Wednesday, March 12, 2008
Adakah BN Masih Relevan?

Sungguh hebat cakap2 kedai kopi mengenai election result yg sungguh unpredictable. Ramai yg suker dgn kemenangan ini dan ramai yg risau tentang apa yg berlaku skang kesan dari pilihanraya umum ke 12 ini sepertimana yg berlaku pd pilihanraya tahun 1969. Sepanjang 2-3 hari ini, fikiran saya banyak tertumpu ke arah kesan keputusan pilihanraya ke 12 yg merupakan keputusan yg terburuk bagi BN. Saya memikirkan nasib orang Melayu di Penang. Saya juga memikirkan kuasa rakyat vs kuasa sultan utk negeri Perak & Selangor. Tapi yg penting, saya memikirkan halatuju Barisan Nasional selepas ini.

Saya bersetuju dgn beberapa penganalisis politik yg mengatakan kebanyakkan pengundi2 di Malaysia memangkah pembangkang bukanlah utk mengangkat parti2 pembangkang tetapi adalah utk mengajar dan memberi signal awal tentang kelemahan kerajaan Barisan Nasional. Di Malaysia, parti pembangkang masih tidak bersatu dlm satu ideologi dan manifesto yg sama. Lihatlah contoh ketara antara DAP dan PAS. Anda boleh membezakan antara 2 parti ini dari sudut ideologi. Walaupun mereka berkompromi dari segi pemilihan calon, tapi apabila ada negeri yg telah ditawan oleh mereka, nampak semacam tiada persefahaman. Pas nampak begitu lemput dgn DAP tetapi tidak bagi DAP. Di Kedah, Pas khabarnya akan melantik satu2nya calon DAP yg menang utk menyertai EXCO Negeri Kedah tetapi di Pulau Pinang, perkara sebaliknya pula yg berlaku apabila belum ada jawapan dari DAP sama ada melantik satu2nya calon Pas yg menang utk menyertai EXCO Pulau Pinang atau tidak. Di Perak pula, DAP khabarnya akan memulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak yg akan diwakili wakil dari Pas ekoran tidak bersetuju dgn perlantikan beliau oleh pemangku Raja Perak. Ini dinyatakan sendiri oleh Lim Kit Siang melalui blog beliau. Manakala di Selangor, kedudukan Menteri Besar Selangor masih belum diputuskan lagi oleh Sultan Selangor walaupun Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan bakal menduduki jawatan tersebut.

Sebelum pilihanraya ke 12 ini, BN merupakan sebuah gabungan parti2 politik yg cukup kuat. Kesemua edisi pilihanraya sejak pilihanraya pertama tahun 1955 telah dimenangi oleh BN (dahulu dikenali sebagai Perikatan) dgn kemenangan majoriti 2/3. Hanya pilihanraya edisi ke 12 sahaja, BN memenangi pilihanraya dgn majoriti mudah. Ramai pengundi yg mengundi pembangkang walaupun pakatan pembangkang tidak sekuat BN. Kita perlu mengakui pakatan pembangkang hanya tertumpu kepada kompromi memilih calon bg sesebuah kerusi tetapi apabila kerajaan campuran dibentuk, 3 parti yg terlibat dlm pakatan ini nampak gayanya belum mencapai persefahaman yg mutlak. Saya yakin jika pakatan pembangkang mirip kepada pakatan BN, sudah pasti kedudukan BN akan goyah dan parti yg mirip kepada pakatan BN tersebut akan memenangi parlimen Malaysia bukan sahaja dgn majoriti mudah bahkan majoriti 2/3 juga tidak mustahil.

Ternyata ia sudah nampak kekuatan pada BN itu sendiri tetapi mengapa masih ada pengundi masih menolak BN walaupun pada dasarnya BN merupakan parti politik yg kuat. Ternyata, faktor kepimpinan menjadi isu. Walaupun banyak desakan agar Pak Lah meletakkan jawatan tetapi Pak Lah masih mahu memegang jawatan perdana menteri sedangkan beliau tahu BN pasti akan berada dalam keadaan bahaya pada pilihanraya akan datang. Saya yakin, jika Pak Lah masih tidak mahu meletakkan jawatan, BN terutamanya UMNO akan lumpuh pada pilihanraya akan datang lebih2 lagi jika pakatan pembangkang akan mirip kepada pakatan BN. Dlm erti kata lain, jika pakatan2 pembangkang menjadi satu parti yg mempunyai ideologi dan manifesto yg sama dan kedudukan kepimpinan negara masih belum berubah, BN akan tersungkur dan susah utk comeback.

BN masih ada peluang utk comeback tetapi peluang tersebut nampak gayanya disia2kan oleh pihak2 tersebut. Org Melayu sukar melupakan UMNO, org Cina sukar melupakan MCA dan begitu juga org India sukar melepaskan MIC tetapi jika pemimpin2 BN terus khayal walaupun dlm keadaan terdesak ini, jgn mustahil satu hari nanti BN akan menjadi satu sejarah dlm kenangan Malaysia. Sumuanya terletak pada ahli BN menerusi parti2 komponennya. Dlm keadaan sekarang, UMNO dan MIC adalah 2 parti komponen BN yg kritikal dan perlukan perubahan. Calon MCA dan Gerakan tewas dlm kebanyakkan kerusi mereka disebabkan oleh sentimen anti BN di kalangan masyarakat Cina. Org UMNO perlu bangun menukar pemimpin atasan mereka jika tidak mahu Melayu dipinggirkan. Saya sarankan agar ahli UMNO bersuara pada pemilihan pimpinan UMNO yg akan dilakukan pada tahun ini dan berani menukar kepimpinan sedia ada. Sayang jika UMNO lenyap begitu sahaja dek kerana pemimpin. Kekalahan BN dlm pilihanraya ini bukanlah salah parti BN itu sendiri tetapi rakyat sudah menilai keberkesanan kepimpinan dlm BN itu sendiri terutamanya pemimpin atasan UMNO.


Posted at 11:35 pm by Faiz Nordin

pakcik MMA
April 19, 2008   04:46 AM PDT
 
Siti Aminah,
Ni bukan salah parti but salah pemimpin.
siti aminah
April 15, 2008   02:46 PM PDT
 
JAWAPAN AKU : (a) xreleven (b) mmg xreleven (c) sungguh xreleven (d) sume diatas
Pakcik MMA
March 30, 2008   04:17 AM PDT
 
ahmadipeace,
Setuju!
pakcik MMA
March 18, 2008   11:20 PM PDT
 
Excel,
bukan salah perjuangan bn dan umno tapi salah pemimpin di dalamnya
pakcik MMA
March 18, 2008   11:20 PM PDT
 
zerdy,
setuju with ur comment
pakcik MMA
March 18, 2008   11:19 PM PDT
 
awyn,
setuju with ur comment
Excel
March 15, 2008   09:10 AM PDT
 
Jika mahu bercakap soal Melayu, Muslim
dan hero-hero pembelanya, jawablah
soalan ini…

Siapakah yang menyekat kewangan pusat
kepada kerajaan ‘Melayu’ dan ‘Muslim’ di
Terengganu dan Kelantan? BN, UMNO.

Siapakah yang menggadaikan tanah rezab
orang Melayu? BN, UMNO.

Siapakah yang meminggirkan Bahasa Melayu
dan sastera Melayu? BN, UMNO.

Siapakah yang menyekat ilmuan Melayu,
ilmuan Muslim dengan segala ancaman,
ugutan, hingga masjid dan surau lebih
baik dibiarkan sepi daripada makmur
dengan pengajian yang tidak serasi
dengan kehendak politik? BN, UMNO.

Siapakah yang gagal melaksanakan DEB
yang diformulakan sendiri oleh mereka
untuk kononnya membantu orang Melayu?
BN, UMNO.

Siapakah yang memerintah ketika Melayu
Muslim Pulau Pinang terpinggir dan
akhirnya merempat di tanah sendiri? BN,,
UMNO, Gerakan…

Kita kehilangan segala-galanya di bawah
Barisan Nasional, di bawah UMNO. Mengapa
harus ada kepercayaan bahawa BN masih
relevan sebagai tempat meletak harapan?
Bukan sepenggal, tetapi 50 tahun.
Semakin lama UMNO dan BN berkuasa,
semakin mereka lupa. Usahkan mahu
membantu mengatasi kemiskinan Cina dan
India, bangsa sendiri pun mereka lupa.

UMNO adalah masalah Melayu. Mereka juga
masalah Cina dan India, serta kaum lain
yang menghuni Malaysia.

Peluang untuk UMNO dan BN sudah tamat.
Untuk menamatkannya, hanya strategi 1
lawan 1 sahaja yang mampu
menundukkannya. Di mana-mana kawasan BN
berdepan dengan DAP, maka DAP itulah
yang perlu dipilih.

Tidak mengundi adalah keputus asaan.

Mengundi BN adalah suatu kebodohan.

Maka DAP adalah pilihan yang tinggal
untuk menundukkan keangkuhan BN.

Lainlah kalau Melayu mahu belajar
mendengar dan memahami tentang PAS.
Namun apa yang berlaku, sebut sahaja
PAS, jika tidak jebik, gamlah yang
dipalit. Apabila hak orang Melayu
terusik, tiba-tiba pula BN mahu
menampilkan diri menjadi juara membela
bangsa.
zerdy
March 13, 2008   10:42 PM PDT
 
BN masih relevan dan akan lebih cemerlang, gemilang & terbilang jika:

1. Menghapuskan kronisme dan nepotisme

2. Memberi kebebasan terhadap media dan mengamalkan demokrasi secara total

3. Mempunyai kepimpinan yang tegas dan pro aktif di mata rakyat dan negara luar

4. Memberi hak sama rata terhadap semua negeri di Malaysia tidak kira fahaman politik di negeri-negeri tersebut

5. Bijak menguruskan kewangan negara dan mengelakkan pembaziran dengan projek-projek mega yang tidak menguntungkan

Mungkin ada tambahan?
awynn
March 13, 2008   07:46 AM PDT
 
aaa mmg ramai x sokong bn...tp syukur kita dpt idup dgn aman gak wlau ada pmimpin corrupt..dpt bantuan gak,dpt blaja,dpt la cket if x byk pon..nobdy's perfect..<^_^)Y
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics