Monday, February 26, 2007
Menulis bukan kerna nama

Wah! Lama rasanya tak apdet blog. Bukannya apa, minggu lepas adalah satu minggu yg amat bererti dlm idup aku. Minggu yg ada penuh dgn elemen kasih sayang, mengenal erti realiti kehidupan yg sebenar, mengajar erti utk mendalami hikmah,. Minggu lepas juga merupakan minggu yg mana self confident aku agak goyah tetapi minggu lepas juga merupakan minggu yg perlu aku banggakan dan yg penting minggu lepas juga aku menyambut anak sedara aku yg kelima! Satu minggu yg hanya ada 7 hari tetapi macam2 berlaku dlm minggu kelapan dlm tahun 2007.

Firstly, aku nak cerita sikit psl tulisan aku mengenai cadangan utk mengurangkan kemalangan jalan raya seperti entry sebelum ni. Sebenarnya aku edit sikit entry tersebut utk disesuaikan utk disiarkan di akhbar. Maka pada 20 Januari yg lepas, Utusan Malaysia dan Berita Harian telah menyiarkan idea aku yg aku adaptasi dr blog. Hari khamis yg lepas ketika aku menonton Berita Astro, tetiber Dato' Seri S Samy Vellu telah  berkata yg kerajaan akan menaikkan taraf jalan persekutuan termasuk memisahkan laluan motosikal tetapi ia bergantung kepada keluasan rezab jalan yg ada. Inilah yg aku harapkan dr penulisan di blog aku. Aku mengharapkan ia tidak berakhir di blog tetapi aku harap ada tindakan dr penulisan aku.

Dari Utusan Malaysia 20 Januari 2007:
Banyakkan laluan motosikal bendung kemalangan maut

KEMALANGAN jalan raya merupakan isu yang sering menghantui kita setiap hari terutamanya pada musim perayaan.Kita dapat lihat statistik kemalangan ini apabila tiba musim perayaan melalui Ops Sikap yang dijalankan oleh polis pada setiap musim perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

Namun, semakin banyak Ops Sikap, jumlah kemalangan dan kematian masih lagi di takuk lama. Mana silapnya? Apa yang perlu dibuat lagi oleh pihak kerajaan terutamanya Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan polis?

Berbalik kepada statistik, saya ingin menganalisis dua aspek iaitu jumlah kemalangan dan kematian di jalan kampung mahupun jalan negeri serta jumlah kemalangan membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal yang begitu tinggi berbanding kenderaan lain.

Saya ingin mengambil contoh statistik hari keempat Ops Sikap ke XII, 40 penunggang dan pembonceng motosikal maut daripada sejumlah 62 mangsa maut.

Ini bermakna 65 peratus daripada kemalangan maut melibatkan motosikal. Pada pandangan saya, kemalangan sering melibatkan pemilik atau penunggang motosikal kerana mereka menunggang motosikal berkongsi jalan dengan kenderaan lain.

Kemalangan mungkin dapat dikurangkan jika kesemua jalan di negara ini sama ada di jalan Persekutuan, jalan negeri, lebuh raya mahupun jalan bandaran mengasingkan laluan motosikal dengan jalan utama.

Keadaan percampuran antara motosikal dan kenderaan lain di atas jalan yang sama boleh diibaratkan umpama gajah dan semut dibiarkan berkongsi pada habitat yang sama.

Jika pengasingan laluan dapat dilakukan, risiko kemalangan dapat dikurangkan. Kalau kemalangan berlaku juga, ia hanya melibatkan antara motosikal dengan motosikal dan kereta dengan kenderaan lain sahaja. Ini mungkin boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat jalan raya.

Analisis pada aspek lain dalam statistik kemalangan jalan raya ialah jumlah kemalangan di jalan-jalan Persekutuan dan jalan-jalan negeri yang lebih tinggi berbanding lebuh raya.

Saya mengambil contoh statistik pada hari terakhir Ops Sikap XI pada Hari Raya lepas yang mana jumlah kemalangan di jalan-jalan Persekutuan dan jalan-jalan negeri berjumlah 376, manakala jumlah kemalangan di lebuh raya hanyalah 97 kes.

Memang kita mengetahui lebuh raya akan memakan kos yang sangat tinggi dan secara tidak langsung pengguna sendiri yang terpaksa menanggung beban kos lebuh raya melalui bayaran tol.

Pada masa yang sama kerajaan perlu berusaha menaik taraf jalan-jalan Persekutuan dan jalan-jalan negeri terutamanya melebarkan jalan dari satu lorong kepada dua lorong sehala.

Walaupun ia juga memakan kos yang tinggi tetapi lebih baik melebarkan jalan daripada menggunakan duit tersebut untuk kempen keselamatan jalan raya yang langsung tidak menampakkan perubahan pada kadar kemalangan dan kematian nahas jalan raya.

Kita harap pada akhirnya, setiap jalan Persekutuan dan jalan negeri di negara ini akan mempunyai empat lorong iaitu dua lorong utama, satu lorong kecemasan dan satu lorong motosikal.

Cadangan ini diharap dapat membantu pihak kerajaan dan polis untuk menyelesaikan isu yang masih lagi belum selesai terutamanya pada musim perayaan.

Sikap pemandu umpama kopi yang sentiasa pahit. Jadi, untuk mengurangkan kepahitan kopi, apa kata campurkan gula di dalam secawan kopi agar ia dapat diminum juga.

PAKCIK MMA JUNIOR,

Banting, Selangor.

Keduanya, nak ckp psl self confident. Bg aku, self confident ni umpama tiang yg mengukuhkan binaan sesuatu bangunan. Maka, self confident ni akan mudah goyah jika didownkan oleh pihak yg lain. Yes, my self confident agak teruji minggu lepas sehingga nak drive keter pun takder mood. Apapun, biarlah ia menjadi rahsia apa yg membuatkan aku berasa sedemikian. Now, aku dah muler berfikiran positif yg aku tak sebodoh yg disangka dan aku bukanlah org sehina disangka. Come on faiz!!!! U can do it!!!

Ketiganya, minggu lepas juga aku dpt anak sedara yg kelima iaitu Nur Izfar (kalau tak silap la) Pejam celik pejam celik, dah 5 org anak sedara aku. Gap yg terlalu jauh iaitu 13 tahun antara aku ngan kakak aku membuatkan aku rasa aku pun ingin menimang anak sendiri. Apakan daya, walaupun u ols semua ramai panggil aku pakcik tapi umur aku baru berumur 22 tahun. Masih belum matang utk menimang cahaya mata. Huhu.

Akhirnya, aku akan abadikan segala kenangan manis dan pahit yg berlaku sepanjang minggu lepas sebagai pengalaman berguna terutamanya kenangan pahit yg telah merobek self confident aku buat sementara. Kenangan yg tak boleh dilupakan selama2nya. Now, aku kene thinking forward. Tak semua bender kita kene take for granted and aku kene yakin pada diri sendiri agar tidak mudah org nak kotak katikkan minda dan perasaan aku.

~Pakcik MMA menulis bukan kerana nama~


Posted at 09:52 pm by Faiz Nordin

pakcik MMA
March 1, 2007   08:34 AM PST
 
ghost,
tu sbb aku cadangkan lebih banyak laluan motosikal dibina. so motosika lebih selesa dan selamat utk dibawa
pakcik MMA
March 1, 2007   08:33 AM PST
 
merry,
takperla. aku redha dgn apa yg berlaku. btw, thanks sgt2 sbb support aku
pakcik MMA
March 1, 2007   08:32 AM PST
 
ash, thanks so much for ur support.
Ghost of 71
February 28, 2007   06:21 PM PST
 
AKu penuggang moto full-time. aku tau bahaya atas jalan. kekadang bukan sebab moto, tp kenderaan lain yg ada atas jalan. lagi2 lori, tuhan je la yg tau mcm mane rasa bila lori lalu sbelah atau cucuk kat blakang. lagi 1..td aku nyaris eksiden, sebab kete tu tido.. tak reti nak slow dkt round about, main jalan je. pastu nak marah aku pulak. kalau langgar td, n kalau aku still bleh jalan, mmg aku bunuh org tu. tak reti bwk kete. mentang2 kete besar, buat tak nampak je.
biskutmerry
February 28, 2007   11:57 AM PST
 
Sape yang cakap En.Faiz bodoh??? meh aku luku paler dia..biase nih!!! blog dia bes sgt ker??Err...En.Faiz, tumpang lalu yer...
Ash
February 27, 2007   02:14 AM PST
 
pakcik, bukan pasal isu kemalangan ni jer tapi pakcik punyer isu pasal khalwat pun dpt meluas ke pihak tv. walaupun isu khalwat tu dibangkitkan oleh mufti perlis tapi pandangan pakcik adalah lebih awal dari mufti perlis. ini menunjukkan idea pakcik yg pakcik lontarkan blog bernas dan inilah sebabnya ash sentiasa baca any entry baru pakcik.

Keep it up dgn idea2 bernas pakcik. teruskan semangat pakcik. jgn rasa down ok? org yg tak pernah baca blog pakcik jer yg sangka pakcik bodoh. diharap pakcik dpt bg idea2 yg bernas lagi.

-Ash-
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< February 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics