Sunday, April 10, 2005
Melayan Pemikiran Jumut Org Melayu

 Assalamualaikum.....


Setelah beberapa hari aku tak update blog sbb final exam, aku dapati topic mengenai ABP sgt panas. Panas bukannya sbb bincang pasal ABP tapi bincang pasal agama. Ada sorang mamat yg dikenali sebagai anti maksiat komen tegur aku coz membuat ulasan pasal abp 2005. aku hargai setiap teguran org tapi cara dier menegur amat teruk sekali. Siap kuar perkataan bodo, ahli neraka, siti binatanang, mat haram dan minah haram. Ni ker cara nak tegur org??? Selain aku membalas komen beliau, ada gak pembaca yg tersedar dr kejumutan anti maksiat ni. Jd mulalah sessi bergaduh komen di entry tersebut. Kalau korang nak tgk komen2 tersebut, baca la komen pasal abp di bawah topik ni. Lihatlah kejumutan anti maksiat. Dahla berlagak nak mampus. Aku tau blog ni takla best sgt. Tapi jgn berlagak apa yg ada. Bak kata sorang pembaca yg balas komen beliau, nana yg menggelarkan anti maksiat ahli arqam sesat. Aku pun tak pernah tgk org sejumut ni. Tujuan aku bg ulasan pasal abp pun just nak berhibur. Takkan la nak berhibur pun salah. Lagipun bukannya aku berhibur dgn cara keterlaluan like pi clubbing. Kalau bender ni pun salah, tutup tv dan radio and buang dlm sungai. Lagi senang.

Aku ingat kejumutan ni hanya pada rakyat biasa tapi wakil rakyat pun jumut gak minda dorang YB ketereh dan dungun (YB BN) telah mempersoalkan mengenai iklan budi bahasa yg dlm LRT tu. Ingat tak yg ada guy melayu tak bg seat dlm LRT pada org tua? Iklan tu dikatakan tidak menjaga sensitiviti org melayu dgn memaparkan keburukan attitude org melayu. Bagi aku, ini adalah realiti kehidupan. Takkan kita tak boleh tegur attitude bangsa kita sendiri melalui sumber media. Tu la lemahnyer bangsa kita. Begitu juga dgn filem sepet arahan Yasmin Ahmad. Ada satu babak yg mengatakan org melayu malas. (mungkin dlm panggung kene potong). Bg aku melalui filem la kita nak tegur org tapi melalui kiasan. Pada zaman dahulu pun, penulis2 seperti ibrahim hj ishak memberi kiasan melalui penulisan pada zaman jepun dulu utk menyedarkan bangsa melayu. Takkan zaman sekarang tak boleh? Sepatutnya kita kene akui kelemahan kita. Sampai biler kita nak selindungkan kelemahan kita. Sampai biler kita tak boleh terima teguran org? Kalau camtu, bangsa kita gak naik lemak.

Mintak maaf la kepada yg terasa. Aku cumer ckp camni coz aku tanak minda org melayu tertutup. Takleh nak kene tegur. Pastu pasal topik abp kat bawah ni, aku just nak bg ulasan jer. Bukan nak tilik nasib or backup artis. Just for entertainment. Lagipun hidup aku liberal. Aku hidup sederhana. Korang tgk topik2 kat blog aku ni pun meliputi semua aspek kehidupan manusia.

Segala yg baik tu dtg dr Allah S.W.T dan yg buruk dtg dr diri aku sendiri. Wassalam


Posted at 02:01 pm by Faiz Nordin

Liew
March 16, 2008   12:19 AM PDT
 
Nak tanya nape bila sya cakap bahasa Melayu dengan orang Melayu KL mereka selalu akan jwb dlm Inggeris. BM ni dah ketinggalan zaman ke utk org2 Melayu bandar ? Bertutur dlm bahasa org lain bg sya adalah satu penghormatankpd org tu....( Sya ni Cina...)
Kalam
December 28, 2007   02:16 PM PST
 
isu berkenaan orang melayu berbagai, yang makn parah adalah sikap orang melayu sendiri. apabila bercakap tentang melayu, isu bahasa juga berkaitan sama.
Salam,

Maaf andai apa yang ingin dikatakan ini menyinggung perasaan semua. Apa yang dinyatakan di sini adalah apa yang saya dengar dan perhati selama satu tahun.

Sedang negara sibuk memperjuangkan kedaulatan bangsa, kita perlu juga ingat bahawa bangsa dan bahasa wujud bersekali, tidak dapat dipisahkan. Apakah mungkin wujud bangsa Melayu tanpa Bahasa Melayu?

Terus, apakah kita sudah tidak peduli tentang kedaulatan bahasa yang saya lihat semakin parah dari hari ke hari. Dalam masa seminggu, saya meneliti dan mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan artis Melayu seperti Dayang Nurfaizah, Anuar Zain, Nora dan beberapa artis lain. Dari pendengaran saya, mereka menyebut 't' sebagai 't-che'. Justeru saya ingin bertanya kepada artis-artis Malaysia, berbangsa Melayu, apakah susah hendak menyebut perkataan dengan 'makhraj' yang betul ? Apakah benar di dalam Bahasa Melayu 't' berbunyi 't-che' ? Maaf atas teguran ini, saya rasa hal ini patut dipandang serius memandangkan kedaulatan bahasa merangkumi juga cara pertuturannya.
Mungkin saya salah, tapi seingat saya, sepanjang di sekolah dan mungkin di dalam pertuturan sehari-hari, 't' disebut 't-ee' bukan 't-che'. Atau mungkin ada kaedah baru dalam menyebut 't' yang mungkin saya tidak tahu atau tidak diajar selama hayat saya, dari itu saya mohon diajarkan, moga-moga jadi ilmu yang berguna buat diri saya dan yang lain.

Selain itu, saya juga mohon agar drama-drama dan filem Melayu agar jangan keterlaluan dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Kadang-kadang saya merasa rimas dengan budaya bahasa rojak dalam tv. Apakah tidak boleh kita menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya atau Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam drama atau filem. Pada saya tidak cacat sesebuah drama atau filem itu jika menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Pokoknya, jika ia adalah drama Melayu, gunakanlah Bahasa Melayu sepenuhnya. Cerita tidak akan cacat dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Sekiranya tunggak cerita itu, iaitu asas atau jalan cerita itu sendiri sememangnya kukuh, pasti keseluruhan cerita atau filem adalah kukuh, sempurna dari pandangan seorang karyawan dan para penonton. Mengambil contoh, Bukit Kepong. Penggunaan Bahasa Melayu di dalam cerita tersebut adalah pada tahap maksima dan masih lagi cerita tersebut tidak cacat. Pada saya sesebuah cerita tidak cacat andai penonton masih boleh menghayati mesej cerita yang disampaikan walaupun di dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.

Begitu juga lagu 'Seri Mersing', tidak cacat lagu dan irama lagu itu dengan sebutan makhraj yang betul. Apa yang mencacatkan sesebuah lagu itu adalah cara sebutan huruf yang tidak betul. Andaikan Seri Mersing dinyanyikan dengan 't' disebut sebagai 't-che', apakah Seri Mersing masih menarik? Lagu Ikan Kekek (mohon diperbetulkan sekiranya salah) nyanyian seorang penyanyi Jepun (dengan mengambil kira fakta bahawa penyanyi tersebut adalah seorang warga Jepun yang tidak pernah bertutur dalam Bahasa Melayu, dibesarkan di Jepun, bercakap dalam Bahasa Jepun sehari-hari) mampu menyanyikan lagu Melayu dalam sebutan yang betul. Apakah kita orang Melayu sendiri malu untuk mendaulatkan bahasa Melayu di bumi sendiri?

Cerita drama dan filem kita juga masih di takuk 80-an. Masih mengenai cinta slapstik, cinta air mata, masih sesat di alam cinta yang mengkhayalkan, tanpa realiti. Persoalannya, ke mana arah tuju filem dan drama kita? Apa motif dan objektif pengarah filem/drama sekarang? Populariti melalui kualiti atau melalui jumlah kutipan? Apakah filem/drama tidak boleh menjadi landasan ilmu untuk mendidik bangsa kita? Perlukah kita kekal di takuk lama, di dalam lumpur cinta slapstik dan mengkhayalkan atau perlukah kita bangun dan membina imej kita selaku bangsa yang maju dan perkasa dalam realiti pemikiran. 20 tahun lamanya, industri filem dan drama Melayu masih sama, masih lapuk. Layakkah karya Melayu dijulang sebagai pendidik dan pelita bangsa andai kualiti cerita masih di takuk lama. Justeru tidak hairan mengapa tiada seorang pun karyawan luar yang seikhlasnya menyanjung karya kita walaupun ia telah dicanang pelusuk zarah di Malaysia. Tidakkah itu mencerminkan kita ketandusan ilmu atau idea dalam penghasilan karya? Orang luar kenal Malaysia kerana kita sudah sampai ke bulan, pernahkan orang luar kenal kita kerana filem/drama/lagu kita? Ingatan mereka seingat saya hanyalah, oh, artis itu cantik dan seksi, artis itu begini dan begitu. Sedarlah, kita hanya gah dalam fantasi, kita tidak ada pasak untuk berpijak, tunjang kita hanyalah fantasi menggapai langit biru, merasa disanjung walhal dicebik.

Walau dibayangi ketandusan filem/drama/lagu yang berkualiti, saya lihat ada sedikit pembaharuan di dalam drama Melayu sepanjang tahun 2007. Cerita tidak hanya tertumpu pada cerita cinta ala Bollywood semata-mata, ada kematangan di dalam drama sekarang. Cerita mengenai 3 banduan wanita, mengenai kepayahan ibu membesarkan anak, mengenai ketabahan seorang pendakwah, kisah ibu bapa yang membesarkan anak-anak istimewa. Sepatutnya cerita yang berbentuk pengajaran diperbanyakkan di layar tv dan panggung. Saya tidak pasti apakah motivasi atau objektif utama pembuat filem atau drama, mungkin duit dari kutipan tayangan adalah segala-galanya, namun saya tidak menonton sesebuah drama atau filem semata-mata mahu berhibur. Saya mahu mengetahui apa pandangan seseorang itu berkenaan sesuatu isu, contohnya, apa pandangan seorang bekas banduan tentang hidup di luar penjara? Apa pengharapannya kepada masyarakat? Mungkin kita patut memberi peluang mendengar cerita dari sudut pandangan orang yang kita anggap berbeza, sebagai contoh, mak nyah, pondan, bekas banduan, orang istimewa. Cinta air mata yang meleret-leret dalam panggung sekarang ini sudah menjadi terlalu menjengkelkan. Tidakkah pengarah kita mahu menulis dan mengarah filem dan drama sehebat dan seagung kebijaksanaan dan pengalaman mereka? Apa guna ilmu di dada kalau duit jadi ukuran, apa guna otak geliga kalau ilmu tidak mahu dikongsi.

Sekali lagi ampun dan maaf dipinta sekiranya apa yang dinyatakan di sini menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya saya ini anak baru belajar, apa yang saya lihat dan saya faham saya coretkan di sini untuk tatapan semua, andai ada yang salah, saya mohon diajar. Saya mahu belajar, mahu belajar mendaulatkan bangsa dan Bahasa Melayu. Wassalam.



Yang Benar,

kalambahasa@gmail.com
CiCaKHaNguS
February 26, 2007   03:57 AM PST
 
biaRkaN saJe luNcai terJun ngaN laBU2 nya..biaRkaN..biaRkaN
A T A U?????
saYanG aNaK ..tanGaN2 kaN...
oraNg meLaYU ni..kalaU dItegUr taK teRiMa...diKaTanya nyEr kiTa ni kePO...
quote: " jaGa lobanG kubuR masIng2..." ...tegUr caRa baiK tu...kaLaU teguR kasaR..RaSanya aKu komeN bloG ni kaT hoSpitaL la jaWaPNyerrrr
arah
April 10, 2005   08:35 PM PDT
 
aku agree ngn ko gak pakcik...tul...kalau x tegur maka sampai biler nak sedar kan...dr sumber2 mcm ni laa baru timbul keinsafan skit walaupun it depends pada individu tu gak cam mana nak definasikan...ni bkn nak kata melayu ke cina ke or indian...sesama kita la nak tegur mana yg baik dan mana yg buruk...idup lam masyarakat yg majmuk so pk pk la kan.....
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics