Selamat Pengantin Baru Pak Lah.....
Agak terkejut tgh hari td biler dpt tau Pak Lah akan kawin Sabtu ni. Rasanya, sebelum ni takder pun kita dgr gosip yg kata Pak Lah akan kawin. Pandai betul pihak2 terbabit especially Jabatan Perdana Menteri merahsiakannya. Ternyata riak wajah Pak Lah ketika mengumumkannya sendiri ptg td begitu ceria sekali. Takder apa yg nak disegankan apabila Pak Lah yg berumur 67 tahun berkahwin dgn Jeanne Abdullah yg berumur 53 tahun selepas setahun setengah Pak Lah kehilangan arwah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood. Rupa2nya Jeanne ni ada kaitan persaudaraan dgn Datin Seri Endon dan sudah lama mengenali Pak Lah.

Jeanne Abdullah
Selamat Pengantin Baru kepada Dato' Seri Abdullah Badawi. Semoga selepas ni, Pak Lah akan makin happy sbb dah ada teman baru di sisi. Hehehe. Semoga perkahwinan Pak Lah ni akan kekal sehingga akhir hayat. InsyaAllah
KLIK MY SPONSOR