![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Monday, January 15, 2007
Vacation to Kota Kinabalu Assalamualaikum........ Seminggu rasanya aku tak apdet blog. Walaupun tgh cuti sem tetapi banyak keje aku sedang pending. Aku akan uruskan 2 trip lagi minggu ni dan minggu depan. Apapun, ari ni aku nak citerkan pengalaman aku vacation ke Kota Kinabalu. Secara kesimpulan, im in love with Sabah. Now, aku dah muler rasa rindu kat Sabah especially Kota Kinabalu and Mt Kinabalu. Hahaha. Feeling cam bodoh jer. :P. Actually ni first time aku jejakkan kaki ke Sabah. Agak pelik sbb aku memakan masa yg lama utk plan pi Sabah sedangkan negeri lain especially Sarawak yg aku selalu pergi. Maybe takder seru kot nak pi Sabah. Then, bila dah pi terus in love dgn Sabah ni. Apa yg boleh komen tentang vacation ke Sabah ni is very fantastic except 2 things. First sebab tak clear nak amik gambar due to keadaan yg sgt berawan and tak dpt nak naik Sunset Cruise seperti diplan sbb keadaan laut yg bergelora dan juga fobia dgn accident bot karam di Sandakan sehari sebelum itu. Mungkin aku akan qadak balik apa yg aku kempunan tu pada next trip pi Sabah. ~akan pergi ke sabah lg pada waktu terdekat~
Aku menaiki flight dr LCCT pada pukul 9.15 pagi dan tiba di Terminal 2 Kota Kinabalu 2 jam setengah kemudian. Then, aku terus menaiki sebuah proton wira yg kami sewa utk terus ke Gunung Kinabalu. Kami dinasihatkan oleh pemilik kereta wira terbabit yg kami kene sampai awal ke Kundasang iaitu kota kecil yg merupakan kaki Gunung Kinabalu dan juga tempat yg terletaknya Taman Negara Kinabalu. Waktu tersebut menunjukkan pukul 1 petang dan kami ada misi untuk sampai ke Kundasang sebelum pukul 5 petang. Tapi kami cuber rileks and cool agar semuanya berjalan lancar. Then, kami singgah utk menjamu selera di Restoran Sri Melaka di Kg Air yg merupakan restoran Melayu paling popular di Kota Kinabalu. ~Sesedap rasa jer aku anugerahkan restoran ni yg paling popular. hahaha~
Selepas kenyang menikmati masakan yg lazat2 antaranya kailan ikan masin, ayam masak bawang putih dan ikan tanpa tulang masak sweet sour, kami terus bergerak ke Kundasang dAn terpaksa berpandukan peta di sebelah. Kami melalui beberapa tempat seperti Inanam, Tuaran, Tamparuli dan terus ke Kundasang melalui tempat yg dipanggil Bandu Tuhan. Perjalanan sejauh 115 km yg mana hanya 35 km sahaja merupakan jalan lurus manakala selebihnya ialah jalan yg curam dan berliku2. Kami start melalui jalan yg curam dan berliku2 bermula dr jambatan Tamparuli sehinggalah ke Kundasang. Pendek kata jalan tersebut merupakan kesinambungan antara jalan Cameron Highland dan Genting Highlands. Sepanjang perjalanan tersebut, aku sebagai driver mengalami sedikit cabaran iaitu aku tak biasa guna kereta automatik apabila naik bukit. Nasib baik kawan ayah aku cuber menenangkan aku kembali dgn memberi tips menggunakan gear automatik apabila naik bukit setelah kereta kami tak gerak2 sbb guna gear 'D'. Nampak bodoh giler laks aku tak reti bawak gear automatik. Haha.
Akhirnya, sampai gak kami di Kundasang iaitu lebih kurang pukul 4.15 ptg setelah aku memandu lebih kurang 1 jam 45 minit dan memandu dlm keadaan berawan. Kami terus check in di salah sebuah hotel di Kundasang yg dikatakan hotel yg tertinggi di area Gunung Kinabalu. Hotel ini berada betul2 di puncak Kundasang. Dahla Kundasang tu adalah puncak di area Banjaran Crocker dan hotel ini berada di atas satu lagi bukit di area Kundasang. You all can imagine betapa tingginya hotel ini. Kiterang punyer bilik kat Tingkat 7 dan bila masuk bilik, kitaorg terus bukak tingkap. Alangkah terkejutnya apabila kami sebenarnya berada di atas awan. Bila kami pandang bawah, semuanya menjadi keputihan belaka. Mungkin keadaan ni ada pro and cons. Pronyer ialah keadaan sebegini jarang berlaku dan cons nyer, tak clear amik gambar. Huhu. Malam tu kami dinasihati oleh pihak hotel agar tidak keluar memandangkan keadaan yg sgt berawan. Utk itu, aku ngan pakcik sebilik aku (kawan bapak aku) terus pergi mencari makanan utk kami tapar ke bilik hotel. Sebenarnya tapar bermaksud bungkus dan perkataan tapau yg sering kita guna tu adalah berasal dr word tapar. Lebey kurang pukul 5.30 kami keluar utk mencari makanan. Waktu itu keadaan dah muler bergelap. Kami lekas utk mencari makanan dan terus balik ke hotel. Apa yg kami lakukan di hotel hanyalah tido di puncak awan dlm keadaan sungguh nyaman.
Keesokannya, kami breakfast di hotel dan pergi ke pekan Ranau. Pekan Ranau yg merupakan kampung asal Linda AF terletak 15 km dr Kundasang. Perjalanan dr Kundasang ke Ranau adalah perjalanan menuruni bukit. Di Ranau, kami hanya singgah utk mengisi minyak dan membeli teh Sabah. Kami tidak berpeluang ke kawasan ladang Teh Sabah dan utk menyedapkan hati, kami anggap yg Ladang Teh Sabah hampir sama dengan Ladang Boh di Cameron Highlands. Selepas itu, kami berpatah balik ke Kundasang. Kami singgah sebentar di deretan gerai yg menjual sayuran dan buah2an. Beza antara deretan pasar tersebut dgn pasar di Brinchang, Cameron Highland ialah di Kundasang tiada strawberri tetapi ada buah salak. Yang lain hampir sama dgn Cameron Highlands.
Sebelum pulang ke Kota Kinabalu, kami singgah ke Taman Negara Kinabalu yg juga merupakan tempat permulaan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Agak pelik bunyinya tetapi kami dengan menggunakan kereta sewa tersebut 'cuba' mendaki Gunung Kinabalu tersebut. Kami cuber sedaya upaya 'mendaki' sehingga kami rasa kami perlu patah balik. Bg aku pula, niat aku cumer satu. Aku try nak dptkan anger dan tempat yg kurang awan utk aku menangkap gambar. Agak mengecewakan tetapi aku berpuas hati juga mengambil gambar seperti gambar di bawah. Nak buat cam mana, itu sahaja yg aku dpt try.
Kami terus menuruni Banjaran Crocker dan melalui sekali lagi Jambatan Tamparuli. Teringat jambatan ini, teringat lagu Jambatan Tamparuli dan juga teringat yg Tamparuli merupakan tempat asal Marsha. (Aku banyak kenal nama tempat kat sabah & sarawak ni sbb AF). Gambar di bawah ni aku snap ketika aku drive. Huhu. Kalau ini bukan jambatannya aku mintak maaf. Aku sekadar mengandaikan ini ialah jambatan yg dimaksudkan dlm lagu tersebut berdasarkan situasi jambatan tersebut yg terletak di Tamparuli. Aku teringat betapa semangat jambatan ini kepada penduduk Tamparuli sehingga mereka mencipta lagu dan lirik khas utk jambatan ini.
Kami terus dlm perjalanan ke Kota Kinabalu. Kami melalui sekali lagi Inanam. Teringat Inanam teringat yg inilah kampung halaman Adam. Inanam sekali imbas dr mata kasar merupakan kawasan yg kuat pengaruh Islam. Di sini, ia mempunyai sekolah menengah agama dan rata2 penduduk di sini nampak alim. Selepas itu, kami bercadang ke Monsopiad Cultural Village di Panampang. Panampang merupakan kawasan yg mempunyai ramai penduduk Kadazan Dusun. Bila sampai di Panampang, aku teringat pula si malatop, Velvet yg merupakan anak jati Panampang. Kami terus ke Monsopiad tetapi kami berpatah balik kerana terasa tak best pulak nak ke Monsopiad. Kami terus ke Kota Kinabalu dan terus mencari makan tengahari memandangkan waktu sudah menunjukkan pukul 2.30 ptg. Lantaran itu, kami menikmati makanan di Restoran Sri Delima yg bersebelahan dgn Restoran Seri Melaka. Makanannya enak juga tetapi bg aku, aku lebih prefer utk makan dr Seri Melaka. Selepas itu, dlm lebey kurang pukul 3.30 ptg, kami menuju ke Sutera Harbour utk check in hotel. Sebelum tu, kami pusing2 melalui jalan tepi laut berhampiran pelabuhan Jesselton utk menikmati pemandangan indah di sana. Di sini, kami dpt melihat bangunan Yayasan Sabah dan juga masjid terapung.
Apabila sampai jer di bilik hotel di Sutera Harbour, aku terus letakkan beg and terus tukar baju. Dlm otak waktu tu hanya satu, nak pi mandi swimming pool. Aku meluangkan masa selama hampir 2 jam utk bermandi manda di swimming pool yg bg aku agak besar berbanding hotel lain. Waktu menunjukkan pukul 6 ptg, dlm pikiran bukan lagi swimming pool tetapi pemandangan sunset. Berdasarkan pandangan beberapa pelancong dlm beberapa laman web pelancongan dunia, Kota Kinabalu mempunyai pemandangan sunset yg menarik. Ya, aku setuju dgn pandangan tersebut setelah aku sendiri melihat sunset tersebut. Sungguh indah sambil menikmati tiupan angin sepoi2 bahasa yg sungguh nyaman. Lepas tgk sunset, kami terus bersiap dan menaiki bus shuttle yg disediakan pihak hotel untuk menuju ke Kota Kinabalu. Niat kami hanyalah utk menikmati makan malam dan aku memilih salah sebuah seafood restaurant dekat area waterfront esplanade. Sungguh sedap makanan di situ terutamanya udang masak mentega dan tak lupa shark fin. Selepas itu, kami pulang ke hotel dan berehat.
Keesokkannya, selepas breakfast, aku terus dgn aktiviti mandi swimming pool dan yang lain menikmati angin tepi laut. Kami masih fobia utk boating setelah keadaan laut yg bergelora. Dlm area pukul 10 pg, kami bersiap utk check out. Selepas check out, kami mencari teksi utk pergi pasar filipina dekat area pekan KK. Di sini, banyak mutiara dijual. Dr yg berkilat2 hinggalah yg sedikit kasar. Sementara yg lain dok shopping, aku sempat berjumpa dgn member aku yg aku kenal melalui Fiza yg belajar di UMS yg tolong aku carik keter sewa murah2 iaitu Syamila. Sempat gak la berborak sat dekat area shopping complex kat sana. ~Tq syamila sbb tolong aku~
Then, kami terus ke airport utk perjalanan pulang. Sememangnya, aku jatuh hati dengan keadaan di Sabah. Mmg satu tempat yg menarik utk dikunjungi. Jika ada masa dan kewangan, akan aku pergi lagi ke Sabah yg menjanjikan tempat2 menarik yg memberi kepuasan. InsyaAllah
PENERBANGAN DISEDIAKAN:
Tuesday, January 09, 2007
Eyes On Malaysia
Seperti yg dijanjikan melalui entry sebelum ni, tahun ni aku akan banyak update psl tempat2 pelancongan yg menarik di Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Utk entry pertama mengenai tempat2 yg boleh kita nikmati, apa kata kita mencuba Eyes On Malaysia. Ia merupakan 'ferris wheel' yg ketiga di dunia selepas London Eye dan juga di Japan. Dengan ketinggian setinggi 60 meter, ia boleh menjadikan anda seperti 'burung' yg memusing 360 darjah dan melihat keindahan Kuala Lumpur. Aku cadangkan agar anda menaiki pada sebelah malam kerana Kuala Lumpur kaya dengan lightingnya yg cukup indah di waktu malam. Apa yg menarik ialah Eyes On Malaysia ini terletak di Taman Tasik Titiwangsa yg mana sebelum ni ia hanyalah menjadi port dating dan boleh dikatakan terbiar jugaklah. Tetapi apabila aku berkesempatan pergi ke Taman Tasik Titiwangsa malam tadi, ia sungguh menarik dan rasa tak sangka pulak Taman Tasik Titiwangsa boleh menjadi seindah tersebut. Sekarang ni bukan hanya Eyes On Malaysia sahaja yg menjadi tarikan di Tasik Titiwangsa tetapi anda boleh bermain water sport dan sesapa yg berkemampuan, bolehla menaiki Jet Ski di tasik yg merupakan tasik yg mempunyai ketinggian yg dalam itu.
Tapi agak sedey sbb malam td tak sempat nak naik Eyes On Malaysia ni. Pertamanya, terlalu ramai org dan keduanya, aku sampai pun hampir pukul 10 malam iaitu dah nak dekat tutup. Jadi, aku hanya mengambil kesempatan utk mengambil gambar dan memikirkan sejenak keindahan suasana baru Tasik Titiwangsa. Tahniah kepada Kemeterian Pelancongan yg bijak utk memajukan kawasan tersebut menjadi seindah sekarang. InsyaAllah kalau ada kesempatan, aku akan menaiki juga Eyes On Malaysia ni. Berikut adalah details mengenai Eyes On Malaysia: Waktu Operasi : 10 pagi - 10 malam
Oklah, aku terpaksa masuk tido sbb esok pagi2 buta akan bertolak ke Kota Kinabalu utk satu lagi trip aku sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Apa kata kalau ada masa, lawatilah tempat2 menarik2 di Malaysia yg semestinya akan memberi kita satu pengalaman menarik. Wassalam Monday, January 01, 2007
Akhirnya US 'menang' juga......
Syiah bergaduh dgn sunnah tetapi akhirnya kemenangan berpihak kepada US. Walaupun jam kat depan mata aku skang dah menunjukkan 3.15 pagi tetapi aku gagahkan juga utk menulis mengenai terkorbannya Saddam Hussien yg digantung pada pagi hari raya Aidiladha. Perasaan sedih terhadap kematian Saddam, perasaan marah terhadap Bush dan US serta perasaan kecewa terhadap saudara seislam aku sendiri. Sebelum kita sebagai umat Islam ingin menyalahkan Bush dan US, salahkanlah umat Islam sendiri. Kita amati sejarah yg mengheret Saddam ke kancah tali gantung yg mana bg diri aku sebagai seorang Islam, US & Bush seolah2 mempersendakan amalan korban di Aidiladha. Ia bermula apabila puak sunnah dan puak syiah tidak sehaluan. Ini bukan masalah baru dlm umat Islam. Ini adalah masalah yg sering menghantui umat Islam sejak kewafatan Saidina Ali. Pergolakan antara puak syiah dan sunnah di Iraq ini jugalah yg mengakibatkan perang teluk antara Iraq dan Iran kerana Iran juga adalah sebuah negara Islam yg berpaksikan Syiah. Masih teringat aku hampir 5 tahun lepas yg mana Imam Besar Masjid Nabawi telah terang2 mengatakan dlm khutbah beliau yg amalan syiah adalah amalan yg tidak berlandaskan kepada Islam dan boleh diibaratkan sebagai terpesong dr akidah Islam. Akibatnya, Imam Besar tersebut terus ditangkap oleh polis sejurus beliau memberi salam dlm sembahyang. Kepada sesiapa yg masih samar dengan syiah, secara ringkasnya syiah tidak memperakui Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah tetapi mereka mempertahankan pendirian mereka yg Saidina Ali yg sepatutnya menjadi pesuruh Allah. Ini jelas, tidak memenuhi rukun iman yg ketiga iaitu kepercayaan kepada rasul dan isi khutbah Imam Besar Madinah tersebut ada asasnya. Keduanya, ada antara amalan dlm Syiah yg jelas bertentangan dgn Islam. Salah satunya dan yg paling popular ialah kahwin mut'ah atau lebih senang dikenali dengan kahwin kontrak. Itu adalah syiah dan kita di Malaysia adalah Islam yg bersandarkan kepada imam sunnah waljamaah iaitu sama dengan hampir semua umat islam di dunia ini. Apabila Saddam Hussien yg juga merupakan seorang Islam yg berpaksikan sunnah ingin menyelesaikan masalah pergolakan antara puak syiah dan puak sunnah di Iraq, puak Syiah telah meminta bantuan Iran utk membantu mereka. Maka dengan itu, terjadilah perang teluk dan selepas itu Iraq terus dirundum malang sehinggalah Saddam Hussien digulingkan oleh US yg mana ia juga adalah hasil permintaan dr puak syiah. Sekarang kita tanya pada diri kita sendiri sebagai umat Islam, siapa yg rugi dan siapa yg untung? Sudah pasti, umat Islam sendiri yg rugi manakala pihak lain seperti US yg mengambil kesempatan kepada kita. Kita tanya lg pada diri kita, siapa yg patut dipersalahkan? Jawapan aku cukup senang, salahkan diri kita sendiri. Kita bergaduh sesama sendiri tetapi musuh kita yg mengambil kesempatan terhadap kita. Kita tanya lagi, apakah kesannya? Jawapannya kita sendiri yg malu. Bayangkan, hari raya Aidiladha dan juga hari2 taysrik merupakan hari yg begitu mulia di sisi Islam. Hari yg lebih mulia dari hari raya Aidilfitri kalau mengikut ajaran Islam (kalau ikut budaya org melayu, Aidilfitri lagi disambut). Kita tidak digalakkan berperang pada hari raya Aidiladha dan hari2 tasyrik tapi apa yg telah berlaku kepada Saddam seolah2 cuba mempersendakan kemuliaan Aidiladha itu sendiri. Yg paling mengecewakan ialah sikap puak syiah sujurus berita kematian Saddam Hussien tersiar. Mereka menari2 di atas jalan sambil meraikan kematian tersebut sedangkan mereka masih lagi satu agama dengan Saddam walaupun berlainan fahaman. Entahlah, kalau umat Islam tidak bersatu, inilah akibatnya. Islam akan terus ditindas dan ditindas. Satu pertanyaan kepada US yg menggelarkan diri mereka sebagai polis dunia, kalau Saddam dihukum sebab sikap diktatornya yg sebenarnya masih samar2 tetapi kenapa tidak dihukum juga kepada pemimpin Israel yg sejak 1940an lagi menceroboh Palestin? Lihat juga apa yg berlaku di Afghanistan yg mana serangan2 US dan tentera bersekutu sebenarnya telah membunuh ribuan penduduk Afghanistan. Adakah ini semua bukan diktator? Soalan2 yg mungkin akan dipandang sinis oleh US. Walauapapun, marilah kita sama2 amik iktibar dr apa yg berlaku. Perpaduan dan bersatu adalah amat penting sekali. Tanpa perpaduan, sudah pasti ia akan mengundang pihak lain mengambil kesempatan kepada kita. Marilah juga kita doakan kesejahteraan seluruh umat Islam di dunia ini terutamanya umat Islam di Palestin. Satu soalan yg tak tahu apa jawapannya, sampai bilakah Islam terus ditindas di bumi ini? Wallahuaklam Wassalam Saturday, December 30, 2006
Salam Aidiladha & Happy New Year 2007 SALAM AIDILADHA 1427
Sudah lama rasanya tak apdet blog. Mungkin sbb aku nak final exam minggu depan dan juga kelembapan nak suf internet ekoran gempa bumi di Taiwan. Di kesempatan yg singkat ni, aku ingin ucapkan Salam Aidiladha 1427 Hijrah. Semoga pengorbanan kita diredhai Allah especially di kala banyak dugaan yg sedang melanda kita dan semoga kita terus tabah dlm menerima segala ujian dan dugaan Tuhan.
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2006
Nampak gayanya Hari Raya Aidiladha tahun ni sehari sebelum Tahun Baru. Rasa sedih pulak utk aku meninggalkan tahun 2006. Tahun yg pada mulanya begitu berat aku nak pikul memandangkan terlalu banyak masalah terutamanya 5 bulan terawal. Alhamdullilah, aku dpt grab cabaran tersebut dgn jayanya. Puas dgn tahun 2006? Masih lagi ada yg belum aku capai terutamanya kebahagiaan dlm hidup. Apapun, aku tetap bersyukur dgn nikmat Nya sehingga membolehkan aku hidup dengan aman. Tiada azam aku utk tahun hadapan cumer melangsaikan azam yg masih tertunggak. Apakah azam yg tertunggak tu? Biarlah ia dtg dengan kenangan terindah suatu masa nanti. Huhu. InsyaAllah. Secara akhirnya, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2007.
TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2007
Yang paling penting Selamat Datang Tahun Melawat Malaysia 2007. Semoga industri pelancongan kita berkembang dengan kehadiran pelancong2 asing. Khabarnya hotel di beberapa tempat peranginan seperti Cameron, Langkawi, Port Dickson, Kuching & Kota Kinabalu menerima terlalu banyak tempahan. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, aku akan menulis beberapa tempat2 menarik di Malaysia yg boleh kita kunjungi utk menghargai nikmat ciptaan Tuhan yg berada di Malaysia. Maklumlah, aku ni mmg minat travel2 ni. Hehehe. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan, wassalam. Friday, December 22, 2006
Sudah Bersedia? Assalamualaikum......... Sekadar utk kita menyusuri beberapa tragedi pelik yg berlaku pada tanggal setiap 26 Disember. Mungkin membawa kita utk berfikir, apakah pula yg akan berlaku pada 26 Disember 2006? Adakah Kita bersedia utk menghadapi sebarang kemungkinan yg akan berlaku pada tarikh tersebut yg mana akan menjelma hampir 3 hari sahaja lg? Atau adakah kita masih lagi khayal dengan keduniaan kita walaupun kita kadang kala sedar setiap bencana itu adalah peringatan Allah kepada hambaNya? 26 Disember 1932 26 Disember 1939 26 Disember 1996 26 Disember 2003 26 Disember 2004 Itulah beberapa rentetan peristiwa yg berlaku pada tanggal 26 Disember. Sedang kita disogokkan dengan jualan akhir tahun oleh pasaraya terkenal dan kedai2 elektrik dan juga ketika sedang asyik kita dihidangkan ayam Turkey di buffet istimewa di hotel pada setiap 25 Disember, marilah kita renung kembali setiap peristiwa dan peringatan Tuhan tersebut. Setiap manusia pasti membuat kesalahan termasuk diri aku sendiri yg juga tidak ketinggalan dari terleka dan terlalai dengan buaian dunia ni. Satu persoalan yg timbul setiap kali pada bulan Disember, adakah kita bersedia utk menghadapi hari yg ramai org sifatkan sebagai tanggal maut ini? Lebih2 lagi dengan keadaan banjir yg sungguh dasyat yg berlaku di selatan tanah air dan juga taufan2 yg selama ni kita tak pernah dgr pun seperti taufan durian dan taufan utur. Aku nasihatkan diri aku dan kita semua utk kita sama2 mengambil iktibar tentang segala tragedi yg berlaku kepada kita. Semoga Allah akan memberkati perjalan kita sebagai seorang hambaNya. InsyaAllah. Wassalam Monday, December 18, 2006
Apabila mufti berani bersuara............ Assalamualaikum.... Aku memperuntukan 15 minit sahaja utk melangsaikan entry ini kerana assignment menanti aku dengan penuh debaran. Huhu. Entry hari ni mengenai mufti termuda di Malaysia dlm sejarah iaitu Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Beliau kini sering diperkatakan dengan statement2 beliau yg menarik perhatian masyarakat Islam. Antaranya operasi mengintip seterusnya menyerbu org berkhalwat dihentikan, menyarankan org muda utk menegur org yang lebih tua dan mengajak anak muda utk ke masjid. Sebelum aku ulas statement2 beliau, mari kita berkenalan dengan mufti Perlis ini yg baru sahaja berumur 35 tahun. Beliau dilahirkan pada tahun 1971 di Bukit Metajam, Pulau Pinang. Belia mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Klang dan selepas itu melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Jordan dalam bidang Bahasa Arab & Syariah. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Islam di USM sebelum melanjutkan pelajaran pada peringkat doktor falsafah dalam bidang pengajian hadis. Beliau menjadi pensyarah di Fakulti Pengajian Islam di USM sejak tahun 2003. Beliau dipinjamkan sementara utk menjadi Mufti Negeri Perlis selama 2 tahun selepas menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yg telah berkhidmat menjadi mufti Perlis selama 23 tahun. Kini Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin dilantik sebagai Penasihat Agama Negeri Perlis. Dr Mohd Asri telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis utk tahun ni. Perlantikan Dr Mohd Asri sebagai mufti Perlis ada kaitannya dengan jawatan Raja Perlis sebagai Cansellor USM. Mungkin Raja Perlis melihat Dr Asri sebagai seorang yg mampu menaikkan kembali Islam sebagai agama yg disegani serta kagum dengan keberanian Dr Asri yg sememangnya pandai berhujah. Ketika ini, Dr Asri mungkin antara org yg sedang diberi perhatian dan ramai yg memperkatakan mengenainya. Satu statement "berani mati" iaitu memberhentikan serta merta pengintipan dan serbuan pasangan khalwat di kawasan persendirian cukup membuatkan Dr Asri antara mufti kedua lantang bersuara selepas mufti Perak, Dato' Seri Harussani. Aku sendiri pernah mempersoalkan mengenai apa tujuan jabatan agama melakukan serbuan khalwat sehingga memanggil pihak media dan sikap tidak pemaaf penguatkuasa jabatan agama jika berlaku salah dlm operasi mereka dlm entry aku yg ke 194 & 207 . Cumer, pandangan Dr Asri diterjemahkan dalam New Straits Times tetapi pandangan aku hanya terhenti di blog. Walaupun pada mulanya, aku mengulas entry tersebut dalam keadaan samar2 kerana aku takut ada yg akan hentam aku balik tetapi apabila seorang mufti yg berdarah muda memberikan pandangan sama seperti apa yg aku tulis dlm entry sebelum ni, aku bertambah yakin. Tak salah utk menyerbu pasangan khalwat tetapi ada gaya pendekatannya. Seperti apa yg aku pernah tulis sebelum ni dan pendirian Dr Asri sendiri, lakukanlah tangkapan kerana amar makruf nahi mungkar dan bukannya mengaibkan orang lain. Antara artikel yg aku begitu respect sekali mengenai isu ini ialah komentar yg ditulis oleh wartawan MStar (akhbar The Star yg berbahasa Melayu), Saodah Elias. Klik sini utk membaca full artikel beliau. Dengan statement tersebut, kini, Dr Asri dipandang negatif terutama sekali org2 tua kita. Apapun, jgn cepat melatah. Sekadar memetik kata2 wartawan MStar terbabit yg antara petikannya "Jika telah banyak berlaku sebelum ini pihak-pihak tertentu dengan cepat mengundur ke belakang apabila kenyataan mereka yang dianggap sesetengah pihak sebagai terlalu progresif disanggah banyak pihak, Mohd Asri bertegas berpegang pada pendiriannya". Mungkin Dr Asri telah dikritik dengan hebat tetapi kalau kita kaji 3 statement beliau, kita akan berfikir yg Dr Asri telah membuka lembaran baru dlm arena perdebatan mengenai undang2 syariah di Malaysia. Juga sekadar memetik kata2 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Dr Abdullah Mohd Zain yg mengakui kelemahan dlm sistem pengutkuasaan berkaitan khalwat. Kalau sistem pengutkuasaan berkaitan khalwat tidak lemah, maka tidak adalah kes2 tersilap serbu seperti kes mat saleh kat Langkawi tu. Aku juga ingin memetik kata2 Dr Abdullah yg berbunyi "Saya percaya kepada panel akidah saya, saya percaya kepada panel mufti saya. Dia orang muda...bagi dia bercakap. Saya hormati pandangan dia dan saya terbuka." Tahniah sekali lagi kepada Dr Asri yg berani mengeluarkan hujah beliau dengan dalilnya sekali. Yang baik datangnya dari Allah, yg buruk datangnya dari diri aku sendiri. Wassalam *Terlebih budget masa aku utk menulis entry ni. Terlajak 15 minit. Huhu* Wednesday, December 13, 2006
Perangkap Had Laju Assalamualaikum....... Kadang2 kita perlu laju utk sampai ke destinasi. Tapi, mungkin anda semua risau dengan perangkap had laju yg ada di area lebuhraya utara-selatan dan beberapa tempat lain. Tak mengapa, aku ada listkan sebahagian tempat2 yg mempunyai perangkap had laju bukan sahaja di lebuhraya tetapi juga di jalan2 persekutuan. Mungkin ini dapat membantu poket anda dari terbang membayar saman. Apapun, walaupun laju tetapi berhati2 lah ketika memandu. Ingatlah org yg tersayang. Plus Arah Utara (Dari KL): Plus Arah Selatan: Plus Tengah: NKVE KESAS ELITE (Dari arah KLIA) JALAN PERSEKUTUAN (yang mana aku tau) Semoga dengan beberapa perangkap had laju yg diberikan, anda dpt slow dan seterusnya dapat mengurangkan kos perbelanjaan anda. Alhamdullilah skang ni sudah lama aku tak kene saman. Kalau tak dulu, pernah sekali 15 saman setahun. Huhu. Btw, thanks kepada sebuah syarikat bas persiaran atas info ni. Wassalam Saturday, December 09, 2006
Cuba lagi Norman Noor Maybe this is shortest entry that i did. Utk pengetahuan anda yg belum mengetahuinya, Norman Noor telah layak ke pertandingan akhir Battle Of The Band anjuran Justea (Air teh dlm tin) yg berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara mlm tadi. Sorry aku tak bitau awal2 kerana aku perlu menghormati permintaan Norman Noor agar aku tidak mengupdatenyer di blog. (Maybe takut kot kalau ramai member dier dtg
Aku tak dpt nak komen lelebih coz aku tak dpt pergi ke The Curve ari tu atas sebab2 tertentu. Tetapi tidak mengapa, PR gantian, En Qhayum dan PA hebat, Aizat berada di sana bg membantu persiapan Norman Noor. Thanks juga Norman Noor ucapkan kepada member2 yg datang seperti Asri, Nik, Faidah, Nabeela dan Faizah. Berikut ada beberapa keping gambar yg sempat diambil. Vdeo juga dapat diambil tetapi atas permintaan Norman Noor, aku tak dpt menguploadkannya.
Tuesday, December 05, 2006
Isu Kenaikan Tol Assalamualaikum........ Besar kemungkinan, awal tahun depan akan menampakkan kenaikan tol di 5 lebuhraya dgn kenaikan sebanyak 30%-50%. Satu jumlah yg agak besar jika dibandingkan dengan keadaan sara hidup rakyat Malaysia yg semakin hari semakin bertambah. Lima konsesi lebuhraya tersebut adalah KESAS, LDP, Lebuhraya Sg Besi, Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Guthrie. Sebenarnya, ada dua perkara pokok yg perlu diambil perhatian oleh kerajaan terutamanya Dato' Seri S Samy Vellu sebagai master mind dalam isu2 tol ni. Pertamanya, kenaikan kos sara hidup rakyat yg tidak setara dengan pendapatan isi rumah. Apabila kenaikan harga minyak dicatatkan awal tahun ini, ia memberi impak yg cukup hebat kepada kos sara hidup rakyat. Everything dlm malaysia ni naik. Contoh yg paling mudah ialah harga kuih. Tahun lepas, kita boleh membeli 3 biji kuih dengan harga RM 1 tetapi baru pagi tadi aku beli kuih ia telah mencatatkan kenaikan sehingga 40 sen utk sebiji kuih. Jadi, apabila kenaikan tol di 5 lebuhraya ini, ia akan mengakibatkan kenaikan harga barangan yg lain di Lembah Klang kerana kelima2 lebuhraya ini terletak di jajaran Lembah Klang. Jadi, persoalannya, adakah kerajaan tidak terfikir mengenai jurang sara hidup dengan pendapatan isi rumah yg akan semakin lebar? Isi kedua yg sgt penting juga ialah semakan kesesakan di lebuhraya. Cuba kita lihat keadaan 5 lebuhraya ini pada waktu puncak. Lupakan sejenak Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Guthrie yg tidak sibuk pada waktu puncak tetapi bagaimana pula dengan Lebuhraya KESAS, LDP & Lebuhraya Sg Besi pada waktu puncak? Paling menghairankan ialah keadaan di LDP. Cuba anda semua melalui lebuhraya tersebut melalui Tol Sunway. Selepas sahaja anda membayar tol, anda akan mengalami kesesakan yg amat teruk sehingga ke Bandar Utama. Lihat juga di KESAS pada waktu puncak terutamanya di Persimpangan Kewajipan dan Shah Alam. Kesesakan ini bukanlah berlaku sekali sekala tetapi setiap hari Isnin hingga Jumaat pasti kesesakan akan berlaku. Adakah worth it bayaran tol itu dengan kesesakan? Aku sendiri pun pernah melalui tol Sunway pada waktu pagi dan masa nak bayar tol kat LDP tu aku mmg betul2 tak ikhlas nak bayar sehingga aku berkata pada jurutol tersebut "Serupa tak payah awak kerja kalau lepas bayar tol jam teruk camni". Huhu. Apapun, di harap, kerajaan dapat memikirkan kembali cadangan kenaikan tol di 5 lebuhraya ni. Kalau kerajaan bising dengan perjanjian air dengan Singapura yg dikatakan perjanjian yg tak mengikuti keadaan semasa, apa kata kerajaan memikirkan sejenak perjanjian kerajaan dengan 5 konsesi lebuhraya ini. Bandingkanlah jumlah kenderaan yg melalui 5 lebuhraya ini dengan jumlah kenderaan yg terkandung dalam perjanjian asal. Nyata sungguh tinggi perbezaannya! Wassalam Thursday, November 30, 2006
Kenapa perlu mengaibkan org lain? Assalamualaikum...... Minggu ni kita dihebohkan dgn penyebaran video serbuan khalwat beberapa pasangan di sebuah tasik terkemuka di bangi. Secara jujurnya, aku menonton juga video raid tersebut dan bila aku tgk, ini bukanlah kerja JAIS tetapi kerja org2 yg menyamar sebagai pegawai JAIS. Aku lihat sekarang, serbuan khalwat bukanlah atas niat "Amar Makruf Nahi Mungkar" tetapi lebih bersifat utk mengaibkan org lain. Lihatlah dada2 akhbar terutamanya akhbar Harian Metro mahupun Kosmo yg banyak mendedahkan penangkapan khalwat ini. Sepatutnya kesalahan khalwat ini tidak perlu dihebohkan di dada2 akhbar kerana ia bakal mengaibkan org lain. Agak pelik apabila kes org melayu minum arak ataupun org melayu amik nombor ekor tidak pernah terpampang di akhbar ataupun pihak jabatan agama tidak pernah melakukan operasi terhadap kesalahan meminum arak ataupun berjudi sedangkan kesalahan ini juga tergolong dalam dosa2 besar. Selain tu, ada juga serbuan khalwat yg langsung tidak munasabah. Sekadar mengambil kes di Langkawi yg mana sepasang suami isteri mat saleh yg diserbu di apartment beliau oleh pejabat agama islam langkawi atas kesalahan khalwat. Bukan itu sahaja, penguatkuasa tersebut juga telah bersikap kasar terhadap pasangan terbabit dan enggan meminta maaf atas kesilapan terbabit. Satu lagi kes ialah serbuan terhadap satu pejabat yg mana di dalam pejabat tersebut ada seorang lelaki dan seorang perempuan yg diserbu dlm lingkungan pukul 8 malam yg mana keduanya2 tgh sibuk menjalankan tugas mereka. Akhirnya, kes pasangan ini ditutup kerana memang mereka perlu menyiapkan tugasan pada malam itu juga. Bedasarkan dua kes ini dan beberapa kes lain, timbul persoalan, kenapa pihak jabatan agama tidak berhati2 sebelum mengambil tindakan? Dlm erti kata lain, pihak jabatan agama terus membuat serbuan tanpa usul periksa setelah menerima aduan yg belum terjamin kebenarannya. Aku pernah mengulas isu duduk satu keluarga yg ditangkap khalwat dlm entri sebelum ni tetapi hari ini aku mengulas lagi kerana aku bergitu terkejut dgn tindakan mereka2 yg sanggup merakam video org sedang berkahlwat dan diserbu. Then, video itu telah tersebar luas dan secara tidak langsung telah mengaibkan org2 tersebut. Masalah umat islam bukan terletak pada kes khalwat semata2 tetapi banyak lagi isu lain yg menjadi penyakit utk umat islam. Aku cabar anda semua utk pergi ke kedai nombor ekor dan kiralah berapa org islam yg membelinya. Aku cabar anda semua utk ke lounge, pub mahupun disko dan kiralah berapa ramai org islam yg meminum arak. Tu belum lagi isu murtad yg semakin menjadi2 ketika ini sehingga ada pengawas di salah sebuah sekolah menengah yg ditugaskan membaca doa di perhimpuan yg membuat lambang salab di dada setelah selesai mengetuai bacaan doa tersebut. Bukan itu sahaja, ada seorang lagi remaja perempuan yg sering mengikut bapanya bersembahyang jemaah di rumah tetapi setiap hari Ahad, remaja perempuan ini akan ke gereja utk 'bersembahyang' juga. Akhirnya, secara kesimpulan, marilah kita menghapuskan maksiat kerana "amar makruf nahi mungkar" dan bukannya kerana ingin menjatuhkan aib org lain. *Agak pelik ada pasangan India pun kene serbu dlm video tersebut. Huhu" Wassalam
|
PROFILE ![]() Campaign Creator FAIZ @ FRIENDSTER YM ID : pakcik9803 EMAIL : faiznordin85@yahoo.com MY FOTOPAGES MY FAVOURITE TV STATION: ![]() ![]() ![]() MY FAVOURITE RADIO: ![]() ![]() TAG BOARD CALENDAR
LINKS ~[[My Self Story]]~ [[Kursus Induksi TM]] [[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]] [[My Graduation Day]] [[Sampah Blog]] [[090608 - Tarikh yg Diingati]] [[Thanks MH & Associates]] [[Aku Bukan Serangga]] [[2 Jam Di Ambang Maut]] [[Khas utk Nurhafizah Hamzah]] [[Ucapan terima kasih]] [[Selamat Tinggal Mc Egg]] [[Menulis Bukan Kerna Nama]] [[Demi Masa]] [[Semangat Akhir Beraya]] [[Kenangan Menulis Cerpen]] [[Annivessary Blog Ketiga]] [[Kenangan di Bulan Ramadhan]] [[Jodoh Ketentuan Tuhan]] [[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]] [[Happy Birthday My Baby]] [[Sambutan Tahun Baru 2006]] [[Makna Sebuah Persahabatan]] [[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]] [[Bertekak Ngan Lawyer]] [[Sangap AF Kat Kuantan]] ~[[Hiburan]]~ [[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]] [[Bob AF2 - Cinta Terhalang]] [[Nubhan - Aku Ada Untukmu]] [[10 Tanda Angau]] [[Ulasan Filem Congkak]] [[Akhil Hayy]] [[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]] [[Separuh Akhir AJL 2007]] [[Aizat AF5 - Sahabat]] [[Semangat Lagu Raya]] [[Isu Lagu Indonesia Lagi]] [[Sajak Sakaratul Maut]] [[Anuar Zain - Lelaki Ini]] [[Tahniah juara IKON Asean]] [[Adakah Strategi Era Berkesan?]] [[Fabulous Catz - Rimas]] [[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]] [[Konsert AF5 yg busok]] [[Kan dah jd sensasi]] [[Kaer - Izinkan Ku Pergi]] [[Bahana Lagi Utk Mawi]] [[Debaran Akhir OIAM]] [[Filem My Heart]] [[Siti Nurhaliza & Dato' K]] [[Velvet - Kini Detiknya]] [[Muzik Malaysia Vs Indonesia]] [[Mawi Putus Tunang]] [[Siti Nurhaliza - Transkripsi]] [[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]] [[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]] [[Album BOB -Hantaran Hati]] [[Hot Fm VS Era Fm]] [[Perpecahan Mawi FC]] [[Rancangan Realiti Tv]] [[Antara AF & UMNO]] [[Antara Digi & Maxis]] [[AF Or MI???]] [[Konsert AF Tour 2005]] ~[[Isu Semasa]]~ [[Anwar, plzz stop the drama!]] [[Muzakarah UMNO - PAS]] [[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]] [[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]] [[Konspirasi @ Realiti]] [[Politik Malaysia yg Bergelora]] [[Desakan Agar Paklah Berundur]] [[Minyak Naik Lagi]] [[Tun Mahathir keluar UMNO]] [[Siaran Langsung Sidang Parlimen]] [[Isu Babi di Kuala Langat]] [[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]] [[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]] [[Kabinet Baru Separa Reformasi]] [[Adakah BN masih relevan?]] [[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]] [[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]] [[Perkembangan Terkini Jai Network]] [[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]] [[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]] [[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]] [[Alfatihah Utk Adik Nurin]] [[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]] [[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]] [[Telenovela Altantuya]] [[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]] [[Keputusan Kes Lina Joy]] [[Bukan Senang Nak Jd Senang]] [[Terowong Smart, Berkesan?]] [[Tak daftar undi]] [[Fitnah Terhadap Dr Asri]] [[Merakam Tangkapan Khalwat]] [[Harapkan Pagar tak boleh harap]] [[Sperma Lelaki Merosot?]] [[Kemalangan Masih Tnggi]] [[Hukuman bunuh Saddam Hussien]] [[Apabila Dr Asri bersuara]] [[Isu Kenaikan Tol]] [[Serbu Utk Aibkan Org Lain]] [[Perhimpunan Agong UMNO 2006]] [[Pertemuan Tun M & Pak Lah]] [[Murtad Sbb Cinta?]] [[Pelarasan Undang2 Khalwat]] [[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]] [[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]] [[Kes Lina Joy & Kesannya]] [[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]] [[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]] [[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]] [[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]] [[Perang Malaysia Bermula]] [[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]] [[Dr M Vs Pak Lah]] [[Sikap Tak Amik Tahu]] [[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]] [[Perniagaan MLM]] [[Valentines Day]] [[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]] [[Memperingati Mangsa Tsunami]] [[Cinta Beralih Arah]] [[Konflik Lagu Negaraku]] [[Budget 2006]] [[Pelaburan Internet]] [[Pemikiran Jumut Org Melayu]] ~[[Travel]]~ [[Buffet Ramadhan 2008]] [[Restoran Sari Ratu]] [[Port View Kota Kinabalu]] [[Restoran Orkid Thai]] [[Buffet Ramadhan 2007]] [[South Seafood]] [[Awana Kijal]] [[Kelapa Bakar]] [[Sun & Surf Cafe]] [[Pulau Tioman]] [[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]] [[Vacation to Kota Kinabalu]] [[Eyes On Malaysia]] [[Perangkap Had Laju]] [[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]] [[Nasi Ambang]] [[Laksa Shack]] [[Aquaria KLCC]] [[Rahsia Bistro]] [[Kuching]] [[Buffet Ramadhan 1426 H]] [[Damai Laut]] [[Toilet Paling Mahal]] [[Trip To Kelantan]] [[London]] [[Jalan2 Carik Makan (II)]] [[Jalan2 Carik Makan (I)]] [[Kek Batik Sarawak]] [[Langkawi]] ~[[Ekslusif]]~ [[Norman Noor @ Lime]] [[Video Klip Norman Noor]] [[Perkembangan Norman Noor]] [[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]] [[Malam Norman Noor & Bob AF]] [[Norman Noor Bitrhday]] [[Norman Noor di UITM & Tritun]] [[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]] [[Norman Noor @ FCM Nite]] [[Norman Noor @ UNITE]] [[Diinterview Bersama SM]] [[Interview Bob AF2]] [[Memperkenalkan Norman Noor]] ~[[Rakan Blog]]~ [[Sultan Muzaffar]] [[Fiebie]] [[Kak Waiem]] [[Sensasi Selebriti]] [[Ajami]] [[Kak Toby]] [[Maman]] [[Judd Lair]] [[ajeem]] [[Athul]] [[Abg Bad]] [[Zimie]] [[Kak Aidid]] [[Yasmin Ahmad]] [[Afdlin Shauki]] [[Elna]] [[Shaynina]] [[Zamil MI]] [[Raja Pelaut]] [[Leo Sabri]] [[Arezeo]] [[Wenkt]] [[Resipi Kahwin]] [[Kelantan Travel]] [[Jubiez]] [[Yonna]] [[Ajeep]] [[Fiza @ My Baby]] [[Juandanza]] [[Klubbkidd]] [[Budiey] [[Azuna]] [[Djemy Jenab]] [[Kak Munirah]] [[Saff One]] [[Matjan]] [[Dato' Kay]] [[Ben]] [[Alpha]] [[Mr Manager]] [[Fysal]] [[Kadir Jasin]] [[Leo Fantasia]] [[Faidhi]] [[Dr Mahathir]] [[Dr Khir Toyo]] [[Akma Nurain]] [[Aznil Nawawi]] [[Wanny]] [[Azra]] [[Najib Zuhdi]] [[Sizuka]] [[Dayat]] ~[[Fotopages]]~ [[My Fotopages]] [[Fiza @ My Baby]] [[Qayyum]] [[Kak Waiem]] [[Aizat]] ~[[My Download]]~ [[Muat Turun - Kerepek]] [[Jiwang]] [[Jiwang Torrent]] ~[[My Favourite Links]]~ [[Friendster]] [[My Space]] [[Hi 5]] [[MMU]] [[Malaysia TV]] [[Virtualfriends]] ~[[My Favourite Newspaper]]~ [[Berita Harian]] [[The Star]] [[Utusan]] [[Harian Metro]] [[Malaysiakini]] [[Mstar]] ~[[My Online Banking]]~ ![]() ![]() ![]() ![]() Jenguk blog ni Anda Penjenguk Yang Ke: (Sejak 25 Januari 2006)
CONTACT CREDITS |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||