Saya teruja untuk menonton filem ini memandangkan publisiti yg meluas dan komen2 yg meberangsangkan utk filem ini. Disamping itu, kehebatan filem Jgn Pandang Belakang (JPB) menjadi taruhan utk menarik kembali penonton utk menonton filem ini kerana kedua2 filem ini menampilkan tenaga prosduksi yg hampir sama. Saya banyak mendengar komen2 dari org2 yg pernah menonton filem ini sewaktu di preview or tayangan perdana yg mengatakan filem ini lebih hebat dari filem JPB. Ini yg membuatkan saya teruja dan tidak sabar utk menontonnya.
Saya rasa filem congkak antara filem yg saya tonton awal. Baru masuk 3 hari tayangan, saya sudah menontonnya. Tempahan tanpa bayaran tidak diterima utk menempah tiket wayang utk filem ini ekoran sambutan hangat yg diberikan oleh penonton yg tak sabar2 menanti filem arahan Ahmad Idham ini. Sudah tentu penonton2 akan membandingkan filem JPB dgn Congkak dan itu memberikan satu kekurangan dalam memberikan review filem ini. Honestly, saya menyukai filem JPB lebih dari filem Congkak. Ini kerana filem JPB lebih neutral dan lebih dekat dengan penonton ekoran kebanyakkan penonton pernah merasai beberapa adegan dlm filem JPB berbanding cerita Congkak yg ada beberapa adegan dalam filem ini sedikit merapu. Beberapa adegan filem Congkak juga ada meniru beberapa adegan dalam filem Exorcist seperti adegan Nanu terapung. Adegan Pak Man lakonan M Rajoli yg cuba mengambil kembali Lisa dari gengaman penunggu lakonan Ruminah Sidek juga saya persoalkan. Kenapa perlu ada adegan seperti tanah bergerak or kesan visual yg keterlaluan yg saya lihat ini ada unsur merapu yg kurang sesuai utk cerita seram sebegini. Unsur visual tersebut lebih sesuai utk filem2 fiksyen.
Walaubagaimanapun, saya memuji jalan cerita filem Congkak yg menarik. Cumer adegan2 suprise dan menakutkan tidak sebanyak dalam filem JPB. Ini lah masalah penonton seperti saya yg terlalu membayangi kehebatan JPB sehingga terbawa2 dlm menonton filem Congkak. Apapun, saya masih bangga dengan filem Congkak ini yg mampu menaikkan martabat filem Malaysia kerana pelbagai kaum menonton filem ini. Ternyata filem ini bukanlah milik org Melayu tetapi sesuai ditonton oleh bangsa2 lain. Rasa bangga apabila ada penonton berbangsa Cina yg berjalan seiringan dengan saya menonton filem ini. Syabas kepada Ahmad Idham selaku pengarah dan seluruh warga MIG. Di harap, usaha ini dapat memartabatkan industri perfileman negara kita.
Wassalam
Posted at 05:29 pm by Faiz Nordin