Selepas aku memperkenalkan Nasi Ambang (Nasi Ambeng kalau org Jawa panggil) dan aku menghidangkannya kepada rakan2 aku semasa hari raya yg lepas, kali ni aku tergerak hati utk memperkenalkan sejenis minuman yg penuh khasiat iaitu KELAPA BAKAR. Hahaha. Simple jer nama tapi kat Malaysia ni tak ramai tahu psl kelapa bakar tapi kalau kita masuk ke Thailand, Kelapa Bakar (dorang guna kelapa pandan) sgt popular dan lebih popular dr kelapa biasa. Tujuan buah kelapa dibakar adalah utk memanaskan suhu air kelapa. As we know, air kelapa ni mempunyai suhu yg sejuk. Tu sbb org2 melayu percaya yg air kelapa muda dpt menyembuhkan demam campak mahupun demam caca (chicken pox). Kelapa yg dah dibakar juga banyak khasiat. Ia dpt membantu perjalanan darah dan juga dan membersihkan perut kita.
Berlaku sedikit konflik pada cara penghidangan kelapa bakar. Di Thailand, kelapa yg sudah siap dibakar akan dimasukkan ke dalam peti ais utk disejukkan tetapi di Malaysia, kita minum panas2! Di Thailand, mereka tak letak apa2 sebagai perisa tetapi di Malaysia, kita letak pelbagai bender lain seperti madu dan limau purut utk menambahkan rasa kelapa bakar tersebut. Isi kelapa yg sudah dibakar tu pun akan jd lembut. Guna jari pun boleh. Hehehe. Kadang2 kalau kita makan kelapa muda biasa, sudu yg kita gunakan utk mencungkil isi kelapa tersebut boleh bengkok kalau tak kene pada gaya. Kalau kelapa bakar, kita pasti takkan menghadapi masalah since isinya lembut.
Mungkin dekat Malaysia, kelapa bakar kurang popular. Apa yg popular di sini ialah kelapa jelly. Apa kata lepas ni kalau anda semua buat barbeque udang ker sotong ker ayam ker, cuber juga utk barbeque kelapa utk jd kelapa bakar dan rasalah air kelapa yg sudah dibakar. Tapi aku sarankan agar anda letak ais ataupun masukkan ke peti ais buat seketika. Selamat mencuba!

Beginilah cara kelapa dibakar