Friday, March 09, 2007
Harapkan pagar, pagar tak boleh harap

Assalamualaikum.....


Gambar ini aku snap masa tgh memandu dr Ipoh pi Banting.
Kereta Storm yg terbakar berhampiran exit Rawang

Sebelum nak tulis details psl rasuah ni, aku nak ucapktan tahniah pada Roslan Aziz kerana telah dilantik sebagai pengetua dan pengarah muzik utk AF5. Diharap, migrasi Roslan dari Malaysian Idol ke AF boleh membantu melahirkan bakat yg disegani dan mengelakkan bakat yg dilahirkan oleh AF menjadi bakat yg penuh dgn citer kontroversi di dada2 majalah. Nak ckp satu jer psl seorang pelajar utk AF5 iaitu Mohamad Aizat Bin Amdan. Nama dah sama dgn member aku Mohamad Aizat Bin Lotpi tapi tgk dr gaya dier cam ala2 junior Bob AF2 gitu dan biler baca profile dier, dier pernah nyanyi lagu Mawi depan Yang DipertuanAgong. Wow! Dasyat tu. Tak sabar nak dgr suara dier. Almaklumlah suara org berbadan besar normally mempunyai suara lemak merdu. Cumer aku ni jer yg takder suara lemak merdu walaupun berbadan besar. Mungkin kene makan lebih Nasi Lemak ni agar mempunyai suara lemak merdu. ~Perasan sat~.


Mohamad Aizat Bin Amdan

Stop mengarut and berbalik pd citer rasuah. Aku amat sedih lately banyak kisah rasuah di kalangan pihak tertinggi terbongkar satu persatu. Walaupun masih dlm siasatan tetapi apabila kes ini disiasat ia menampakkan isu rasuah di kalangan rakyat Malaysia adalah satu masalah yg agak serius. Mana pokok nak bergoyang kalau takder angin kan? Bermula dgn pembongkaran kes rasuah oleh org yg diharap utk membendung gejala rasuah iaitu Pengarah BPR sendiri iaitu Dato Seri Zulkipli Mat Noor. Kes ini sedang disiasat oleh polis dan jika Dato' Seri Zulkipli memang betul2 bersalah dlm gejala rasuah ini, ia akan memberi tamparan hebat kepada kerajaan. Manakan tidak, Pak Lah sendiri merupakan pemimpin anti rasuah dan sering mengingati kakitangan kerajaan agar mengelak dr gejala rasuah tetapi org yg dipercayai utk menyiasat org yg terlibat dalam rasuah pun terjebak dlm gejala ni. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap. Huhu.


Norman Noor performs kat MMU Charity Concert

Biler kes Pengarah BPR disyaki terlibat dalam rasuah terbongkar, satu lagi kes yg amat mengejutkan tersiar di akhbar. Kali ni menteri sendiri yg disyaki terlibat dalam rasuah yg membabitkan RM 5 juta. Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato Johari Baharom dituduh mengambil rasuah sebanyak RM 5 juta yg didedahkan oleh 2 bloggers. Beliau dituduh mengambil wang tersebut utk mengugurkan 3 kes dlm peruntukan Ordinan Darurat. Jgn ingat apa yg bloggers tulis, Polis tak ambik port. Serentak dgn itu, Polis memulakan siasatan terhadap Dato Johari dan kes ini juga masih dalam siasatan polis. Walaubagaimanapun, Dato Johari menafikan yg beliau mengambil rasuah tetapi mengaku yg beliau telah menggugurkan 3 kes tersebut. Jika kes ini terbukti benar, maka ia adalah satu lagi tamparan hebat buat Pak Lah yg sememangnya anti rasuah. Umpama ayah suruh org lain buat baik tapi anak sendiri pula yg buat jahat. Huhu.


Lagi aksi Norman Noor @ MMU Charity Concert

Tabik spring diucapkan kepada Tan Sri Musa Hasan, Ketua Polis Negara yg tak sampai setahun pun menjawat jawatan tersebut. Ternyata, inilah sikap polis yg kita mahukan. Berani membendung jenayah tidak kira siapa pun. Dengan kesungguhan pihak Polis utk membendung jenayah diharap jenayah di Malaysia dapat dikurangkan especially dlm isu rasuah. Rasuah amat merbahaya. Rasuah boleh membuatkan sesuatu negara hancur. Tahniah sekali lagi kepada pihak Polis terutamanya Tan Sri Hasan atas kecepatan dan kekekcapan pihak polis dlm membendung kes2 jenayah di Malaysia.


Norman Noor dan seorang lg performers mlm tu, Mafakira sebelum concert

 

P/S; Gambar2 yg dipaparkan adalah tiada kaitan sama sekali dgn isu rasuah. Huhu

Posted at 12:15 pm by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  


Thursday, March 01, 2007
Jumlah sperma lelaki Malaysia merosot?

B4 read this entry, make sure u all dah open ur minded and plzz change ur mindset this entry it's about education and not to jaja kisah2 berkaitan sex.

Actually, aku baru jer terbaca satu artikel kat Mstar yg mengatakan lelaki Malaysia mudah mandul dan spermanya merosot. Wow! Satu keratan akhbar yg menusuk kalbu aku. Aku terus membacanya lagi:
Semakin ramai rakyat Malaysia khususnya lelaki bakal berhadapan dengan risiko kemandulan setiap tahun berikutan peningkatan kes obesiti dan pengambilan makanan tidak sihat di negara ini. Pakar Obstetrik dan Ginekologi Dr K. Thanikasalam berkata tanda-tanda awal kebimbangan itu sudah boleh dilihat sekarang apabila jumlah kiraan sel sperma lelaki yang obesiti sekarang merosot sejak 50 tahun lalu dipercayai berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang.

Yer, sekali lagi terus tepat sasarannya iaitu lelaki yg menghadapi masalah obesiti akibat pengambilan makanan tidak sihat. Aku terus memanjangkan bacaan aku:
Biasanya, obesiti berpunca daripada trend pemakanan masyarakat sekarang yang tidak sihat kerana cenderung untuk mengambil makanan yang mengandungi kandungan lemak tinggi seperti nasi lemak, ayam dan sebagainya sebagai sajian utama. Selain pemakanan, stres dan tekanan di tempat kerja juga akan menyebabkan kemerosotan bilangan sperma berlaku kerana proses penghasilannya terganggu.

Bacaan aku tidak terhenti di situ, aku terus membaca sehingga ke perenggan terakhir:
Bahan makanan mentah seperti ayam di pasaran juga "tidak sihat" kerana mengandungi kandungan bahan kimia tinggi kerana ternakan itu disuntik untuk menjadikan ayam itu bersaiz lebih besar daripada biasa. Orang ramai harus mengelakkan makan ayam berlebihan dan bertukar kepada menu lain seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Menurutnya masyarakat Malaysia perlu mengubah tabiat pemakanan bagi memastikan penyakit akibat makanan yang tidak sihat ini berkurangan.

Ok, let's talk to my komen and my argument. Firstly, aku amat, amat & amat terkejut dgn artikel akhbar ni. Sbbnya kerana aku ni lelaki Malaysia and aku ni jugak seorang lelaki yg boleh dikatakan mempunyai masalah obesiti yg teruk. Terkejut bukannya apa tetapi lebih kepada risau apabila berkahwin nanti. Sekarang ni banyak kenyataan akhbar yg mempertikaikan mengenai khasiat makanan segera. Aku klasifikasikan makanan segera seperti mee maggi, ketupat segera dan restoran2 makanan segera. I have to admit yg aku selalu juga makan makanan segera terutamanya restoran segera kesukaan aku iaitu Mcdonald. But, ini adalah kali pertama aku membaca artikel yg mengatakan OBESITI BOLEH AKIBATKAN MANDUL!!!.

Aku terpk gak apabila aku comparekan this situation dgn penduduk negara lain. I have to humble yg aku bukanlah doktor or pakar makanan yg sepatutnya mempertikaikan hal ni tapi biarlah argument ni lebih kepada pertanyaan yg dtg dr insan biasa. Mengikut artikel ni, makanan malaysia terdedah kepada makanan yg mempunyai lemak yg tinggi. Tapi kalau kita comparekan nasi lemak ngan nasi beriani yg juga di makanan utama di India dan negara timur tengah, kedua2nya mempunya tahap lemak yg tinggi. Hampir seluruh org kat dunia ni makan makanan segera like KFC and MCD tapi kenapa di Malaysia, ia seakan2 menjadi punca banyak penyakit? Begitu juga dgn ayam, hampir seluruh org kat dunia ni makan ayam tapi kenapa di Malaysia, org boleh jd sakit apabila makan ayam dgn kerap? Leh jd mandul lagi. Huhu.

Apapun, now, aku kene ubah cara pemakanan aku. Not me only la but all lelaki Malaysia especially yg hampir ataupun dah cecah tahap obesiti. Mandul adalah isu sensitif tak kirer lelaki atau pompuan tapi biler ckp psl kemerosotan sperma, ia seolah2 mencabar kelakian lelaki.  So, mulai sekarang, AKU NAK TRY KURUSKAN BADAN!!!!!!
Tapi cam mana eekk? Huhu

Source; MSTAR 1 Mac 2007

Posted at 11:07 pm by Faiz Nordin
Ada (5) komen, komen anda?  


Monday, February 26, 2007
Menulis bukan kerna nama

Wah! Lama rasanya tak apdet blog. Bukannya apa, minggu lepas adalah satu minggu yg amat bererti dlm idup aku. Minggu yg ada penuh dgn elemen kasih sayang, mengenal erti realiti kehidupan yg sebenar, mengajar erti utk mendalami hikmah,. Minggu lepas juga merupakan minggu yg mana self confident aku agak goyah tetapi minggu lepas juga merupakan minggu yg perlu aku banggakan dan yg penting minggu lepas juga aku menyambut anak sedara aku yg kelima! Satu minggu yg hanya ada 7 hari tetapi macam2 berlaku dlm minggu kelapan dlm tahun 2007.

Firstly, aku nak cerita sikit psl tulisan aku mengenai cadangan utk mengurangkan kemalangan jalan raya seperti entry sebelum ni. Sebenarnya aku edit sikit entry tersebut utk disesuaikan utk disiarkan di akhbar. Maka pada 20 Januari yg lepas, Utusan Malaysia dan Berita Harian telah menyiarkan idea aku yg aku adaptasi dr blog. Hari khamis yg lepas ketika aku menonton Berita Astro, tetiber Dato' Seri S Samy Vellu telah  berkata yg kerajaan akan menaikkan taraf jalan persekutuan termasuk memisahkan laluan motosikal tetapi ia bergantung kepada keluasan rezab jalan yg ada. Inilah yg aku harapkan dr penulisan di blog aku. Aku mengharapkan ia tidak berakhir di blog tetapi aku harap ada tindakan dr penulisan aku.

Dari Utusan Malaysia 20 Januari 2007:
Banyakkan laluan motosikal bendung kemalangan maut

KEMALANGAN jalan raya merupakan isu yang sering menghantui kita setiap hari terutamanya pada musim perayaan.Kita dapat lihat statistik kemalangan ini apabila tiba musim perayaan melalui Ops Sikap yang dijalankan oleh polis pada setiap musim perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

Namun, semakin banyak Ops Sikap, jumlah kemalangan dan kematian masih lagi di takuk lama. Mana silapnya? Apa yang perlu dibuat lagi oleh pihak kerajaan terutamanya Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan polis?

Berbalik kepada statistik, saya ingin menganalisis dua aspek iaitu jumlah kemalangan dan kematian di jalan kampung mahupun jalan negeri serta jumlah kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal yang begitu tinggi berbanding kenderaan lain.

Saya ingin mengambil contoh statistik hari keempat Ops Sikap ke XII, 40 penunggang dan pembonceng motosikal maut daripada sejumlah 62 mangsa maut.

Ini bermakna 65 peratus daripada kemalangan maut melibatkan motosikal. Pada pandangan saya, kemalangan sering melibatkan pemilik atau penunggang motosikal kerana mereka menunggang motosikal berkongsi jalan dengan kenderaan lain.

Kemalangan mungkin dapat dikurangkan jika kesemua jalan di negara ini sama ada di jalan Persekutuan, jalan negeri, lebuh raya mahupun jalan bandaran mengasingkan laluan motosikal dengan jalan utama.

Keadaan percampuran antara motosikal dan kenderaan lain di atas jalan yang sama boleh diibaratkan umpama gajah dan semut dibiarkan berkongsi pada habitat yang sama.

Jika pengasingan laluan dapat dilakukan, risiko kemalangan dapat dikurangkan. Kalau kemalangan berlaku juga, ia hanya melibatkan antara motosikal dengan motosikal dan kereta dengan kenderaan lain sahaja. Ini mungkin boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat jalan raya.

Analisis pada aspek lain dalam statistik kemalangan jalan raya ialah jumlah kemalangan di jalan-jalan Persekutuan dan jalan-jalan negeri yang lebih tinggi berbanding lebuh raya.

Saya mengambil contoh statistik pada hari terakhir Ops Sikap XI pada Hari Raya lepas yang mana jumlah kemalangan di jalan-jalan Persekutuan dan jalan-jalan negeri berjumlah 376, manakala jumlah kemalangan di lebuh raya hanyalah 97 kes.

Memang kita mengetahui lebuh raya akan memakan kos yang sangat tinggi dan secara tidak langsung pengguna sendiri yang terpaksa menanggung beban kos lebuh raya melalui bayaran tol.

Pada masa yang sama kerajaan perlu berusaha menaik taraf jalan-jalan Persekutuan dan jalan-jalan negeri terutamanya melebarkan jalan dari satu lorong kepada dua lorong sehala.

Walaupun ia juga memakan kos yang tinggi tetapi lebih baik melebarkan jalan daripada menggunakan duit tersebut untuk kempen keselamatan jalan raya yang langsung tidak menampakkan perubahan pada kadar kemalangan dan kematian nahas jalan raya.

Kita harap pada akhirnya, setiap jalan Persekutuan dan jalan negeri di negara ini akan mempunyai empat lorong iaitu dua lorong utama, satu lorong kecemasan dan satu lorong motosikal.

Cadangan ini diharap dapat membantu pihak kerajaan dan polis untuk menyelesaikan isu yang masih lagi belum selesai terutamanya pada musim perayaan.

Sikap pemandu umpama kopi yang sentiasa pahit. Jadi, untuk mengurangkan kepahitan kopi, apa kata campurkan gula di dalam secawan kopi agar ia dapat diminum juga.

– PAKCIK MMA JUNIOR,

Banting, Selangor.

Keduanya, nak ckp psl self confident. Bg aku, self confident ni umpama tiang yg mengukuhkan binaan sesuatu bangunan. Maka, self confident ni akan mudah goyah jika didownkan oleh pihak yg lain. Yes, my self confident agak teruji minggu lepas sehingga nak drive keter pun takder mood. Apapun, biarlah ia menjadi rahsia apa yg membuatkan aku berasa sedemikian. Now, aku dah muler berfikiran positif yg aku tak sebodoh yg disangka dan aku bukanlah org sehina disangka. Come on faiz!!!! U can do it!!!

Ketiganya, minggu lepas juga aku dpt anak sedara yg kelima iaitu Nur Izfar (kalau tak silap la) Pejam celik pejam celik, dah 5 org anak sedara aku. Gap yg terlalu jauh iaitu 13 tahun antara aku ngan kakak aku membuatkan aku rasa aku pun ingin menimang anak sendiri. Apakan daya, walaupun u ols semua ramai panggil aku pakcik tapi umur aku baru berumur 22 tahun. Masih belum matang utk menimang cahaya mata. Huhu.

Akhirnya, aku akan abadikan segala kenangan manis dan pahit yg berlaku sepanjang minggu lepas sebagai pengalaman berguna terutamanya kenangan pahit yg telah merobek self confident aku buat sementara. Kenangan yg tak boleh dilupakan selama2nya. Now, aku kene thinking forward. Tak semua bender kita kene take for granted and aku kene yakin pada diri sendiri agar tidak mudah org nak kotak katikkan minda dan perasaan aku.

~Pakcik MMA menulis bukan kerana nama~

Posted at 09:52 pm by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Friday, February 16, 2007
Kenapa masih tinggi?

Assalamualaikum.......

Hari ni aku nak beri sedikit pandangan aku mengenai kemalangan dan juga kematian akibat dr pemanduan di jalan raya. Kita dapat lihat statistik kemalangan ini secara dekat apabila musim perayaan melalui Ops Sikap yg dijalankan oleh pihak Polis pada setiap musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Tetapi semakin banyak Ops Sikap dilakukan oleh Polis jumlah kemalangan dan kematian masih lagi di takuk lama. Mana silapnya? Apa yg perlu dibuat lagi oleh pihak kerajaan terutamanya Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan juga pihak Polis?

Kita lihat pada statistik kemalangan jalan raya. Aku ingin mengulas dua bahagian dlm statistik kemalangan jalan raya iaitu jumlah kemalangan dan kematian yg berlaku pada jalan kampung @ jalan negeri dan juga jumlah penunggang @ pembonceng motosikal yg begitu tinggi berbanding kenderaan lain. Aku mengambil contoh statistik 4 hari setelah ops sikap ke 12, 40 penunggang dan pembonceng motosikal maut daripada sejumlah 62 jumlah yg maut yg direkodkan. Ini bermakna 65 peratus dr kemalangan maut melibatkan motosikal. Pandangan aku, kemalangan sering menjadi milik motosikal kerana mereka menunggang motosikal bersama2 dengan kenderaan lain. Kemalangan mungkin dapat dikurangkan jika kesemua jalan di negara ini mengasingkan jalan motosikal dengan jalan utama. Keadaan percampuran antara motosikal dan kenderaan lain di atas jalan yg sama umpama gajah dan semut duduk di habitat yg sama. Jika pengasingan jalan dapat dilakukan, maka risiko kemalangan mungkin antara motosikal dengan motosikal dan motokar dengan kenderaan lain sahaja. Ini mungkin boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat jalan raya.

Analisa part lain dlm statistik kemalangan jalan raya ialah jumlah kemalangan di jalan persekutuan dan jalan negeri yg lebih tinggi berbanding lebuh raya. Aku mengambil contoh statistik pada hari terakhir Ops Sikap 11 pada hari raya lepas yg mana jumlah kemalangan di jalan persekutuan dan jalan negeri berjumlah 376 manakala jumlah kemalangan di lebuh raya hanyalah 97 kes. Mmg kita mengetahui lebuh raya akan memakan kos yg sgt tinggi dan pengguna sendiri yg terpaksa menanggung beban kos lebuh raya tetapi kerajaan perlu menaiktaraf jalan persekutuan dan jalan negeri terutamanya melebarkan jalan dr satu lorong kepada 2 lorong sehala. Walaupun ia juga memakan kos yg tinggi tetapi lebih baik melebarkan jalan dr menggunakan duit tersebut utk kempen keselamatan jalan raya yg langsung tidak menampakkan perubahan pd kadar kemalangan dan kematian akibat jalan raya. Jadi, secara basically, setiap jalan persekutuan dan jalan negeri akan mempunyai 4 lorong iaitu 2 lorong utama, 1 lorong kecemasan dan 1 lorong motosikal.

Apapun, kepada yg ingin pergi bercuti atau balik kampung semasa musim perayaan ini, berhati2lah di jalan raya. Aku tak berapa suker guna cogankata "Biar lambat asal selamat" tetapi aku prefer utk guna cogankata "Pandu cermat, jiwa selamat". Tak semestinya lambat tu baik. Kalau bwk slow2 dgn laju sekitar 40 km/j kat jalan raya juga boleh membawa kepada kemalangan. Yer la, kang tak pasal isu potong memotong menjadi punca kemalangan. Kepada masyarakat Cina, selamat menyambut Tahun Baru Cina. Semoga tahun yg bakal menjelma ni memberi lebih 'ong'. Hehehe.

Wassalam

Posted at 08:44 pm by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  


Friday, February 09, 2007
Muara Ikan Bakar

Jom pi makan! Kali ni kita bercerita tentang Restoran Ikan Bakar Muara, Tg Harapan, Port Klang. Restoran ini dipercayai antara restoran ikan bakar yg tersedap di Malaysia selepas Umbai di Melaka. Menariknya, restoran ini membolehkan anda menghirup udara yg nyaman di samping melihat kapal2 sedang berlabuh di Pelabuhan Utara, Port Klang. Dulu sebelum kapal mewah, Star Cruise berlabuh di pelabuhan Star Cruise di Pulau Indah, Port Klang, kita boleh melihat kapal Star Cruise dr dekat. Apapun, restoran ini sering dikunjungi adalah disebabkan lokasinya yg agak dekat dengan Kuala Lumpur.


Pemandangan di ruang makan

Untuk ke Restoran Muara Port Klang, anda hendaklah mengikut arah ke Pelabuhan Klang. Sampai jer di Pekan Pelabuhan Klang, ikut arah ke Pelabuhan Utara dan selepas melalui satu jambatan yg menyusuri laut, anda akan mula melihat papapn tanda ke Tanjung Harapan dan ikut jer jalan ke Tg Harapan. Restoran ini terletak di bucu Tg Harapan. Restoran ini boleh memuatkan hampir 700 org pada satu2 masa dan yg menariknya walaupun restoran ini sering dikunjungi oleh ramai org tapi service nyer sgt cepat. Anda tidak perlu menunggu berjam2 utk ikan yg anda order dibakar. 


Pemandangan di ruang membakar

Menunya hampir sama dengan restoran ikan bakar yg lain. Cumer apa yg aku maksudkan ialah, rasa ikan bakar mahupun air asamnyer cukup membuatkan anda utk dtg ke restoran ini lagi pada masa akan datang. Pemandangan kapal2 yg sedang berlabuh di samping angin laut cukup utk menenangkan anda seketika dr segala masalah tanpa perlu memandu berjam2 lamanya. Harga? Harganya sederhana. Anda boleh memilih ikan terubuk bakar dengan hanya RM 33 sekilo ataupun ikan pari bakar dengan hanya RM 28 sekilo manakala sotong bakar pula dgn hanya RM 31 sekilo. Jgn lupa, padankan ikan bakar ini dengan nasi lemak yg sememangnya umpama irama dan lagu. Utk lebih layan, apa kata cuber pula padankan dengan air kelapa sebagai minuman anda utk hidangan tersebut. Pastinya anda teruja pilihan makanan tersebut. Selamat mencuba!

* Actually aku dah snap banyak gambar tapi malangnya hanya beberapa keping yg dapat ditransfer akibat virus masuk dlm memory card kamera aku. Huhu *

Posted at 02:47 pm by Faiz Nordin
Ada (3) komen, komen anda?  


Friday, February 02, 2007
Kan dah jd 'sensasi'

Selama ni, kita sgt melenting kalau agama kita dihina agama lain seperti isu kenyataan pope yg mengatakan Nabi Muhammad sebagai pengganas dan juga isu karikatur yang menghina Nabi Muhammad. Tetapi, apa yg kita lakukan kalau umat yg mengaku Islam sendiri yg mengaitkan kisah Nabi Muhammad dgn perkataan "Nak Mampus"? Aku muler menghidu isu ini masa baca Utusan. Ada sorang ni dr Semenyih hantar surat kat Forum Utusan tentang ke"over"an statement Rosnah Mat Aris. Aku mengakui aku mmg tak tgk rancangan ni masa 'live'. Then, aku nak dgr sendiri kenyataan Rosnah Mat Aris ni. So, aku download rancangan sesansi ni melalui Torrent. After aku dgr statement dier, oh my God, ni ker kenyataan dier? Kita semua tau yg dier lantang dlm kenyataan beliau tapi mengaitkan kisah Nabi Muhammad dgn "mampus" amat tak wajar sekali.

Ini adalah kata2 Rosnah Mat Aris yg menjadikan isu ini hangat;
"Salah ker kita bercinta dengan org muda? Zaman Nabi kita bercinta kawin dgn Siti Khadijah, berapa umurnya? Dengan? Tua ker muda tu? Dah nak mampus ker tidak tu?" selepas tu diiringi gelak antara Watie Elite ataupun Intan Suraya.......

Ur opinion tentang kenyataan Rosnah ni? Adakah ia hanya kenyataan yg kita perlu pekak telinga sajer ataupun kita perlu berasa sensitif dengan contoh kisah Nabi Muhammad terutamanya yg melibatkan penggunaan perkataan "mampus" tu? Semua yg ada di dlm studio ketika itu adalah org Islam dan apa yg mungkin berada di minda org bukan Islam yg menonton rancangan ni ketika itu?

Mungkin Rosnah Mat Aris boleh memberi contoh Kisah Nabi Muhammad tersebut tetapi beliau sebenarnya telah menjatuhkan martabat dan kedudukan Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah dgn perkataan "mampus" tersebut. Perlu diingat kedudukan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Tak sama dgn keadaan org biasa. Di mana kasih sayang kita mahupun rasa hormat kita kepada Nabi Muhammad sehingga sanggup menggunakan perkataan "mampus" tersebut terhadap Rasulullah? Ini hinaan yg amat besar terhadap junjungan Nabi Muhammad. Kita amat marah kalau org bukan Islam hina Nabi Muhammad tapi kalau Rosnah Mat Aris bg statement ni, kita perlu diam ker or memberi respon dgn gelak ketawa?

Tepuk dada tanya Iman. Ini peri perlunya Mufti bersuara ataupun Jabatan Agama mengambil fungsi dalam isu ni. Tapi aku berfikir kembali, sesuai ker kalau Mufti or Jabatan agama tegur artis Malaysia. Mana taknyer, rakyat Malaysia ni suker ikut artis dari ikut kata2 Mufti. Maklumlah, artis kan role model yg sgt "maksum" bg rakyat Malaysia. Tak salah nak jdkan artis sebagai role model tetapi kita perlu menjadikan mufti atau alim ulamak lebih tinggi darjatnya dari artis dan ambil contoh yg baik2 jer dr artis.

Wallahuaklam.

Wassalam

Posted at 04:24 pm by Faiz Nordin
Ada (8) komen, komen anda?  


Tuesday, January 30, 2007
Perang harga Air Asia & MAS

Kepada anda yg merancang utk melancong, inilah masanya. Tak kisahla domestik ataupun antarabangsa. Bermula dengan promosi sejuta tambang percuma oleh Air Asia yg telah berkahir 2 minggu lepas, kali ini giliran Malaysia Airlines pula membuat promosi. Melalui Malaysia Airlines Travel Fair 2007 (MITF), anda boleh menempah tiket melalui website, atau melalui telefon di talian 1300883000 atau travel agent yg berdekatan. Berikut ialah harga utk promosi MITF 2007:

DOMESTIK:
Alor Setar                  RM 49
Kota Kinabalu            RM 189
Bintulu                       RM 99
Johor Bahru               RM 29
Kota Bahru                RM 49
Kuching                     RM 99
Kuantan                     RM 9
Labuan                      RM 189
Langkawi                   RM 69
Miri                            RM 129
Penang                     RM 39
Sibu                          RM 129
Kuala Terengganu    RM 19
Tawau                       RM 199

ANTARABANGSA:
Medan                       RM 59
Phnom Penh              RM 99
Phuket                       RM 99
Bangkok                    RM 179
Hong Kong                RM 299
Brunei                       RM 299
Beijing                       RM 599
Seoul                        RM 599
Tokyo                        RM 699
Perth                         RM 599
Brisbane                    RM 799
Sydney                      RM 799
Dubai                        RM 799
London                      RM 999
Paris                          RM 949
Los Angeles              RM 1099

* Harga di atas utk sebahagian bandar sahaja. Utk full list, anda boleh layari laman web MAS.
* Harga di atas utk satu perjalanan dan tidak termasuk airport tax.
* Tempoh penempahan; 31 Januari - 6 Februari
* Tempoh penerbangan; 24 Februari - 30 September


Sehubungan dengan itu, Air Asia telah membuat satu promosi drastik dengan memberi 99 peratus diskaun. Prmosi dr Air Asia hanpi sama dari segi tempoh booking dan tempoh penerbangan dan Air Asia menamakan promosi ini sebagai "Promosi Tergempak Masa Kini". Berikut ialah senarai harga promosi Air Asia:

Domestik:
Johor Bahru (Singapura)       RM0.99 
Kota Bharu                             RM0.99 
Kuala Terengganu                 RM0.99 
Penang                                  RM0.99 
Langkawi                               RM9.99 
Alor Star (Hat Yai)                 RM9.99 
Bintulu                                  RM29.99 
Kuching                                RM29.99 
Kota Kinabalu                       RM39.99 
Labuan                                RM39.99 
Sibu                                     RM39.99 
Miri                                       RM39.99 
Sandakan                            RM49.99 
Tawau                                  RM49.99  

Antarabangsa
Medan                                   RM9.99
Palembang                            RM9.99 
Padang                                 RM9.99
Pekanbaru                            RM9.99
Phuket                                  RM19.99
Siem Reap (Angkor Wat)      RM29.99
Bangkok                                RM39.99
Jakarta                                  RM39.99 
Bandung                               RM39.99
Brunei                                   RM49.99
Chiang Mai                           RM59.99
Solo (Yogyakarta)                RM59.99 
Phnom Penh                        RM59.99 
Surabaya                             RM69.99 
Bali                                      RM69.99  
Hanoi                                   RM69.99
Clark (Manila)                      RM69.99 
Macau (Guangzhou)            RM69.99

* Tidak termasuk airport tax
* Penempahan hanya melalui laman web
* Tempoh penempahan; 31 Januari - 7 Februari
* Tempoh penerbangan; 1 April - 31 Julai

Dan jgn lupa, akhir bulan februari nanti kita akan dpt membeli tiket ke UK dgn hanya RM 9.99 melalui penerbangan X Air Asia. Mmg benar, Now Everone Can Fly!

Posted at 11:07 pm by Faiz Nordin
Ada (3) komen, komen anda?  


Monday, January 29, 2007
Demi Masa

Assalamualaikum

Lama rasanya tak menaip kat blog ni. Bak kata ayat kay kalau jarang update blog "naik semak blog bila tak hapdet". Tak salah jika kadang2 aku lontarkan masalah peribadi. Mungkin sekadar utk aku melepaskan isi hati aku. Lately, hidup aku mmg tak keruan. Tak keruan dari segi masa. Walaupun aku cuba letak all my plan kat planner tapi sometimes aku tak berjaya juga nak urus masa dgn baik. Actually aku before this cuti 3 minggu sehingga semalam tapi sepanjang cuti 3 minggu ni, aku hanya lekat kat rumah hanya 2 hari. Aku rasakan cuti sem kali ni lebih penat dari minggu2 esemen. Aku mengaku lately aku jarang spend dgn kawan even dgn my baby pun. Sometimes, fiza beritau secara sinis perasaan sunyi dier dan aku tak dapat menolong dier membuat apa2. Kadang2 biler kiterang tgh call, aku tertido la and sometimes sms dier aku lmbt balas la etc. Diernyer suprise party pun aku terpaksa buat sehari sebelum besday dier.

Ari ni sem baru bermula tapi aku baru tgk jadual masa bgn tido td. Aku baru terhegeh2 nak susun jadual ari ni. Kat rak aku, melambak buku2, notes2 and even soalan exam sem lepas yg bersepah2 umpama sampah yg tak dikutip DBKL. I know lately aku hanya dpt tido secara purata 4-5 jam sehari and kadang2 tu dpt lelap hanya 2-3 jam sampai tgh hari esoknya aku rasa pening2, demam and pernah sekali aku termuntah. Mungkin disebabkan terlalu banyak nescafe yg aku minum utk elak aku mengantuk. Hopefully, dgn masuknya ke sem baru ni, aku semakin stabil dlm menguruskan masa. Itu yg aku harapkan dan mungkin itu yg fiza harapkan. Tanggungjawab aku walaupun dah kurang tetapi masih ada tapi aku cuba utk susun waktu aku dgn lagi elok utk sekurang2nya aku ada ruang utk bernafas dan rehat secukupnya. InsyaAllah.

Wassalam

Posted at 08:42 am by Faiz Nordin
Ada (4) komen, komen anda?  


Sunday, January 21, 2007
Kaer - Izinkan Aku Pergi

This is the new song that I like very much. The melody, the rhythm and this type of music mmg suitable sgt dgn vokal kaer. I like Kaer since dier nyanyi lagu Januari yg bg aku lg best dr Glenn. Btw, aku ada titipkan file utk anda download dan aku ada santapkan anda dgn lirik lagu ini yg begitu indah. Well sperti biasa, entry yg mempunyai lirik lagu ni aku letak khas utk lagu yg betul2 aku minat sahaja. Ini menunjukkan kesungguhan aku utk promote lagu ni. Hehehe. Btw, lagu ni membuatkan sesapa yg mendengarnya terutamanya kepada sesiapa yang mengerti dan pernah mengalami keadaan ketika meninggalkan kekasih akan terasa terlalu sebak apatah lagi ia dinyanyikan oleh Kaer yg semestinya mempunyai vokal yg sesuai dgn irama slow ballad ni. Nak download lagu ni, just klik kat title lagu ni. Kalau tak dpt download, inform aku k. Wink

KAER - IZINKAN AKU PERGI

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

(Korus)
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

(Ulang korus)

Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi

Posted at 11:19 am by Faiz Nordin
Ada (36) komen, komen anda?  


Wednesday, January 17, 2007
Sebaya aku dah jd calon pilihanraya

Aku ingin beralih komen tentang isu politik. Aku bukanlah ingin menjadi penganalisis utk pilihanraya DUN Batu Talam tetapi aku ingin meluahkan rasa pelik aku tentang calon bebas yg akan melawan Barisan Nasional. Beliau ialah Ng Chee Pang. Bg mereka yg tidak mengetahui siapakah Ng Chee Pang ni dan berasa musykil kenapa aku tetiber nak ulas calon bebas ni, anda akan berasa terkejut kerana Ng Chee Pang ni baru berumur 21 tahun dan bakal masuk umur 22 tahun minggu depan. Aku hanya pelik kerana umur beliau. Beliau membuatkan ramai tertanya2 apakah motif beliau ingin bertanding dlm kawasan DUN tersebut? Lebih menghairankan beliau menggunakan platform parti bebas yg menggunakan lambang bas dan hanya mempertaruhkan pengalaman 21 tahun hidup berbanding calon BN yg merupakan setiausaha UMNO Bahagian Raub yg juga telah berumur 47 tahun.


Ng Chee Pang (kanan) bersalaman dgn calon BN (kiri). Dah mcm
anak dgn ayah jer.

Umpama anak melawan ayah tetapi inilah hakikat yg sukar dipercayai. Ni yg aku kobar2 gak nak jd calon wakil rakyat gak. Hahaha. Dier guna lambang bas, aku guna lambang keretapi. Tongue. Apapun, aku just nak mengharapkan satu jer. Beliau mungkin sukar utk menang tetapi atas dasar perikemanusiaan, aku harap beliau tidak hilang wang pertaruhan. Biler tgk gambar kat atas, cam innocent jer mamat ni. Biler wartawan tanya, siapa yg suruh bertanding, beliau jawab ayahnya yg suruh. Then, biler wartawan tanya lagi apa tujuan beliau bertanding, beliau menjawab beliau ingin penduduk Raub mendapat rezeki yg lebih murah drpd pertandingan antara beliau dan calon BN ini. Soalan terakhir dr wartawan mengenai pengalaman beliau dlm poltik, beliau yg akan menyambut hari jadi ke 22 tahun minggu depan dgn selamba badak menjawab, "Saya ada pengalaman menaiki Gunung Kinabalu". Drpd jawapan berkenaan, kita leh simpulkan sesiapa yg pernah mendaki Gunung Kinabalu mempuanyai suatu pengalaman berguna dr pendakian tersebut utk melibatkan diri dlm politik amnya dan menjadi calon wakil rakyat khasnya. Pelik bunyinya kan?

Sekian, wassalam

Posted at 11:33 pm by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  




Next Page
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< March 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics