Saturday, December 08, 2007
Apa sudah jadi Jai Network?

Assalamualaikum....

Masih ingat dgr artikel saya, Bukan Senang Nak Jadi Senang? Dlm artikel tersebut, saya ada senaraikan skim2 pelaburan yg illegal yg diseneraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Anatara skim pelaburan tersebut termasuklah Jai Network yg menjual produk Stromberg. Lebih malang apabila Jai Ntwork khabarnya dikaitkan dgn Persauan Pengguna Islam Malaysia yg mana kalau ada org2 Jai Network nak tarik ahli baru, maka nama PPIM dijual dengan megahnya. Masih ingat dengan kenyataan Rasyid, salah seorang org kuat dlm Jai Network yg memberi komen dlm entry yg saya buat? Kalau luper komennyer adalah seperti berikut:

Posted by rasyd @ 05/24/2007 11:43 AM PDT
senang je nak jadi senang.just shut ur mouth n move.ops...hehe
nak tau ape beza sy n kamu semua?sy berada di dalam business yg kamu pertikaikan tu dan sy dh dpt apa yg kamu x mampu dpt skrang.sedangkan kamu buat statement tu,buat statement ni,press x bagi duit pn.gurau je,no offend = D

Honestly, saya tak rasa tersinggung langsung dgn komen beliau dlm entry tersebut tetapi saya hanya menggelengkan kepala dgn kenyataan beliau yg bg saya sgt angkuh. And now, saya nak bertanya, bagaimana dgn keadaan Jai Network ktika ini? Saya tau asset Jai Network (JNNSB) telah dibekukan oleh Bank Negara sejak 3 bulan yg lepas dan tempoh pembekuan tersebut mencecah 9 bulan. Mulalah saya dgr dari kenyataan beberapa org yg join JNNSB yg menuduh Bank Negara sebagai perosak bisnes org melayu etc. Perang antara ahli JNNSB juga dilemparkan di laman rasmi PPIM.

Saya agak ralat dgn kenyataan rasmi dari PPIM. Kenyataan rasmi tersebut adalah seperti berikut:

PENJELASAN PPIM MENGENAI JAI NETWORK SYSTEM SDN BHD (JNSSB)

JNSSB ADALAH MERUPAKAN AHLI BLUEMOSQUE FRATERNITY PPIM DAN TELAH MENDAFTAR SECARA RASMI PADA MAC 2007. PADA MASA INI SYARIKAT INI SEDANG DISIASAT OLEH PIHAK BANK NEGARA MALAYSIA ATAS DAKWAAN KESALAHAN YANG BERKAITAN AKTA BNM YANG BERKAITAN DENGAN BAFIA DAN AMLA.

SYARIKAT INI JUGA KINI TURUT DISIASAT OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA KERANA BEROPERASI TANPA LESEN YANG SAH DALAM AKTA JUALAN LANGSUNG. PENDIRIAN PPIMDALAM HAL BERKAITAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.PPIM SENTIASA MEMBERI SOKONGAN DAN DOKONGAN SERTA
  NASIHAT MALAHAN SEDIA MEMBANTU MEMPROMOSI MALAHAN
  MEMASARKAN PRODUK SETIAP AHLI YANG BERDAFTAR.

2. PPIM SENTIASA BEKERJASAMA DENGAN PIHAK BERKUASA
   BERKAITAN DENGAN SEGALA HAL EHWAL YANG BERKAITAN
   DENGAN PERUNDANGAN.

3. PPIM TIDAK PERNAH PADA SEBARANG MASA ATAU KETIKA
   UNTUK BERSEKONGKOL DENGAN MANA-MANA KONSPIRASI YANG
   BERTENTANGAN DENGAN ETIKA PERNIAGAAN DAN MANIPULASI
   YANG BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG NEGARA.

4. SEBARANG PENGLIBATAN PPIM DALAM KES JNSSB ADALAH
    SECARA TULEN DAN MUTLAK KERANA MEMBANTU AHLI DALAM
    MENJALANKAN PERNIAGAAN SELAGI IA TIDAK BERTENTANGAN
    DENGAN UNDANG-UNDANG.

5. SEBARANG PENGLIBATAN ANGGOTA ATAU KAKITANGAN PPIM DI
    DALAM JNSSB ADALAH PENGLIBATAN INDIVIDU BERKENAAN DAN
    TIDAK SEKALI-KALI MENGGAMBARKAN PENDIRIAN PPIM DALAM
    KES BERKENAAN.

6. SEBAGAI NGO YANG BERLANDASKAN KEBENARAN, KETAATAN
    KEPADA AGAMA DAN UNDANG- UNDANG, PPIM TIDAK AKAN
    BERTOLAK ANSUR DI DALAM SEBARANG PERBUATAN YANG
    MENYALAHI ASAS-ASAS BERKENAAN DAN TIDAK AKAN
    MENYOKONG SERTA MEMPERTAHANKAN SEBARANG PERBUATAN
    AHLI YANG BERTENTANGAN DENGAN ASAS-ASAS BERKENAAN.

7. JIKA MANA-MANA AHLI PPIM YANG MENYALAHI UNDANG -
    UNDANG JENAYAH ATAU KOMERSIL MAKA IA ADALAH DI ATAS
    TANGGUNGJAWAB SENDIRI.

BAGAIMANAPUN, KEDUDUKAN JNSSB SEBAGAI AHLI  BLUEMOSQUE FRATERNITY PPIM ADALAH TERTAKLUK KEPADA HASIL SIASATAN PIHAK BERKUASA YANG TERLIBAT.

SEHINGGA ITU, PPIM SEBAGAI SEBUAH NGO DAN ORGANISASI YANG MENDOKONG ETIKA, INTEGRITI DAN PROFESIONALISME DALAM SEGALA TINDAKANNYA MENGAMBIL SIKAP SENTIASA BEKERJASAMA KEPADA SEMUA PIHAK DAN MEMBANTU SETAKAT YANG TERMAMPU BAGI MEMASTIKAN KEADILAN DAN KESAKSAMAAN AKAN DIPEROLEHI OLEH SEMUA PIHAK.

PPIM JUGA ADALAH DENGAN TEGASNYA TIDAK TERBABIT DALAM SEBARANG TRANSAKSI YANG DILAKUKAN OLEH AHLI BERKENAAN DAN KERANA ITU TIDAK BOLEH DILIBATKAN DALAM MANA-MANA KENYATAAN SAMADA YANG PRO ATAUPUN KONTRA MENGENAI KES DI ATAS.

BAGAIMANAPUN, PIHAK KAMI SEDIA MEMBANTU KESEMUA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM KEMELUT DI ATAS DALAM MEMBERIKAN KONSULTASI DAN MEMPERMUDAHKAN CARA BAGI MENGURANGKAN IMPAK KEJADIAN YANG TIDAK DIUNDANG INI.

 
BERHUBUNG PENGLIBATAN PROF DR. IZHAM NAYAN DALAM JNSSB, BELIAU HANYA MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB BELIAU SEBAGAI PAKAR MOTIVASI MENGGUNAKAN MODUL YANG SERING DIGUNAKAN OLEH PPIM BAGI MEMBANGKITKAN KESEDARAN  UMMAH. UNTUK PENGETAHUAN, PPIM SENTIASA MEMENUHI UNDANGAN ATAU JEMPUTAN DARIPADA YADIM, FELDA, MARA, PETRONAS DAN LAIN-LAIN AGENSI  BAGI MEMBERIKAN CERAMAH SERTA MOTIVASI SERTA PENERANGAN KEPADA AHLI  YANG BERMINAT DAN TIDAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN TERTENTU.

DALAM KES INI BELIAU HANYA MEMENUHI JEMPUTAN SEBAGAI  PENCERAMAH MOTIVASI DARIPADA AHLI PPIM YANG BERMINAT UNTUK MENGGUNAKAN KHIDMATNYA.
 
        " BERSAMA MENGEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA "

Pelbagai persoalan bermain di benak saya, antaranya:
  • Kenapa hanya pada 30 October 2007 and selepas Bank Negara siasat, baru PPIM membuat kenyataan?
  • Kenapa PPIM membenarkan JNNSB menjadi BLUEMOSQUE FRATERNITY PPIM sedangkan Suruhanjaya Sekuriti terlebih dahulu menyenaraikan JNNSB sebagai pelaburan yg patut dijauhi oleh org ramai?
  • Dlm isu lain, PPIM sungguh mengambil berat termasuklah dlm memboikot produk2 tertentu, tetapi PPIM dgn rela hati membiarkan nama PPIM dijaja dan dicanang satu Malaysia semata2 utk menarik ahli baru. Di mana pendirian PPIM?
Berikut pula adalah kenyataan Ust Zaharudin Abd Rahman melalui laman web beliau sebagai ulasan apabila Jai Network sedang mengalami masalah:

KHABAR BERKENAAN PELABURAN & PERNIAGAAN JAI NETWORK
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Sejak dari dahulu lagi saya telah memberitahu sesiapa yang bertanya kepada saya tentang Jai Network, bahawa aqad yang digunakan oleh Jai Network untuk peringkat pertamanya adalah Bai' at-Tawarruq. Aqad ini dianggap halal oleh kebanyakan ulama Malaysia dan Dunia. Ini juga jawapan yang saya beri kepada perniagaan kambing baru-baru ini. Namun apa yang saya sebutkan ini tidaklah terhenti di situ sahaja, tetapi beberapa syarat dan pembaikan perlu dibuat agar ianya boleh dianggap menepati hukum Syariah. 
Nasihat & Syarat Yang Dilupakan
Saya menasihatkan semua individu yang ingin menyertainya untuk memastikan tertib tandatangan aqad mestilah tepat dan asset mestilah ada ukti 'qabadh' atau 'possession' telah berlaku samada secara hukmi atau hakiki.
Ini merupakan nasihat saya sekitar bulan Mac dan April 2007. Namun saya terus terang menyatakan saya amat meragui beberapa syarat (sebagaimana yang diberitahu di ketika itu) yang dikenakan seperti mewajibkan sesiapa yang ingin menyertai smart partnership ( jual beli secara tawarruq), mereka wajib menyertai smart moving juga (atau sebaliknya, maaf dah tidak berapa ingat).
Bagi saya membuat syarat seperti itu membawa kepada syubhah disebabkan pelannya. (pun dah lupa detail, tetapi di ketika buat keputusan tu, saya jelas.)
Silap Guna
Malangnya, ketika saya memberikan ceramah kewangan Islam di Universiti Multi Media Melaka, (jika tak silap pada 25 April 2007) saya diberitahu bahawa ramai individu yang menyertai Jai Network menggunakan hujjah saya sebagai hujjah sokongan untuk menghalalkan system mereka.
Maka dalam ceramah di Multi Media Universiti itu saya menyatakan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap pihak yang menggunakan hujjah saya 'out of context' dan mengambil separuh tapi meninggalkan separuh yang lain.
Benar, memang saya katakan aqadnya menggunakan cara Tawarruq yang diterima oleh kebanyakan ulama Islam, tetapi tidak benar saya mengatakan 'whole package sistem perniagaan Jai Network' adalah halal menurut kajian saya. Jika orang lain kata halal, itu terpulang kepada mereka, tetapi bukan saya.
Hasrat Nak Tolong Peniaga Bumiputra
Saya memang tidak berhasrat pada mulanya untuk menghentam secara terbuka di web saya berkenaan kesilapan ini kerana saya fikir masih ada ruang untuk mereka perbaiki.
Saya juga harap agar mesej berkenaan kelemahan sistem dan pelan mereka dari sudut  Shariah telah disampaikan kepada pihak pengurusan tertinggi Jai Network dan pihak pengurusan yang beragama Islam serta Bumiputra ini boleh mengambil langkah proaktif memantap dan memperbetulkan system mereka.
Selain itu, saya juga telah mencadangkan beberapa nama ilmuan Shariah kepada peserta Jai Network (yang menghubungi saya) agar pihak pengurusan Jai Network melantik  penasihat Syariah rasmi bagi membuktikan komitmen mereka terhadap isu halal dan haram. Kemudiannya saya berlepas diri dari sebarang pertanyaan berkenaannya lagi.
Masalah Berganda
Kemudian bertarikh 18 Julai 2007, saya memuatkan amaran berkenaan Jai Network di web saya apabila mendapati nama syarikat ini tersenarai di senarai hitam suruhanjaya sekuriti Malaysia. RUJUK DI SINI
Akibatnya selepas itu, ramai peserta mereka yang menghentam saya. Hakikatnya sebarang skim, perniagaan atau pelaburan yang telah tersenarai hitam di SC, menjadikannya kurang 'worth it' untuk dikaji dari sudut Shariah (di ketika itu) kerana priority mereka adalah mendapatkan lesen untuk aktiviti perniagaan itu dan seterusnya melepaskan diri dari senarai hitam.
Ini kerana, mempromosi sebarang skim bentuk pelaburan atau 'perniagaan kutip wang' seperti ini dalam keadaan syarikatnya telah tersenarai hitam adalah satu tindakan yang boleh memudaratkan peserta dan syarikat sekaligus.
Di ketika itu, bagi saya ia boleh menjadi haram dari sudut Syariah akibat mudarat dan  'gharar' yang boleh dan bakal menimpa pesertanya. Islam mengharamkan 'gharar' atau ketidakatentuan (seperti pernigaan tanpa lesen jelas) dan mudarat (seperti nasib masa depan syarikat kerana telah disenaraihitam) bagi pelanggan.
Terkini
3 hari lepas (26 Nov 2007), setelah sekian lama saya tidak mendengar tentangnya. Saya membuka web PPIM dan mendapati rupanya terdapat perbincangan hangat tentangnya lantaran seorang individu utama Jai Network adalah juga salah seorang anggota pengurusan PPIM sedang diasak pelbagai soalan oleh para peserta Jai Network.
Nampaknya telah sahih, mudarat dan ketidaktentuan yang saya jangkakan. Bank Negara telah membekukan akaun mereka dan kini peserta mula merasa bahangnya.
Bagi info lanjut, saya sertakan jawapan individu yang terbabit dari PPIM berkenaan kes Jai Network sebagai jawapan kritikan pelbagai pihak kepadanya dan Jai Network.
Selamat membaca dan menilai.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
29 Nov 2007

Itu adalah ulasan Ustaz Zaharudin Abd Rahman, pensyarah Fakulti Kewangan UIA yg pernah memberi ceramah di MMU Melaka yg mana hujah beliau juga digunapakai oleh org2 Jai Network utk menarik ahli baru. Saya tak mahu mengulas tentang kenyataan Ustaz Zaharudin. Terpulang kepada anda untuk menilai sendiri kenyataan Ustaz Zaharudin.

Cumer yg saya ralat, sejak Jai Network ditubuhkan, ramai yg ingin menarik ahli baru termasuk saya menggunakan konsep2 Islam. Akad la, halal dari sudut syariah la dan sebagainya. Tapi, kalau Jai Network betul mengikut syariat Islam, adakah perkara ini (dibekukan oleh Bank Negara) akan berlaku? Seperti yg saya pernah beritau dalam entry Bukan Saenang Nak Jadi Senang lebih setengah tahun yg lepas, pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menyenaraikan Jai Network sebagai illegal investment disebabkan konsep pelaburan yg tidak munasabah. 100% keuntungan dlm masa 8 bulan. Pegawai di SC ada memberitahu saya, kalau Jai Network adalah suatu pelaburan yg halal & betul, beliau sudi membantu meminjamkan wang beliau utk digunakan sebagai modal bagi org2 miskin.



Akhbar Berita Harian dlm 6/12/2007 (ruangan notis) telah terpampang notis penyitaan kepada Jai Network Sdn Bhd. Satu notis yg yg menipiskan peluang ahli Jai Network utk mendapatkan duit mereka kembali. Saya juga mendengar cerita yg Jai Network akan saman Bank Negara tapi cerita tersebut masih belum menjadi kenyataan. Di petition online, ahli2 Jai Network menandatangani petition membantah tindakan Bank Negara. Setakat entry ini ditulis, seramai 729 org telah menandatangai petisyen tersebut. Tetapi, adakah petisyen ini laku? Menulis di ruangan akhbar rasanya lebih laku dan dipandang oleh pihak2 terbabit.

Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak masuk pelaburan tidak ada reverse balik. Bagi yg dapat at least balik modal, syukur Alhamdulllah. Bagi yg tak dpt balik modal sehingga kerugian berpuluh2 ribu ringgit, sabar saja yg mampu saya ucapkan. Anggaplah ini sebagai satu pengajaran yg berguna buat kita. Pengajaran di sini ialah, Bukan Senang Nak Jadi Senang. For others yg nak buat investment di mana2, berfikir panjang sebelum letak duit anda. Kalau ada pelaburan yg akan membuat pulangan dividen melebihi 25%, anda siasat dahulu dgn Suruhanjaya Sekuriti mahupun Bank Negara. Siasat dan fikir dengan masak sebelum anda menyesal di kemudian hari. Bagi mereka yg berperang di laman rasmi PPIM, harap dpt bertenang. Tak elok mencacatkan website tersebut dgn komen yg tak sedap dibaca.

Soalah terakhir dari saya, Adakah Senang Nak Jadi Senang?

Wassalam

Posted at 10:21 pm by Faiz Nordin

atok
June 12, 2008   12:55 PM PDT
 
Pelaburan tak halal ni senang je nak tau. Perniagaan JAI network/jai resources atau yang sekutu dengannya memang mencurigakan.

Saya pernah hadir taklimat di ibupejabat Jai di kuantan (may 2007) untuk menjadi dealer hidrofuelnya. (sekarang tah apa jadi). Dealer yang berminat diperlukan membayar sahingga RM 50,000.00 tanpa apa-apa agreement. Memikirkan ianya mencurigakan saya menanguhkan dan memikirkan kembali untuk menjadi dealer hidrrofuel. Malangnya ramai orang Melayu yang menyertai dan membayarnya. Bayangkan berapa banyak telah dikutip Jai dan sahingga kini setelah setahun wang tersebut beku malah mungkin hangus....itulah wang orang Melayu beragama Islam yang ditipu/tertipu oleh perniagaan Jai yang tidak professional dan jujur.

Alangkah bagusnya teknologi hidrofuel ini seandainya mereka betul-betul jujur dan professional dikala harga petrol semakin melambung setiap hari. Pelaburan kerajaan membiayai research Dr. Halim yang berjuta-juta nampaknya hanya satu pembaziran negara.

Selain itu pelaburan dengan 100% pulangan dalam masa 8 bulan juga disorongkan kepada saya tapi saya waras menagkis godaaan yang tidak rassional pada saya yang berpendidikan.

Berfikir dan sedarlah wahai orang melayu.
pakcik MMA
December 16, 2007   11:57 PM PST
 
ajami,

i dah hantar email to say sorry sbb tak dpt join. btw, tq for the invitation
pakcik MMA
December 16, 2007   11:56 PM PST
 
jubiez,
tq for ur comment
ajami
December 12, 2007   01:16 AM PST
 
Salaam pakcik..

nak join tak tgk ANAK HALAL:

16/12 ahad 4pm gsc.pavilion

if mau email me:
bicaraskrip@gmail.com

asap..

*tiket ditaja ;-)
Jubeiz
December 9, 2007   04:41 PM PST
 
Saya pernah menyertai pelaburan di internet. Dalam pelaburan tu saya mendapat pulangan modal dan sedikit keuntungan. Ada satu hari tu ada orang berikan saya link ke laman web ustaz zainuddin. Bila habis baca komen beliau saya terus stop dari melabur. Masa mula-mula melabur tu tak terfikir langsung pasal halal haram sebab tak tau dan tiada orang berikan nasihat.
pakcik MMA
December 9, 2007   04:26 PM PST
 
Ghost,
Ko komen tentu emo. Hahahah. Itu hak ko. :D. Btw, apa yg ko ckp tu betul. Tu yg tak best. Guna nama islam utk tarik pelaburan ntah paper. Pastu riak laks over. Sekarang, aku nak gak baca komen baru dr org2 jai
pakcik MMA
December 9, 2007   04:25 PM PST
 
Kampung boy @ lex,
Thanks for ur comment too. Nnt buat review tempat makan yg best2 lg tau especially chineese restaurant yg halal. :D
pakcik MMA
December 9, 2007   04:24 PM PST
 
piee,
Thanks for ur comments. Hope ur wish come true. And thanks also for ur recommendation
Ghost of 71
December 9, 2007   10:54 AM PST
 
hmm...aku tak paham sgt benda nih.. sebab aku tak penah minat pasal melabur itu ini. tp tgk pada gaya, kalau dah sampai jual nama org lain, baik pegi mati je la. bagi anak bini mkn duit haram, itu ke islam?..apatah lagi yg sibuk laung hidup melayu la itu la ini. pikir la balik. cari duit cara halal. kalau takat nak tunjuk kat org yg kita berduit, baik tak payah.
Kampungboy
December 9, 2007   10:21 AM PST
 
Hey.. bagus eh perkataan yang dipakai.. Salute setinggi-tingginya.. Teruskan usaha man..
piee
December 8, 2007   11:56 PM PST
 
askum pakcik. this is my first comment to ur blog. i salute with ur writing for this entry. ur word not so emotional but very tajam. hopefully u will be a reporter one day. for those yg nak join illegal investment, think twice. better u all join the legal investment like public mutual or maa kl mutual.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< December 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics