Monday, January 15, 2007
Vacation to Kota Kinabalu

Assalamualaikum........

Seminggu rasanya aku tak apdet blog. Walaupun tgh cuti sem tetapi banyak keje aku sedang pending. Aku akan uruskan 2 trip lagi minggu ni dan minggu depan. Apapun, ari ni aku nak citerkan pengalaman aku vacation ke Kota Kinabalu. Secara kesimpulan, im in love with Sabah. Now, aku dah muler rasa rindu kat Sabah especially Kota Kinabalu and Mt Kinabalu. Hahaha. Feeling cam bodoh jer. :P.

Actually ni first time aku jejakkan kaki ke Sabah. Agak pelik sbb aku memakan masa yg lama utk plan pi Sabah sedangkan negeri lain especially Sarawak yg aku selalu pergi. Maybe takder seru kot nak pi Sabah. Then, bila dah pi terus in love dgn Sabah ni. Apa yg boleh komen tentang vacation ke Sabah ni is very fantastic except 2 things. First sebab tak clear nak amik gambar due to keadaan yg sgt berawan and tak dpt nak naik Sunset Cruise seperti diplan sbb keadaan laut yg bergelora dan juga fobia dgn accident bot karam di Sandakan sehari sebelum itu. Mungkin aku akan qadak balik apa yg aku kempunan tu pada next trip pi Sabah. ~akan pergi ke sabah lg pada waktu terdekat~

Aku menaiki flight dr LCCT pada pukul 9.15 pagi dan tiba di Terminal 2 Kota Kinabalu 2 jam setengah kemudian. Then, aku terus menaiki sebuah proton wira yg kami sewa utk terus ke Gunung Kinabalu. Kami dinasihatkan oleh pemilik kereta wira terbabit yg kami kene sampai awal ke Kundasang iaitu kota kecil yg merupakan kaki Gunung Kinabalu dan juga tempat yg terletaknya Taman Negara Kinabalu. Waktu tersebut menunjukkan pukul 1 petang dan kami ada misi untuk sampai ke Kundasang sebelum pukul 5 petang. Tapi kami cuber rileks and cool agar semuanya berjalan lancar. Then, kami singgah utk menjamu selera di Restoran Sri Melaka di Kg Air yg merupakan restoran Melayu paling popular di Kota Kinabalu. ~Sesedap rasa jer aku anugerahkan restoran ni yg paling popular. hahaha~


Salah sebuah penempatan di kaki Gunung Kinabalu

Selepas kenyang menikmati masakan yg lazat2 antaranya kailan ikan masin, ayam masak bawang putih dan ikan tanpa tulang masak sweet sour, kami terus bergerak ke Kundasang dAn terpaksa berpandukan peta di sebelah. Kami melalui beberapa tempat seperti Inanam, Tuaran, Tamparuli dan terus ke Kundasang melalui tempat yg dipanggil Bandu Tuhan. Perjalanan sejauh 115 km yg mana hanya 35 km sahaja merupakan jalan lurus manakala selebihnya ialah jalan yg curam dan berliku2. Kami start melalui jalan yg curam dan berliku2 bermula dr jambatan Tamparuli sehinggalah ke Kundasang. Pendek kata jalan tersebut merupakan kesinambungan antara jalan Cameron Highland dan Genting Highlands. Sepanjang perjalanan tersebut, aku sebagai driver mengalami sedikit cabaran iaitu aku tak biasa guna kereta automatik apabila naik bukit. Nasib baik kawan ayah aku cuber menenangkan aku kembali dgn memberi tips menggunakan gear automatik apabila naik bukit setelah kereta kami tak gerak2 sbb guna gear 'D'. Nampak bodoh giler laks aku tak reti bawak gear automatik. Haha.


Keadaan di Pekan Kundasang pukul 5.30 ptg

Akhirnya, sampai gak kami di Kundasang iaitu lebih kurang pukul 4.15 ptg setelah aku memandu lebih kurang 1 jam 45 minit dan memandu dlm keadaan berawan. Kami terus check in di salah sebuah hotel di Kundasang yg dikatakan hotel yg tertinggi di area Gunung Kinabalu. Hotel ini berada betul2 di puncak Kundasang. Dahla Kundasang tu adalah puncak di area Banjaran Crocker dan hotel ini berada di atas satu lagi bukit di area Kundasang. You all can imagine betapa tingginya hotel ini. Kiterang punyer bilik kat Tingkat 7 dan bila masuk bilik, kitaorg terus bukak tingkap. Alangkah terkejutnya apabila kami sebenarnya berada di atas awan. Bila kami pandang bawah, semuanya menjadi keputihan belaka. Mungkin keadaan ni ada pro and cons. Pronyer ialah keadaan sebegini jarang berlaku dan cons nyer, tak clear amik gambar. Huhu. Malam tu kami dinasihati oleh pihak hotel agar tidak keluar memandangkan keadaan yg sgt berawan. Utk itu, aku ngan pakcik sebilik aku (kawan bapak aku) terus pergi mencari makanan utk kami tapar ke bilik hotel. Sebenarnya tapar bermaksud bungkus dan perkataan tapau yg sering kita guna tu adalah berasal dr word tapar. Lebey kurang pukul 5.30 kami keluar utk mencari makanan. Waktu itu keadaan dah muler bergelap. Kami lekas utk mencari makanan dan terus balik ke hotel. Apa yg kami lakukan di hotel hanyalah tido di puncak awan dlm keadaan sungguh nyaman.


Pemandangan menarik di Kundasang

Keesokannya, kami breakfast di hotel dan pergi ke pekan Ranau. Pekan Ranau yg merupakan kampung asal Linda AF terletak 15 km dr Kundasang. Perjalanan dr Kundasang ke Ranau adalah perjalanan menuruni bukit. Di Ranau, kami hanya singgah utk mengisi minyak dan membeli teh Sabah. Kami tidak berpeluang ke kawasan ladang Teh Sabah dan utk menyedapkan hati, kami anggap yg Ladang Teh Sabah hampir sama dengan Ladang Boh di Cameron Highlands. Selepas itu, kami berpatah balik ke Kundasang. Kami singgah sebentar di deretan gerai yg menjual sayuran dan buah2an. Beza antara deretan pasar tersebut dgn pasar di Brinchang, Cameron Highland ialah di Kundasang tiada strawberri tetapi ada buah salak. Yang lain hampir sama dgn Cameron Highlands.


Deretan gerai menjual sayuran dan buah2an di Kundasang

Sebelum pulang ke Kota Kinabalu, kami singgah ke Taman Negara Kinabalu yg juga merupakan tempat permulaan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Agak pelik bunyinya tetapi kami dengan menggunakan kereta sewa tersebut 'cuba' mendaki Gunung Kinabalu tersebut. Kami cuber sedaya upaya 'mendaki' sehingga kami rasa kami perlu patah balik. Bg aku pula, niat aku cumer satu. Aku try nak dptkan anger dan tempat yg kurang awan utk aku menangkap gambar. Agak mengecewakan tetapi aku berpuas hati juga mengambil gambar seperti gambar di bawah. Nak buat cam mana, itu sahaja yg aku dpt try.


Trek masa 'mendaki' Gunung Kinabalu menggunakan kereta!


Anger dan gambar paling clear yg dpt disnap. Huhu

Kami terus menuruni Banjaran Crocker dan melalui sekali lagi Jambatan Tamparuli. Teringat jambatan ini, teringat lagu Jambatan Tamparuli dan juga teringat yg Tamparuli merupakan tempat asal Marsha. (Aku banyak kenal nama tempat kat sabah & sarawak ni sbb AF). Gambar di bawah ni aku snap ketika aku drive. Huhu. Kalau ini bukan jambatannya aku mintak maaf. Aku sekadar mengandaikan ini ialah jambatan yg dimaksudkan dlm lagu tersebut berdasarkan situasi jambatan tersebut yg terletak di Tamparuli. Aku teringat betapa semangat jambatan ini kepada penduduk Tamparuli sehingga mereka mencipta lagu dan lirik khas utk jambatan ini.


~Oh Jambatan O Tamparuli~

Kami terus dlm perjalanan ke Kota Kinabalu. Kami melalui sekali lagi Inanam. Teringat Inanam teringat yg inilah kampung halaman Adam. Inanam sekali imbas dr mata kasar merupakan kawasan yg kuat pengaruh Islam. Di sini, ia mempunyai sekolah menengah agama dan rata2 penduduk di sini nampak alim. Selepas itu, kami bercadang ke Monsopiad Cultural Village di Panampang. Panampang merupakan kawasan yg mempunyai ramai penduduk Kadazan Dusun. Bila sampai di Panampang, aku teringat pula si malatop, Velvet yg merupakan anak jati Panampang. Kami terus ke Monsopiad tetapi kami berpatah balik kerana terasa tak best pulak nak ke Monsopiad. Kami terus ke Kota Kinabalu dan terus mencari makan tengahari memandangkan waktu sudah menunjukkan pukul 2.30 ptg. Lantaran itu, kami menikmati makanan di Restoran Sri Delima yg bersebelahan dgn Restoran Seri Melaka. Makanannya enak juga tetapi bg aku, aku lebih prefer utk makan dr Seri Melaka. Selepas itu, dlm lebey kurang pukul 3.30 ptg, kami menuju ke Sutera Harbour utk check in hotel. Sebelum tu, kami pusing2 melalui jalan tepi laut berhampiran pelabuhan Jesselton utk menikmati pemandangan indah di sana. Di sini, kami dpt melihat bangunan Yayasan Sabah dan juga masjid terapung.


Pemandangan bandar KK dr bilik

Apabila sampai jer di bilik hotel di Sutera Harbour, aku terus letakkan beg and terus tukar baju. Dlm otak waktu tu hanya satu, nak pi mandi swimming pool. Aku meluangkan masa selama hampir 2 jam utk bermandi manda di swimming pool yg bg aku agak besar berbanding hotel lain. Waktu menunjukkan pukul 6 ptg, dlm pikiran bukan lagi swimming pool tetapi pemandangan sunset. Berdasarkan pandangan beberapa pelancong dlm beberapa laman web pelancongan dunia, Kota Kinabalu mempunyai pemandangan sunset yg menarik. Ya, aku setuju dgn pandangan tersebut setelah aku sendiri melihat sunset tersebut. Sungguh indah sambil menikmati tiupan angin sepoi2 bahasa yg sungguh nyaman. Lepas tgk sunset, kami terus bersiap dan menaiki bus shuttle yg disediakan pihak hotel untuk menuju ke Kota Kinabalu. Niat kami hanyalah utk menikmati makan malam dan aku memilih salah sebuah seafood restaurant dekat area waterfront esplanade. Sungguh sedap makanan di situ terutamanya udang masak mentega dan tak lupa shark fin. Selepas itu, kami pulang ke hotel dan berehat.


View sunset dr Sutera Harbour


Sempat ambil gambar bersama kawan bapak aku (kiri) dan mak
aku (kanan). Waktu ni bapak aku taknak amik gambar sbb tgh
layan angin laut. Hehe.

Keesokkannya, selepas breakfast, aku terus dgn aktiviti mandi swimming pool dan yang lain menikmati angin tepi laut. Kami masih fobia utk boating setelah keadaan laut yg bergelora. Dlm area pukul 10 pg, kami bersiap utk check out. Selepas check out, kami mencari teksi utk pergi pasar filipina dekat area pekan KK. Di sini, banyak mutiara dijual. Dr yg berkilat2 hinggalah yg sedikit kasar. Sementara yg lain dok shopping, aku sempat berjumpa dgn member aku yg aku kenal melalui Fiza yg belajar di UMS yg tolong aku carik keter sewa murah2 iaitu Syamila. Sempat gak la berborak sat dekat area shopping complex kat sana. ~Tq syamila sbb tolong aku~


Keadaan di dalam Pasar Filipina

Then, kami terus ke airport utk perjalanan pulang. Sememangnya, aku jatuh hati dengan keadaan di Sabah. Mmg satu tempat yg menarik utk dikunjungi. Jika ada masa dan kewangan, akan aku pergi lagi ke Sabah yg menjanjikan tempat2 menarik yg memberi kepuasan. InsyaAllah

 

PENERBANGAN DISEDIAKAN:



PENGINAPAN DI GUNUNG KINABALU:



PENGINAPAN DI KOTA KINABALU:



Posted at 06:58 pm by Faiz Nordin

ali
July 4, 2010   11:00 AM PDT
 
dia provide semua.. dr penginapan sampai tour ke gunung n pulau... murah je, ok, bye..
ali
July 4, 2010   10:57 AM PDT
 
salam,..

kalau nak melancong ke sabah boleh contact no. kwn ni: 0168470945, nama dia ala.. lupa aku.. tanya sendri la
mimi
April 10, 2010   12:26 PM PDT
 
hahaha....
jj
April 9, 2010   01:05 AM PDT
 
sabah of course tpt paling menarik.i da bnyk kali p sabah.i da plan honeymoon kat kundasang. sejuk dan nyaman.i ingatkan i jer yg kagum dgn sabah especially kundasang.bg i yg da bnyk kali g sabah,halal haram makanan kat sana adalah seperti kat semenanjung juga.specialnya kat sabah xda jual daging khinzir secara open.dorg hormat kat org malay.kundasang 80% adalah penduduk islam berketurunan kadazan dusun.very friendly n spoting.i love sabah.
KUTTILLA
January 25, 2010   11:31 PM PST
 
Hai..saya terhibur baca catatan2 U ni...saya org Sabah..gambar Jambatan Tamparuli tu bukan jambatan yang dimaksudkan dalam lagu "Jambatan Tamparuli". Jambatan itu, terletak di Pekan Tamparuli, jambatan untuk pejalan kaki..hehehe...datanglah Sabah lagi..
Adrian
January 15, 2010   10:50 PM PST
 
Hi Frenz, Jambatan tu cuma tuk jambatan tuk kereta. Jambatan gantung seperti yg dimaksudkan dalam lagu ada berdekatan dgn pekan Tamparuli. Kalu frenz pusing ckit sblh kiri dkt simpang sblum Jambatan yang frenz lalui tu, frenz akan jumpa jambatan Gantung yang tinggi dan panjang (tuk pejalan kaki). Lg cantik amik gambar dr sini. Tipsnya, kalu ke cini next time dtng la pada hari rabu sb ada Tamu mingguan. meriah dan nampak keramahan dan intergrasinya. Tq.
lynn
March 4, 2009   01:58 PM PST
 
salam pakcik MMA..
best erk SABAH..sye pun akan pegi ke sane bulan 5 nie..
at first ingt x de ape sgt kat saner..!
tapi biler dah bace blog nie sye rase x saba plak nak g..
erm..tambang teksi/car rental kat sane mahal x..??
bg ar 'hint' sket..!!!!!!!!!!
sam
October 20, 2008   04:34 PM PDT
 
makan kat restaurant mana yang sedap n halal. harga yang berpatutan. aku nak gi hujung bulan ni
yanie
June 11, 2008   07:55 PM PDT
 
bro, berapa harga kete sewa kat sana? ada kontek no. x? tqvm
iDzAm
February 5, 2008   09:55 AM PST
 
Best blog ngko pasal sabah...aku anak jati sabah.... duk kk... nanti ada masa dtg la lg......
aidamyd
June 7, 2007   08:02 PM PDT
 
hi..luv your blog. bout yr trip to sabah, i believe mmg u hv to g lagi coz bnyk lagi x g tu.i went there last year n yes..i luv sabah verymuch.jmbtn tamparuli not that 1.kitorg pun at 1st ingat itu jmbatn dlm lagu tu..rupanya bukan since th real bridge ada kat pekan tamparuli.boleh jalan kaki je,jmbtn gantung.u also shuld try jmbtn gantung antara pokok tu which is very tinggi and tiring n scary!
auddra
April 22, 2007   10:38 PM PDT
 
ala...i cant see some of the picturesss...
pakcik MMA
February 26, 2007   10:24 AM PST
 
hahah. rupa makin gemuk ekk? hehe
Ghost of 71
February 19, 2007   09:59 PM PST
 
giler ah ko skang, dulu rupa ko tak mcm nih.
pakcik MMA
January 19, 2007   09:20 PM PST
 
ash, takper kalau ada masa lawatilah sabah eekk. mmg tak rugi :D
ash
January 19, 2007   04:52 PM PST
 
beshnyer pakcik jalan ke sabah. jeles ash
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< January 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics