Sunday, June 29, 2008
Konspirasi atau realiti?

Assalamualikum........

Saya biarkan pertanyaan ini dijawab sendiri oleh anda sama ada tuduhan liwat oleh pembantu Dato Seri Anwar iaitu Saidul Buhari Azlan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim ini merupakan sebuah konspirasi atau realiti. Jika ia merupakan konspirasi, maka saya akan lihat konspirasi ini bakal tidak berjaya kerana gambar2 di bawah sudah cukup jelas akan menafikan konspirasi ini. Jikalau ini realiti? Saya sudah tidak mampu memberikan pandangan mengenainya.

Keadaan politik Malaysia bertambah genting. Khabarnya, DSAI sedang bersembunyi. Isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah menegaskan bahawa nyawa DSAI dalam bahaya dan tindakan menyembunyikan beliau adalah cara yg terbaik buat masa sekarang. Anwar mungkin tidak lepas dari sekatan imigresen jika mahu bersembunyi ke luar negara. Jadi, khabarnya DSAI sedang bersembunyi di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur bagi melindungi beliau. Mungkin, jika ada berlaku tangkapan, Kerajaan Turki mungkin melindungi beliau. Keadaan ini mungkin boleh mengakibatkan keadaan politik yg lebih parah dari keadaan 1998. Tahun 1998, media alternatif tidak tumbuh seperti sekarang dan waktu itu hanya kaum Melayu yg bangkit memperjuangkan DSAI tetapi jika keadaan ni berterusan, media alternatif mungkin menjadi kubu yg kuat utk mempertahankan DSAI dan lebih ramai rakyat Malaysia dari pelbagai kaum akan mempertahankan DSAI ekoran tsunami politik 8 Mac.

Kepada rakyat Malaysia, bersedialah utk menghadapi satu lagi situasi politik yg lebih getir dalam minggu2 mendatang. Terus terang, tuduhan ini mengingatkan saya kepada perjuangan org Melayu yg bereformasi especially selepas solat Jumaat di sekitar Masjid Negara & Kg Baru. Saya mengharapkan kebenaran akan muncul dengan izin Allah S.W.T. Oleh itu, marilah kita sama2 berdoa agar Allah S.W.T menunjukkan kebenaran yg sebenar sama ada ia satu konspirasi atau realiti.

Wassalam


Saiful Bahari bersama Khairul Annas Jusoh yg merupakan Pegawai Khas Dato Seri Najib. Berdasarkan gambar ini, ia diambil di Pejabat Timbalan Perdana Menteri

Kredit gambar & link utk anda mengetahui siapakah Saiful Bahari ini:
Riwayat Hayat: Selamat Maju Jaya, Saiful

Posted at 05:52 pm by Faiz Nordin

lokmanhawari
August 7, 2008   10:11 PM PDT
 
jadilah pengikut sunnah wal jamaah, pegang kpd aqidah dan perjuangan nabi besar kita...... biar perkara ini berlalu sendiri
siti aminah
July 13, 2008   04:00 AM PDT
 
soram den dongar cito ni....fitnah terlampau...sape salah sape betul...?
makcik9701
July 8, 2008   03:02 PM PDT
 
Setuju dengan pandangan Pakcik MMA tentang perjuangan individu dan perjuangan parti/organisasi. Individu lebih bersifat sementara dan ada yang berbentuk kepentingan peribadi, tapi bukan organisasi yg akan diteruskan dan diingati. jangan sampai seorang yang buat hal dalam organisasi tu, jasa dan sumbangan organisasi tersebut dilupakan atau dipertikaikan. history is always history even though past is past and people say let bygones be bygones.
Pakcik MMA
July 7, 2008   03:35 PM PDT
 
Wanny,

Thanks for ur komen. But i lebih consider perjuangan parti dari perjuangan individu. Pemimpin saling silih berganti but perjuangan adalah kekal selama2ya.

Hehehe
Pakcik MMA
July 7, 2008   03:33 PM PDT
 
Mr X,

I got ur points and sgt2 setuju.
Pakcik MMA
July 7, 2008   03:32 PM PDT
 
PMygCOOL,

Mmg ada logiknya yg u ckp but if dlm politik, apa2 leh jd
wanny
July 5, 2008   01:49 AM PDT
 
wahahahha .. rahsia penting ?? ekceli kinda know about it here n there la kan :p tp malas nak keco2 la :) pembaziran duit rakyat .. and etc .. :)

i never like him .. awal2 die jadi TPM pun dh ketuk dahi .. why should it be him .. i rather Muhyidin Yasin :) seriusly ..

Walaupun sy org kuat PKR .. but then .. x semua orang UMNO sy x suke :) sy penah keje ngn org UMNO time abis praktikal .. and sy tau mcm mane derang nye business ;)

cume .. sy rase dlm ramai2 .. sy paling menyampah kat sorang je .. wahahahahhaha :D
Mr X
July 5, 2008   01:05 AM PDT
 
pembetolan...bukan rase bersalah..maksud sy rase salah ke?
Mr X
July 5, 2008   12:59 AM PDT
 
Assalammualaikum n selamat sejahtera... terlebih dahulu sile tegur n betolkan and tambah kenyataan sy nie kalo korg rase bersalah atau x cukup...Macam yg kita semua ketahui dlm dunia politik penuh ngan kekotoran. Kat sini org22 yg menyokong masing22 ada pandangan tersendiri.....pandangan dan kepercayaan selalunya datang drpd pengetahuan, kajian, bahan bacaan, blog, orang dalam, kenalan dan macam22 lagi sumber yang kite x tahu...Mungkin seseorg tu mempertahankn seseorg atas dasar pandangan dan kepercayaannya bahawa sesuatu yang dia pertahankn harus dipertahankan...atau dia merasakan mencegah kemungkaran itu 1 tanggungjawabnya..(sememangnye tanggungjawab umat Islam)WaAllahualam...tetapi harus diingat, pandangan n kepercayaan itu juga boleh di tentukan daripada sifat kita sendiri sebagai manusia yang susah nak terima kenyataan dan perubahan terhadap sesuatu yg seseorg tu dah lama percaya n pegang.. jadi di sini kita semua belum ketahui pihak siapa yg betol22 bersalah....tetapi setiap pandangan tu harus dihormati...mungkin betol atau sebaliknya...WAALLAHUALAM.... jadi sebagai umat Islam same22 lah kite berdoa kpd Allah moga di tunjukan kebenaran kdp kite siapa yg benar siapa yg bersalah...
PMyangCOOL
July 5, 2008   12:49 AM PDT
 
Cube korang pikir ek... mcmmane Si Saiful tu bleh berani (berani mati hehe) report kat polis??? Takkan die nak tipu sampai m'bahayakan nyawa dan keselamatan die? Maybe die pakai konsep berani kerana benar... Kalo korang jadi mcm die... korang buat cam tu tak? Dan ape yg mendorong korang buat tindakan tu? suke2??
Pakcik MMA
July 4, 2008   11:52 PM PDT
 
makcik9701,
agree with ur possibility. just wait and see sambil berdoa agar ada possibility yg betul2 benar
Pakcik MMA
July 4, 2008   11:51 PM PDT
 
wanny,
u mean najib eekk? wanny ni mesti ada rahsia yg pentng sampaikan tak suker najib dr dulu. ekekeke
Pakcik MMA
July 4, 2008   11:50 PM PDT
 
katakrabun,
setuju dgn 3 komen yg anda berikan dlm topic ni
pakcik MMA
July 4, 2008   11:32 PM PDT
 
Hideaki,
Kalau saiful dikhayalkan melalui dadah cam mana? Ni just andaian yg juga logik. So, jgn bg statement melebihi kuasa Allah. Kita tak tau sapa betul dan sapa salah.
Katakrabun
July 3, 2008   06:29 AM PDT
 
Scenario looks a bit funny. Mula2 DSAI menyatakan dia bimbang akan keselamatan diri dan keluarga..tapi cuma dia seorang melarikan diri dan menyorok di kedutaan Turkey sedangkan ahli keluarganya bebas berada diluar tanpa sebarang kejadian dan siap boleh buat press statement. Hari kedua pula kelihatan beliau berada diluar dan sempat menyertai perhimpunan di Shah Alam di celah2 ribuan orang...betul ke dia bimbangkan keselamatan diri? Orang kalau bimbangkan keselamatan diri tak berani berada dicelah2 ribuan org dan menjadi open target. Rasa macam drama utk cari publisiti pulak...Act1-Saiful buat repot diliwat, Act2-DSAI buat cerita ada threat, Act3-DSAI attend perhimpunan, Act4-DSAI bertanding, Act5-repot polis ditarik balik, Act6-Saiful dpt jadi pilot..hehe amacam??
wanny
July 3, 2008   02:51 AM PDT
 
sokong ngn makcik9701 .. tapi yang part 1 tuhs jer :D hehehehehhe :D
makcik9701
July 2, 2008   07:59 PM PDT
 
PEMBETULAN: Paklah Sdn Bhd yang langsung TAK memuaskan hati rakyat
makcik9701
July 2, 2008   07:57 PM PDT
 
Pendapat aku,4 kemungkinan..1. Kerja Najib yang sengaja nk memburuk2kan paklah (walaupon paklah mmg tak best) dan menyebabkan penyokong2 PKR khususnye berang lalu berlaku kacau bilau.Pada masa itu, akan diumumkan darurat dan MAGERAN mcm time darurat dulu boleh berkuasa,diketuai oleh kementerian pertahanan. 2. Kerja Anwar Ibrahim sendiri yang sengaja membuat reverse psychology dengan sengaja memburukkan kerajaan konon2nye memfitnah beliau sekali lagik dgn isu yang same seperti ini. Populariti semakin bertambah dan paklah serta kerajaannya akan nampak totally terok. 3. Memang kerja paklah yang ingin merosakkan karier politik anwar ibrahim. dibantu oleh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Ini pon untuk menutup kelemahan pentadbiran beliau yang semakin lame2 ala2 Paklah Sdn Bhd tapi langsung nak memuaskan hati rakyat..haha.. 4. Memang Anwar betol2 liwat. Ini pandangan peribadi aku la..Allah lebih mengetahui..yang pasti senario seperti ini nampak kelakar dan menunjukkan politik Malaysia khususnya org Melayu lemah, tidak bersatu dan keanak2kan.
wanny
July 2, 2008   01:01 PM PDT
 
what i heard that this guy duduk kt condo yang kalu disewa pun RM 5-7k permonth .. time die di Uniten .. die amik PTPTN and now die nak pegi buat pilot kat kelantan that need him to spend RM 200k (which i know coz abang i kat situ) .. and what i heard .. this guy pun bukannye pandai tapi die pandai bercakap ..

Last election .. die PRO UMNO .. but how come die keje with PKR ? there's something fishy .. coz kalu ko keje ngan PKR for Money ?? tak mungkin coz aku keje utk PKR pun atas dasar menolong .. tak dapat duit pun .. kalu keje ngn UMNO baru satu hari dpt RM 50 - 100 ..

Kalu nak suruh Polis buat siasatan .. Polis sendiri dah kene Beli .. nak buat siasatan celah mane ? nak suruh Anwar berlindung di Bukit Aman ? Last2 polis sendiri bunuh die ..

Orang more on nak hilangkan Anwar .. coz die sekarang suara dah makin lantang .. Anak Bini die orang tak kesah mane .. asalakn Anwar hilang .. baru la untk mereka hilang pencabar paling kuat ..

tu pandangan saya la :) Maybe ade orang lain yang bebetul nak jadi PM tapi tak dapat lagi coz rahsia besar die di PM kite sekarang .. jadi die tak dapat nak lawan .. so die nak cube jatuhkan orang yang ade potensi satu hari nanti utk kebaikan die .. tapi terkantoi pula .. wahhahahahaha
Katakrabun
July 2, 2008   07:06 AM PDT
 
Another thing...DSAI claimed that his life and his family members' life are under threat tetapi kenapa beliau seorang sahaja yg melarikan diri utk bersembunyi dan meninggalkan ahli keluarganya diluar? Pelik rasanya. Adakah mungkin tuduhan sengaja diadakan dan adalah permainan beliau sendiri agar dapat mengaut simpati rakyat memandangkan beliau perlu sokongan padu utk mendapatkan kerusi empuk PM? Mustahil? Tidak ada yg mustahil dalam dunia politik.

Katakrabun
July 1, 2008   11:09 PM PDT
 
The political situation is becoming more exciting. Penafian mengatakan ini satu fitnah dari penafian mengatakan ada elemen keuntungan sudah dibuat oleh kedua2 belah pihak...susah utk menyatakan siapa betul siapa salah. Yg menyokong DSAI pasti akan cuba menunjukkan bukti2 bahawa ini adalah satu konspirasi (lagi sekali??) sehinggakan gambar2 Saiful dgn para menteri pun boleh jadi isu sedangkan itu normal sekiranya kita menjadi ahli jawatankuasa perwakilan pelajar. Bergambar begini lebih ketara pada zaman2 sebelum adanya Akta Universiti. Namun, berbeza dgn tuduhan dahulu, kali ini DSAI telah mengamibl tindakan undang2 utk menyaman Saiful diatas tuduhan terbaru ini. Jadi mungkin kali ini memang betul DSAI tidak melakukannya. Dahulu beliau tidak pula menyaman Azizan...pikir2lah sendiri.

Tetapi jika dipandang dari segi lojik, DSAI pernah dikenakan hukuman kerana meliwat jadi agak susah utk diterima akal sekiranya beliau melakukannya sekali lagi memandangkan beliau kini berada nun di atas dan hanya menunggu masa utk memegang tampuk pimpinan negara. Jadi agak mustahil DSAI akan melakukan sesuatu yg akan merugikan beliau dari segi politik dan sokongan rakyat. Namun begitu, kita tidak pula boleh menafikan yg perkara yg samai tidak akan berlaku lagi kerana sejarah pernah membuktikan bahawa orang yg pernah dihukum merogol atau meliwat menuglangi perbuatan terseubt tanpa merasa apa2 kekesalan kerana lebih mementigkan keseronokan. Jgn tengok pada umur 60 tahun untuk mrngukur kemampuan tetapi tengok kpd kedudukan dan pengaruhnya...tidak mustahil orang yg berkedudukan atau berpengaruh menggunakan kedudukan dan pengaruh tersebut untuk menguasai seseorang.

Pikir2lah sendiri tapi jgn sampai memfitnah seseorang kerana taksub terhadap seseorang atau parti, tak kira BN atau BA.
Hideaki
July 1, 2008   09:15 AM PDT
 
Salam.. Betul jg ckp faiz 2.. lagi 1 cuba korang pikir sendiri mcm mane seorg lelaki yg kuat n gagah serta muda yg berumur 23 tahun blh membenarkn seorang datuk yg berumur sekitar 60 tahun tenyeh dia dari belakang. org tua ni bukan nye kuat mane pn dh la penah sakit tulang takan la x blh lawan.klu bt secara pakse pn mesti ade bekas2 lebam kat mane2 tapi x de pn. lagi 1 org tua 2 dh lah ade bini n anak yg lawa2 n anaknye pn bukan sorang klu x silap 7 org lagi. tak kan la dia nak pilih lelaki kot buat keje x elok setelah dpt hasilkn baka2 yg baik. lainla klu dia ni berperwatakan sebaliknye.. korang tolong pikirkn cerita ni logik ke x?
pakcik MMA
July 1, 2008   12:01 AM PDT
 
Mr X,
Saya telah berjumpa dgn salah seorang pelajar Uniten yg mengenali Saiful. Saya terima penjelasan beliau dgn hati terbuka dan biarlah Allah memberikan keadilan sepenuhnya. Wallahuaklam
pakcik MMA
July 1, 2008   12:00 AM PDT
 
Ash,
Satu pandangan yg menarik
Mr X
June 30, 2008   02:58 AM PDT
 
Assalammualaikum.....mencelah sekejap.....berdasarkan ape yg aku bace n tahu n pandangan aku....ini mungkin merupekn 1 lagi taktik .... (x yah jelaskn ape titik22 tu, lu pikirlah sendiri) utk menjatuhkan, memesongkan n menghalang DSAI drp menlaksanakan tanggungjawabnye......gambar yg aku tengok dlm Malaysia Today...mungkin(insyaAllah) bleh menjadi salah 1 isu atau ape22 yg bleh menjelaskn segale tuduhan terhadap DSAI....yg pada PANDANGAN aku die(DSAI) mungkin difitnah....WALLAHUALAM....MAAF BERKATA.. KALO ni 1 konspirasi pihak22 tertentu En. Saiful Bukhari Azlan telah menjatuhkn maruahnye kpd 1 thp yg amat MENGAIBKN.. So kepade umat Islam..marilah berdoa n buat solat hajat....memohon kpd Allah moga diampunkan serta diberikn kesedaran kpd org22 yg bersalah(x kire pihak mane22) tdk lupe juge diri kite sendiri n diberkn keamanan n kententeraman di negara kite nie...dan juge Allah menunjukn kebenaran bahawa bende nie 1 konspirasi atau pon realiti...WALLAHUALAM...HANYA ALLAH YG MAHA MENGETAHUI SEGALA22 NYE
Ash
June 30, 2008   02:57 AM PDT
 
Kenapa ramai sanjung Anwar sampai melebihi kuasa polis. kenapa terlalu percaya kata Anwar. Biar polis buat siasatan. Jgn kita sanjung seseorang pemimpin membabi buta. Anwar manusia biasa
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics