PETIKAN DR AKHBAR HARIAN METRO 1 JULAI 2006:
KUALA LUMPUR: "Kalau aku pilih kau sebagai isteri, bermakna aku akan dibuang keluarga," demikian kata juara Akademi Fantasia Ketiga (AF3), Asmawi Ani atau Mawi kepada tunangnya, Nordiana Mohd Naim, menerusi telefon, malam tadi, sekali gus membayangkan hubungan mereka sudah berakhir.
Mawi seterusnya memberitahu Nordiana atau Ina bahawa kakaknya akan mewakili ahli keluarga lain akan ke rumah tunangnya itu bagi memutuskan pertunangan mereka dalam masa dua atau tiga hari lagi.
Kata-kata Mawi dalam perbualan ringkas dengan Ina kira-kira jam 8.30 malam tadi, benar-benar menghancurkan hati tunangnya itu yang menunggu untuk bertemu penyanyi berkenaan di sebuah hotel di Petaling Jaya, sejak petang semalam.
"Saya terkejut dengan keputusan drastik yang diambil kerana kehadiran saya ke sini hari ini (semalam) dengan harapan dapat menyelamatkan hubungan kami.
"Tidak sangka keputusan dibuat Mawi lebih awal tanpa bertemu dan berbincang terlebih dulu.
"Entah di mana silap dan puncanya, Mawi hanya memberi alasan dia terpaksa mengikut kehendak keluarga.
"Itu saja alasan diberikannya dan tiada sebab lain. Saya cuba menghubunginya kembali dan merayu supaya kami bertemu terlebih dulu dan berbincang, namun dia tidak mengendahkan dan terus mematikan talian telefon," kata Ina ketika dihubungi di hotel penginapannya.
Mawi, 26, sebelum ini pernah berkata, dia tetap setia kepada Ina walaupun tertekan dengan gosip yang mengaitkan dia bercinta dengan pelakon, Diana Rafar dan mengakui gosip itu mengguris perasaan tunangnya itu.
Andai benar Mawi ingin memutuskan pertunangannya dengan Ina, berita berkenaan bukan sekadar melukakan hati tunangnya itu, malah turut memungkiri janji pemenang Anugerah Bintang Popular -Berita Harian 2005 (ABPBH 05) itu kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang pernah menasihatkannya memelihara ikatan pertunangan dan jangan mengabaikan Ina.
Desas-desus Mawi ingin memutuskan pertunangan dengan Ina sudah bertiup kencang di kampung kelahirannya di Felda Taib Andak, Kulai, Johor, sejak beberapa minggu lalu, mendorong Ina meninggalkan kampungnya di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, untuk ke Kuala Lumpur semalam bertemu Mawi bagi mendapatkan kepastian.
Sebaik dihubungi malam tadi, Ina secara spontan memberitahu memang benar Mawi meluahkan hasratnya untuk memutuskan pertunangan mereka yang terikat hampir dua tahun.
Dalam nada sedih, Ina memberitahu, Mawi yang pada awalnya mahu bertemu bagi membincangkan soal itu memungkiri janji dan sebaliknya hanya menyatakan hasratnya itu menerusi telefon bimbit.
"Saya terkejut dengan keputusan drastik yang diambil berikutan kehadiran saya ke Kuala Lumpur hari ini (semalam) dengan harapan dapat menyelamatkan hubungan kami.
"Tidak sangka keputusan dibuat Mawi lebih awal tanpa bertemu dan berbincang terlebih dulu," kata Ina.
Menurut Ina lagi, Mawi sudah membayangkan kepadanya untuk memutuskan perhubungan mereka seminggu lalu, namun dia meminta juara AF3 itu tidak terburu-buru dan berfikir sebelum mengambil sebarang keputusan.
"Saya katakan kepadanya supaya memikirkan terlebih dulu segala pahit manis yang pernah kami lalui bersama sebelum dia bergelar juara AF dulu. Ingat susah dan senang yang kami rasa dan tanggung. Begitu juga janji-janjinya terhadap saya mahupun peminatnya sendiri.
"Tiada apa lagi yang perlu saya katakan mengenai keputusan dibuat Mawi. Tunggu saja rombongan pihak lelaki datang ke rumah bagi memberikan kata putus selepas ini," tambahnya.
Sementara itu, seorang ahli keluarga Ina yang menemaninya sepanjang berada di Kuala Lumpur, turut bersedih dengan keputusan Mawi dan terkilan kerana penyanyi yang dikatakan mempunyai aura itu menyampaikan hasratnya menerusi telefon bimbit.
"Saya sendiri menangis apabila melihat Ina merayu supaya Mawi tidak berbuat demikian dan datang terlebih dulu bertemu dengannya. Kerana terkejut, Ina pengsan buat seketika membuatkan saya panik.
"Saya menghubungi kembali Mawi dan menceritakan keadaan Ina waktu itu tetapi dia hanya berdiam diri dan terus meletakkan telefon.
"Ina terlalu sedih dan kecewa sehinggakan saya tidak sanggup mendengar rayuannya terhadap Mawi yang tidak mahu pertunangan mereka diputuskan.
"Bukan itu saja, Ina turut menjelaskan dia sanggup menunggu Mawi dan biar dia sendiri (Mawi) yang menetapkan tarikh perkahwinannya. Sayangnya, Mawi langsung tidak mengendahkannya," katanya.
Sementara itu, Mawi yang ditemui sewaktu menjayakan persembahan pada Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) di sini, malam tadi, enggan mengulas sebarang pertanyaan wartawan dan hanya memberikan jawapan 'no komen'.
INI PULA PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN 1 JULAI 2006:
KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, membayangkan mahu memutuskan pertunangan dengan gadis pilihannya, Nor Diana Mohd Naim.Mawi memberi bayangan itu ketika menghubungi Nor Diana atau Ina, kira-kira jam 7 malam tadi.
Ina yang terisak-isak menangis ketika dihubungi di hotel penginapannya di Petaling Jaya, berkata dalam perbualan itu Mawi meminta dia bersabar dan menerima keputusan yang akan disampaikan kakak sulungnya, dua tiga hari lagi.
"Dalam perbualan itu, Mawi berkata, 'kalau aku terus dengan kau, aku akan kehilangan keluarga dan tak ada sesiapa lagi dalam dunia ini. Aku serahkan keputusan pada kakak aku, kau terima saja semua keputusan yang dia buat nanti.
"Walaupun Mawi tidak berterus terang, saya dapat rasakan dia hendak memutuskan pertunangan kami," katanya.
Bagaimanapun, Ina tidak mahu mengulas lanjut sehingga kakak Mawi menemui keluarganya di Felcra Sungai Ara, Mersing, Johor, dua tiga hari lagi bagi menyampaikan keputusan muktamad mengenai hubungan mereka.
Mawi dan Ina sepatutnya bertemu di Hotel Eastin, Petaling Jaya selepas solat Jumaat semalam yang diatur Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent & Management (Maestro), Freddie Fernandez.
Pertemuan itu bagaimanapun dibatalkan dengan alasan Mawi menjalani rakaman untuk program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Sebelum itu, pihak pengurusan Mawi berjanji menemukan kedua-duanya minggu lalu di Hotel Hyatt, Johor Bahru tapi turut dibatalkan pada saat akhir.
Kedua-duanya dikatakan jarang berhubung sejak Februari lalu selepas kali terakhir berjumpa di rumah Mawi pada Aidilfitri lalu.
Sejak itu, setiap kali ingin menghubungi tunangnya, Ina akan menelefon pembantu peribadi Mawi.
Hubungan Mawi dan Ina dikatakan semakin dingin apabila timbul gosip cinta antara juara AF3 itu dengan Diana Rafar, akhir Mac lalu.
Malah, Mawi sendiri mengaku rapat dengan penyanyi yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan GIM. Baru-baru ini pula, Mawi dikatakan menjalin hubungan dengan Marsha.
Sementara itu, Mawi ketika ditemui pada Majlis Malam Amal Citra Budi di sini lewat malam tadi enggan memberi sebarang komen mengenai hubungannya dengan Ina.
"Saya rasa benda ini terlalu peribadi dan saya tidak mahu berkongsi dengan orang ramai mengenai hubungan kami," katanya.
MANAKALA INI PULA KRONOLOGI HUBUNGAN MEREKA:
- 10 Julai 2005 - Berita mengenai Mawi sudah bertunang dengan gadis pilihan hati, Nordiana Mohd Naim atau Ina mula tersebar di media, ketika Mawi masih lagi bertanding dalam Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3).
- 6 Ogos - Mawi membuat pengakuan sudah bertunang kurang sejam selepas dinobatkan juara AF3. Beliau juga tanpa berselindung, berterus-terang hal yang sama ketika rakaman Imbasan Akademi Fantasia dilakukan.
- 9 Ogos - Ina mendakwa dia yakin Mawi tidak akan berubah dan sentiasa pegang pada janjinya yang dilafaz sebelum menyertai AF3, kerana Mawi bukan lelaki yang mudah lupa diri atau tergoda dengan perempuan.
- 11 Ogos - Mawi berkata dia tetap akan berpegang kepada janji yang diikat bersama tunangnya, malah memastikan perasaannya terhadap Ina tidak sekali-kali berubah, walaupun populariti sudah menguasai dirinya. Dia juga menyerahkan kepada takdir seandainya tersurat cinta terhenti di tengah jalan.
- 19 Ogos - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail mengingatkan Mawi supaya memelihara ikatan pertunangan dan jangan mengabaikan tunangnya, Ina.
"Tahniah! (atas kejayaan menjuarai AF3). Jangan lepaskan tunang awak," pesanan ikhlas Tunku Mahkota kepada Mawi.
- 3 September - Mawi dan Ina tetap setia pada janji mereka untuk hidup bersama biarpun ketika ini kesibukan agak membataskan komunikasi dan pertemuan pasangan sepadan itu. Mawi mengakui sering berhubung dengan tunangnya melalui telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap hari.
- 24 September - Bapa Mawi, Ani Ahmad, 65, atau lebih dikenali Pak Atan mengaku meminang Ina untuk anaknya.
- 5 November - Ina tampil secara terbuka buat pertama kali di hadapan media dan orang ramai di majlis rumah terbuka Aidilfitri Mawi yang diadakan di Padang Kampung Bahagia, Felda Taib Andak, Kulai, Johor.
- 19 Mac - Melodi TV3 buat pertama kali mendedahkan gosip Mawi keluar memancing bersama Diana, namun nama kedua-dua artis terbabit tidak dinyatakan.
- 24 Mac - Mawi buat pertama kali mengakui keluar memancing bersama Diana dalam sebuah majalah hiburan keluaran 1-15 April 2006, selepas gosip hubungan yang boleh disebutkan sebagai 'teman tapi mesra' itu hangat diperkatakan.
- 26 Mac - Akhbar tempatan mula menyiarkan pelbagai laporan dan komen membabitkan pengakuan Mawi dan Diana mula menjadi sasaran peminat dengan dengan mendakwa pelakon dan penyanyi itu cuba menumpang populariti Mawi.
- 11 April - Mawi meminta pihak media menghentikan gosip percintaannya dengan Diana dan mengakui menerima ugutan dan cacian daripada peminatnya yang mula memberikan maklum balas negatif membabitkan kenyataan diberikan.
- 12 April - Diana secara berterus-terang membuat pengakuan di majalah sama dalam keluaran 15-30 April, dengan berkata Mawi sudah lama mengenalinya dan ahli keluarga lain sebaik dia muncul juara AF3. Mawi juga bertandang ke rumahnya pada Aidilfitri tahun lalu dan sambutan hari jadi anak buahnya.
- 14 April - Kenyataan Mawi dan Diana yang bercanggah membuatkan isu panas membabitkan dua artis popular ini semakin hangat diperkatakan. Mereka mula menjadi buruan pihak media bagi mendapat penjelasan sebenar apa yang berlaku antara mereka. Pada hari sama juga Mawi membuat pengakuan sudah melakukan kesilapan dengan memberikan kenyataan membabitkan perkara itu dan berkata dia hanya mahu bersikap jujur tetapi apa yang berlaku sebaliknya sehingga timbul fitnah.
- 25 April - Mawi bersedia bersemuka dengan Diana dan Zamarul dalam satu pertemuan yang bakal diaturkan syarikat pengurusannya, Maestro, bagi mencari jalan penyelesaian agar isu ini tidak berlanjutan. Dalam tempoh itu mana-mana pihak tidak dibenarkan lagi memberikan sebarang kenyataan.
- 14 Jun 2006 - Bapa Ina, Mohd Naim menafikan khabar angin kononnya Mawi sudah memutuskan pertunangan dengan anak sulungnya itu dan menyifatkan berita itu sebagai gosip. Malah, katanya ikatan pertunangan itu masih kekal dan baik-baik saja.
KOMEN AKU:
Kalau bender ini betul2 terjadi dlm masa 2-3 hari ni, aku yakin aura Mawi akan hilang dgn perubahan sikap beliau. Walaupun aku lelaki tetapi aku kasihankan Nordiana kerana telah lama bersabar dan menunggu Mawi tetapi akhirnya....... Mungkin jika berita ini benar, aku mungkin akan berkata SAY NO TO MAWI
***UPDATED 2 JULAI 2006:***
Walaupun beliau baru memutuskan tunang, aku dgn rasa penuh dukacita menyampaikan ucapan takziah kepada Mawi atas pemergian ayah beliau ke Rahmatullah. Semoga Allahyarham Pak Atan ditempatkan di kalangan org2 yg soleh. Kepada mawi, dua situasi yg pastinya ada hikmah di sebaliknya. Al-Fatihah utk arwah Ani Bin Ahmad
Posted at 02:03 pm by Faiz Nordin
 |  |  |
Jeff December 31, 2008 06:55 PM PST
Itulah dia.. kacang lupakan kulit...meluat gua tengok mawi dengan ikin tu...
NO TO MAWI FOREVER |
 |

 |  |  |
org hospital kerajaan December 22, 2008 06:35 PM PST
Aku mmg xsuka mamat poyoo ni dr dl lg..sape2 suka die pun aku fcuk kat dpn muka die gak..gaduh pn gaduh la..xmo kwn dgn sape2 yg associate dgn mamat sekor ni...perasan lupe dr betoi |
 |

 |  |  |
ain_put October 24, 2007 01:35 PM PDT
hermm.baru arini aku baca tentangmawi..aku leh katakan peminat fanatik jgakla kat mawi ni,,tapi bila dah baca artikal ni macam2 prasaan ada..hermm pepe pon..aku just smga dia (mawi) succeslah di duni dan akhirat............dan tahu mna baik brukk!!!wslm
|
 |

 |  |  |
Name September 12, 2007 09:40 AM PDT
i pun dah lama x minat kat dier...sejak byk kontroversi ttg dia..cian ina hancur sudah mahligai dia...apa la mawi dah dpt si ikin lupa diri... |
 |

 |  |  |
suhaila ( kak siti) July 3, 2007 06:09 PM PDT
mawi saya sudah kita putus tunang dgn ina kau dah nangis lagi kat mana? mawi tak suka ina sedih ya nak kawan ada hal?
|
 |

 |  |  |
yana June 20, 2007 02:40 PM PDT
mawi..ina da bertunang dengan llaki yg mmg tepat tuk die..mawi ko skang mmg sedang duberi ujian..antara duni dan akhirat..ko pilih pnyanyi dr jd bilal...ko da senang ko tinggaklan ina tu..ko mmg bodoh la mawi..sedar diri skit.. |
 |

 |  |  |
panda abadi December 16, 2006 10:30 PM PST
Dulu aku minat giler kat mawi. Sekarang tak lagi. Dah jauh hati aku dari mamat bodoh tu, sejauh hati aku pada ctkus(Siti Nurhaliza). |
 |

 |  |  |
red box September 7, 2006 05:22 PM PDT
aku br je baca blog ni, saja nak komen psl mawi walau aku takde minat langsung. cuma satu memang tak gentleman la ko mawi, dah tunang tu jaga la baik2 haram putus tunang tanpa sebab yg layak. jgn lupa diri... harap lagu je dok nyanyi tp ko mawi... APA Yg Kau kejar dalam hidup INI... |
 |

 |  |  |
red box September 7, 2006 05:22 PM PDT
aku br je baca blog ni, saja nak komen psl mawi walau aku takde minat langsung. cuma satu memang tak gentleman la ko mawi, dah tunang tu jaga la baik2 haram putus tunang tanpa sebab yg layak. jgn lupa diri... harap lagu je dok nyanyi tp ko mawi... APA Yg Kau kejar dalam hidup INI... |
 |

 |  |  |
Org Kelate August 1, 2006 12:30 PM PDT
mawi bodoh nak mamposs |
 |

 |  |  |
pakcik MMA July 18, 2006 06:55 PM PDT
sinchan, emo nampak. hahaha. ni mesti peminat fanatik mawi. bukan tuduh but dgr citer dier since bulan 12 lg.
btw thanks sbb masuk my blog. jenguk2 la seslalu eekk. :D |
 |

 |  |  |
sinchann July 17, 2006 12:22 PM PDT
jgn tuduh yang bukan2 kalo tak tau citer sebenar... tak baik.. mungkin ada hikmah diseballiknyer.. Jgn cepat menuduh kalo tak tau.. kiter jaga jer hal yang berkaitan ngan kiter.. Sekian..
Neway..Sia sker blog awak nih... keep it up !!! |
 |

 |  |  |
pakcik MMA July 14, 2006 11:48 AM PDT
dulu aku tak buruk sangka apapun tp apa yg syri katakan tu mmg benar. Dier bg alasan ntah paper. Tu yg peminat takleh terima. Bukan fanatik mawi yg tepuk tgn tp anti mawi yg kutuk tangan especially kayu8. Hahaha. Apapun, aku dah umumkan yg say no to mawi. |
 |

 |  |  |
syri July 12, 2006 03:08 PM PDT
putus sudah kasih sayang... tapi aku mmg dah agak sejak dulu lagi.. mana tidaknya, korang tak perasan ke bila dia dapat anugerah , mana pernah dia beri penghargaan pada tunang dia.. atleast cakaplah terima kasih kepada keluarga dan kawan juga pada si dia yang selama ini menyokong saya.. ini lansung tak ada... so mana peminat fanatik yang gatal miang yg tak suka mawi ngan ina pun rasa besar diri dan tak anggap yg ina tu sebahagian dari hidup mawi... huhuhuh bertepuk tanganlah mereka selepas memisahkan dua insan bercinta.. |
 |

 |  |  |
pakcik MMA July 4, 2006 11:47 PM PDT
malaikat subuh, sorry lambat balas komen. sedikit bz. hehehe. hmm. kalau ikut skang dah malas nak komen coz itu kene ikut keputusan mawi. ina pot pet pun sbb nak bela diri dier. apa pun, aku harap sgt2 yg dorang tak putus tunang. :D |
 |

 |  |  |
Malaikat Subuh July 4, 2006 09:48 AM PDT
bila dgr ina ckp dlm paper arini..malas plak aku dgr. byk pulak pot pet dier.
haii ntah ler. tgk le aper jd nnt. |
 |

 |  |  |
Malaikat Subuh July 3, 2006 10:02 AM PDT
Haha! Mawi lupa yg dier ni taraf William Hung ( American Idol Reject ). Dulu pn Mawi kene reject AF tp masuk balik sbb ramai undi dier.
Aura tsumawi akhirnya akan jadi sungai mati jer. Lemah n tak berarus. |
 |

 |  |  |
pakcik MMA July 3, 2006 12:17 AM PDT
rileks nama aku. tak perlu la sebut nama binatang tu even tak suker. aku pun dah tak suker dier. aku delete logo mawi dr blog aku. tp aku tak sanggup nak panggil org babi. huhu. bwk bertenag k nama aku. :D |
 |

 |  |  |
Name Aku July 2, 2006 11:34 PM PDT
Babi la Mawi nih.. |
 |

 |  |  |
pakcik MMA July 2, 2006 05:45 PM PDT
cam peminat kefli jer. hehehe. mmg kita boo sama mawi. ari ni dlm metro semua jiran dan masyarakat FTA ckp keluarga mawi dan mawi sendiri lupa daratan. apapun takziah dan ingatlah apa yg berlaku sumer dtg drNya |
 |

 |  |  |
NamePRAAP!!!!!! July 2, 2006 04:57 PM PDT
Dasar xsedar diri..klu btul kluarga kau xizinkan mengapa dulu kau bertunang dgn nya..bla dah popular lupa diri..aku benci lelaki mcm ko mawi..pada tunang mawi tu sabar la je, ingt allah ni maha adil.. |
 |

 |  |  |
pakcik MMA July 1, 2006 07:26 PM PDT
hahaha. biasalah, org dah jd popular. keluarga laks dah kaya raya. so lupa daratan la tu. kutuk sbb benci lelaki cam ni. huhu |
 |

 |  |  |
Malaikat Subuh July 1, 2006 07:09 PM PDT
hehehe mawi..mawi...ko dh mula tunjuk rupa ko yg sebenar. ahahaha. tepuk tangan utk ko. *tepuk2*
BELIA BENCI MAWI |
 |

 |  |  |
pakcik MMA July 1, 2006 06:12 PM PDT
tuh la. sejak bila la malique ni minat mawi. hahaha |
 |

 |  |  |
Malique July 1, 2006 05:55 PM PDT
rasanya aura mawi dah tak mcm dulu lagi... populariti tak selalunya kekal....
i pun cam say no to mawi jugaklah kalau cam ni...kekekke hahah (bila masa aku minat mawi?) |
 |

 |  |  |
pakcik MMA July 1, 2006 04:54 PM PDT
haha. mmg betul. org2 cam ni lagi bahaya. kesian kat tunang dier. mmg hilangla aura mawi. ~boo~ |
 |

 |  |  |
sekarang anti mawi kot July 1, 2006 03:45 PM PDT
nmpak baik..nmpak alim...tp wat mcm neh kat tunang...erm..melayu mudah lupa...~tak guna nye jantan....!!cultural shock betol mamat neh....!kesimpulannye..jgn percaya dgn laki2 yg nmpak baik2 mcm neh....hohohohoh |
 |