![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Wednesday, November 08, 2006
Kenangan Menulis Cerpen Assalamualaikum..... Hari ni tiber2 aku teringat sewaktu aku meminati penulisan cerpen. Iya, aku mempuanyai minat menulis cerpen ketika aku di tingkatan 5 di SMK Telok Datok. Seingat aku, aku ada menulis 3 buah cerpen. Cerpen pertama mengenai kisah seorang pelajar yg menghidap kanser otak. Cerpen kedua ialah mengenai kisah seorang anak yg menderita akibat tabiat ayahnya yg menghisap dadah manakala cerpen ketiga ialah mengenai kisah anak desa yg merantau ke kota semata2 menuntut ilmu. Tapi malangnya, masa aku kat MMU Melaka, hard disk aku yg menempatkan ketiga2 cerpen aku ni dah corrupted. Maka kesemua cerpen tersebut telah hilang dlm bentuk soft copy. Cumer nasib baik cerpen yg pertama aku tulis aku ada print dan tersimpan dalam almari aku. Bila aku teringat kenangan aku menulis cerpen, aku amat rindu pada kenangan singkat tersebut. Aku pernah bercita2 utk serius dlm penulisan sastera termasuk membuat skrip drama tetapi cita2 hanya menjadi jenin setelah aku masuk MMU. Huhu. InsyaAllah, sekiranya ada rezeki, aku ingin bergelumang kembali dlm arena sastera ini terutamanya penulisan cerpen. Sekadar berkongsi dgn pembaca blog ni, aku titipkan salinan asal cerpen yg pertama aku tulis masa awal tahun 2002.
Kokokan ayam memecahkan hening pagi. Azri terjaga dari lamunan mimpi yang indah. Seperti biasa, Azri mengemas katil bujangnya sebelum bersiap ke sekolah. Selepas menikmati lempeng pisang dan air teh, Azri mengucup tangan ibu dan bapanya. Perkara itulah yang sering dilakukan oleh Azri sebelum ke sekolah bagi mendapatkan restu. Bapanya, Pak Mat dan ibunya, Mak Leha merupakan pesara guru yang senantiasa berdoa dan berharap agar anak bongsunya itu mengikuti jejak langkah anak-anaknya yang lain yang berjaya mendapat segulung ijazah. Azri merupakan pelajar yang agak cemerlang dalam pelajaran. Pada peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini, Azri mendapat keputusan 6A dan kesemua matapelajaran yang diambil mendapat kredit kecuali matapelajaran Sains yang hanya mendapat gred 7. Baginya Sains merupakan pelajaran yang paling dibenci. Entah mengapa, dia sendiri tidak tahu. Sejak beberapa hari, Azri kelihatan suram. Perasaan risau semakin mencengkam dirinya. Mungkin akibat tekanan psikologi yang dihadapi oleh Azri kerana peperiksaan yang akan mencorakkan dirinya bakal menjelang hamper seminggu lagi. Keadaan Azri disedari oleh rakan baiknya, Zulkifli. Zulkifli yang mengambil berat tentang Azri ingin mengetahui masalah yang dihadapi oleh Azri. Mereka berdua tiba di rumah Zulkifli. Zulkifli melambai-lambai ke arah Azri yang keseorangan pulang ke rumahnya yang hanya terletak 500 meter dari rumah Zulkifli. Apabila tiba di rumah, Azri menjamah hidangan tengah hari yang disediakan ibunya. Gulai nenas ikan masin dan ayam masak merah menjadi santapan Azri tengah hari itu. Entah mengapa Azri cukup berselera menimati makanan kesukaannya itu. Kehidupan Azri diteruskan dengan mengulangkaji matapelajaran Matematik Tambahan yang merupakan matapelajaran yang amat diminatinya. Menjelang tiga hari sebelum peperiksaan SPM, Azri seperti biasa pergi ke sekolah pada awal pagi bersama Zulkifli. Tiba-tiba di pertengahan jalan, Azri rebah lalu sujud ke bumi. Zulkifli yang tercengan bingkas menahan sebuah kereta dan menghantar Azri ke hospital. Sejurus tiba di hospital, Doktor Marina sedaya upaya merawat Azri. Alhamdullilah Azri telah sedarkan diri. Walaubagaimanapun, Zulkfli telah dipanggil oleh Doktor Marina. "Beginilah, perkara yang saya ingin beritahu kepada awak telah diketahui oleh Azri. Alhamdulillah, Azri dapat menerimanya. Sebagai seorang doktor yang bertanggungjawab, saya ingin memberitahu awak tentang perkara ini tapi awak terpaksa berjanji dengan saya dan Azri yang awak tidak akan memberitahu kepada sesiapa termasuklah keluarga awak dan keluarga Azri. Sebenarnya di dalam otak Azri, ada ketumbuhan yang amat besar. Ia tidak dapat diselamatkan lagi. Nyawa Azri sudah berada di hujung tanduk. Dia akan bergelumang dengan maut pada bila-bila masa," jelas Doktor Marina yang membuatkan Zulkifli tersentak. Selepas bertemu Doktor Marina, Zulkifli membawa Azri pulang ke rumah. Semasa di dalam perjalanan, Azri meminta sesuatu daripada Zulkifli. Setibanya di rumah, Azri terus masuk ke biliknya dan menangis teresak-esak. Bagi dirinya, dunia sudah gelap dan percaya ajal akan menemuinya pada bila-bila masa sahaja. Ibu dan bapanya tidak menyedari keadaan anaknya itu. Pada malamnya, Azri bercadang untuk menelefon Lia, teman wanitanya. Lia ialah seorang pelajar tingkatan empat di salah sebuah seolah berdekatan sekolah Azri. Mereka telah menjalinkan hubungan sejak setahun lepas. Selama ini, Lia lah yang menjadi pendorong dan pemberi semangat kepada Azri untuk cemerlang di dalam pelajaran. Perbualan mereka berakhir dengan air mata. Bagi Azri, inilah perbualan yang terakhirnya dengan 'kekasih awal dan akhirnya' tetapi bagi Lia, ia mungkin suatu perkara yang tertanya-tanya kenapa Azri bersikap sedemikian. Tanggal 8 November 2002, tarikh yang ditungu-tunggu oleh kesemua calon SPM termasuklah Azri. Hari ini peperiksaan SPM bermula. Kertas yang pertama yang bakal didudukinya ialah Matematik Tambahan Kertas 1. Sebelum ke sekolah, Azri bersalaman dan berpelukan dengan ayah dan ibunya. Azri sempat meminta ampun dan maaf dari kedua-dua orang tuanya. Entah mengapa, air mata Azri mengalir dengan deras umpama air di kaki bukit. Azri pergi ke pusat peperiksaan bersama Zulkifli tetapi dengan hati yang serba salah meninggalkan ibu dan bapanya. Ketika calon-calon lain sedang menjawab soalan peperiksaan, tiba-tiba Azri terjatuh dari kerusinya lalu terbaring di atas lantai. Ketika itulah, Zulkifli terus menerkam Azri yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pemergian Azri telah meninggalkan seribu kesedihan kepada Mak Leha. Lantaran itu, Mak Leha juga telah pergi menghadap Illahi setelah berita kematian Azri. Sesungguhnya Mak Leha meninggalkan dunia ini tatkala impiannya hampir tercapai sedangkan Azri pulang ke sisi Tuhan ketika perjuangannya baru bermula. Posted at 09:22 pm by Faiz Nordin
|
PROFILE ![]() Campaign Creator FAIZ @ FRIENDSTER YM ID : pakcik9803 EMAIL : faiznordin85@yahoo.com MY FOTOPAGES MY FAVOURITE TV STATION: ![]() ![]() ![]() MY FAVOURITE RADIO: ![]() ![]() TAG BOARD CALENDAR
LINKS ~[[My Self Story]]~ [[Kursus Induksi TM]] [[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]] [[My Graduation Day]] [[Sampah Blog]] [[090608 - Tarikh yg Diingati]] [[Thanks MH & Associates]] [[Aku Bukan Serangga]] [[2 Jam Di Ambang Maut]] [[Khas utk Nurhafizah Hamzah]] [[Ucapan terima kasih]] [[Selamat Tinggal Mc Egg]] [[Menulis Bukan Kerna Nama]] [[Demi Masa]] [[Semangat Akhir Beraya]] [[Kenangan Menulis Cerpen]] [[Annivessary Blog Ketiga]] [[Kenangan di Bulan Ramadhan]] [[Jodoh Ketentuan Tuhan]] [[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]] [[Happy Birthday My Baby]] [[Sambutan Tahun Baru 2006]] [[Makna Sebuah Persahabatan]] [[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]] [[Bertekak Ngan Lawyer]] [[Sangap AF Kat Kuantan]] ~[[Hiburan]]~ [[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]] [[Bob AF2 - Cinta Terhalang]] [[Nubhan - Aku Ada Untukmu]] [[10 Tanda Angau]] [[Ulasan Filem Congkak]] [[Akhil Hayy]] [[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]] [[Separuh Akhir AJL 2007]] [[Aizat AF5 - Sahabat]] [[Semangat Lagu Raya]] [[Isu Lagu Indonesia Lagi]] [[Sajak Sakaratul Maut]] [[Anuar Zain - Lelaki Ini]] [[Tahniah juara IKON Asean]] [[Adakah Strategi Era Berkesan?]] [[Fabulous Catz - Rimas]] [[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]] [[Konsert AF5 yg busok]] [[Kan dah jd sensasi]] [[Kaer - Izinkan Ku Pergi]] [[Bahana Lagi Utk Mawi]] [[Debaran Akhir OIAM]] [[Filem My Heart]] [[Siti Nurhaliza & Dato' K]] [[Velvet - Kini Detiknya]] [[Muzik Malaysia Vs Indonesia]] [[Mawi Putus Tunang]] [[Siti Nurhaliza - Transkripsi]] [[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]] [[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]] [[Album BOB -Hantaran Hati]] [[Hot Fm VS Era Fm]] [[Perpecahan Mawi FC]] [[Rancangan Realiti Tv]] [[Antara AF & UMNO]] [[Antara Digi & Maxis]] [[AF Or MI???]] [[Konsert AF Tour 2005]] ~[[Isu Semasa]]~ [[Anwar, plzz stop the drama!]] [[Muzakarah UMNO - PAS]] [[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]] [[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]] [[Konspirasi @ Realiti]] [[Politik Malaysia yg Bergelora]] [[Desakan Agar Paklah Berundur]] [[Minyak Naik Lagi]] [[Tun Mahathir keluar UMNO]] [[Siaran Langsung Sidang Parlimen]] [[Isu Babi di Kuala Langat]] [[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]] [[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]] [[Kabinet Baru Separa Reformasi]] [[Adakah BN masih relevan?]] [[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]] [[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]] [[Perkembangan Terkini Jai Network]] [[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]] [[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]] [[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]] [[Alfatihah Utk Adik Nurin]] [[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]] [[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]] [[Telenovela Altantuya]] [[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]] [[Keputusan Kes Lina Joy]] [[Bukan Senang Nak Jd Senang]] [[Terowong Smart, Berkesan?]] [[Tak daftar undi]] [[Fitnah Terhadap Dr Asri]] [[Merakam Tangkapan Khalwat]] [[Harapkan Pagar tak boleh harap]] [[Sperma Lelaki Merosot?]] [[Kemalangan Masih Tnggi]] [[Hukuman bunuh Saddam Hussien]] [[Apabila Dr Asri bersuara]] [[Isu Kenaikan Tol]] [[Serbu Utk Aibkan Org Lain]] [[Perhimpunan Agong UMNO 2006]] [[Pertemuan Tun M & Pak Lah]] [[Murtad Sbb Cinta?]] [[Pelarasan Undang2 Khalwat]] [[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]] [[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]] [[Kes Lina Joy & Kesannya]] [[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]] [[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]] [[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]] [[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]] [[Perang Malaysia Bermula]] [[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]] [[Dr M Vs Pak Lah]] [[Sikap Tak Amik Tahu]] [[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]] [[Perniagaan MLM]] [[Valentines Day]] [[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]] [[Memperingati Mangsa Tsunami]] [[Cinta Beralih Arah]] [[Konflik Lagu Negaraku]] [[Budget 2006]] [[Pelaburan Internet]] [[Pemikiran Jumut Org Melayu]] ~[[Travel]]~ [[Buffet Ramadhan 2008]] [[Restoran Sari Ratu]] [[Port View Kota Kinabalu]] [[Restoran Orkid Thai]] [[Buffet Ramadhan 2007]] [[South Seafood]] [[Awana Kijal]] [[Kelapa Bakar]] [[Sun & Surf Cafe]] [[Pulau Tioman]] [[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]] [[Vacation to Kota Kinabalu]] [[Eyes On Malaysia]] [[Perangkap Had Laju]] [[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]] [[Nasi Ambang]] [[Laksa Shack]] [[Aquaria KLCC]] [[Rahsia Bistro]] [[Kuching]] [[Buffet Ramadhan 1426 H]] [[Damai Laut]] [[Toilet Paling Mahal]] [[Trip To Kelantan]] [[London]] [[Jalan2 Carik Makan (II)]] [[Jalan2 Carik Makan (I)]] [[Kek Batik Sarawak]] [[Langkawi]] ~[[Ekslusif]]~ [[Norman Noor @ Lime]] [[Video Klip Norman Noor]] [[Perkembangan Norman Noor]] [[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]] [[Malam Norman Noor & Bob AF]] [[Norman Noor Bitrhday]] [[Norman Noor di UITM & Tritun]] [[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]] [[Norman Noor @ FCM Nite]] [[Norman Noor @ UNITE]] [[Diinterview Bersama SM]] [[Interview Bob AF2]] [[Memperkenalkan Norman Noor]] ~[[Rakan Blog]]~ [[Sultan Muzaffar]] [[Fiebie]] [[Kak Waiem]] [[Sensasi Selebriti]] [[Ajami]] [[Kak Toby]] [[Maman]] [[Judd Lair]] [[ajeem]] [[Athul]] [[Abg Bad]] [[Zimie]] [[Kak Aidid]] [[Yasmin Ahmad]] [[Afdlin Shauki]] [[Elna]] [[Shaynina]] [[Zamil MI]] [[Raja Pelaut]] [[Leo Sabri]] [[Arezeo]] [[Wenkt]] [[Resipi Kahwin]] [[Kelantan Travel]] [[Jubiez]] [[Yonna]] [[Ajeep]] [[Fiza @ My Baby]] [[Juandanza]] [[Klubbkidd]] [[Budiey] [[Azuna]] [[Djemy Jenab]] [[Kak Munirah]] [[Saff One]] [[Matjan]] [[Dato' Kay]] [[Ben]] [[Alpha]] [[Mr Manager]] [[Fysal]] [[Kadir Jasin]] [[Leo Fantasia]] [[Faidhi]] [[Dr Mahathir]] [[Dr Khir Toyo]] [[Akma Nurain]] [[Aznil Nawawi]] [[Wanny]] [[Azra]] [[Najib Zuhdi]] [[Sizuka]] [[Dayat]] ~[[Fotopages]]~ [[My Fotopages]] [[Fiza @ My Baby]] [[Qayyum]] [[Kak Waiem]] [[Aizat]] ~[[My Download]]~ [[Muat Turun - Kerepek]] [[Jiwang]] [[Jiwang Torrent]] ~[[My Favourite Links]]~ [[Friendster]] [[My Space]] [[Hi 5]] [[MMU]] [[Malaysia TV]] [[Virtualfriends]] ~[[My Favourite Newspaper]]~ [[Berita Harian]] [[The Star]] [[Utusan]] [[Harian Metro]] [[Malaysiakini]] [[Mstar]] ~[[My Online Banking]]~ ![]() ![]() ![]() ![]() Jenguk blog ni Anda Penjenguk Yang Ke: (Sejak 25 Januari 2006)
CONTACT CREDITS |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||