![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Wednesday, March 28, 2007
Merakam Tangkapan Khalwat. Patut ker? Assalamualaikum.... Ahad lepas, aku dikejutkan apabila membaca akhbar Metro Ahad mengenai tersebarnya video seorang wanita yg ditangkap khalwat oleh Jbatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Ini bedasarkan pada vas yg tertulis JAIPP yg aku terlihat di dalam video tersebut. Ingatkan apabila Pak Lah menasihatkan agar membuat tangkapan khalwat dengan teliti, maka kes khalwat yg kontroversi ni tak timbul lagi. Rupanya, timbul pula kes video yg to be honest, ia seakan menggadai maruah Islam sendiri. Mungkin ramai yg tertanya2, kenapa aku kata rakaman video ni boleh memalukan agama kita sendiri. First, aku pernah ulas yg aku bukannya tak sokong tentang penangkapan kes khalwat tetapi ia perlulah menjurus ke arah amar makruf nahi mungkar seperti kenyataan mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin. Tapi kalau kita amati video tu, wanita tersebut dilarang memakai baju hanya sekadar nak amik video utk dijadikan bahan bukti. Mana letaknya amar makruf nahi mungkar tersebut? Mungkin video itu dirakam utk dijadikan bahan bukti tapi ia juga boleh dijadikan wayang free since video tersebut memaparkan gadis tersebut berbogel dan hanya diselimuti dgn selimut. Keduanya, di mana letaknya sikap menutup aib org di kalangan pegawai JAIPP? Walaupun wanita tersebut ditangkap khalwat, tetapi adakah wajar mengaibkan kesalahan wanita tersebut dengan rakaman video? Kalau aku jd wanita tersebut, aku akan saman malu balik kat JAIPP. Agak kasar bunyinya tetapi video tersebut seolah2 menampakkan yg jabatan agama juga mengalakkan wayang free utk melihat wanita berbogel. Banyak lagi kaedah utk mendapatkan bukti. Rakaman video tersebut seolah2 mengundang risiko terutamanya apabila ianya disebarkan melalui internet. Mungkin ini kes ini kali pertama aku dgr since Jabatan Agama lain tidak pernah melakukan rakaman video ketika operasi khalwat. Bak kata mufti Perlis, nak tangkap khalwat kene ada caranya. Takkan biler kita tau ada pasangan yg nak berkhalwat, kita just biarkan mereka berkhalwat dan tangkap. Sepatutnya biler dah tau mereka nak berkhalwat, nasihatkan mereka dan cegah mereka sebelum mereka berkhalwat. Barulah amar makruf nahi mungkar. Wallahuaklam. Wassalam Sunday, March 25, 2007
AF5 kembali ke trek Yes. Akhirnya AF5 kembali ke standard yg betul dan bukannya sperti minggu lepas yg seakan konsert sempena perpisahan guru besar sekolah rendah. Muzik arrangement pun kembali kepada asal (walaupun tak sehebat Sham). Peljar2 AF5 pun dah menunjukkan vokal mereka yg sebenar. Mungkin mereka lebih semangat menyanyi dgn arrangement muzik yg best compare dgn yg minggu lepas yg sgt teruk.
To be honest, aku hanya dpt menonton konsert 2 pada siaran ulangan dan juga file yg aku download dari torrent sahaja sbb aku mengikut Norman Noor wat show kat Gala Dinner MMU. So, kalau tgk rancangan ulangan ni, mood nak tulis pun agak terbantut since feel masa tgk jd lain. So, kepada yg ingin membaca ulasan yg jelas dan tepat, sila klik pada blog di bawah: Utk mendownload file MP3 Konsert 2, sila ke blog muat turun.
Apapun, just want to give kredit to Aizat sbb in my opinion, Aizat's performance adalah yg terbaik malam td. Nyanyi sambil lompat tu. Giler seyh. Aizat adalah ikon budak gemuk Malaysia seperti aku :P. Dafi??? Hahaha. Just boleh carik makan dgn muker yg hensem je tapi vokal biasa je la. Tak sabar nak dgr Dafi nyanyi lagu yg betul2 menguji vokal dier. hehe.
*Tak kan say good bye pada AF5 unless kalau wat hal lagi cam minggu lepas. :p* Saturday, March 24, 2007
Ucapan Terima Kasih Assalamualaikum Utk paparan kali ini, aku hanya ingin ucapkan terima kasih sebagai penghargaan dari diri aku. Mungkin minggu ini adalah minggu yg memberi aku banyak kenangan manis kepada aku. Firstly, aku nak ucap terima kasih kepada Kerepek, iaitu pengendali blog Muat Turun yg sudi memilih komen aku psl kebusokan konsert pertama AF5 sebagai link tambahan dlm entry file MP3 Konsert 1 AF5. Blog Muat Turun sememangnya adalah blog yg mempunyai paling banyak hits di Malaysia sehingga menjangkau beribu2 hits. Thanks kepada kerepek yg memberi aku peluang utk merasai jumlah hits yg banyak utk minggu ni. Hehehe.
Keduanya, aku nak ucap terima kasih kepada mereka yg memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran aku yg dah masuk umur 22 tahun. Tak kisahla melalui SMS, YM, Friendster ataupun secara live di depan mata. Sejuta penghargaan kepada yg plan ataupun join suprise party yg dianjurkan oleh Aizat dan Fiza. Mereka ialah Elya (kakak poyo aku), Faidah, Qayyum, Dianah, Nana, Faizal (Raja Lawak MMU) dan tak lupa Norman Noor (penyanyi yg dah masuk pasaran antarabangsa khabarnya). Aku tak mengharap apa2 pun utk suprise party tahun ni tapi aku menghargai sgt2 apa yg korang wat kat aku. Sgt terkejut biler disergah dgn kek di parking HB4.
Bagi mereka yg membuat ucapan melalui SMS, YM dan Friendster, aku ingin ucapkan jutaan terima kasih juga. Mereka ialah Wan Melaka (dpt SMS ngan testi), Ti Seng, Ben, Ekey (yg juga sambut besday sama hari ngan aku), Budiey (blogger yg selalu support aku), Ain Said, Kak Rezeki, Dina, Syana, Kay, Paddy, Erviena, Kak Fasya, Nick, Anuar Shahrin, Ajeep, Tnie, Thye, Asri, Adik Farah, Izzati Akma, Lomak, Yasmin (akan sambut besday masa annivessary kiterang), Sheila, Farah Monyok, Erin, Sharifah Syahira, Melissa, Kak Mimi (org pertama wish).
Tak luper juga aku nak ucapkan jutaan terima kash kepada Fiza kerana buat party besday aku utk kali kedua keesokannya tapi dlm version yg lain. Hehe. Thanks sbb belanja makan Kenny Rogers and thanks for the orange gift (Matilah Kay jeles sbb aku dpt warna kesukaan dier.) :P.
To the names I mention td, sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menceriakan minggu lepas dlm hidup aku. Minggu yg membuatkan aku sentiasa tersenyum. Hehehe. *Oh ya, tadi aku ada ckp psl Norman Noor ke pasaran Antarabangsa? Aku akan update later selepas show beliau di Malam Gala Dinner MMU malam ni. Mmg lama tak apdet psl dier. Bukan tak update sbb takder show tapi dah tak larat nak tulis show2 dier yg melambak2. Apapun, nantikan ya* Wassalam Sunday, March 18, 2007
AF5 Yg Busok Assalamualaikum.... Mungkin dah banyak blog yg komen psl kebusokan Konsert Pertama AF5. Aku ni ulas bagi melahirkan kekecewaan aku sebagai peminat AF since dr AF1 lagi. Walaupun waktu konsert clash ngan EPL antara Man U dgn Bolton, tapi aku tetap tgk AF5. Cumer tukar ke channel 81 ESPN utk tgk current goal biler iklan kat Astro Ria. Aku miss dlm 5 minit masa awal2 concert sbb tergesa2 balik dr MATTA fair. Berbalik pada AF5, aku perlu respect the judges yg Astro pilih. Very2 good judges especially Ogy Ahmad Daud. Aku juga perlu respect pd set stage yg lebih segar. Tetapi apa yg jd pada arrangement music? Hancur giler. Bak kata budiey, lagu nada pofonik lagi sedap dr minus one concert ni. Paling teruk aku rasa lagu pengeran cinta ngan lagu menuju puncak. Dah rasa dua lagu ni out of melody dr original version dan kedengaran melody ngan vokal takder saling kait mengait. Sengaja atau tersiap percaturan? Aku rasa lebih elok 2 lagu tersebut tidak dinyanyikan bersama arrangement music yg sengaja dihancurkan or terhancur itu. Ala2 akapella pun aku rasa lg ok dr nyanyi dgn minus one teruk ni. Huhu.
Mengenai vokal, wat can i say is hancur utk semua peserta dr awal persembahan hingga akhir persembahan. Cumer vokal aizat sahaja yg boleh dikatakan berjaya walaupun aksi di pentas, beliau seakan penyanyi tingkatan tiga membuat persembahan kat sekolah. Now, we should realized, yg penyanyi berbadan besar akan beraksi poyo di atas pentas. Hehehe. Tak kisahla poyo ker hapa ker tapi vokal kene mantap. Pelajar lain pun ada yg mempunyai potensi pergi jauh like Helliza, Candy ngan Ebi. Cumer mlm td mereka banyak tak consisten dr awal persembahan. Like helliza, vokal beliau menyanyi kat diari lebih baik dr apa yg beliau persembahkan mlm td. Candy pun agak teruk vokal pada mulernyer tetapi memberikan persembahan yg baik selepas itu. Begitu juga vokal ebi yg bg aku cukup bagus tetapi beliau tidak meggunakan dgn sebaiknya. Yg lain, aku takleh nak komen sgt since ni baru first concert but ada gak vokal yg layak jd penyanyi karaoke terutamanya apa yg telah digelarkan Ogy kepada Afiq. Kalau level camtu, better Astro wat live konsert kat Red Box Ria je la. Huhu.
Psl attitude pun lg sekor nak ulas. Come on la. Kalau setakat rindu kucing pun nak nangis, baik blah jer dr akademi tu. Then kalau dok berlagak bagus tapi masa konsert jd taik sampai kene gelar malas, better kuar gakla. Jgn biler masuk AF semua nak tunjuk kegedikan jer tapi persembahan hancur. Ini baru jer minggu pertama tapi dah tersebar gambar bogel. Biler aku tgk gambar tu, aku tak tau la itu betul2 dier atau tidak. Walaupun tak tau betul ker tak, tapi kalau super impose sekalipun, kenapa perlu pihak terbabit menyebarkan gambar tersebut sedangkan mereka baru satu minggu dlm AF. Nak dengki sbb popular pun abiskan beras jer. Bak kata bloggers2 lain, kita nak carik star dan bukannya porn star.
Kalau konsert malam td, apa yg aku boleh ckp AF berada dlm proses kehancuran. Tapi apapun, aku mengharapkan Astro buat sesuatu utk kembalikan AF. Cumer arrangement music sahaja yg perlu ditingkatkan for the next konsert. Better Sham Kamikaze ambik alih post ni. Lagi satu perlu ada kembali tenaga pengajar yg mengajar dlm penghayatan dan lakonan seperti Fauziah Nawi atau Marlia Musa. So takderla, Ogy akan kritik bender yg sama iaitu tak menghayati lirik lagu. Paling penting plzz kembalikan aura lagu Menuju Puncak. Aku tgk lagu Menuju Puncak pun dah tak semangat nak tgk AF ni. Again, salah music arrangement yg ntah paper ditambah pulak dgn kareography yg lintang pukang. Soalan yg sama di fikiran, sengaja dilakukan atau tersilap percaturan? Huhu. But other than that AF dah ok. Diharapkan next concert takder minus one bunyik yg lebih teruk dr karaoke jamban. Tapi kalau bender yg sama berlaku gak dlm masa 2 minggu akan dtg, maka bolehlah aku say good bye to AF5. Wassalam Sunday, March 11, 2007
Selamat Tinggal MC Egg
To be honest, this is the most poyo entry yg aku pernah tulis. Selamat Tinggal MCEGG. Huaaa. Mc egg menjadi makanan feveret aku di MC Donald since umur aku 11 tahun sampai la umur 21 tahun. 10 tahun ma aku hanya makan Mc Egg kalau masuk Mc Donald. Pada mulernyer, aku detect yg Mc D dah tak jual Mc Egg masa kat Alamanda. Aku ingatkan Alamanda jer yg ngada2 dah taknak jual Mc Egg tapi ptg td pi la makan Mc D kat Bangsar. And mmg aku akan order Mc Egg kalau kat Mc D. Tapi, malangnya, kat Mc D Bangsar pun dah tak jual Mc Egg. Aku pun terus sanggup jumper Manager kat Mc D Bangsar and tanya psl Mc Egg. He said yg seluruh cawangan Mc D di Malaysia dah tak jual Mc Egg sampai biler2. Huaa!!! Tension seyh. Yg si Fiza pulak dah dok gelak2 kat aku. Aku tak sempat menjamah Mc Egg buat kali terakhir. Mungkin ramai yg akan pelik apsal aku suker sgt kat Mc Egg. Mc Egg adalah salah satu makanan yg aku makan sejak kurun lama dan aku rasa Mc Egg ialah benjo paling sedap yg aku rasa. Maklumlah, mmg benjo ialah burger feveret aku. Biak pi la. Lepas ni nak kuatkan azam nak makan burger atau makanan lain kat Mc D. Tadi dah try Beef Pounder tapi still aku takleh lupakan Mc Egg. ~Mana la aku tak kata ni entry paling poyo~. Huhu. Friday, March 09, 2007
Harapkan pagar, pagar tak boleh harap Assalamualaikum.....
Sebelum nak tulis details psl rasuah ni, aku nak ucapktan tahniah pada Roslan Aziz kerana telah dilantik sebagai pengetua dan pengarah muzik utk AF5. Diharap, migrasi Roslan dari Malaysian Idol ke AF boleh membantu melahirkan bakat yg disegani dan mengelakkan bakat yg dilahirkan oleh AF menjadi bakat yg penuh dgn citer kontroversi di dada2 majalah. Nak ckp satu jer psl seorang pelajar utk AF5 iaitu Mohamad Aizat Bin Amdan. Nama dah sama dgn member aku Mohamad Aizat Bin Lotpi tapi tgk dr gaya dier cam ala2 junior Bob AF2 gitu dan biler baca profile dier, dier pernah nyanyi lagu Mawi depan Yang DipertuanAgong. Wow! Dasyat tu. Tak sabar nak dgr suara dier. Almaklumlah suara org berbadan besar normally mempunyai suara lemak merdu. Cumer aku ni jer yg takder suara lemak merdu walaupun berbadan besar. Mungkin kene makan lebih Nasi Lemak ni agar mempunyai suara lemak merdu. ~Perasan sat~.
Stop mengarut and berbalik pd citer rasuah. Aku amat sedih lately banyak kisah rasuah di kalangan pihak tertinggi terbongkar satu persatu. Walaupun masih dlm siasatan tetapi apabila kes ini disiasat ia menampakkan isu rasuah di kalangan rakyat Malaysia adalah satu masalah yg agak serius. Mana pokok nak bergoyang kalau takder angin kan? Bermula dgn pembongkaran kes rasuah oleh org yg diharap utk membendung gejala rasuah iaitu Pengarah BPR sendiri iaitu Dato Seri Zulkipli Mat Noor. Kes ini sedang disiasat oleh polis dan jika Dato' Seri Zulkipli memang betul2 bersalah dlm gejala rasuah ini, ia akan memberi tamparan hebat kepada kerajaan. Manakan tidak, Pak Lah sendiri merupakan pemimpin anti rasuah dan sering mengingati kakitangan kerajaan agar mengelak dr gejala rasuah tetapi org yg dipercayai utk menyiasat org yg terlibat dalam rasuah pun terjebak dlm gejala ni. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap. Huhu.
Biler kes Pengarah BPR disyaki terlibat dalam rasuah terbongkar, satu lagi kes yg amat mengejutkan tersiar di akhbar. Kali ni menteri sendiri yg disyaki terlibat dalam rasuah yg membabitkan RM 5 juta. Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato Johari Baharom dituduh mengambil rasuah sebanyak RM 5 juta yg didedahkan oleh 2 bloggers. Beliau dituduh mengambil wang tersebut utk mengugurkan 3 kes dlm peruntukan Ordinan Darurat. Jgn ingat apa yg bloggers tulis, Polis tak ambik port. Serentak dgn itu, Polis memulakan siasatan terhadap Dato Johari dan kes ini juga masih dalam siasatan polis. Walaubagaimanapun, Dato Johari menafikan yg beliau mengambil rasuah tetapi mengaku yg beliau telah menggugurkan 3 kes tersebut. Jika kes ini terbukti benar, maka ia adalah satu lagi tamparan hebat buat Pak Lah yg sememangnya anti rasuah. Umpama ayah suruh org lain buat baik tapi anak sendiri pula yg buat jahat. Huhu.
Tabik spring diucapkan kepada Tan Sri Musa Hasan, Ketua Polis Negara yg tak sampai setahun pun menjawat jawatan tersebut. Ternyata, inilah sikap polis yg kita mahukan. Berani membendung jenayah tidak kira siapa pun. Dengan kesungguhan pihak Polis utk membendung jenayah diharap jenayah di Malaysia dapat dikurangkan especially dlm isu rasuah. Rasuah amat merbahaya. Rasuah boleh membuatkan sesuatu negara hancur. Tahniah sekali lagi kepada pihak Polis terutamanya Tan Sri Hasan atas kecepatan dan kekekcapan pihak polis dlm membendung kes2 jenayah di Malaysia.
P/S; Gambar2 yg dipaparkan adalah tiada kaitan sama sekali dgn isu rasuah. Huhu Thursday, March 01, 2007
Jumlah sperma lelaki Malaysia merosot? B4 read this entry, make sure u all dah open ur minded and plzz change ur mindset this entry it's about education and not to jaja kisah2 berkaitan sex. Actually, aku baru jer terbaca satu artikel kat Mstar yg mengatakan lelaki Malaysia mudah mandul dan spermanya merosot. Wow! Satu keratan akhbar yg menusuk kalbu aku. Aku terus membacanya lagi: Yer, sekali lagi terus tepat sasarannya iaitu lelaki yg menghadapi masalah obesiti akibat pengambilan makanan tidak sihat. Aku terus memanjangkan bacaan aku: Bacaan aku tidak terhenti di situ, aku terus membaca sehingga ke perenggan terakhir: Ok, let's talk to my komen and my argument. Firstly, aku amat, amat & amat terkejut dgn artikel akhbar ni. Sbbnya kerana aku ni lelaki Malaysia and aku ni jugak seorang lelaki yg boleh dikatakan mempunyai masalah obesiti yg teruk. Terkejut bukannya apa tetapi lebih kepada risau apabila berkahwin nanti. Sekarang ni banyak kenyataan akhbar yg mempertikaikan mengenai khasiat makanan segera. Aku klasifikasikan makanan segera seperti mee maggi, ketupat segera dan restoran2 makanan segera. I have to admit yg aku selalu juga makan makanan segera terutamanya restoran segera kesukaan aku iaitu Mcdonald. But, ini adalah kali pertama aku membaca artikel yg mengatakan OBESITI BOLEH AKIBATKAN MANDUL!!!. Aku terpk gak apabila aku comparekan this situation dgn penduduk negara lain. I have to humble yg aku bukanlah doktor or pakar makanan yg sepatutnya mempertikaikan hal ni tapi biarlah argument ni lebih kepada pertanyaan yg dtg dr insan biasa. Mengikut artikel ni, makanan malaysia terdedah kepada makanan yg mempunyai lemak yg tinggi. Tapi kalau kita comparekan nasi lemak ngan nasi beriani yg juga di makanan utama di India dan negara timur tengah, kedua2nya mempunya tahap lemak yg tinggi. Hampir seluruh org kat dunia ni makan makanan segera like KFC and MCD tapi kenapa di Malaysia, ia seakan2 menjadi punca banyak penyakit? Begitu juga dgn ayam, hampir seluruh org kat dunia ni makan ayam tapi kenapa di Malaysia, org boleh jd sakit apabila makan ayam dgn kerap? Leh jd mandul lagi. Huhu. Apapun, now, aku kene ubah cara pemakanan aku. Not me only la but all lelaki Malaysia especially yg hampir ataupun dah cecah tahap obesiti. Mandul adalah isu sensitif tak kirer lelaki atau pompuan tapi biler ckp psl kemerosotan sperma, ia seolah2 mencabar kelakian lelaki. So, mulai sekarang, AKU NAK TRY KURUSKAN BADAN!!!!!! Source; MSTAR 1 Mac 2007 Monday, February 26, 2007
Menulis bukan kerna nama Wah! Lama rasanya tak apdet blog. Bukannya apa, minggu lepas adalah satu minggu yg amat bererti dlm idup aku. Minggu yg ada penuh dgn elemen kasih sayang, mengenal erti realiti kehidupan yg sebenar, mengajar erti utk mendalami hikmah,. Minggu lepas juga merupakan minggu yg mana self confident aku agak goyah tetapi minggu lepas juga merupakan minggu yg perlu aku banggakan dan yg penting minggu lepas juga aku menyambut anak sedara aku yg kelima! Satu minggu yg hanya ada 7 hari tetapi macam2 berlaku dlm minggu kelapan dlm tahun 2007. Firstly, aku nak cerita sikit psl tulisan aku mengenai cadangan utk mengurangkan kemalangan jalan raya seperti entry sebelum ni. Sebenarnya aku edit sikit entry tersebut utk disesuaikan utk disiarkan di akhbar. Maka pada 20 Januari yg lepas, Utusan Malaysia dan Berita Harian telah menyiarkan idea aku yg aku adaptasi dr blog. Hari khamis yg lepas ketika aku menonton Berita Astro, tetiber Dato' Seri S Samy Vellu telah berkata yg kerajaan akan menaikkan taraf jalan persekutuan termasuk memisahkan laluan motosikal tetapi ia bergantung kepada keluasan rezab jalan yg ada. Inilah yg aku harapkan dr penulisan di blog aku. Aku mengharapkan ia tidak berakhir di blog tetapi aku harap ada tindakan dr penulisan aku. Dari Utusan Malaysia 20 Januari 2007: KEMALANGAN jalan raya merupakan isu yang sering menghantui kita setiap hari terutamanya pada musim perayaan.Kita dapat lihat statistik kemalangan ini apabila tiba musim perayaan melalui Ops Sikap yang dijalankan oleh polis pada setiap musim perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Namun, semakin banyak Ops Sikap, jumlah kemalangan dan kematian masih lagi di takuk lama. Mana silapnya? Apa yang perlu dibuat lagi oleh pihak kerajaan terutamanya Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan polis? Berbalik kepada statistik, saya ingin menganalisis dua aspek iaitu jumlah kemalangan dan kematian di jalan kampung mahupun jalan negeri serta jumlah kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal yang begitu tinggi berbanding kenderaan lain. Saya ingin mengambil contoh statistik hari keempat Ops Sikap ke XII, 40 penunggang dan pembonceng motosikal maut daripada sejumlah 62 mangsa maut. Ini bermakna 65 peratus daripada kemalangan maut melibatkan motosikal. Pada pandangan saya, kemalangan sering melibatkan pemilik atau penunggang motosikal kerana mereka menunggang motosikal berkongsi jalan dengan kenderaan lain. Kemalangan mungkin dapat dikurangkan jika kesemua jalan di negara ini sama ada di jalan Persekutuan, jalan negeri, lebuh raya mahupun jalan bandaran mengasingkan laluan motosikal dengan jalan utama. Keadaan percampuran antara motosikal dan kenderaan lain di atas jalan yang sama boleh diibaratkan umpama gajah dan semut dibiarkan berkongsi pada habitat yang sama. Jika pengasingan laluan dapat dilakukan, risiko kemalangan dapat dikurangkan. Kalau kemalangan berlaku juga, ia hanya melibatkan antara motosikal dengan motosikal dan kereta dengan kenderaan lain sahaja. Ini mungkin boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat jalan raya. Analisis pada aspek lain dalam statistik kemalangan jalan raya ialah jumlah kemalangan di jalan-jalan Persekutuan dan jalan-jalan negeri yang lebih tinggi berbanding lebuh raya. Saya mengambil contoh statistik pada hari terakhir Ops Sikap XI pada Hari Raya lepas yang mana jumlah kemalangan di jalan-jalan Persekutuan dan jalan-jalan negeri berjumlah 376, manakala jumlah kemalangan di lebuh raya hanyalah 97 kes. Memang kita mengetahui lebuh raya akan memakan kos yang sangat tinggi dan secara tidak langsung pengguna sendiri yang terpaksa menanggung beban kos lebuh raya melalui bayaran tol. Pada masa yang sama kerajaan perlu berusaha menaik taraf jalan-jalan Persekutuan dan jalan-jalan negeri terutamanya melebarkan jalan dari satu lorong kepada dua lorong sehala. Walaupun ia juga memakan kos yang tinggi tetapi lebih baik melebarkan jalan daripada menggunakan duit tersebut untuk kempen keselamatan jalan raya yang langsung tidak menampakkan perubahan pada kadar kemalangan dan kematian nahas jalan raya. Kita harap pada akhirnya, setiap jalan Persekutuan dan jalan negeri di negara ini akan mempunyai empat lorong iaitu dua lorong utama, satu lorong kecemasan dan satu lorong motosikal. Cadangan ini diharap dapat membantu pihak kerajaan dan polis untuk menyelesaikan isu yang masih lagi belum selesai terutamanya pada musim perayaan. Sikap pemandu umpama kopi yang sentiasa pahit. Jadi, untuk mengurangkan kepahitan kopi, apa kata campurkan gula di dalam secawan kopi agar ia dapat diminum juga. – PAKCIK MMA JUNIOR, Banting, Selangor. Keduanya, nak ckp psl self confident. Bg aku, self confident ni umpama tiang yg mengukuhkan binaan sesuatu bangunan. Maka, self confident ni akan mudah goyah jika didownkan oleh pihak yg lain. Yes, my self confident agak teruji minggu lepas sehingga nak drive keter pun takder mood. Apapun, biarlah ia menjadi rahsia apa yg membuatkan aku berasa sedemikian. Now, aku dah muler berfikiran positif yg aku tak sebodoh yg disangka dan aku bukanlah org sehina disangka. Come on faiz!!!! U can do it!!! Ketiganya, minggu lepas juga aku dpt anak sedara yg kelima iaitu Nur Izfar (kalau tak silap la) Pejam celik pejam celik, dah 5 org anak sedara aku. Gap yg terlalu jauh iaitu 13 tahun antara aku ngan kakak aku membuatkan aku rasa aku pun ingin menimang anak sendiri. Apakan daya, walaupun u ols semua ramai panggil aku pakcik tapi umur aku baru berumur 22 tahun. Masih belum matang utk menimang cahaya mata. Huhu. Akhirnya, aku akan abadikan segala kenangan manis dan pahit yg berlaku sepanjang minggu lepas sebagai pengalaman berguna terutamanya kenangan pahit yg telah merobek self confident aku buat sementara. Kenangan yg tak boleh dilupakan selama2nya. Now, aku kene thinking forward. Tak semua bender kita kene take for granted and aku kene yakin pada diri sendiri agar tidak mudah org nak kotak katikkan minda dan perasaan aku. ~Pakcik MMA menulis bukan kerana nama~ Friday, February 16, 2007
Kenapa masih tinggi? Assalamualaikum....... Hari ni aku nak beri sedikit pandangan aku mengenai kemalangan dan juga kematian akibat dr pemanduan di jalan raya. Kita dapat lihat statistik kemalangan ini secara dekat apabila musim perayaan melalui Ops Sikap yg dijalankan oleh pihak Polis pada setiap musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Tetapi semakin banyak Ops Sikap dilakukan oleh Polis jumlah kemalangan dan kematian masih lagi di takuk lama. Mana silapnya? Apa yg perlu dibuat lagi oleh pihak kerajaan terutamanya Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan juga pihak Polis? Kita lihat pada statistik kemalangan jalan raya. Aku ingin mengulas dua bahagian dlm statistik kemalangan jalan raya iaitu jumlah kemalangan dan kematian yg berlaku pada jalan kampung @ jalan negeri dan juga jumlah penunggang @ pembonceng motosikal yg begitu tinggi berbanding kenderaan lain. Aku mengambil contoh statistik 4 hari setelah ops sikap ke 12, 40 penunggang dan pembonceng motosikal maut daripada sejumlah 62 jumlah yg maut yg direkodkan. Ini bermakna 65 peratus dr kemalangan maut melibatkan motosikal. Pandangan aku, kemalangan sering menjadi milik motosikal kerana mereka menunggang motosikal bersama2 dengan kenderaan lain. Kemalangan mungkin dapat dikurangkan jika kesemua jalan di negara ini mengasingkan jalan motosikal dengan jalan utama. Keadaan percampuran antara motosikal dan kenderaan lain di atas jalan yg sama umpama gajah dan semut duduk di habitat yg sama. Jika pengasingan jalan dapat dilakukan, maka risiko kemalangan mungkin antara motosikal dengan motosikal dan motokar dengan kenderaan lain sahaja. Ini mungkin boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat jalan raya. Analisa part lain dlm statistik kemalangan jalan raya ialah jumlah kemalangan di jalan persekutuan dan jalan negeri yg lebih tinggi berbanding lebuh raya. Aku mengambil contoh statistik pada hari terakhir Ops Sikap 11 pada hari raya lepas yg mana jumlah kemalangan di jalan persekutuan dan jalan negeri berjumlah 376 manakala jumlah kemalangan di lebuh raya hanyalah 97 kes. Mmg kita mengetahui lebuh raya akan memakan kos yg sgt tinggi dan pengguna sendiri yg terpaksa menanggung beban kos lebuh raya tetapi kerajaan perlu menaiktaraf jalan persekutuan dan jalan negeri terutamanya melebarkan jalan dr satu lorong kepada 2 lorong sehala. Walaupun ia juga memakan kos yg tinggi tetapi lebih baik melebarkan jalan dr menggunakan duit tersebut utk kempen keselamatan jalan raya yg langsung tidak menampakkan perubahan pd kadar kemalangan dan kematian akibat jalan raya. Jadi, secara basically, setiap jalan persekutuan dan jalan negeri akan mempunyai 4 lorong iaitu 2 lorong utama, 1 lorong kecemasan dan 1 lorong motosikal. Apapun, kepada yg ingin pergi bercuti atau balik kampung semasa musim perayaan ini, berhati2lah di jalan raya. Aku tak berapa suker guna cogankata "Biar lambat asal selamat" tetapi aku prefer utk guna cogankata "Pandu cermat, jiwa selamat". Tak semestinya lambat tu baik. Kalau bwk slow2 dgn laju sekitar 40 km/j kat jalan raya juga boleh membawa kepada kemalangan. Yer la, kang tak pasal isu potong memotong menjadi punca kemalangan. Kepada masyarakat Cina, selamat menyambut Tahun Baru Cina. Semoga tahun yg bakal menjelma ni memberi lebih 'ong'. Hehehe. Wassalam Friday, February 09, 2007
Muara Ikan Bakar
Jom pi makan! Kali ni kita bercerita tentang Restoran Ikan Bakar Muara, Tg Harapan, Port Klang. Restoran ini dipercayai antara restoran ikan bakar yg tersedap di Malaysia selepas Umbai di Melaka. Menariknya, restoran ini membolehkan anda menghirup udara yg nyaman di samping melihat kapal2 sedang berlabuh di Pelabuhan Utara, Port Klang. Dulu sebelum kapal mewah, Star Cruise berlabuh di pelabuhan Star Cruise di Pulau Indah, Port Klang, kita boleh melihat kapal Star Cruise dr dekat. Apapun, restoran ini sering dikunjungi adalah disebabkan lokasinya yg agak dekat dengan Kuala Lumpur.
Untuk ke Restoran Muara Port Klang, anda hendaklah mengikut arah ke Pelabuhan Klang. Sampai jer di Pekan Pelabuhan Klang, ikut arah ke Pelabuhan Utara dan selepas melalui satu jambatan yg menyusuri laut, anda akan mula melihat papapn tanda ke Tanjung Harapan dan ikut jer jalan ke Tg Harapan. Restoran ini terletak di bucu Tg Harapan. Restoran ini boleh memuatkan hampir 700 org pada satu2 masa dan yg menariknya walaupun restoran ini sering dikunjungi oleh ramai org tapi service nyer sgt cepat. Anda tidak perlu menunggu berjam2 utk ikan yg anda order dibakar.
Menunya hampir sama dengan restoran ikan bakar yg lain. Cumer apa yg aku maksudkan ialah, rasa ikan bakar mahupun air asamnyer cukup membuatkan anda utk dtg ke restoran ini lagi pada masa akan datang. Pemandangan kapal2 yg sedang berlabuh di samping angin laut cukup utk menenangkan anda seketika dr segala masalah tanpa perlu memandu berjam2 lamanya. Harga? Harganya sederhana. Anda boleh memilih ikan terubuk bakar dengan hanya RM 33 sekilo ataupun ikan pari bakar dengan hanya RM 28 sekilo manakala sotong bakar pula dgn hanya RM 31 sekilo. Jgn lupa, padankan ikan bakar ini dengan nasi lemak yg sememangnya umpama irama dan lagu. Utk lebih layan, apa kata cuber pula padankan dengan air kelapa sebagai minuman anda utk hidangan tersebut. Pastinya anda teruja pilihan makanan tersebut. Selamat mencuba! * Actually aku dah snap banyak gambar tapi malangnya hanya beberapa keping yg dapat ditransfer akibat virus masuk dlm memory card kamera aku. Huhu *
|
PROFILE ![]() Campaign Creator FAIZ @ FRIENDSTER YM ID : pakcik9803 EMAIL : faiznordin85@yahoo.com MY FOTOPAGES MY FAVOURITE TV STATION: ![]() ![]() ![]() MY FAVOURITE RADIO: ![]() ![]() TAG BOARD CALENDAR
LINKS ~[[My Self Story]]~ [[Kursus Induksi TM]] [[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]] [[My Graduation Day]] [[Sampah Blog]] [[090608 - Tarikh yg Diingati]] [[Thanks MH & Associates]] [[Aku Bukan Serangga]] [[2 Jam Di Ambang Maut]] [[Khas utk Nurhafizah Hamzah]] [[Ucapan terima kasih]] [[Selamat Tinggal Mc Egg]] [[Menulis Bukan Kerna Nama]] [[Demi Masa]] [[Semangat Akhir Beraya]] [[Kenangan Menulis Cerpen]] [[Annivessary Blog Ketiga]] [[Kenangan di Bulan Ramadhan]] [[Jodoh Ketentuan Tuhan]] [[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]] [[Happy Birthday My Baby]] [[Sambutan Tahun Baru 2006]] [[Makna Sebuah Persahabatan]] [[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]] [[Bertekak Ngan Lawyer]] [[Sangap AF Kat Kuantan]] ~[[Hiburan]]~ [[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]] [[Bob AF2 - Cinta Terhalang]] [[Nubhan - Aku Ada Untukmu]] [[10 Tanda Angau]] [[Ulasan Filem Congkak]] [[Akhil Hayy]] [[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]] [[Separuh Akhir AJL 2007]] [[Aizat AF5 - Sahabat]] [[Semangat Lagu Raya]] [[Isu Lagu Indonesia Lagi]] [[Sajak Sakaratul Maut]] [[Anuar Zain - Lelaki Ini]] [[Tahniah juara IKON Asean]] [[Adakah Strategi Era Berkesan?]] [[Fabulous Catz - Rimas]] [[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]] [[Konsert AF5 yg busok]] [[Kan dah jd sensasi]] [[Kaer - Izinkan Ku Pergi]] [[Bahana Lagi Utk Mawi]] [[Debaran Akhir OIAM]] [[Filem My Heart]] [[Siti Nurhaliza & Dato' K]] [[Velvet - Kini Detiknya]] [[Muzik Malaysia Vs Indonesia]] [[Mawi Putus Tunang]] [[Siti Nurhaliza - Transkripsi]] [[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]] [[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]] [[Album BOB -Hantaran Hati]] [[Hot Fm VS Era Fm]] [[Perpecahan Mawi FC]] [[Rancangan Realiti Tv]] [[Antara AF & UMNO]] [[Antara Digi & Maxis]] [[AF Or MI???]] [[Konsert AF Tour 2005]] ~[[Isu Semasa]]~ [[Anwar, plzz stop the drama!]] [[Muzakarah UMNO - PAS]] [[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]] [[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]] [[Konspirasi @ Realiti]] [[Politik Malaysia yg Bergelora]] [[Desakan Agar Paklah Berundur]] [[Minyak Naik Lagi]] [[Tun Mahathir keluar UMNO]] [[Siaran Langsung Sidang Parlimen]] [[Isu Babi di Kuala Langat]] [[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]] [[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]] [[Kabinet Baru Separa Reformasi]] [[Adakah BN masih relevan?]] [[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]] [[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]] [[Perkembangan Terkini Jai Network]] [[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]] [[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]] [[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]] [[Alfatihah Utk Adik Nurin]] [[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]] [[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]] [[Telenovela Altantuya]] [[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]] [[Keputusan Kes Lina Joy]] [[Bukan Senang Nak Jd Senang]] [[Terowong Smart, Berkesan?]] [[Tak daftar undi]] [[Fitnah Terhadap Dr Asri]] [[Merakam Tangkapan Khalwat]] [[Harapkan Pagar tak boleh harap]] [[Sperma Lelaki Merosot?]] [[Kemalangan Masih Tnggi]] [[Hukuman bunuh Saddam Hussien]] [[Apabila Dr Asri bersuara]] [[Isu Kenaikan Tol]] [[Serbu Utk Aibkan Org Lain]] [[Perhimpunan Agong UMNO 2006]] [[Pertemuan Tun M & Pak Lah]] [[Murtad Sbb Cinta?]] [[Pelarasan Undang2 Khalwat]] [[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]] [[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]] [[Kes Lina Joy & Kesannya]] [[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]] [[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]] [[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]] [[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]] [[Perang Malaysia Bermula]] [[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]] [[Dr M Vs Pak Lah]] [[Sikap Tak Amik Tahu]] [[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]] [[Perniagaan MLM]] [[Valentines Day]] [[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]] [[Memperingati Mangsa Tsunami]] [[Cinta Beralih Arah]] [[Konflik Lagu Negaraku]] [[Budget 2006]] [[Pelaburan Internet]] [[Pemikiran Jumut Org Melayu]] ~[[Travel]]~ [[Buffet Ramadhan 2008]] [[Restoran Sari Ratu]] [[Port View Kota Kinabalu]] [[Restoran Orkid Thai]] [[Buffet Ramadhan 2007]] [[South Seafood]] [[Awana Kijal]] [[Kelapa Bakar]] [[Sun & Surf Cafe]] [[Pulau Tioman]] [[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]] [[Vacation to Kota Kinabalu]] [[Eyes On Malaysia]] [[Perangkap Had Laju]] [[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]] [[Nasi Ambang]] [[Laksa Shack]] [[Aquaria KLCC]] [[Rahsia Bistro]] [[Kuching]] [[Buffet Ramadhan 1426 H]] [[Damai Laut]] [[Toilet Paling Mahal]] [[Trip To Kelantan]] [[London]] [[Jalan2 Carik Makan (II)]] [[Jalan2 Carik Makan (I)]] [[Kek Batik Sarawak]] [[Langkawi]] ~[[Ekslusif]]~ [[Norman Noor @ Lime]] [[Video Klip Norman Noor]] [[Perkembangan Norman Noor]] [[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]] [[Malam Norman Noor & Bob AF]] [[Norman Noor Bitrhday]] [[Norman Noor di UITM & Tritun]] [[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]] [[Norman Noor @ FCM Nite]] [[Norman Noor @ UNITE]] [[Diinterview Bersama SM]] [[Interview Bob AF2]] [[Memperkenalkan Norman Noor]] ~[[Rakan Blog]]~ [[Sultan Muzaffar]] [[Fiebie]] [[Kak Waiem]] [[Sensasi Selebriti]] [[Ajami]] [[Kak Toby]] [[Maman]] [[Judd Lair]] [[ajeem]] [[Athul]] [[Abg Bad]] [[Zimie]] [[Kak Aidid]] [[Yasmin Ahmad]] [[Afdlin Shauki]] [[Elna]] [[Shaynina]] [[Zamil MI]] [[Raja Pelaut]] [[Leo Sabri]] [[Arezeo]] [[Wenkt]] [[Resipi Kahwin]] [[Kelantan Travel]] [[Jubiez]] [[Yonna]] [[Ajeep]] [[Fiza @ My Baby]] [[Juandanza]] [[Klubbkidd]] [[Budiey] [[Azuna]] [[Djemy Jenab]] [[Kak Munirah]] [[Saff One]] [[Matjan]] [[Dato' Kay]] [[Ben]] [[Alpha]] [[Mr Manager]] [[Fysal]] [[Kadir Jasin]] [[Leo Fantasia]] [[Faidhi]] [[Dr Mahathir]] [[Dr Khir Toyo]] [[Akma Nurain]] [[Aznil Nawawi]] [[Wanny]] [[Azra]] [[Najib Zuhdi]] [[Sizuka]] [[Dayat]] ~[[Fotopages]]~ [[My Fotopages]] [[Fiza @ My Baby]] [[Qayyum]] [[Kak Waiem]] [[Aizat]] ~[[My Download]]~ [[Muat Turun - Kerepek]] [[Jiwang]] [[Jiwang Torrent]] ~[[My Favourite Links]]~ [[Friendster]] [[My Space]] [[Hi 5]] [[MMU]] [[Malaysia TV]] [[Virtualfriends]] ~[[My Favourite Newspaper]]~ [[Berita Harian]] [[The Star]] [[Utusan]] [[Harian Metro]] [[Malaysiakini]] [[Mstar]] ~[[My Online Banking]]~ ![]() ![]() ![]() ![]() Jenguk blog ni Anda Penjenguk Yang Ke: (Sejak 25 Januari 2006)
CONTACT CREDITS |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||