Ari ni terbaca Utusan Malaysia mengenai penangan Mawi. Klik sini untuk membaca full artikel. aku cumer nak quote sedikit frasa dlm artikel tersebut:
"Apa yang lebih menarik, kemunculan Mawi dianggap mengubah segala-galanya, AF yang sebelum ini dilihat hanya sebuah rancangan hiburan yang melekakan remaja, mula dinilai oleh sayap-sayap dalam parti politik.
Biro Putera UMNO berhasrat untuk menjadikan Mawi sebagai remaja contoh ketika Puteri UMNO terus teraba-raba mencari populariti dengan mengkritik AF. Anehnya ketika mereka melemparkan kritikan itu ada di antara pemimpin pergerakan tersebut turut menyaksikan konsert ke-8 dua minggu lalu `secara langsung' di Stadium Malawati, Shah Alam sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur.
Itulah hebatnya AF, selepas ini pelajar-pelajar akan membawa haluan masing-masing termasuk Mawi yang sudah tentu sibuk memenuhi pelbagai jemputan di saat-saat `musuh-musuhnya' meratapi kejayaan beliau"
Masih pelik penangan AF boleh memecahbelahkan UMNO. Huhu. Any comment??
Posted at 01:04 pm by Faiz Nordin