Monday, January 01, 2007
Akhirnya US 'menang' juga......

Syiah bergaduh dgn sunnah tetapi akhirnya kemenangan berpihak kepada US. Walaupun jam kat depan mata aku skang dah menunjukkan 3.15 pagi tetapi aku gagahkan juga utk menulis mengenai terkorbannya Saddam Hussien yg digantung pada pagi hari raya Aidiladha. Perasaan sedih terhadap kematian Saddam, perasaan marah terhadap Bush dan US serta perasaan kecewa terhadap saudara seislam aku sendiri. Sebelum kita sebagai umat Islam ingin menyalahkan Bush dan US, salahkanlah umat Islam sendiri. Kita amati sejarah yg mengheret Saddam ke kancah tali gantung yg mana bg diri aku sebagai seorang Islam, US & Bush seolah2 mempersendakan amalan korban di Aidiladha. Ia bermula apabila puak sunnah dan puak syiah tidak sehaluan. Ini bukan masalah baru dlm umat Islam. Ini adalah masalah yg sering menghantui umat Islam sejak kewafatan Saidina Ali. Pergolakan antara puak syiah dan sunnah di Iraq ini jugalah yg mengakibatkan perang teluk antara Iraq dan Iran kerana Iran juga adalah sebuah negara Islam yg berpaksikan Syiah. Masih teringat aku hampir 5 tahun lepas yg mana Imam Besar Masjid Nabawi telah terang2 mengatakan dlm khutbah beliau yg amalan syiah adalah amalan yg tidak berlandaskan kepada Islam dan boleh diibaratkan sebagai terpesong dr akidah Islam. Akibatnya, Imam Besar tersebut terus ditangkap oleh polis sejurus beliau memberi salam dlm sembahyang.

Kepada sesiapa yg masih samar dengan syiah, secara ringkasnya syiah tidak memperakui Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah tetapi mereka mempertahankan pendirian mereka yg Saidina Ali yg sepatutnya menjadi pesuruh Allah. Ini jelas, tidak memenuhi rukun iman yg ketiga iaitu kepercayaan kepada rasul dan isi khutbah Imam Besar Madinah tersebut ada asasnya. Keduanya, ada antara amalan dlm Syiah yg jelas bertentangan dgn Islam. Salah satunya dan yg paling popular ialah kahwin mut'ah atau lebih senang dikenali dengan kahwin kontrak. Itu adalah syiah dan kita di Malaysia adalah Islam yg bersandarkan kepada imam sunnah waljamaah iaitu sama dengan hampir semua umat islam di dunia ini. Apabila Saddam Hussien yg juga merupakan seorang Islam yg berpaksikan sunnah ingin menyelesaikan masalah pergolakan antara puak syiah dan puak sunnah di Iraq, puak Syiah telah meminta bantuan Iran utk membantu mereka. Maka dengan itu, terjadilah perang teluk dan selepas itu Iraq terus dirundum malang sehinggalah Saddam Hussien digulingkan oleh US yg mana ia juga adalah hasil permintaan dr puak syiah.

Sekarang kita tanya pada diri kita sendiri sebagai umat Islam, siapa yg rugi dan siapa yg untung? Sudah pasti, umat Islam sendiri yg rugi manakala pihak lain seperti US yg mengambil kesempatan kepada kita. Kita tanya lg pada diri kita, siapa yg patut dipersalahkan? Jawapan aku cukup senang, salahkan diri kita sendiri. Kita bergaduh sesama sendiri tetapi musuh kita yg mengambil kesempatan terhadap kita. Kita tanya lagi, apakah kesannya? Jawapannya kita sendiri yg malu. Bayangkan, hari raya Aidiladha dan juga hari2 taysrik merupakan hari yg begitu mulia di sisi Islam. Hari yg lebih mulia dari hari raya Aidilfitri kalau mengikut ajaran Islam (kalau ikut budaya org melayu, Aidilfitri lagi disambut). Kita tidak digalakkan berperang pada hari raya Aidiladha dan hari2 tasyrik tapi apa yg telah berlaku kepada Saddam seolah2 cuba mempersendakan kemuliaan Aidiladha itu sendiri. Yg paling mengecewakan ialah sikap puak syiah sujurus berita kematian Saddam Hussien tersiar. Mereka menari2 di atas jalan sambil meraikan kematian tersebut sedangkan mereka masih lagi satu agama dengan Saddam walaupun berlainan fahaman.

Entahlah, kalau umat Islam tidak bersatu, inilah akibatnya. Islam akan terus ditindas dan ditindas. Satu pertanyaan kepada US yg menggelarkan diri mereka sebagai polis dunia, kalau Saddam dihukum sebab sikap diktatornya yg sebenarnya masih samar2 tetapi kenapa tidak dihukum juga kepada pemimpin Israel yg sejak 1940an lagi menceroboh Palestin? Lihat juga apa yg berlaku di Afghanistan yg mana serangan2 US dan tentera bersekutu sebenarnya telah membunuh ribuan penduduk Afghanistan. Adakah ini semua bukan diktator? Soalan2 yg mungkin akan dipandang sinis oleh US. Walauapapun, marilah kita sama2 amik iktibar dr apa yg berlaku. Perpaduan dan bersatu adalah amat penting sekali. Tanpa perpaduan, sudah pasti ia akan mengundang pihak lain mengambil kesempatan kepada kita. Marilah juga kita doakan kesejahteraan seluruh umat Islam di dunia ini terutamanya umat Islam di Palestin. Satu soalan yg tak tahu apa jawapannya, sampai bilakah Islam terus ditindas di bumi ini?

Wallahuaklam

Wassalam

Posted at 03:02 am by Faiz Nordin
Ada (10) komen, komen anda?  


Saturday, December 30, 2006
Salam Aidiladha & Happy New Year 2007

SALAM AIDILADHA 1427

Sudah lama rasanya tak apdet blog. Mungkin sbb aku nak final exam minggu depan dan juga kelembapan nak suf internet ekoran gempa bumi di Taiwan. Di kesempatan yg singkat ni, aku ingin ucapkan Salam Aidiladha 1427 Hijrah. Semoga pengorbanan kita diredhai Allah especially di kala banyak dugaan yg sedang melanda kita dan semoga kita terus tabah dlm menerima segala ujian dan dugaan Tuhan.

 

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2006

Nampak gayanya Hari Raya Aidiladha tahun ni sehari sebelum Tahun Baru. Rasa sedih pulak utk aku meninggalkan tahun 2006. Tahun yg pada mulanya begitu berat aku nak pikul memandangkan terlalu banyak masalah terutamanya 5 bulan terawal. Alhamdullilah, aku dpt grab cabaran tersebut dgn jayanya. Puas dgn tahun 2006? Masih lagi ada yg belum aku capai terutamanya kebahagiaan dlm hidup. Apapun, aku tetap bersyukur dgn nikmat Nya sehingga membolehkan aku hidup dengan aman. Tiada azam aku utk tahun hadapan cumer melangsaikan azam yg masih tertunggak. Apakah azam yg tertunggak tu? Biarlah ia dtg dengan kenangan terindah suatu masa nanti. Huhu. InsyaAllah. Secara akhirnya, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2007. 

 

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2007

Yang paling penting Selamat Datang Tahun Melawat Malaysia 2007. Semoga industri pelancongan kita berkembang dengan kehadiran pelancong2 asing. Khabarnya hotel di beberapa tempat peranginan seperti Cameron, Langkawi, Port Dickson, Kuching & Kota Kinabalu menerima terlalu banyak tempahan. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, aku akan menulis beberapa tempat2 menarik di Malaysia yg boleh kita kunjungi utk menghargai nikmat ciptaan Tuhan yg berada di Malaysia. Maklumlah, aku ni mmg minat travel2 ni. Hehehe.

Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan, wassalam.

Posted at 10:21 am by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  


Friday, December 22, 2006
Sudah Bersedia?

Assalamualaikum.........

Sekadar utk kita menyusuri beberapa tragedi pelik yg berlaku pada tanggal setiap 26 Disember. Mungkin membawa kita utk berfikir, apakah pula yg akan berlaku pada 26 Disember 2006? Adakah Kita bersedia utk menghadapi sebarang kemungkinan yg akan berlaku pada tarikh tersebut yg mana akan menjelma hampir 3 hari sahaja lg? Atau adakah kita masih lagi khayal dengan keduniaan kita walaupun kita kadang kala sedar setiap bencana itu adalah peringatan Allah kepada hambaNya?

26 Disember 1932
Satu gempa bumi telah berlaku di China yg mengorbankan 70000 nyawa. Perlu diingat China bukanlah negara yg tergolong dlm lingkaran api pasifik tetapi kenapa ia masih berlaku?

26 Disember 1939
Satu gempa bumi juga telah berlaku di Turki dan membunuh 41000 nyawa. Gempa bumi yg berukuran hampir 8 skala ritcher merupakan sejarah utk Turki kerana kali pertama mengalami gempa bumi walaupun Turki bukan berada di Lingkaran Api Pasifik.

26 Disember 1996
Ribut greg mungkin satu ribut yg pertama kali didengari dan jarang kita dengar lg selepas episod sedih ni. Ribut greg berlaku di Keningau Sabah sehari selepas penduduk di situ meraikan krismas. Sudah lama kita tak dengar cerita lain mengenai ribut greg.

26 Disember 2003
Satu gempa bumi sekuat 7 skala ritcher berlaku di Bam, Iran dan telah mengorbankan 45000 nyawa.

26 Disember 2004
Ombak tsunami masih lagi terngiang2 pada penduduk asia terutamanya yg berdekatan dengan laut. Ombak yg boleh diibaratkan sebagai satu peringatan keras utk kita sebagai seorang hamba Allah. Ombak yg juga telah memusnahkan harta benda dan meragut ratusan ribu nyawa. Adakah kita sudah lupa?

Itulah beberapa rentetan peristiwa yg berlaku pada tanggal 26 Disember. Sedang kita disogokkan dengan jualan akhir tahun oleh pasaraya terkenal dan kedai2 elektrik dan juga ketika sedang asyik kita dihidangkan ayam Turkey di buffet istimewa di hotel pada setiap 25 Disember, marilah kita renung kembali setiap peristiwa dan peringatan Tuhan tersebut. Setiap manusia pasti membuat kesalahan termasuk diri aku sendiri yg juga tidak ketinggalan dari terleka dan terlalai dengan buaian dunia ni. Satu persoalan yg timbul setiap kali pada bulan Disember, adakah kita bersedia utk menghadapi hari yg ramai org sifatkan sebagai tanggal maut ini? Lebih2 lagi dengan keadaan banjir yg sungguh dasyat yg berlaku di selatan tanah air dan juga taufan2 yg selama ni kita tak pernah dgr pun seperti taufan durian dan taufan utur.

Aku nasihatkan diri aku dan kita semua utk kita sama2 mengambil iktibar tentang segala tragedi yg berlaku kepada kita. Semoga Allah akan memberkati perjalan kita sebagai seorang hambaNya. InsyaAllah.
"Ya Allah ya tuhan kami, selamatkanlah dan sejahterakanlah kehidupan kami sebagai hamba Mu Ya Allah. Sentiasakanlah memberi petunjuk dan inayah Mu agar kami tidak terleka tanggungjawab kami sebagai khalifah Mu di muka bumi ini. Amin Ya Rabbal Alamin"

Wassalam

Posted at 11:32 pm by Faiz Nordin
Ada (3) komen, komen anda?  


Monday, December 18, 2006
Apabila mufti berani bersuara............

Assalamualaikum....

Aku memperuntukan 15 minit sahaja utk melangsaikan entry ini kerana assignment menanti aku dengan penuh debaran. Huhu. Entry hari ni mengenai mufti termuda di Malaysia dlm sejarah iaitu Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Beliau kini sering diperkatakan dengan statement2 beliau yg menarik perhatian masyarakat Islam. Antaranya operasi mengintip seterusnya menyerbu org berkhalwat dihentikan, menyarankan org muda utk menegur org yang lebih tua dan mengajak anak muda utk ke masjid. Sebelum aku ulas statement2 beliau, mari kita berkenalan dengan mufti Perlis ini yg baru sahaja berumur 35 tahun.

Beliau dilahirkan pada tahun 1971 di Bukit Metajam, Pulau Pinang. Belia mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Klang dan selepas itu melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Jordan dalam bidang Bahasa Arab & Syariah. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Islam di USM sebelum melanjutkan pelajaran pada peringkat doktor falsafah dalam bidang pengajian hadis. Beliau menjadi pensyarah di Fakulti Pengajian Islam di USM sejak tahun 2003. Beliau dipinjamkan sementara utk menjadi Mufti Negeri Perlis selama 2 tahun selepas menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yg telah berkhidmat menjadi mufti Perlis selama 23 tahun. Kini Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin dilantik sebagai Penasihat Agama Negeri Perlis. Dr Mohd Asri telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis utk tahun ni.

Perlantikan Dr Mohd Asri sebagai mufti Perlis ada kaitannya dengan jawatan Raja Perlis sebagai Cansellor USM. Mungkin Raja Perlis melihat Dr Asri sebagai seorang yg mampu menaikkan kembali Islam sebagai agama yg disegani serta kagum dengan keberanian Dr Asri yg sememangnya pandai berhujah. Ketika ini, Dr Asri mungkin antara org yg sedang diberi perhatian dan ramai yg memperkatakan mengenainya. Satu statement "berani mati" iaitu memberhentikan serta merta pengintipan dan serbuan pasangan khalwat di kawasan persendirian cukup membuatkan Dr Asri antara mufti kedua lantang bersuara selepas mufti Perak, Dato' Seri Harussani.

Aku sendiri pernah mempersoalkan mengenai apa tujuan jabatan agama melakukan serbuan khalwat sehingga memanggil pihak media dan sikap tidak pemaaf penguatkuasa jabatan agama jika berlaku salah dlm operasi mereka dlm entry aku yg ke 194 & 207 . Cumer, pandangan Dr Asri diterjemahkan dalam New Straits Times tetapi pandangan aku hanya terhenti di blog. Walaupun pada mulanya, aku mengulas entry tersebut dalam keadaan samar2 kerana aku takut ada yg akan hentam aku balik tetapi apabila seorang mufti yg berdarah muda memberikan pandangan sama seperti apa yg aku tulis dlm entry sebelum ni, aku bertambah yakin. Tak salah utk menyerbu pasangan khalwat tetapi ada gaya pendekatannya. Seperti apa yg aku pernah tulis sebelum ni dan pendirian Dr Asri sendiri, lakukanlah tangkapan kerana amar makruf nahi mungkar dan bukannya mengaibkan orang lain. Antara artikel yg aku begitu respect sekali mengenai isu ini ialah komentar yg ditulis oleh wartawan MStar (akhbar The Star yg berbahasa Melayu), Saodah Elias. Klik sini utk membaca full artikel beliau.

Dengan statement tersebut, kini, Dr Asri dipandang negatif terutama sekali org2 tua kita. Apapun, jgn cepat melatah. Sekadar memetik kata2 wartawan MStar terbabit yg antara petikannya "Jika telah banyak berlaku sebelum ini pihak-pihak tertentu dengan cepat mengundur ke belakang apabila kenyataan mereka yang dianggap sesetengah pihak sebagai terlalu progresif disanggah banyak pihak, Mohd Asri bertegas berpegang pada pendiriannya". Mungkin Dr Asri telah dikritik dengan hebat tetapi kalau kita kaji 3 statement beliau, kita akan berfikir yg Dr Asri telah membuka lembaran baru dlm arena perdebatan mengenai undang2 syariah di Malaysia. Juga sekadar memetik kata2 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Dr Abdullah Mohd Zain yg mengakui kelemahan dlm sistem pengutkuasaan berkaitan khalwat. Kalau sistem pengutkuasaan berkaitan khalwat tidak lemah, maka tidak adalah kes2 tersilap serbu seperti kes mat saleh kat Langkawi tu. Aku juga ingin memetik kata2 Dr Abdullah yg berbunyi "Saya percaya kepada panel akidah saya, saya percaya kepada panel mufti saya. Dia orang muda...bagi dia bercakap. Saya hormati pandangan dia dan saya terbuka."

Tahniah sekali lagi kepada Dr Asri yg berani mengeluarkan hujah beliau dengan dalilnya sekali. Yang baik datangnya dari Allah, yg buruk datangnya dari diri aku sendiri.

Wassalam

*Terlebih budget masa aku utk menulis entry ni. Terlajak 15 minit. Huhu*

Posted at 11:19 pm by Faiz Nordin
Ada (12) komen, komen anda?  


Wednesday, December 13, 2006
Perangkap Had Laju

Assalamualaikum.......

Kadang2 kita perlu laju utk sampai ke destinasi. Tapi, mungkin anda semua risau dengan perangkap had laju yg ada di area lebuhraya utara-selatan dan beberapa tempat lain. Tak mengapa, aku ada listkan sebahagian tempat2 yg mempunyai perangkap had laju bukan sahaja di lebuhraya tetapi juga di jalan2 persekutuan. Mungkin ini dapat membantu poket anda dari terbang membayar saman. Apapun, walaupun laju tetapi berhati2 lah ketika memandu. Ingatlah org yg tersayang. Wink

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting 
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting (Aku dah dpt 2 bijik saman kat sini)
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar (Pernah kene sebijik saman)
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang) *Aku pernah kene 3 bijik saman kat sini
3- Km 253 selepas exit Senawang (Pernah kene sebijik)
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN (yang mana aku tau)
1- Bersebelahan Hotel Mint (Pernah kene sebijik saman)
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j) *Pernah kene sebijik
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j) *Pernah kene 2 bijik
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j) *Pernah kene sebijik
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Semoga dengan beberapa perangkap had laju yg diberikan, anda dpt slow dan seterusnya dapat mengurangkan kos perbelanjaan anda. Alhamdullilah skang ni sudah lama aku tak kene saman. Kalau tak dulu, pernah sekali 15 saman setahun. Huhu. Btw, thanks kepada sebuah syarikat bas persiaran atas info ni.

Wassalam

Posted at 10:01 am by Faiz Nordin
Ada (9) komen, komen anda?  


Saturday, December 09, 2006
Cuba lagi Norman Noor

Maybe this is shortest entry that i did. Utk pengetahuan anda yg belum mengetahuinya, Norman Noor telah layak ke pertandingan akhir Battle Of The Band anjuran Justea (Air teh dlm tin) yg berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara mlm tadi. Sorry aku tak bitau awal2 kerana aku perlu menghormati permintaan Norman Noor agar aku tidak mengupdatenyer di blog. (Maybe takut kot kalau ramai member dier dtg Tongue) Ni adalah percubaan pertama Norman Noor dlm band dan ia pasti membanggakan apabila cubaan pertama ini melayakkan beliau dan rakan2 band beliau ke pertandingan akhir. Walaupun tewas pada peringkat akhir tetapi ini mungkin menjadi pemangkin ataupun menjadi pencetus utk Norman Noor mencuba pertandingan2 yg lain. Tahniah once again buat Norman Noor dan diharap sinar Norman Noor dlm arena muzik ini tidak pernah lekang.


UPDATED 11 DISEMBER 2006

Aku tak dpt nak komen lelebih coz aku tak dpt pergi ke The Curve ari tu atas sebab2 tertentu. Tetapi tidak mengapa, PR gantian, En Qhayum dan PA hebat, Aizat berada di sana bg membantu persiapan Norman Noor. Thanks juga Norman Noor ucapkan kepada member2 yg datang seperti Asri, Nik, Faidah, Nabeela dan Faizah. Berikut ada beberapa keping gambar yg sempat diambil. Vdeo juga dapat diambil tetapi atas permintaan Norman Noor, aku tak dpt menguploadkannya.


Sebelum show bersama PR gantian (kanan) dan PA Hebat (kiri).


Norman Noor yg kali pertama bwk lagu Rock


Mari head banging lagi


Gaya menarik Norman Noor di pentas

 

Posted at 12:59 pm by Faiz Nordin
Ada (2) komen, komen anda?  


Tuesday, December 05, 2006
Isu Kenaikan Tol

Assalamualaikum........

Besar kemungkinan, awal tahun depan akan menampakkan kenaikan tol di 5 lebuhraya dgn kenaikan sebanyak 30%-50%. Satu jumlah yg agak besar jika dibandingkan dengan keadaan sara hidup rakyat Malaysia yg semakin hari semakin bertambah. Lima konsesi lebuhraya tersebut adalah KESAS, LDP, Lebuhraya Sg Besi, Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Guthrie. Sebenarnya, ada dua perkara pokok yg perlu diambil perhatian oleh kerajaan terutamanya Dato' Seri S Samy Vellu sebagai master mind dalam isu2 tol ni. Pertamanya, kenaikan kos sara hidup rakyat yg tidak setara dengan pendapatan isi rumah. Apabila kenaikan harga minyak dicatatkan awal tahun ini, ia memberi impak yg cukup hebat kepada kos sara hidup rakyat. Everything dlm malaysia ni naik. Contoh yg paling mudah ialah harga kuih. Tahun lepas, kita boleh membeli 3 biji kuih dengan harga RM 1 tetapi baru pagi tadi aku beli kuih ia telah mencatatkan kenaikan sehingga 40 sen utk sebiji kuih. Jadi, apabila kenaikan tol di 5 lebuhraya ini, ia akan mengakibatkan kenaikan harga barangan yg lain di Lembah Klang kerana kelima2 lebuhraya ini terletak di jajaran Lembah Klang. Jadi, persoalannya, adakah kerajaan tidak terfikir mengenai jurang sara hidup dengan pendapatan isi rumah yg akan semakin lebar?

Isi kedua yg sgt penting juga ialah semakan kesesakan di lebuhraya. Cuba kita lihat keadaan 5 lebuhraya ini pada waktu puncak. Lupakan sejenak Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Guthrie yg tidak sibuk pada waktu puncak tetapi bagaimana pula dengan Lebuhraya KESAS, LDP & Lebuhraya Sg Besi pada waktu puncak? Paling menghairankan ialah keadaan di LDP. Cuba anda semua melalui lebuhraya tersebut melalui Tol Sunway. Selepas sahaja anda membayar tol, anda akan mengalami kesesakan yg amat teruk sehingga ke Bandar Utama. Lihat juga di KESAS pada waktu puncak terutamanya di Persimpangan Kewajipan dan Shah Alam. Kesesakan ini bukanlah berlaku sekali sekala tetapi setiap hari Isnin hingga Jumaat pasti kesesakan akan berlaku. Adakah worth it bayaran tol itu dengan kesesakan? Aku sendiri pun pernah melalui tol Sunway pada waktu pagi dan masa nak bayar tol kat LDP tu aku mmg betul2 tak ikhlas nak bayar sehingga aku berkata pada jurutol tersebut "Serupa tak payah awak kerja kalau lepas bayar tol jam teruk camni". Huhu.

Apapun, di harap, kerajaan dapat memikirkan kembali cadangan kenaikan tol di 5 lebuhraya ni. Kalau kerajaan bising dengan perjanjian air dengan Singapura yg dikatakan perjanjian yg tak mengikuti keadaan semasa, apa kata kerajaan memikirkan sejenak perjanjian kerajaan dengan 5 konsesi lebuhraya ini. Bandingkanlah jumlah kenderaan yg melalui 5 lebuhraya ini dengan jumlah kenderaan yg terkandung dalam perjanjian asal. Nyata sungguh tinggi perbezaannya!

Wassalam

Posted at 08:13 pm by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Thursday, November 30, 2006
Kenapa perlu mengaibkan org lain?

Assalamualaikum......

Minggu ni kita dihebohkan dgn penyebaran video serbuan khalwat beberapa pasangan di sebuah tasik terkemuka di bangi. Secara jujurnya, aku menonton juga video raid tersebut dan bila aku tgk, ini bukanlah kerja JAIS tetapi kerja org2 yg menyamar sebagai pegawai JAIS. Aku lihat sekarang, serbuan khalwat bukanlah atas niat "Amar Makruf Nahi Mungkar" tetapi lebih bersifat utk mengaibkan org lain. Lihatlah dada2 akhbar terutamanya akhbar Harian Metro mahupun Kosmo yg banyak mendedahkan penangkapan khalwat ini. Sepatutnya kesalahan khalwat ini tidak perlu dihebohkan di dada2 akhbar kerana ia bakal mengaibkan org lain. Agak pelik apabila kes org melayu minum arak ataupun org melayu amik nombor ekor tidak pernah terpampang di akhbar ataupun pihak jabatan agama tidak pernah melakukan operasi terhadap kesalahan meminum arak ataupun berjudi sedangkan kesalahan ini juga tergolong dalam dosa2 besar.

Selain tu, ada juga serbuan khalwat yg langsung tidak munasabah. Sekadar mengambil kes di Langkawi yg mana sepasang suami isteri mat saleh yg diserbu di apartment beliau oleh pejabat agama islam langkawi atas kesalahan khalwat. Bukan itu sahaja, penguatkuasa tersebut juga telah bersikap kasar terhadap pasangan terbabit dan enggan meminta maaf atas kesilapan terbabit. Satu lagi kes ialah serbuan terhadap satu pejabat yg mana di dalam pejabat tersebut ada seorang lelaki dan seorang perempuan yg diserbu dlm lingkungan pukul 8 malam yg mana keduanya2 tgh sibuk menjalankan tugas mereka. Akhirnya, kes pasangan ini ditutup kerana memang mereka perlu menyiapkan tugasan pada malam itu juga. Bedasarkan dua kes ini dan beberapa kes lain, timbul persoalan, kenapa pihak jabatan agama tidak berhati2 sebelum mengambil tindakan? Dlm erti kata lain, pihak jabatan agama terus membuat serbuan tanpa usul periksa setelah menerima aduan yg belum terjamin kebenarannya.

Aku pernah mengulas isu duduk satu keluarga yg ditangkap khalwat dlm entri sebelum ni tetapi hari ini aku mengulas lagi kerana aku bergitu terkejut dgn tindakan mereka2 yg sanggup merakam video org sedang berkahlwat dan diserbu. Then, video itu telah tersebar luas dan secara tidak langsung telah mengaibkan org2 tersebut. Masalah umat islam bukan terletak pada kes khalwat semata2 tetapi banyak lagi isu lain yg menjadi penyakit utk umat islam. Aku cabar anda semua utk pergi ke kedai nombor ekor dan kiralah berapa org islam yg membelinya. Aku cabar anda semua utk ke lounge, pub mahupun disko dan kiralah berapa ramai org islam yg meminum arak. Tu belum lagi isu murtad yg semakin menjadi2 ketika ini sehingga ada pengawas di salah sebuah sekolah menengah yg ditugaskan membaca doa di perhimpuan yg membuat lambang salab di dada setelah selesai mengetuai bacaan doa tersebut. Bukan itu sahaja, ada seorang lagi remaja perempuan yg sering mengikut bapanya bersembahyang jemaah di rumah tetapi setiap hari Ahad, remaja perempuan ini akan ke gereja utk 'bersembahyang' juga. Akhirnya, secara kesimpulan, marilah kita menghapuskan maksiat kerana "amar makruf nahi mungkar" dan bukannya kerana ingin menjatuhkan aib org lain.

*Agak pelik ada pasangan India pun kene serbu dlm video tersebut. Huhu"

Wassalam

Posted at 11:15 am by Faiz Nordin
Ada (2) komen, komen anda?  


Monday, November 27, 2006
Norman Noor & Bob AF

Jumaat lepas, sekali lagi Norman Noor telah membuktikan yg vokal beliau boleh diterima masyarakat. So, takderla org kata telinga aku jer pekak dgr suara Norman Noor. Jumaat lepas menceritakan segala2 mengenai vokal yg sungguh unik yg dimiliki insan bertuah, Norman Noor. Yg agak mengejutkan ada beberapa org yg berada  di Dewan Orang Ramai Tman Sri Putra hanya membuat acuh tak acuh sahaja apabila Norman Noor tiba. Tetapi apabila Norman Noor hanya membuat sound check, barulah mereka terpaku dan termangu dgn aura lagu "My Way" sehingga kedengaran kata2 seperti "Dasyat sungguh vokal budak ni". Then, barulah mereka  ringan nak lemparkan senyuman kepada Norman Noor.


Norman Noor bersama PA, Aizat

Tu baru sound check, then pada malam tersebut, Norman Noor telah membuat persembahan 4 lagu yg sering beliau persembahkan ketika show iaitu lagu "Kaulah segalanya", "My Way", "Angin Malam", dan "Wajah Kesayangan Hamba". Ternyata, niat tetamu kehormat pada malam tersebut iaitu Dato Seri Dr Shafie Bin Salleh yg keihatan ingin pulang sehinggakan aku terpaksa mengambil hadiah utk beliau di belakang pentas berubah dan beliau kembali ke kerusi vvip beliau dan menghayati bait2 nyanyian Norman Noor. Bukan itu sahaja, aku telah dipanggil oleh Dato Seri dan beliau menanyakan mengenai Norman Noor. Itulah aura Norman Noor. Vokal yg membuat pendengar terpaku dan termangu apabila beliau 'menarik' key vokal beliau. Syabas Norman Noor!


Feel lagu My Way

Dari kisah show Norman Noor, aku ingin ceritakan mengenai kejayaan Bob AF yg telah layak ke peringkat akhir Juara Lagu. Ironiknya, kejayaan Bob AF sama waktu dan masa dgn kehebatan show Norman Noor iatu kedua2nya berlaku pada mlm 24 November. Aku hanya dpt menonton persembahan Bob pun pada hari Ahad. Itupun melalui muaturun dari Jiwang Torrent. Kitaorg diberitahu oleh melalui sms lebey kurang pukul 11 mlm mengenai kejayaan bob yg berjaya mengalahkan nama2 terkenal seperti Noraniza Idris dan Misha Omar. Sememangnya lagu Hantaran Hati mempunyai lenggok irama melayu yg tulen dan menepati kriteria utk kategori tersebut itu sendiri. Tahniah juga buat Bob AF. Semoga pada peringkat akhir nanti, Bob sekurang2nya merangkul Vokal Terbaik ataupun merangkul juara bg kategori irama malaysia dan etnik kreatif.


Artis2 yg layak ke peringkat akhir

Wassalam

Posted at 11:50 pm by Faiz Nordin
Ada (2) komen, komen anda?  


Friday, November 24, 2006
Semangat Akhir Raya

Assalamualaikum....

Agak lama gak tak apdet blog ni. Terlalu banyak bender yg berlaku dan terlalu banyak tugasan yg perlu dilakukan. Apapun, kali ni aku nak citer sikit mengenai semangat raya aku yg tetiber membuak2 pada akhir2 syawal menjelma. Aku mengadakan makan2 (bukan open house) pada jumaat lepas. Just jemput mana yg sempat dijemput. Sorry if ada member2 MMU aku yg tak terjemput. Sorry sgt2 coz makan2 ni just makan2 biasa jer. Apapun, tq kepada yg sudi hadir. Paddy & geng, Norman Noor & PA (Aizat), Ben & Asri, Elya & geng, Tnie dan sopan, Qayyum & adik, Faidah, An, Nana, Ain & Hafiz, Faizal & Roomate, Amin dan terutama sekali, fiza. Hehehe. Sorry if ada kekurangan eekk. Takut gak if sesapa yg tak boleh makan nasik ambang ngan ais krim tapai.


Sbb ada permintaan terutama dr Faizal, maka aku hidangkan nasik ambang.


Ntah apa yg Norman Noor guraukan sehingga aku dok gelak.


Thanks pada yg sudi datang

Keesokan harinya, aku dan beberapa rakan lain pergi makan2 kat rumah PA Norman Noor di Raub, Pahang. Ni first time pi umah Aizat di Raub. Kitaorg pi secara konvoi dgn 2 keter. Mula2 pk yg Raub ni jauh. Rupa2nya lebih dekat dr KL pi melaka.  Mlm tu bergegas ke pelabuhan klang ad hari ahad tu ada beberapa open house yg perlu dilangsaikan. Mana tak aku kata akhir2 syawal ni, aku makin poyo beraya. Hehehe. Apapun, ni ada beberapa keping gambar yg sempat disnap masa pi umah aizat di raub. Yg penting dah takder tershacking lagi. Tongue


Sempat photo shoot kat Genting Sempah


Menggiler di halaman rumah


Bergambar ala skema

Oklah, agak penat and mengantuk sbb baru balik show Norman Noor. Tahniah Norman Noor for the great show tonite and tak lupa tahniah pd Bob AF coz telah layak ke pusingan akhir Juara Lagu dgn lagu Hantaran Hati. Nak update mlm ni psl show Norman Noor dan kejayaan Bob dlm separuh akhir juara lagu tapi tangan dan mata dah tak terlarat nak tulis coz esok lepas subuh, aku akan ke segamat laks. Apapun, aku akan update details ahad ni.

Wassalam

Posted at 11:35 pm by Faiz Nordin
Ada (4) komen, komen anda?  




Next Page
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< January 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics