Sunday, October 15, 2006
Satu rumah ramai2 pun kene cekup?

METRO AHAD 15 OKTOBER 2006

MELAKA: Niat baik, tetapi cara tidak betul. Itulah ungkapan paling sesuai untuk seorang gadis berusia 19 tahun yang dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kerana tinggal sebumbung dengan keluarga yang bukan muhrimnya.
 
Gadis itu berkata, dia di rumah teman lelakinya kerana menolong menjaga ibu lelaki itu yang lumpuh. Dia ditahan di rumah keluarga teman lelakinya berusia 24 tahun di Kampung Kuala Sungga, Tebong, Alor Gajah, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Gadis itu dikatakan menjaga ibu teman lelakinya yang berusia 64 tahun sejak lapan bulan lalu dengan kerelaannya selepas dia mendapat tahu wanita berkenaan lumpuh akibat diserang angin ahmar.

Difahamkan, gadis berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu beberapa kali dihalang keluarganya untuk menjaga wanita terbabit.

Bagaimanapun, dia berdegil dan sanggup melarikan diri dari rumah keluarganya untuk menjaga wanita itu. Malah, dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk mejaga ibu teman lelakinya.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata berdasarkan aduan awam, tiga pegawai penguat kuasa Jaim ke rumah keluarga teman lelaki gadis berkenaan pagi semalam.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan di rumah itu, Jaim mendapati rumah berkenaan dihuni abang teman lelaki wanita itu serta isterinya serta seorang gadis yang juga saudara mereka.

"Gadis dan teman lelakinya juga ada ketika pemeriksaan dilakukan dan pemeriksaan ke atas ibu lelaki itu mendapati dia memang lumpuh.

"Selepas mendapati gadis berkenaan gagal membuktikan dia mempunyai hubungan mahram dengan keluarga terbabit, Jaim terus menahannya," katanya di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan terhadap gadis yang juga anak kedua daripada empat adik beradik itu mendapati dia mendakwa mengenali lelaki terbabit setahun lalu.

Katanya, dia mendakwa selepas mendapat tahu tiada ahli keluarga teman lelakinya sanggup menjaga ibunya, dia mengambil inisiatif untuk menjaganya.

"Malah, dia mendakwa keluarganya turut mengenali keluarga teman lelakinya. Namun Jaim menahan gadis itu bagi mengelakkan berlaku perlakuan sumbang kerana dia bukan muhrim dengan keluarga itu.

"Gadis itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

ULASAN

Sebelum tu, tak tau lah masuk entry ni dah 3 entry aku ulas dr petikan akhbar. Aku faham isu ini sgt2 sensitif tetapi aku hanya memberikan pandangan aku sahaja. Persoalan pertama, kenapa gadis ini ditangkap juga sedangkan dlm rumah tu terdiri dari ahli keluarga teman lelaki beliau sendiri. Keduanya, gadis ini tidak ditangkap di dalam bilik dan berdua2an dgn teman lelakinya dan ahli keluarga teman lelaki beliau tahu yg beliau ada di rumah. Ketiganya, walaupun pengorbanan gadis ini terhadap teman lelaki beliau agak over tetapi itu adalah masalah mereka dan adakah sbb ingin menolong ibu teman lelaki beliau yg sudah lumpuh, beliau ditahan? Keempat, di mana letaknya budi bicara jabatan agama terutamanya melihat gadis itu menolong ibu teman lelaki beliau yg lumpuh setelah ahli keluarga wanita lumpuh tersebut tidak mahu menolongnya? Kelima dan terpenting, apakah maksud khalwat yg sebenarnya seperti yg termaktub dlm undang2?

Kelima2 persoalan ini, aku mahukan jawapan. Bila fikir balik, struktur jabatan2 agama di Malaysia tidak seragam. Ada jabatan agama yg terlalu ketat sehinggakan satu bilik ngan parents pun kene ketuk pintu bilik hotel. Ada jabatan agama yg lain pulak terlalu longgar sehinggakan takut utk menyerbu pesta seks terutamanya jika ia melibatkan golongan elit. So, struktur undang2 syariah masih tidak seragam dan ini akan menimbulkan kekeliruan terhadap umat islam sendiri. Maka, jadilah isu seperti isu di atas.

Ada juga beberapa jabatan agama yg hanya tertumpu pada kes khalwat sedangkan ada kes yg lebih besar yg perlu mereka ambik tindakan juga seperti org melayu bersembahyang di gereja (ada kes ok), org melayu beli nombor ekor di kedai2 no ekor mahupun kes org melayu membeli minuman keras. Jarang rasanya kes2 ini disiarkan di akhbar. Yg sering terpampang di akhbar ialah kes khalwat dan kes khalwat seperti di atas pun mendapat liputan meluas.

Kalau nak dibandingkan dgn kes di atas, maka akan ramailah juga yg perlu ditangkap. Mana taknya, kadang2 kita pergi ke sesuatu tempat dan kalau tiada tempat penginapan atau pun ingin jimatkan kos, maka menumpang di rumah keluarga rakan menjadi penyelesaian. Yg penting ada family rakan kita dan mereka tahu mengenai kehadiran kita yg menumpang tidur di rumah mereka. Kalau berdasarkan kes di atas juga, maka akan ramai jugakla yg kene tangkap masa musim raya kali ni. Ye lah, kadang2 rumah sedara kita jauh sehinggakan ada keadaan memaksa kita utk bermalam di rumah saudara kita dan perlu diingat hubungan sepupu satu rumah juga sama seperti di atas kerana sepupu juga dikira bukan muhrim.

Aku berharap agar undang2 syariah diselaraskan dan bukan mengikut telunjuk jabatan agama negeri sahaja. Lebih elok jika ada kementerian khas utk org islam ataupun sekurang2nya JAKIM yg bertindak utk menyeleraskan undang2 syariah di seluruh Malaysia agar umat islam tidak terkeliru.

Wassalam


Posted at 11:19 pm by Faiz Nordin

Name
April 13, 2011   05:47 PM PDT
 
Saya rasa tindakan JAKIM ini setelah berbincang dgn keluarga sigadis itu. Keluarga gadis risau, alasan menjaga ibu teman lelaki yang lumpuh tetapi apabila ada masa yg terluang (semasa tiada sesiapa di rumah atau diwaktu orang lain sudah tido) mereka berdua mengambil peluang utk membuat maksiat. Itu sebenarnya kerana nafsu sebenarnya sukar dikawal...Org2 tua lebih faham dan tidak mahu sesuatu yg tidak baik berlaku...
khaizer
December 20, 2010   11:51 PM PST
 
aku tk brape setuju lah.ckp penguatkuasa 2..dulu dizaman nabi.para sahabat pernah betanye.kalau seseorg ingin melaku kn masiat macam mane.nabi bersabda.kalau seseorg 2 ingin melaku kn masiat.bawa lah kerumah.dn tutup lah pintu..(tesorok dari pandangan org)dan sesiapa yg diluar dari rumah 2.tk berhak ambil tahu.2 yg nabi ckp..tp skarang ni.pejabat agama punye org pg ketuk pintu bilik rumah org..ape cerita.
PENGUATKUASA
January 14, 2010   01:05 PM PST
 
U ALL seme kene faham baik-baik undang-undang yang dah di sahkan oleh sultan,bukan senang-senang je nak wak kes tau.x der istilah takpe duk dalam satu umah ramai-ramai lau lum kawin.khalwat ni maknenya berkurung dalam satu umah tanpa ikatan suami isteri atau mahram,jgn pandai-pandai nak cakap lau x thu undang-undang.dah ada orang bagi maklumat kenelah bertindak.lain kali lau thu mane-mane ada maksiat report la..jgn sampai mase nak tuduh orang bt keje.
raja
January 10, 2010   02:11 PM PST
 
pegawai agama menggunakan kedah fiqh dalam islam iaitu saddu zarai' iaitu menutup sebarang bentuk jalan yang boleh mendatang kn kemudharatan atau pintu kmaksiatan.Biar hakim yg tentukan bersalah ataupn tidak OKT.dalam islam matlamat tidak menghalalkan cra.Cuma dalam kes ini pendakwaraya perlu memberikan bukti yang benar2 kukuh dan yakin untuk mensabitkan kesalahan khalwat.
kk
February 16, 2008   11:58 PM PST
 
nko yakin ke dgn berita METRO tu .. adakah anda yakin anda mendapat maklumat yang tepat utk membuat kesimpulan
harry
January 22, 2008   09:07 AM PST
 
i pon x faham la skang ni. benda yg x sepatutnye dibesarkan tlh dibesarkan..JAIS should response to this matter. they suppose to alert and concern to the environment of muslims actually. Janganla bende2 yg remeh cam ni di perhebohkan...pergi la serbu tempat2 hiburan tu dah tentu ada maksiatnya...fikir guna otak.gunalah fungsi jawatan tu sebaiknya....
pakcik MMA
November 16, 2006   10:37 AM PST
 
panasnyer, kalau i jd u, i dah lama report polis and sue jawi. Pegawai penguatkuasa jabatan agama should act teladan yg baik. nama pun pegawai jabatan agama beb bukannya pegawai bank. dah la tu memalukan ur maruah and boleh mendatangkan fitnah kat org lain.

sekadar menambah tentang kes kat langkawi. org putih yg kristian pun kene tangkap. takkan la pegawai agama kat langkawi tak check betul2 and then bila dah ngaku silap, marah2 laks mat salleh tu. huhu
panasnya....
November 15, 2006   09:46 PM PST
 
i pun tgh cari guidelines pasal tangkap2 khalwat ni and i came across ur page.
my hubbie n i yang dah kawin almost 1 year ni kena serbu at our condo at 2am by 5 people claiming from JAWI. I only managed to check 2 IDs, tu pun lepas dey all insist nak tengok our kad nikah 1st. i mean, come on, even polis pun kita boleh mintak ID card first.. and then when i bengang theyall datang pagi2 buta when we have done nothing wrong, theyall marah kiterg balik. we have a right to be angry coz we did nothing wrong! dah lah tu, bila dah tau kita dah kawin bukannya nak cakap sorry ke but we're only doing our jobs, tapi blah je.. and then i thot they have to have 4 men as witnesses for this sort of thing, even went to JAKIM website to check the surah Quran, but that nite, got 2 men and 3 girls only.
ridiculous k, esp our Malay society. macam i n hubby baru masuk condo tu. we even did one of our receptions there. kalau dah nampak kite berdua2an and u are suspiscious, tanya ajelah whether we are married or not. what's so difficult about that? ni tak, buat aduan, memalukan orang (oh, did i mention that the jawi people took my hubby's picture when he opened the door?they all claimed that diaorg nak amik gambar pintu.. YE LAH TU) and menyusahkan orang pagi2 buta.. i wanted to make a complain to JAWI but hubby said sabar je lah, they r just doing their jobs..
siapa yang main tuduh2 yang saya dan husband saya berkhalwat / berzina tu, saya tak maafkan sampai mati.. and the same goes to the JAWI people..
pakcik MMA
November 1, 2006   02:32 AM PST
 
salwa, tuh la. System yg tak selaras ni menyusahkan org. Org terkeliru. Seeloknya ikut apa yg terkandung dlm Quran. Undang2 tuhan sentiasa logik. Undang2 manusia jer yg kadang2 tak terima akal.
salwa
November 1, 2006   12:34 AM PST
 
tgh cari guideline pasal how khalwat is dealt kat malaysia kat google and i got ur page.. self experience kat pejabat agama very frustrating. mmg depa ni takde proper guideline. the only definition yg aku paham dari org kat pejabat tu, apa apa yg boleh menimbulkan fitnah org lain bila yg bukan muhrim tak kiralah waktu tu e.g.ada 10 org pompuan sorang laki pun dlm satu rumah, ditegah dalam islam oleh itu boleh dianggap sebagai khalwat. dlm buku undang undang yg depa suruh aku baca tu, sgtla general dan depends pada sapa nak interpret. bila kita tanya depa khalwat ni kiranya based on people's perception, dia ckp kita ego pulak taknak dengar ckp - melawan/menjawab.

mungkin aku dilihat macam budak budak yg boleh dijentik jentik dan apa pun aku ckp semuanya bohong dan tak boleh pakai.

someone has to change the system.
and the people behind it.
pakcik MMA
October 18, 2006   12:58 AM PDT
 
kay,
undang2 khalwat setiap negeri berbeza. so takder term maksud khalwat yg sistematik.

psl spam code, takleh nak buang la. huhu
pakcik MMA
October 18, 2006   12:56 AM PDT
 
biskut merry, mintak2 la eekk. bukan jakim jer, kalau boleh lawyer syariah ker.
biskutmerry
October 16, 2006   09:18 AM PDT
 
Ada gak betulnya ulasan En. faiz nih..harap ade org JAKIM baca blog ni..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics