagaikan sejam. Dgn tahan nak buang air besar masa batang paip tu dijolokkan dlm ubang dubur aku. Oh tidak!!!!!!! Takleh bayang lg. Selepas scope tu berakhir, aku diberi breakfast dan berehat di wad sehingga aku dibenarkan pulang. Mungkin kehidupan aku selepas ini akan berbeza terutamanya dr segi makanan. No more Nasi Lemak everyday. Kalau nak makan pun sekali dlm seminggu. No buffet every month. Kalau nak pun 2-3 bulan sekali. No more cili sos after this. Aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yg selalu amik tau psl kesihatan aku. Thanks pd my baby, man, aizat, qhayum dan ellya. Aku akan mengikut segala nasihat yg pernah korang bg and thanks to be my truth friend for me. Wassalam
*Sebagai selingan, aku nak selitkan satu statisik mengenai kadar pengambilan kerja di Malaysia. Tahniah kepada MMU dan UNITEN yg mendahului senarai tersebut*
Tuesday, February 28, 2006
Pemerintahan Pak Lah Yg Semain Kabur Assalamualaikum....... Ari ni tetiber nak ckp pasal politik. Mungkin ada diantara korang yg ckp "Huk elleh pakcik ni. Umur baru 21 tahun tp otak politik". Aku menerima kata2 tersebut kerana bg aku umur 21 tahun adalah umur yg sepatutnya kita pk mengenai masa depan negara. Politik is all about our future. Sbb politikla, kita boleh mengubah keadaan negara kita menjadi suatu positif atau sebaliknya. Hari ni minyak naik lagi. Kenaikan yg tercatat dlm sejarah. 30 sen seliter. Begitulah kenaikan yg bg aku tak masuk akal. Mungkin ada yg kata kenaikan tersebut adalah ketidakmampuan pihak kerajaan utk menampung subsidi tetapi pihak kerajaan juga patut sedar nasib golongan bawahan yg menggunakan petrol seperti petani, pesara kerajaan dan pelajar. Aku tergolong dlm katgeori pelajar yg setiap hari menggunakan kereta berulang alik dr Banting ke MMU cyberjaya sejauh 80 KM sehari pergi balik. Setelah membuat pengiraan, kenaikan ini memberi kesan kenaikan kepada wang belanja aku sebanyak RM 1.50 sehari. Bg org bawahan seperti aku, angka tersebut terlalu tinggi. Macam2 versi alasan yg dikemukakan oleh pihak kerajaan yg berpaksikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti tidak dpt menampung kenaikan harga minyak dunia dan juga menghalang pengaliran minyak ke Singapore & Thailand. Adakah logik ini semua??? Mari sama2 kita fikirkan yg kita mempunyai syarikat petroleum kita sendiri iaitu PETRONAS. Apabila disentuh mengenai PETRONAS, pihak kerajaan membalas yg keuntungan PETRONAS disalurkan kepada subsidi kerajaan. Sekali lg ingin kita persoalkan, kenapa PETRONAS boleh mengeksport minyak ke luar negara sedangkan rakyat ini menagih minyak yg murah dr PETRONAS??? Kenapa pihak kerajaan tidak mengikut jejak langkah Negara Brunei dan Arab Saudi yg mementingkan kebajikan rakyat mereka sendiri dr mengeskport minyak ke luar negara??? Malang sekali, rakyat yg menjadi mangsa. Tu baru kes kenaikan minyak. Belum lagi kes rombakan kabinet yg bg aku sungguh tak masuk akal. Ada beberapa menteri yg sepatutnya digugurkan especially menteri yg terlibat ngan TAR jalan & menteri yg terlibat dgn kereta (kene cover) tetapi menteri lain laks yg kene gugur. Langkah Pak Lah ni boleh diumpamakan seperti nasi basi tidak dibuang tetapi mee goreng panas pulak yg dibuang. Aku dan beberapa rakan bloggers yg aktif memperkatakan mengenai politik merasakan yg tindakan ini tidak membawa apa2 perubahan kepada rakyat. Kes ketiga ialah mengenai kes karikutur Nabi Muhammad S.A.W. Mmg benar rakyat negara kita amat sensitif apabila bercerita mengenai agama dan bangsa tetapi kerajaan sepatutnya lebih adil dlm memberikan hukuman kepada mereka yg terlibat menyinggung perasaan dan sensitiviti rakyat Malaysia. Beberapa akhbar di negara kita telah digantung malah ada yg telah ditutup penerbitan apabila mereka menyiarkan karikutur Nabi Muhammad seperti Sarawak Tribune dan 2 akhbar Cina tetapi apabila akhbar New Straits Times menyiarkan karikutur tersebut, Pak Lah tidak menggantung penerbitan mereka langsung. Nak kata akbar lain tak mintak maaf, dorang pun mintak maaf sama seperti akhbar NST. So, apakah kepentingan kerajaan pada NST??? Masa aku tgh beratur isi minyak td, aku ada la tanya beberapa org yg rata2 tak puas hati dgn pemerintahan Pak Lah. Ada antara mereka yg membandingkan gaya pemerintahan Mahathir dan Pak Lah. Aku mengaku yg Mahatihir jauh lebih baik dr Pak Lah. Kadang2 kita perlu salahkan diri kita sendiri especially kepada pihak pembangkang yg menekan Mahathir suatu ketika dulu. Didesaknya Mahathir utk melepaskan jawatan sehingga beliau merajuk dan melepaskan jawatan tersebut. Nah!, inilah hasil yg kita dpt. Nak tak nak terpaksa la terima. Aku pun ada berbincang sebentar td dgn mak & ayah aku yg terlibat dlm UMNO sejak 46 tahun yg lalu. Mereka berpendapat yg pemerintahan Pak Lah tidak lama seperti pemerintahan Mahathir. Jika rakyat semakin hari semakin tak puas hati, rakyat akan memberontak. Diharap artikel sebegini bukanlah untuk menghentam kerajaan Pak Lah tetapi sekadar luahan dr rakyat biasa demi cinta yg amat mendalam kepada negara. Wallahuaklam Sunday, February 26, 2006
Anugerah Bintang Popular 2005 Wow! Selesai sudah ABP 2005. Rasanya ABP kali ni mencapai tahap sebuah anugerah prestij. Tahniah Berita Harian kerana tahun demi tahun mereka telah mengimprovekan ABP. Sebelum aku review mengenai komen aku psl ABP, aku teringat komen aku sewaktu ABP 2004 yg mana aku telah dihentam hebat oleh seorang hamba Allah yg kononnya Islamic sehingga mengeluarkan kata2 kesat. Alhamdullilah ketika itu, aku dpt banyak sokongan termasuk dr Nana Era. Oklah, utk ABP kali ni, banyak ramalan aku tepat kecuali dlm beberapa kategori. Penyampai Radio Lelaki Popular Penyampai Radio Wanita Popular
PERSEMBAHAN RUFFEDGE & AMUK
Pengacara TV Lelaki Popular Pengacara TV Wanita Popular Artis Berkumpulan / Duo Popular
PERSEMBAHAN MIRWANA & JAY JAY
Artis Komedi Lelaki Popular Artis Komedi Wanita Popular Penyanyi Nasyid Popular
PERSEMBAHAN PIJA & ZAINAL ABIDIN
Artis Baru Lelaki Popular Artis Baru Wanita Popular
PERSEMBAHAN ANITA SARAWAK
Pelakon TV Lelaki Popular Pelakon TV Wanita Popular Penyanyi Lelaki Popular Penyanyi Wanita Popular PERSEMBAHAN JACLYN VICTOR Pelakon Filem Lelaki Popular Pelakon Filem Wanita Popular ANUGeRAH KHAS - DATO' AHMAD NAWAB
PERSEMBAHAN MEDLEY ZAHID, ADIBAH NOOR, NING BAIZURA & HAZAMI
ANUGERAH SENIMAN & SENIWATI VETERAN
PERSEMBAHAN MAWI & M NASIR
|
PROFILE ![]() Campaign Creator FAIZ @ FRIENDSTER YM ID : pakcik9803 EMAIL : faiznordin85@yahoo.com MY FOTOPAGES MY FAVOURITE TV STATION: ![]() ![]() ![]() MY FAVOURITE RADIO: ![]() ![]() TAG BOARD CALENDAR
LINKS ~[[My Self Story]]~ [[Kursus Induksi TM]] [[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]] [[My Graduation Day]] [[Sampah Blog]] [[090608 - Tarikh yg Diingati]] [[Thanks MH & Associates]] [[Aku Bukan Serangga]] [[2 Jam Di Ambang Maut]] [[Khas utk Nurhafizah Hamzah]] [[Ucapan terima kasih]] [[Selamat Tinggal Mc Egg]] [[Menulis Bukan Kerna Nama]] [[Demi Masa]] [[Semangat Akhir Beraya]] [[Kenangan Menulis Cerpen]] [[Annivessary Blog Ketiga]] [[Kenangan di Bulan Ramadhan]] [[Jodoh Ketentuan Tuhan]] [[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]] [[Happy Birthday My Baby]] [[Sambutan Tahun Baru 2006]] [[Makna Sebuah Persahabatan]] [[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]] [[Bertekak Ngan Lawyer]] [[Sangap AF Kat Kuantan]] ~[[Hiburan]]~ [[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]] [[Bob AF2 - Cinta Terhalang]] [[Nubhan - Aku Ada Untukmu]] [[10 Tanda Angau]] [[Ulasan Filem Congkak]] [[Akhil Hayy]] [[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]] [[Separuh Akhir AJL 2007]] [[Aizat AF5 - Sahabat]] [[Semangat Lagu Raya]] [[Isu Lagu Indonesia Lagi]] [[Sajak Sakaratul Maut]] [[Anuar Zain - Lelaki Ini]] [[Tahniah juara IKON Asean]] [[Adakah Strategi Era Berkesan?]] [[Fabulous Catz - Rimas]] [[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]] [[Konsert AF5 yg busok]] [[Kan dah jd sensasi]] [[Kaer - Izinkan Ku Pergi]] [[Bahana Lagi Utk Mawi]] [[Debaran Akhir OIAM]] [[Filem My Heart]] [[Siti Nurhaliza & Dato' K]] [[Velvet - Kini Detiknya]] [[Muzik Malaysia Vs Indonesia]] [[Mawi Putus Tunang]] [[Siti Nurhaliza - Transkripsi]] [[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]] [[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]] [[Album BOB -Hantaran Hati]] [[Hot Fm VS Era Fm]] [[Perpecahan Mawi FC]] [[Rancangan Realiti Tv]] [[Antara AF & UMNO]] [[Antara Digi & Maxis]] [[AF Or MI???]] [[Konsert AF Tour 2005]] ~[[Isu Semasa]]~ [[Anwar, plzz stop the drama!]] [[Muzakarah UMNO - PAS]] [[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]] [[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]] [[Konspirasi @ Realiti]] [[Politik Malaysia yg Bergelora]] [[Desakan Agar Paklah Berundur]] [[Minyak Naik Lagi]] [[Tun Mahathir keluar UMNO]] [[Siaran Langsung Sidang Parlimen]] [[Isu Babi di Kuala Langat]] [[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]] [[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]] [[Kabinet Baru Separa Reformasi]] [[Adakah BN masih relevan?]] [[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]] [[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]] [[Perkembangan Terkini Jai Network]] [[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]] [[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]] [[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]] [[Alfatihah Utk Adik Nurin]] [[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]] [[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]] [[Telenovela Altantuya]] [[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]] [[Keputusan Kes Lina Joy]] [[Bukan Senang Nak Jd Senang]] [[Terowong Smart, Berkesan?]] [[Tak daftar undi]] [[Fitnah Terhadap Dr Asri]] [[Merakam Tangkapan Khalwat]] [[Harapkan Pagar tak boleh harap]] [[Sperma Lelaki Merosot?]] [[Kemalangan Masih Tnggi]] [[Hukuman bunuh Saddam Hussien]] [[Apabila Dr Asri bersuara]] [[Isu Kenaikan Tol]] [[Serbu Utk Aibkan Org Lain]] [[Perhimpunan Agong UMNO 2006]] [[Pertemuan Tun M & Pak Lah]] [[Murtad Sbb Cinta?]] [[Pelarasan Undang2 Khalwat]] [[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]] [[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]] [[Kes Lina Joy & Kesannya]] [[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]] [[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]] [[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]] [[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]] [[Perang Malaysia Bermula]] [[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]] [[Dr M Vs Pak Lah]] [[Sikap Tak Amik Tahu]] [[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]] [[Perniagaan MLM]] [[Valentines Day]] [[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]] [[Memperingati Mangsa Tsunami]] [[Cinta Beralih Arah]] [[Konflik Lagu Negaraku]] [[Budget 2006]] [[Pelaburan Internet]] [[Pemikiran Jumut Org Melayu]] ~[[Travel]]~ [[Buffet Ramadhan 2008]] [[Restoran Sari Ratu]] [[Port View Kota Kinabalu]] [[Restoran Orkid Thai]] [[Buffet Ramadhan 2007]] [[South Seafood]] [[Awana Kijal]] [[Kelapa Bakar]] [[Sun & Surf Cafe]] [[Pulau Tioman]] [[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]] [[Vacation to Kota Kinabalu]] [[Eyes On Malaysia]] [[Perangkap Had Laju]] [[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]] [[Nasi Ambang]] [[Laksa Shack]] [[Aquaria KLCC]] [[Rahsia Bistro]] [[Kuching]] [[Buffet Ramadhan 1426 H]] [[Damai Laut]] [[Toilet Paling Mahal]] [[Trip To Kelantan]] [[London]] [[Jalan2 Carik Makan (II)]] [[Jalan2 Carik Makan (I)]] [[Kek Batik Sarawak]] [[Langkawi]] ~[[Ekslusif]]~ [[Norman Noor @ Lime]] [[Video Klip Norman Noor]] [[Perkembangan Norman Noor]] [[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]] [[Malam Norman Noor & Bob AF]] [[Norman Noor Bitrhday]] [[Norman Noor di UITM & Tritun]] [[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]] [[Norman Noor @ FCM Nite]] [[Norman Noor @ UNITE]] [[Diinterview Bersama SM]] [[Interview Bob AF2]] [[Memperkenalkan Norman Noor]] ~[[Rakan Blog]]~ [[Sultan Muzaffar]] [[Fiebie]] [[Kak Waiem]] [[Sensasi Selebriti]] [[Ajami]] [[Kak Toby]] [[Maman]] [[Judd Lair]] [[ajeem]] [[Athul]] [[Abg Bad]] [[Zimie]] [[Kak Aidid]] [[Yasmin Ahmad]] [[Afdlin Shauki]] [[Elna]] [[Shaynina]] [[Zamil MI]] [[Raja Pelaut]] [[Leo Sabri]] [[Arezeo]] [[Wenkt]] [[Resipi Kahwin]] [[Kelantan Travel]] [[Jubiez]] [[Yonna]] [[Ajeep]] [[Fiza @ My Baby]] [[Juandanza]] [[Klubbkidd]] [[Budiey] [[Azuna]] [[Djemy Jenab]] [[Kak Munirah]] [[Saff One]] [[Matjan]] [[Dato' Kay]] [[Ben]] [[Alpha]] [[Mr Manager]] [[Fysal]] [[Kadir Jasin]] [[Leo Fantasia]] [[Faidhi]] [[Dr Mahathir]] [[Dr Khir Toyo]] [[Akma Nurain]] [[Aznil Nawawi]] [[Wanny]] [[Azra]] [[Najib Zuhdi]] [[Sizuka]] [[Dayat]] ~[[Fotopages]]~ [[My Fotopages]] [[Fiza @ My Baby]] [[Qayyum]] [[Kak Waiem]] [[Aizat]] ~[[My Download]]~ [[Muat Turun - Kerepek]] [[Jiwang]] [[Jiwang Torrent]] ~[[My Favourite Links]]~ [[Friendster]] [[My Space]] [[Hi 5]] [[MMU]] [[Malaysia TV]] [[Virtualfriends]] ~[[My Favourite Newspaper]]~ [[Berita Harian]] [[The Star]] [[Utusan]] [[Harian Metro]] [[Malaysiakini]] [[Mstar]] ~[[My Online Banking]]~ ![]() ![]() ![]() ![]() Jenguk blog ni Anda Penjenguk Yang Ke: (Sejak 25 Januari 2006)
CONTACT CREDITS |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||